Don't judge a blog by its followers

Monday, 1 August 2011

Salahkan semuanya..?

(“Salahkan mu, jangan salahkan ku. Masalah mu, aku tak nak tau..” – biskotmayat –)

        Biasa kita dengar pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.  Sampai hari ni aku tak berapa faham, “belanga” tu apa dia? Macam periuk ke? Dan lagi satu, pepatah ni dah wujud masa zaman bila? Sebab zaman tu dah ada nila, setahu aku yang tak berapa tahu sangat ni, nila ni wujud tahun 90’an. Betul ke?

Ahh…tak kisah la dia wujud bila-bila pun, sebab aku tak nak bincang pepatah-pepatah melayu ni. Tambahan pula aku “failed” dalam menafsir ilmu kepepatahan ni. Cuma apa yang aku faham dari pepatah ni, kerana sesuatu perkara yang buruk tu berlaku dalam sesuatu perkara yang baik, maka rosak perkara yang baik tu dan dipandanglah perkara buruk itu sebagai suatu perkara yang dasar walau hakikatnya perkara yang baik tu lebih besar dari yang buruk.

          Paham?? Lain kali jangan tidur masa kelas BM. Tapi hakikat pepatah ni berlaku sangat teruk kat semua orang hari ni. Tak kisahlah dia bangsa apa, agama apa, selagi mana dia manusia dan bukan alien, maka dia akan terlibat dalam pengaplikasian pepatah ni.

          Ok, aku ambil contoh. Dalam sebuah rumah yang dipenuhi oleh orang-orang yang  beriman, aku ambil contoh rumah tok imam la senang, anak beranak dia semuanya beriman belaka kecuali sorang anak lelaki tok imam ni yang berperangai macam “niyang rapik”. Maka SESETENGAH orang kampung atau orang luar akan menyatakan KELUARGA tok imam ni  teruk, ataupun paling sopan pun cakap tok imam ni tak reti mendidik anak dia meskipun tok imam ni dah bersusah payah didik anak dia.

Ok, kita ambik skop yang besar sikit. Kita ambik contoh sebuah kampung pulak. Andai semua penduduk dalam satu kampung tu semuanya beriman kecuali satu keluarga ni berperangai lebih kurang “hantu mak limah”, maka biasanya SESETENGAH orang kampung jiran ataupun masyarakat luar akan cakap KAMPUNG ni teruk, dan bla3. Paling sopan pun akan cakap kampung ni dah tak boleh diselamatkan.
Contoh3..
Eh, apa pulak shuk. Mana ada semua macam ni or kalau ada pun, mana boleh cakap macam tu.

Kan aku cakap SESETENGAH je..

          Ok, kali ni kita ambik skop yang lagi besar, umat islam. Dalam islam, kita di ajar supaya jangan memfitnah, mencuri, merasuah, membunuh dan segala “men”, “mem” dan “me” yang segaris dan selari dengan maksud yang aku nak sampaikan. Tapi bila ada orang islam yang terlibat dalam aktiviti pembunuhan secara berkala, perogolan secara berepisod, penipuan dan rasuah secara sistematik, pergaduhan secara berjadual dan segala macam “per”, “pem”, “pen” atau yang semakna dengan apa yang aku nak sampaikan, SESETENGAH orang bukan islam akan cakap ISLAM ni teruk, ajar benda bukan-bukan. Ataupun paling sopan pun akan cakap orang islam ni memang tak boleh pakai atau tak boleh buat kawan.

 Nak ambik skop lagi besar? Kita ambik skop planet bumi pulak.









Arghh..aku dah mula merepek..




Ok, apa yang aku cuba nak sampaikan, masyarakat kita (aku ambik orang ISLAM yang MELAYU sebab aku juga islam dan melayu) hari ni bila menuduh sesuatu perkara yang buruk, maka mereka ( tak termasuk aku lepas aku perasan sedar perkara ni ) akan melibatkan sekali seluruh organisasi, badan, ataupun apa-apa jua dalam perkara buruk yang dituduhkan tu.  Sekali lagi aku ulangi, kita biasanya akan melibatkan sekali seluruh organisasi, badan, ataupun apa-apa jua dalam perkara buruk yang dituduhkan tu. Meskipun badan, organisasi atau bla3 tersebut dah melakukan banyak kebaikan atau manfaat atau memang dah sedia baik.

Sebagai contoh.. Aku ambik contoh yang perasan dasyat yang reality semasa.

          Perhimpunan Bersih 2.0 hari tu hanya menuntut pilihanraya bersih dan adil dan mengusulkan 8 tuntutan yang aku dah lupa. Bila perhimpunan ni diadakan, maka semua peserta yang turun perhimpunan tu KEBANYAKKANNYA memang nak menuntut pilihanraya yang adil. Tapi ada SESETENGAH yang turun mungkin hanya nak gaduh dengan polis dan fru untuk tunjuk hebat, saja-saja untuk isi masa lapang, hobi, tak puas hati, nak jumpa awek yang jauh, nak tengok perempuan-perempuan yang pakai tudung labuh untuk buat bini, nak main air, nak bersauna dengan gas pemedih mata dan bla3.

Tapi malangnya sesetengah pihak cakap PESERTA perhimpunan Bersih ni nak gulingkan kerajaan dengan cara revolusi macam kat Mesir, Tunisia dan lain-lain. Dan yang paling sopan pun cakap peserta ni bertujuan macam yang sesetengah tu.

          Contoh lain pulak (contoh lagi..) pasal polis dan fru yang terlibat dalam perhimpunan bersih 2.0 hari tu. Masa perhimpunan tu dijalankan, hanya SESETENGAH pihak polis yang bertindak agresif kepada peserta perhimpunan bersih tu. Mungkin ada juga polis yang bersikap berlembut dengan peserta perhimpunan bersih tu dan tak sampai hati atau tak sanggup nak cederakan, pukul ataupun bertindak agresif pada peserta perhimpunan bersih tu. Malah mungkin ada polis yang beriman terpaksa turun untuk memikul arahan yang diberikan demi memberi sesuap nasi yang halal untuk keluarga mereka.

          Tapi malangnya, sesetengah pihak cakap POLIS ni anjing atau kerajaan, kejam, gila kuasa dan bla3. Dan yang paling sopan pun cakap polis ni takde hati dan perasaan.

Faham apa aku nak sampaikan? Ok, aku ambil contoh lain yang senang sikit.

          Jemaah tabligh yang kita sedia tahu hari ni, (ada yang tak tahu ke?) yang bergerak aktif di Malaysia bertujuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw, menghidupkan masjid dan surau, bawa orang kepada amalan islam, mengeratkan silaturrahim dengan orang ramai dan lain-lain. Banyak kebaikan yang di bawa karkun-karkun (gelaran untuk ahli Jemaah tabligh yang maksudnya rakan seusaha) untuk masyarakat melayu umumnya. Tetapi tak dinafikan, ada SESETENGAH karkun mungkin yang terlalu “josh”(berkobar-kobar / semangat) hingga  ada yang tak campur dengan orang tempatan demi nak jaga amalan atau tak nak terlibat dengan maksiat atau dosa, “pancung” orang yang tak amalkan sunnah Rasulullah saw terutama pakai jubah, serban atau lain-lain.

          Tetapi malangnya, ada sesetengah pihak cakap TABLIGH ni mengajar jangan campur masyarakat tempatan yang ada maksiat, tinggalkan anak bini tanpa nafkah, tinggalkan dunia seluruhnya, jangan campur dengan yang tak sefikrah dengan mereka, sesat, dan bla3.

          Ok faham tak?? Aku dah malas nak tulis contoh lagi. Penat aku nak menaip. Jadi apa aku nak sampaikan, kita sama-sama perbetulkan mentaliti kita bahawa jangan hanya SESETENGAH pihak yang buat masalah, kita terus tuduh SEMUANYA bermasalah. Sebab secara tidak langsung, ia mungkin akan melibatkan kita dalam kancah PEMFITNAHAN.

Paham?

Kita akan boleh memfitnah orang yang tak bersalah dalam sesebuah organisasi, badan atau apa-apa jua terlibat dengan masalah tersebut. Apa dosa memfitnah? Rujuk ustaz, ulama’ berdekatan.

Tapi shuk.. aku cakap apa yang betul…

Memang kau cakap apa yang betul, tapi tak semuanya yang kau cakap tu ada masalah. Macam aku ambik contoh umat islam tadi, takkan hanya SESETENGAH yang bermasalah, kita nak cakap umat islam ni tak boleh pakai? Macam tu??

Nak contoh lagi?







Malas la pulak aku nak menaip. Woha!


          So, sempena bulan Ramdhan yang mulia ni, kita sama-sama perbaiki akhlak kita, perbaiki tutur kata dan percakapan kita dengan orang lain terutama musuh kita, muamalat dan muasyarat kita, tingkah laku kita, dan bla3 supaya Ramadhan kali ni memberi 1001 makna dan menjadi bulan tarbiyyah dalam kehidupan kita seharian. Elakkan diri kita dari memfitnah-fitnah orang yang tak bersalah. Kesian mereka dan anak-anak mereka serta cucu cicit dan keturunan yang mewarisi keluarga turun temurun mereka.






p/s :  apa kaitan yang aku membebel ni dengan pepatah yang aku sebut mula-mula tadi ek? Woha!
Comments
2 Comments

2 comments: