Don't judge a blog by its followers

Friday, 26 August 2011

Perempuan fitnah di masjid..?

(Pertama kali entry aku hampir 80% copy paste demi untuk cari jawapan yang terbaik untuk pertanyaan yang berbunyi….)


Shuk, macam mana fitnah boleh melanda pada perempuan jika perempuan tu solat di masjid
Lebih kurang macam ni bunyi soalan dia sebab soalan ni dah ditanya lama..tetapi disebabkan aku perasan rajin, maka aku cari juga jawapan (gaya cakap macam lelaki beriman akhir zaman) woha!



          Erk, disebabkan aku tak pernah belajar kitab feqah secara details, maka aku tak mampu bagi jawapan yang terbaik berdasarkan sixth sense aku. Aku pernah bagi jawapan kat dia ikut kaca mata aku sendiri berdasarkan pemerhatian aku di kawasan aku dan beberapa kawasan lain. Tapi bawah ni nanti jawapan hasil perbincangan aku dengan beberapa orang yang aku boleh kata arif dan mahir dalam bab ni.


Kat bawah ni aku letakkan pendapat para fuqaha yang aku copied paste je.



1)Dalam kitab Fathul Muin jilid ke 2 dalam bab solat berjemaah, Sheikh Zainuddin al-malabari rahimahullah menyebut, "jemaah ini sunat mu'akkad menurut Imam Rafie. tetapi kata Imam Nawawi(murid imam rafie) yang paling sahih ialah fardhu kifayah bagi lelaki yang baligh, yang, merdeka, yang bermukim pada sembahyang tunai sahaja sekiranya zahir syiar jamaah itu pada tempat mendirikannya. Tidak kuat sunatnya itu bagi perempuan sebagai kuat orang lelaki.
 


2)Dalam kitab matan qurratul ain oleh Sheikh Zainuddin al-Malabari dalam bab solat jemah,"Berjemaah dimasjid itu lebih afdal daripada tempat yang lain bagi yang lain daripada imam yang bersembahyang disuatu tempat yang mana jika tiada ia maka tidak akan didirikan jemaah padanya dan perempuan yang muda lagi elok rupa parasnya. Dan haram atas perempuan yang ada suaminya hadir pada tempat berjamaah dengan tanpa izin suaminya. Dan haram atas suami memberi keizinan jika ditakuti berlaku fitnah daripada isterinya sendiri atau keatas isterinya"



3)Dalam kitab al-Iqna karangan Sheikh Khatib Syarbini yang masyhur itu dalam bab solat jemaah jua,"Berjamaah di masjid terlebih afdhal bagi selain perempuan dan seumpanya khunsa terafdhal dari jamaah pada selain masjid seperti rumah, dan jamaah perempuan dan khunsa dirumah terafdhal dari jamaahnya di masjid, kerana khabar dua yang sahih, "solatlah wahai manusia dirumah kamu, kerana solat yang terafdhal itu solat seorang dirumahnya melainkan maktubah," iaitu maka ia terafdhal di masjid kerana masjid melengkapi kemuliaan dan zahirkan syiar dan banyak jamaah.



Makruh bagi perempuan-perempuan yang punya gaya menghadiri masjid bersama lelaki kerana apa yang ada didalam dua khabar yang sahih dari Aisyah r.a bahawa dia berkata,"Kalau Rasulullah saw nampak apa yang dijujudkan oleh kaum perempuan tentu dia menegah mereka dari masjid sepertimana ditegah kaum perempuan bani israil", dan kerana takutkan fitnah. Adapun selain mereka maka tidak makruh bagi mereka demikian itu."




Faham? Aku pun kalau baca sekali, memang tak faham sebab ayat kitab lama. Jadi apa yang boleh di simpulkan,



1) Hukum asal bagi perempuan berjemaah di masjid ialah sunat seperti yang telah masyhur pada hadis. Namun sunatnya tidak sekuat orang lelaki.


2) Makruh itu disebut ialah bagi perempuan yang cantik rupa parasnya dan bergaya. Seperti yang disebut oleh ulama’ ialah perempuan-perempuan muda. Maka jika orang perempuan yang sudah tua atau yang rupa paras biasa maka tidak dimakruhkan.


3)Fitnah bagi perempuan itu ada dari dirinya dan ada keatas dirinya, maka jika ditakuti dari dirinya seperti dia melakukan perkara yang mengganggu jamaah, atau keatasnya kerana kecantikannya membuatkan orang mengganggunya, maka haram bagi suaminya untuk izinkannya ke masjid.


4)Yang paling afdhal bagi perempuan ialah solat di rumahnya seperti yang telah dinyatakan. lebih selamat dari fitnah dan menjaga kehormatan dirinya dan orang lain.





Err.. tapi shuk, ini baru hukum dan afdhal atau tidak perempuan solat di masjid. Jadi apa fitnahnya?




Ha, aku nak cakap la ni. Duduk diam diam, dan dengar. Eh salah, baca.





Ni pandangan dan pendapat dari kaca mata seorang perempuan ;



“ Perkara ini sudah pun diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w yang melarang wanita berwangi-wangian sekiranya mahu ke masjid dan rumah adalah tempat yang terbaik bagi wanita. Wanita itu sendiri adalah rahsia..


Apa yg boleh menyebabkan fitnah kepada wanita apabila dia solat di masjid itu adalah fitrah wanita itu sendiri yang suka kepada wangi-wangian, suka kepada kecantikan..Fitnah boleh berlaku apabila wangian yang dipakainya itu menarik perhatian kaum lelaki sehingga mengganggu ketenteraman awam..


Fitnah kedua boleh berlaku apabila wanita itu tidak menutup aurat dengan sebetulnya..hal ini difokuskan pada kain telekung yang akan diangkat sehingga menampakkan aurat..dan mengundang perhatian lelaki..


fitnah ketiga pula apabila wanita itu berlama-lamaan diluar masjid, beriuh riuh sehingga mengundang perhatian orang lain..


ini adalah pendapat saya sebagai seorang wanita setelah memerhatikan keadaan di masjid lebih lebih lagi di ipt..


namun, sekiranya wanita itu mampu menjaga batas dirinya daripada bukan mahramnya dan tidak akan melakukan kerosakan kepada hati, mata dan telinga org lain, solatlah di masjid. Afdhalnya solat seorang wanita itu adalah di rumah seperti yang dikatakan oleh Baginda Rasulullah tapi dalam masa yang sama Baginda tidak melarang..



So, dari pihak perempuan, kalau dah jadi masalah begini, lebih afdhal baginya solat dirumah. walaupun hatinya sangat inginkan solat di masjid. maka pengorbanan dia dalam mujahadah melawan kehendak untuk mengelak fitnah kepada orang lain adalah lebih besar pahalanya dan kebaikannya bagi dirinya dan jamaah.



Shuk! (sambil angkat tangan), aku nak tanya, aku ni pelajar IPT (dirahsiakan), dekat surau kolej/asrama aku biasanya kejap ada, kejap takda solat jemaah. Jadi, mana lagi afdhal kalau aku solat berjemaah kat masjid universiti atau solat kat bilik kalau kat surau takda solat berjemaah?




Jawapan (bukan aku) :



Ya, lebih afdhal di bilik/rumah. Sheikhul Masyaikh fil Azhar NUruddin Mufti Dhiyar Misriyyah Rijal Mausui' Al-Faqih Al-Usuli Al-Alim Al-Allamah Sheikh Ali Jum'ah Qaddasallahu sirrahu dalam fatwa beliau terbaru, "Zaman ini adalah terlebih aula dan afdhal wanita solat di rumah dan ber'itikaf di rumah. Mungkin tak dapat pahala i'tikaf, tapi dapat pahala berkhalwat dirumah dan itu terlebih aula dan afdhal untuk zaman ini. (gaya jawapan macam ustaz, tapi sayang aku bukan ustaz)


ada lagi?? letak di ruang komen atau email aku. kalau aku perasan rajin, aku tolong carikan dan reply. woha!

Wah..entry aku kali ni bersifat penuh ilmiah oleh kerana aku penuh dengan copy paste. Oh!




p/s :

1) jangan berhenti disini je, rujuk ustaz dan ulama’ berdekatan.
2) Jangan jadikan blog aku sebagai rujukan terakhir untuk kebahagiaan akhirat anda.

Peace :)

Monday, 22 August 2011

Secebis nota untuk Rasulullah..?

(Seandainya aku diberi peluang untuk bersama Rasulullah dalam beberapa detik, aku teringin sangat nak…..)



Ya Rasulullah…

Aku teringat lagi saat-saat ketika aku dikenalkan kepada mu..
Ketika itu aku masih di bangku tadika.. Aku di ajar bahawa kau la Nabi kami (umat islam) akhir zaman merangkap penutup segala Nabi.


Dan ketika aku di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah, hampir hari-hari atau setiap minggu kami (pelajar sekolah) diceritakan tentang akhlak, ibadah, kehidupan atau dengan erti kata lain, kami di ajar untuk mengikuti sunnah mu Ya Rasulullah. Kami di ajar untuk merindui dan mencintai mu sepenuh hati kami..


Ketika tiba setiap kali hari kelahiran mu, kami akan membuat sambutan maulidur rasul untuk memperingati mu, kemudian berarak-arak keliling sekolah membawa sepanduk, banner dan segala bagai untuk menyatakan cinta kami kepada mu. Dan sambil berjalan, kami berselawat beramai-ramai. Masa tu jika ditanya sama ada kami mencintai mu atau tidak, kami akan jawab,


Kami cintakan Rasulullah..”


Begitu bersemangat kami ketika itu. Ada lepas tu aku download lagu-lagu nasyid untuk memperingati mu, aku letak dekat status facebook kami yang kami cintakan mu dan macam-macam lagi..






Tetapi……





Kata-kata tidak cukup untuk membuktikan cinta yang tulus kepada mu Ya Rasulullah..



Ya Rasulullah..



Aku malu sangat kepada mu Rasulullah.. Sungguh, malu teramat sangat..


Aku melaung-laungkan kecintaan ku kepada mu, diiringai dengan selawat dan salam,


Tetapi bila tiba waktu solat 5 waktu, kemudian azan berkumandang, aku kadang-kadang solat bersendirian dibilik berbanding pergi ke masjid atau surau untuk solat berjemaah.


Lagi teruk, aku kadang-kadang solat lewat, ada ketika di hujung waktu dan lagi hampeh, tertinggal solat terutama solat subuh.


Sedangkan kau sangat menekankan kepentingan solat dan sangat mencintai solat berjemaah sampai ketika kau sedang sakit tenat pun satu ketika dulu, kau bersusah payah untuk pergi ke masjid bagi solat berjemaah. Dan solat berjemaah itu antara sunnah yang sangat ditekankan oleh mu sehinggakan ada sesetengah mazhab mewajibkan solat berjemaah. Malah ketika kau wafat pun, antara kata-kata terakhir mu adalah,


ummati, ummati, solah, solah..”


Malunya aku kepada mu Ya Rasulullah..



Aku menyatakan aku akan taat setia dengan agama islam, aku rela berkorban demi mu Rasulullah, dan segala macam kata-kata manis untuk menyatakan taat setia ku kepada mu..


Tetapi bila setiap kali lepas asar atau kadang kala selepas subuh dan maghrib, ada bacaan hadis-hadis, aku terus meninggalkan majlis tu. Sedangkan majlis bacaan hadis-hadis atau sabdaan mu itu Rasulullah itu hanyalah mengambil masa dalam 5 minit atau paling lama 10 minit.
Aku menggunakan alasan,


“ala, itu kitab orang-orang tabligh. Dan bla3..”


Sedangkan semua hadis yang terkumpul dalam kitab tu dipetik daripada beberapa buah kitab hadis terkemuka, kitab-kitab karangan ulama’ muktabar dan lain-lain. Dan semuanya insyaAllah berasal daripada kata-kata mu sendiri.


Malunya aku kepada mu Ya Rasulullah..



Aku banyak kali membaca, mendengar dan kadang kala bercerita tentang sunnah mu, bercerita tentang akhlak mu, dan macam-macam tentang peribadi mu.


Tetapi bila aku nampak orang mengamalkan sunnah mu, cuba meniru berpakaian seperti mu, berjanggut, dan segala macam orang-orang yang cuba meniru dan mengikut cara mu, aku memandang pelik. Kadang-kadang aku terpandang sinis dengan terlintas di hati,
“ala, nak tunjuk konon perasan baik sangat la tu. Dia pun bercouple, dia pun bla3..”


Malah, aku juga kadang-kadang berakhlak buruk seperti mengumpat, mencaci maki, mengutuk dan segala macam yang segaris dengannya sesama saudara islam yang berlainan ideologi, pemahaman, dan pemikiran.


Sedangkan kau sendiri tak pernah merendah-rendahkan pendapat sahabat-sahabat mu, malah menerima pendapat daripada golongan lemah seperti kanak-kanak dan juga menerima idea dan strategi perang daripada orang yang bukan berbangsa arab.


Sedangkan aku..?? perasan bagus..


Malunya aku kepada mu ya Rasulullah..








Aku banyak kali mendengar bahawa umat islam ini adalah umat akhir zaman yang special kerana diberi pelbagai ganjaran istimewa. Malah aku juga di beritahu dan ditekankan bahawa umat islam ini adalah ummat daie atau ummat pendakwah yang berbeza dengan umat-umat nabi sebelum-sebelum ini iaitu ummat a’bid iaitu ummat untuk beribadah sahaja.


Tetapi, bila ada orang hendak bercerita tentang agama kepada aku, hendak mengajak aku pergi kepada mengagungkan kebesaran Allah, hendak mengajak pergi berdakwah, lantas aku buat muka masam dan macam tak nak dengar, dengan beralasan dalam hati,


ala, dia ni pun bukan baik sangat, lagipun aku tak de masa sangat. Banyak program aku nak susun, handle, dan bla3..”


Lepas tu bila aku buat salah atau berbuat maksiat, bila ada orang yang melarang aku dan mencegah aku daripada berbuat maksiat dan kemungkaran, aku berkata dalam hati,


macam bagus sangat je dia ni. Hari tu aku nampak dia bla3..”





Padahal mereka sayang pada aku dan niat mereka nak sama-sama insaf dan ingat bahawa hidup di dunia ni hanya sementara.


Tapi aku ego dan berlagak bagus, seolah-olah aku dah macam taraf ulama’. Ulama’ pun suka dan mintak di tegur.


Malunya aku kepada mu ya Rasulullah..








Ada pelbagai lagi masalah yang aku telah buat ya Rasulullah yang seolah-olah aku tidak mencintai mu langsung.


Aku malu kepada mu Ya Rasulullah..







Kau selalu berjaga malam untuk bertahajud kepada Allah, tetapi aku selalu berjaga malam untuk bermain facebook atau bermain mesej.


Kau selalu menjaga pandangan, tetapi aku mata meliar macam haiwan.


Kau banyak kali bercerita tentang alam akhirat, tentang kebesaran Allah, tetapi aku selalu bercerita tentang alam dunia , tentang kebesaran makhluk.


Kau selalu menangis siang malam kerana fikir risau tentang masalah ummat islam dan manusia, tetapi aku banyak kali menangis siang malam sebab dapat result teruk dan tak dapat apa yang aku nak.


Kau selalu memuliakan orang islam malah orang bukan islam yang menentang mu sekalipun, tetapi aku selalu menghina dan mengutuk orang islam malah aku menentang orang islam yang tak bersependapat dengan aku.
Kau selalu memuliakan sahabat-sahabat dan musuh-musuh mu, tetapi aku selalu memuliakan jawatan, pangkat, laptop dan lain-lain.


Kau selalu merindui masjid, mati dan alam akhirat, tetapi aku selalu merindui café, rumah dan alam dunia.


Dan pelbagai lagi masalah hati yang menimpa diri aku ya Rasulullah sehinggakan aku tak terlarat nak menulis semuanya dalam nota ini untuk mu.


Aku berharap sangat ya Rasulullah….
Ketika di padang Masyar nanti, kau mengaku aku sebagai ummat mu..
Jangan kau tak pandang aku langsung..
Aku takut… Aku malu..



Ya Rasulullah..


Aku benar-benar mencintai mu. Dan aku juga belajar untuk mencintai sunnah-sunnah mu. Aku akan belajar mencontohi akhlak mu. Dan cuba belajar mengenali dirimu sedalam mungkin.


Kisah suka duka mu, kehidupan mu dan perjuangan mu menegakkan islam di muka bumi ini.


Semoga Allah sentiasa tetapkan hati aku untuk berada di medan dakwah dan perjuangan islam ini.



Akhir kata.. Andai kata aku diberi peluang untuk bersamamu Rasulullah dalam walau beberapa detik, aku teringin sangat nak….







Melihat senyuman mu yang menjadi penawar bagi hati yang sedang duka dan kesedihan juga kegelapan.





Sesungguhnya aku berharap agar aku memperoleh senyuman itu sebelum maut datang bertandang agar senyumanmu itu mampu memberi motivasi dan semangat juang yang teramat-amat tinggi dan tiada bandingnya untuk diriku. Walaupun senyuman itu datang dari sebuah mimpi bersamamu..


Amin…







p/s :
1, Dari Abdullah RA, katanya, “Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menanyakan,
“Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu.” (HR Muslim)


2, Entry kali ni agak sentimental kerana mengenangkan dosa-dosa penulis yang andai kata malaikat pencatat dosa diberi oleh Allah sifat penat, pasti dia dah tak larat dan terbaring serta merungut kerana penatnya mencatat dosa-dosa aku yang sekian kali dilakukan..


OH!! (menangis..)

Thursday, 18 August 2011

Siri bercakap dengan bayi..?

(Kalau sebelum ni kita selalu dengar siri bercakap dengan jin, tapi bulan Ramadhan ni katanya jin kena ikat, jadi kita ‘bercakap’ dengan baby dalam perut pulak..woha!)



          Kalau kita perasan, kenapa kebanyakkan abang-abang bangla, indon, Myanmar atau mana-mana la yang dah datang Malaysia atau lebih famous dikenali dengan nama manja “pendatang asing” (tak kisah tanpa izin atau dengan izin) yang bersusah payah datang Malaysia, lepas tu kerja penat-penat sampai separuh mayat, ada yang siap sempat jadi mayat masa sedang panjat bangunan kemudian terjatuh dan bla3. Lagi hampeh ter’transform’ jadi mayat masa merompak rumah orang, kedai-kedai emas atau mana-mana kawasan terpilih sebab kena tembak dengan shotgun milik pak guard mahupun milik tuan rumah. Tapi mereka tetap tak kaya-kaya. Maksud “kaya” disini, mereka tak beli rumah sendiri, kereta hatta kereta kancil second hand sekalipun dan lain-lain. Kalau ada pun beli kereta, aku rasa 1/10 yang beli. Bukan mereka tak mampu, nak kata tak pandai, pandai la jugak.



          Itu satu hal, lagi satu perkara ni, macam mana abang-abang indon dari Lombok dan beberapa tempat kat indonesia yang mungkin dirasakan hensem dan comel oleh sesetengah perempuan-perempuan melayu berani dan tak gentar bawa jalan dan balik anak dara orang dan ada setengah tu memang dah takde dara balik ke Lombok?




Eh shuk! Kejap-kejap. Kenapa “bawa jalan”, bukan “bawa lari”? kau ponteng kelas BM ke shuk? Ha!




Ala, aku tak berapa suka guna istilah “bawa lari” sebab aku rasa diorang tak berlari setiap masa, diorang lebih banyak jalan kaki. Ni bukan main kejar-kejar la. Lagipun diorang bukan atlet wakil Malaysia mahupun Indonesia ataupn wakil-wakil sekolah atau rumah sukan warna merah. Woha!



Ah, aku dah mula merepek petang-petang ni. Ha, sebelum aku jawap persoalan aku tu dengan menggunakan 5th sense aku, apa kata kita baca perbualan seorang ibu yang mempunyai kuasa supernatural untuk bercakap dengan bayi dia yang dalam perut. Eh, ada dua temu ramah, satu yang ibu, satu lagi temu ramah bersama “kau”. Siapa kau? Kau fikir lah sendiri.










xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx








Part 1




Ibu : Nak..kau ape kabar?


Bayi : Aku baik-baik je.


Ibu : kau buat apa sekarang?


Bayi : Aku golek-golek je dalam perut ni.


Ibu : Best ke dalam tu?


Bayi : best la jugak, nyaman. Aku suka duduk kat sini.


Ibu : kau tak lapar ke?


Bayi : aku tak rasa lapar pun. Sebab aku selalu dapat makan free dari tali pusat ni. Tapi aku rasa risau la, sebab sejak beberapa hari ni, ada benda tumbuh kat badan aku ni. Rasa macam tak selesa aku nak golek-golek lagi.


Ibu : oh, kau dah mula tumbuh tangan dan kaki. Jangan cakap macam tu, kaki tangan tu penting bila kau dah keluar nanti. Sekarang ni memang kau tak guna lagi kaki tangan kau tu.


Bayi : ala, tak nak lah. Rimas aku. Aku dapat rasa bila tumbuh benda alah ni, aku punya nikmat makan pun dah berkurangan. Aku nak makan banyak-banyak. Sedap wo..


 Ibu : Masa kau dalam tu, memang la kau rasa rimas. Tapi nanti kau dah keluar, kaki tangan kau tu penting bila dah keluar nanti, boleh kau main mainan transformers. Nanti kat luar sana kau boleh makan lebih banyak dan sedap dengan kaki tangan kau tu. Kalau kau takde kaki tangan bila keluar nanti, kau yang merana. Doktor tak boleh nak sediakan kaki tangan untuk kau.


Bayi : Oh yeke. Eh kejap bu, mainan transfosmes tu ape? Betul ke boleh makan macam-macam?


Ibu : ha, tu lah salah satu nikmat dunia. Nanti bila kau dah keluar, kau tahu la bestnya. Yup, kau boleh makan macam-macam.


Bayi : oh yeke, takpelah macam tu. Aku nak duduk diam-diam sampai tunggu masa aku keluar nanti.


Ibu : Ok..






Part 2


Bercakap dengan “Kau”










Aku : Der..kau ape kabar?


Kau : Aku baik-baik je.


Aku : kau buat apa sekarang?


Kau : Aku pusing-pusing dunia sambil cari makan, kerja, belajar.


Aku : Best ke macam tu?


Kau : best la jugak, senang hidup aku. Aku suka duduk kat sini.


Aku : kau tak lapar ke?


Kau : aku tak rasa lapar pun sekarang ni. Sebab aku kadang-kadang makan mee laksa, roti jala, nasi kerabu dan bla3. Tapi kan, aku rasa risau la, sebab sejak beberapa hari ni, ada orang-orang ni cuba rapat dengan aku yang biasanya orang ramai panggil mereka ni pendakwah, ajak aku pergi solat di masjid, ajak aku baca Quran, ajak aku berdakwah, bagi ceramah kat aku. Rasa macam tak selesa aku 
nak kemana-mana.


Aku : oh, mereka tu nak ajak kau buat amalan-amalan untuk dekat kepada Allah. Nak ajak kau mengamalkan cara hidup islam, ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Jangan cakap macam tu, amalan-amalan insyaAllah membuahkan pahala dan ni penting bila kau kat akhirat sana. Sekarang ni memang kau tak guna pahala-pahala kau lagi.


Kau : ala, tak nak lah. Rimas aku. Aku dapat rasa bila nak kena buat amalan-amalan ni, aku punya nikmat nak pergi melepak, merempit, cari awek, berfacebook lama-lama, dating, mengumpat, gossip dan bla3 dah makin berkurangan. Aku nak buat semua tu banyak-banyak kali. Best wo..



Aku : Masa kau kat dunia ni, memang la kau rasa rimas dengan amalan-amalan ni. Tapi nanti bila kau dah jadi mayat, amalan-amalan ni penting untuk kau kat alam kubur, padang masyar. Nanti boleh kau dapat syafaat nabi s.a.w.. Lagipun, dengan amalan-amalan ni, boleh jadi penyebab untuk kau dapat rahmat Allah untuk kau masuk syurga. Kat syurga kau boleh makan banyak-banyak yang kau nak. Kau nak buat apa-apa pun tak de masalah. Tapi bila amalan-amalan kau takde, nanti kau kat alam akhirat kau yang merana.


Kau : Oh yeke. Eh kejap weh, syafaat nabi s.a.w. tu ape? Betul ke boleh makan macam-macam kat syurga?


Aku : ha, tu lah salah satu nikmat kat padang masyar apabila Nabi s.a.w. mengaku kita sebagai umat baginda. Nanti bila kau dah jadi mayat, kau tahu la bestnya. Yup, kau boleh makan macam-macam kat syurga.


Kau : oh yeke, takpelah macam tu. Aku tengok kau ni pun macam pendakwah-pendakwah yang selalu datang kat aku je. Malas aku layan kau lagi. Baik aku pergi buat apa yang aku nak. Lagi best.


Aku : haish budak ni..semoga kau dapat hidayah..amin..






xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




Ok, dah habis perbualan dan temuramah tadi. Menjawab persoalan aku yang first tadi, aku tiba-tiba perasan malas nak salin soalan, jadi aku terus jawab je lah.
Ada seorang buznama, dia pernah pergi Bangladesh, bila kat sana, dia jumpa satu kedai motor yang besarnya macam kedai-kedai motor milik cina-cina kat kawasan bandar macam Firestone, Bridgestone dan bla3. Dia jumpa bangla tu, dan tak sangka abang bangla tu boleh cakap melayu. Dia kata, “saya dah tinggal kat malaysia lebih kurang 8 tahun”.



Tapi apa aku nak kaitkan jawapan aku dengan peristiwa buznama nie, pendatang asing ni, tak kisah la di bangla ke, apa ke, mereka bila bekerja dan dapat duit, kebanyakkan mereka duit gaji yang mereka dapat mereka akan salurkan terus pada keluarga mereka kat tanah air. Mereka tak guna kat Malaysia ni. Mereka faham bahawa duit-duit yang mereka dapat tu, tak berapa guna sangat kat Malaysia ni, guna la sikit-sikit sekadar untuk tampung makan minum je. Mereka faham akan hakikat ni. Mereka tinggal di Malaysia tak lama, jadi mereka sediakan “bekal” untuk balik ke negeri asal mereka.



Untuk persoalan kedua, kenapa abang-abang indon tu berani antaranya sebab mereka YAKIN dengan adat mereka di Lombok iaitu (yang aku tahu, tak tahu la kalau salah. Maaf ya buk) mereka akan digelar jejaka hebat jika dapat membawa lari anak dara orang. Jadi, dengan berbekalkan “fadhilat” tu dan keyakinan mereka, mereka berani bawak lari anak dara orang meskipun orang lain pandang buruk.



Jadi apa kaitannya shuk dengan kita?




Kita kena yakin sepenuhnya dengan sunnah nabi s.a.w, dengan janji-janji Allah dan fadhilat-fadhilat yang sohih yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya dalam kita menjalani hidup kita seharian walaupun orang yang tak faham islam tu pandang buruk pada kita. Tapi hakikatnya kita tahu apa yang kita buat tu adalah bekalan untuk kita kat akhirat sana.





Jadi, apa kaitannya dengan temuramah kat atas tu?





Disebabkan dah nak berbuka dan aku perasan rajin, kalau kita faham  betul-betul temuramah tu, segala amalan-amalan yang kita lakukan kat dunia ni memang kita tak nampak kesannya masa kat dunia nie, tapi akan nampak bila kita dah mati nanti. Sama juga macam bayi dalam perut, tangan kaki tu dah berguna masa dalam perut tu, sekadar digunakan untuk berlatih bergusti dan main tendang-tendang. Dan tali pusat yang penting masa dalam perut tu pun yang pada masa dalam perut tu sangat berguna, tapi bila kita dah lahir dan dah besar, tak guna pun kan?




Ke kamu teringin nak makan tali pusat? Atau sup tali pusat?? Woha!









Buweeekk!





p/s : 
1. Janganlah dibenci abang-abang indon, bangla dan lain kerana mereka juga manusia biasa. Terutama yang islam. Mereka saudara kita.

2. Bagi yang perempuan, teringin nak pergi “percutian” percuma ke Indonesia? Carilah abang-abang indon berdekatan anda. Woha!

3. selamat berbuka! :)

Friday, 12 August 2011

Aku tak nak pakai tudung labuh sebab..?

(Hasil respons beberapa kawan aku tentang persoalan yang aku tujukan tentang tudung labuh..soalannya lebih kurang berbentuk begini……)

          “Kau tak terfikir atau teringin nak pakai tudung labuh ke?”

Ha, inilah soalan terpilih untuk bulan ni. Aku yang perasan rajin ni sengaja buat soal selidik ni untuk mengetahui sejauh mana kadar keteringinan wanita-wanita hari ni tentang pemakaian tudung labuh dan apa pandangan mereka tentang pemakaian tudung labuh (penggunaan ayat yang diciplak dari lab report).

          So, apa respons yang aku dapat sepanjang aku buat benda alah ni? Antara jawapan-jawapan terpilih yang aku dapat ;


1.   “aku penah terfikir nak pakai tudung labuh ni. Ye la, aku tengok budak pakai tudung labuh ni muka nampak suci je. Nampak ayu. Cuma, ye la, bila dah pakai tudung labuh nie, mestilah perangai semua kena jaga selari dengan penampilan.”


2.   aku pernah terfikir dan teringin nak pakai tudung labuh. Tapi aku akan buat slow-slow. Tentang pemakaian tudung labuh ni, Alhamdulillah. Yela, menutup aurat, tapi tak leh juga nak kata seseorang yang berpakaian sedemikian terlalu baik. Sebab bab tu depends pada akhlak pulak..”


3.   “setakat ni belum lagi la. Slow-slow dulu. insyaAllah teringin jugak.”

4.   “ aku tak nak pakai tudung labuh sebab aku ni lelaki la. (biskotmayat) Woha! “

Antara alasan atau kesimpulan aku aku dapat bila aku tanya perkara ni,
bila dah pakai tudung labuh, mestilah orangnya akhlak yang baik, sopan, bla3. Tapi aku baru nak berubah slow-slow. Aku kena ubah perangai aku dulu, then baru aku pakai tudung labuh. Sebab perangai kena SELARI dengan penampilan.”

Ye, aku setuju perangai kena SELARI dengan penampilan. Kalau pakai jubah, serban segala bagai, tapi perangai macam hantu mak limah, susah jugak. Takpun pakai jubah perempuan, tudung labuh segala bagai, tapi perangai macam mak lampir, pun payah jugak. Silap-silap boleh timbul fitnah.

Dan kalau diperhatikan betul-betul respons yang aku dapat tu, lebih kurang sama respons yang wanita-wanita free hair bagi bila ditanya kenapa tak pakai tudung. So, ini pendapat aku sebagai seorang yang BUKAN ustaz tentang pemakaian tudung labuh. Tapi sebelum tu, aku nak kaitkan beberapa cerita supaya senang faham apa yang aku nak sampaikan.

Kalau kita perasan nampak, sebenarnya bila kita buat benda baik atau pakai yang baik-baik, contohnya pakai tudung labuh ke, jubah, serban atau sekawan dengannya, ia secara AUTOMATIK (mungkin) merubah tingkah laku dan perangai seseorang walaupun sebelum ni perangainya tak seperti yang diidamkan.

Eh, automatik shuk? Ko ingat kitorang ni robotcop ke apa? Tapi berlaku kat semua la shuk.



Memang tak semua, tapi KEBANYAKKAN. Cuba try test teori yang aku bagi ni. Ini teori atau pendapat aku ye. Macam ni, semuanya berlaku kerana mindset.

Sebagai contoh , ada seorang lelaki ni, sebelum ni dia tak pernah pergi masjid untuk solat berjemaah. Jangankan solat berjemaah, solat 5 waktu pun susah nak jaga. Jadi pergaulan dia pun tak terjaga. Perangai pun huru hara. Dengan perempuan main bertepuk tampar je. Contoh3..
Tapi bila dia dah mula rajin pergi masjid hari-hari, dan kawan-kawan dia nampak perubahan ni, secara AUTOMATIK, dia akan kawal tingkah laku dia, pergaulan dia, dah tak macam dulu la kiranya. Sebab apa? Antara sebab yang logik, mungkin dia akan merasakan ;

aku dah selalu pergi masjid, jadi perangai mesti elok. Kena pulak kawan-kawan aku dah nampak, takkan nak berperangai macam dulu. Nanti apa diorang cakap pulak. Tak berubah-ubah walau dah rajin solat. Macam budak yang rajin solat semuanya buruk-buruk je.”

 Secara tak langsung, ia akan mendisiplinkan diri dia dan merubah perangai dia selari dengan perbuatan dia yang rajin pergi masjid TANPA perlu merubah perangai dia first untuk jadi paling baik kemudian baru nak rajin pergi masjid.


Kan nampak macam hipokrit la shuk. Lagipun, aku tak berapa paham la..



Secara luarannya, nampak macam hipokrit. Tapi sebenarnya TAK. Sebab, hipokrit ni secara amnya, kita berpura-pura buat suatu kebaikan atau lakukan sesuatu perkara semata-mata untuk raih keuntungan dan kepentingan diri sendiri SAHAJA dengan menindas atau menyebabkan ada pihak lain yang mendapat kesan yang NEGATIF hasil kehipokritan kita tu. Dia adik beradik munafik la kiranya.


Contoh?


Lain kali la. Aku nak bincang benda lain ni.

Kes kat atas, dia bukan mendapat “untung” sorang je, tapi kat orang lain juga sebab secara tak langsung dia jaga imej semua lelaki-lelaki yang rajin pergi masjid. Bayangkan kalau dia rajin pergi masjid, tapi perangai macam puaka niyang rapik, kan secara tak langsung dia menjadi FITNAH kepada semua lelaki-lelaki yang rajin pergi masjid. Contohnya, orang akan cakap, “la, harap je pergi masjid. Tapi perangai tak berubah. Rasanya semua yang pergi masjid macam tu.” Contoh3. Sama juga macam kes baru nak pakai tudung dan tutup aurat dengan sempurna dan bla3.

Ok, aku besarkan skop sikit, kita ambil isu hari ni, perempuan yang tak bertudung.
Contoh ada seorang perempuan ni, dia dah mula pakai tudung. Sebelum ni, bila dia free hair, perangai dia sedikit tak terjaga. Selalu terjerit-jerit, kurang sopan, pergaulan tak berapa jaga, solat pun susah, dan bla3 (ini TAKDE kaitan dengan SESIAPA. Aku bagi contoh je. Kalau terasa? Pandai-pandai fikir ). Contoh3.
Tapi bila dia dah mula pakai tudung, tutup aurat dengan sempurna dan kena pulak kawan-kawan dia nampak perubahan ni, secara AUTOMATIK, dia akan kawal tingkah laku dia, pergaulan dia, percakapan dia dan dah tak macam dulu la kiranya. Sebab apa? Antara sebab yang logik, mungkin dia akan merasakan ;

aku dah pakai tudung dan jaga aurat aku, jadi perangai mesti elok. Kena pulak kawan-kawan aku perasan, takkan nak berperangai macam dulu. Nanti apa diorang cakap pulak. Tak berubah-ubah walau dah bertudung. Macam budak bertudung semuanya buruk-buruk je.”

 Secara tak langsung, dia akan mendisiplinkan diri dan merubah perangai dia selari dengan perbuatan dia yang pakai tudung TANPA perlu merubah perangai dia first untuk jadi paling baik kemudian baru nak pakai tudung dan tutup aurat dengan sempurna.

Nampak? Ok, kita besarkan lagi skop. Seorang lelaki cina atau india atau iban atau bla3 nak masuk islam.

Contoh ada seorang lelaki cina ni, dia dah masuk islam. Sebelum ni, bila dia bukan islam, perangai dia tak terjaga. Selalu minum arak, pergi dangdut, kelab malam, berjudi dan bla3. Contoh3.
Tapi bila dia dah mula masuk islam, dia akan menjaga akhlak dan tingkah laku dia dan kena pulak kawan-kawan dia nampak perubahan ni, secara AUTOMATIK, dia akan kawal tingkah laku dia, perbuatan dia, pergaulan dia dan dah tak macam dulu la kiranya. Sebab apa? Antara sebab yang logik, mungkin dia akan merasakan ;

aku dah masuk islam, jadi perangai mesti elok. Kena pulak kawan-kawan aku perasan, takkan nak berperangai macam dulu. Nanti apa diorang cakap pulak. Tak berubah-ubah walau dah masuk islam. Macam islam mengajar benda yang buruk-buruk je.”

 Secara tak langsung, dia akan mendisiplinkan diri dan merubah perangai dia selari dengan perbuatan dan tindakan dia yang masuk islam TANPA perlu merubah perangai dia first untuk jadi paling baik kemudian baru nak masuk islam.

Ok, nampak tak contoh yang aku bagi ni. Untuk melakukan sesuatu yang baik, TIDAK SEMESTINYA kena merubah akhlak atau tingkah laku terlebih dulu dan jadi seorang alim ulama’, kiai, ustaz baru nak lakukan sesuatu perkara yang baik. Lakukan je perkara yang baik, kemudian banyakkan doa supaya istiqomah dan dapat perbaiki akhlak selari dengan perubahan yang dibuat.
Untuk buat perubahan “slow-slow” tu, memang pasti dan perlu. Islam pun menyuruh buat sesuatu secara berperingkat dan tak secara drastic. Tapi kalau dah 3,4 tahun di tanya benda sama, kemudian jawapannya tetap “ala, nak berubah kena slow-slow” , lepas tu takde sebarang tindakan yang diambil untuk berubah secara slow-slow tu, macam mana ek? Aku rasa tu dah memang orangnya yang slow. Oh.. termasuklah aku..

Ok, berbalik pada topic asal yang nak diborakkan, tentang pemakaian tudung labuh. Nak aku bagi contoh jugak ke?

Disebabkan aku perasan rajin hari ni, jadi aku bagi satu contoh yang berkaitan la.

Contoh ada seorang perempuan ni, dia dah mula nak pakai tudung labuh. Sebelum ni, bila dia pakai tudung biasa, perangai dia kurang terjaga. Banyak cakap, kurang sopan, pergaulan kurang jaga, dan bla3. Contoh3.
Tapi bila dia dah mula pakai tudung labuh, tutup aurat dengan sempurna dan kena pulak kawan-kawan dia nampak perubahan ni, secara AUTOMATIK, dia akan kawal tingkah laku dia, pergaulan dia, percakapan dia dan dah tak macam dulu la kiranya. Sebab apa? Antara sebab yang logik, mungkin dia akan merasakan ;

aku dah pakai tudung labuh dan jaga aurat aku, jadi perangai mesti elok. Kena pulak kawan-kawan aku perasan, takkan nak berperangai macam dulu. Nanti apa diorang cakap pulak. Tak berubah-ubah walau dah bertudung labuh. Macam budak tudung labuh semuanya buruk-buruk je.”

 Secara tak langsung, dia akan mendisiplinkan diri dan merubah perangai dia selari dengan perbuatan dia yang pakai tudung labuh TANPA perlu merubah perangai dia first untuk jadi paling baik kemudian baru nak pakai tudung labuh.


So, apa pendapat ko sebenarnya shuk?


Erk..pendapat aku, buatlah kebaikan yang anda teringin nak buat secepat mungkin tanpa nak tunggu datang “seru” sebelum seruan dari Allah dan kubur sampai kepada kamu dengan kadar yang anda tak tahu bila sampainya seruan tu. Anda tahu bila anda jadi mayat dan naik kereta mayat?
Woha!

Shuk! Kejap2. Aku nak tanya last. Tudung labuh tu, saiz dia macam mana?





Erk..saiz? Aku tak tak pernah pakai tudung, inikan pula pakai tudung labuh. Ko tanya la orang yang pakai tudung. Nanti aku kasi saiz baju aku kat ko, nak? Woha!




p/s :
1.   Entry di atas 90% betul dan 10% lagi aku reka untuk kesesuaian umum.
2.   Segala contoh di atas takde kaitan dengan sesiapa. Sekadar apa yang Allah ilhamkan pada aku.
3.   Sekarang dah nak musim perayaan, banyak pakaian kat shopping complex dah diberi harga diskaun. Dah beli baju raya? Aku belum. Nak belanja aku tak? Woha!

Monday, 1 August 2011

Salahkan semuanya..?

(“Salahkan mu, jangan salahkan ku. Masalah mu, aku tak nak tau..” – biskotmayat –)

        Biasa kita dengar pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.  Sampai hari ni aku tak berapa faham, “belanga” tu apa dia? Macam periuk ke? Dan lagi satu, pepatah ni dah wujud masa zaman bila? Sebab zaman tu dah ada nila, setahu aku yang tak berapa tahu sangat ni, nila ni wujud tahun 90’an. Betul ke?

Ahh…tak kisah la dia wujud bila-bila pun, sebab aku tak nak bincang pepatah-pepatah melayu ni. Tambahan pula aku “failed” dalam menafsir ilmu kepepatahan ni. Cuma apa yang aku faham dari pepatah ni, kerana sesuatu perkara yang buruk tu berlaku dalam sesuatu perkara yang baik, maka rosak perkara yang baik tu dan dipandanglah perkara buruk itu sebagai suatu perkara yang dasar walau hakikatnya perkara yang baik tu lebih besar dari yang buruk.

          Paham?? Lain kali jangan tidur masa kelas BM. Tapi hakikat pepatah ni berlaku sangat teruk kat semua orang hari ni. Tak kisahlah dia bangsa apa, agama apa, selagi mana dia manusia dan bukan alien, maka dia akan terlibat dalam pengaplikasian pepatah ni.

          Ok, aku ambil contoh. Dalam sebuah rumah yang dipenuhi oleh orang-orang yang  beriman, aku ambil contoh rumah tok imam la senang, anak beranak dia semuanya beriman belaka kecuali sorang anak lelaki tok imam ni yang berperangai macam “niyang rapik”. Maka SESETENGAH orang kampung atau orang luar akan menyatakan KELUARGA tok imam ni  teruk, ataupun paling sopan pun cakap tok imam ni tak reti mendidik anak dia meskipun tok imam ni dah bersusah payah didik anak dia.

Ok, kita ambik skop yang besar sikit. Kita ambik contoh sebuah kampung pulak. Andai semua penduduk dalam satu kampung tu semuanya beriman kecuali satu keluarga ni berperangai lebih kurang “hantu mak limah”, maka biasanya SESETENGAH orang kampung jiran ataupun masyarakat luar akan cakap KAMPUNG ni teruk, dan bla3. Paling sopan pun akan cakap kampung ni dah tak boleh diselamatkan.
Contoh3..
Eh, apa pulak shuk. Mana ada semua macam ni or kalau ada pun, mana boleh cakap macam tu.

Kan aku cakap SESETENGAH je..

          Ok, kali ni kita ambik skop yang lagi besar, umat islam. Dalam islam, kita di ajar supaya jangan memfitnah, mencuri, merasuah, membunuh dan segala “men”, “mem” dan “me” yang segaris dan selari dengan maksud yang aku nak sampaikan. Tapi bila ada orang islam yang terlibat dalam aktiviti pembunuhan secara berkala, perogolan secara berepisod, penipuan dan rasuah secara sistematik, pergaduhan secara berjadual dan segala macam “per”, “pem”, “pen” atau yang semakna dengan apa yang aku nak sampaikan, SESETENGAH orang bukan islam akan cakap ISLAM ni teruk, ajar benda bukan-bukan. Ataupun paling sopan pun akan cakap orang islam ni memang tak boleh pakai atau tak boleh buat kawan.

 Nak ambik skop lagi besar? Kita ambik skop planet bumi pulak.









Arghh..aku dah mula merepek..




Ok, apa yang aku cuba nak sampaikan, masyarakat kita (aku ambik orang ISLAM yang MELAYU sebab aku juga islam dan melayu) hari ni bila menuduh sesuatu perkara yang buruk, maka mereka ( tak termasuk aku lepas aku perasan sedar perkara ni ) akan melibatkan sekali seluruh organisasi, badan, ataupun apa-apa jua dalam perkara buruk yang dituduhkan tu.  Sekali lagi aku ulangi, kita biasanya akan melibatkan sekali seluruh organisasi, badan, ataupun apa-apa jua dalam perkara buruk yang dituduhkan tu. Meskipun badan, organisasi atau bla3 tersebut dah melakukan banyak kebaikan atau manfaat atau memang dah sedia baik.

Sebagai contoh.. Aku ambik contoh yang perasan dasyat yang reality semasa.

          Perhimpunan Bersih 2.0 hari tu hanya menuntut pilihanraya bersih dan adil dan mengusulkan 8 tuntutan yang aku dah lupa. Bila perhimpunan ni diadakan, maka semua peserta yang turun perhimpunan tu KEBANYAKKANNYA memang nak menuntut pilihanraya yang adil. Tapi ada SESETENGAH yang turun mungkin hanya nak gaduh dengan polis dan fru untuk tunjuk hebat, saja-saja untuk isi masa lapang, hobi, tak puas hati, nak jumpa awek yang jauh, nak tengok perempuan-perempuan yang pakai tudung labuh untuk buat bini, nak main air, nak bersauna dengan gas pemedih mata dan bla3.

Tapi malangnya sesetengah pihak cakap PESERTA perhimpunan Bersih ni nak gulingkan kerajaan dengan cara revolusi macam kat Mesir, Tunisia dan lain-lain. Dan yang paling sopan pun cakap peserta ni bertujuan macam yang sesetengah tu.

          Contoh lain pulak (contoh lagi..) pasal polis dan fru yang terlibat dalam perhimpunan bersih 2.0 hari tu. Masa perhimpunan tu dijalankan, hanya SESETENGAH pihak polis yang bertindak agresif kepada peserta perhimpunan bersih tu. Mungkin ada juga polis yang bersikap berlembut dengan peserta perhimpunan bersih tu dan tak sampai hati atau tak sanggup nak cederakan, pukul ataupun bertindak agresif pada peserta perhimpunan bersih tu. Malah mungkin ada polis yang beriman terpaksa turun untuk memikul arahan yang diberikan demi memberi sesuap nasi yang halal untuk keluarga mereka.

          Tapi malangnya, sesetengah pihak cakap POLIS ni anjing atau kerajaan, kejam, gila kuasa dan bla3. Dan yang paling sopan pun cakap polis ni takde hati dan perasaan.

Faham apa aku nak sampaikan? Ok, aku ambil contoh lain yang senang sikit.

          Jemaah tabligh yang kita sedia tahu hari ni, (ada yang tak tahu ke?) yang bergerak aktif di Malaysia bertujuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw, menghidupkan masjid dan surau, bawa orang kepada amalan islam, mengeratkan silaturrahim dengan orang ramai dan lain-lain. Banyak kebaikan yang di bawa karkun-karkun (gelaran untuk ahli Jemaah tabligh yang maksudnya rakan seusaha) untuk masyarakat melayu umumnya. Tetapi tak dinafikan, ada SESETENGAH karkun mungkin yang terlalu “josh”(berkobar-kobar / semangat) hingga  ada yang tak campur dengan orang tempatan demi nak jaga amalan atau tak nak terlibat dengan maksiat atau dosa, “pancung” orang yang tak amalkan sunnah Rasulullah saw terutama pakai jubah, serban atau lain-lain.

          Tetapi malangnya, ada sesetengah pihak cakap TABLIGH ni mengajar jangan campur masyarakat tempatan yang ada maksiat, tinggalkan anak bini tanpa nafkah, tinggalkan dunia seluruhnya, jangan campur dengan yang tak sefikrah dengan mereka, sesat, dan bla3.

          Ok faham tak?? Aku dah malas nak tulis contoh lagi. Penat aku nak menaip. Jadi apa aku nak sampaikan, kita sama-sama perbetulkan mentaliti kita bahawa jangan hanya SESETENGAH pihak yang buat masalah, kita terus tuduh SEMUANYA bermasalah. Sebab secara tidak langsung, ia mungkin akan melibatkan kita dalam kancah PEMFITNAHAN.

Paham?

Kita akan boleh memfitnah orang yang tak bersalah dalam sesebuah organisasi, badan atau apa-apa jua terlibat dengan masalah tersebut. Apa dosa memfitnah? Rujuk ustaz, ulama’ berdekatan.

Tapi shuk.. aku cakap apa yang betul…

Memang kau cakap apa yang betul, tapi tak semuanya yang kau cakap tu ada masalah. Macam aku ambik contoh umat islam tadi, takkan hanya SESETENGAH yang bermasalah, kita nak cakap umat islam ni tak boleh pakai? Macam tu??

Nak contoh lagi?







Malas la pulak aku nak menaip. Woha!


          So, sempena bulan Ramdhan yang mulia ni, kita sama-sama perbaiki akhlak kita, perbaiki tutur kata dan percakapan kita dengan orang lain terutama musuh kita, muamalat dan muasyarat kita, tingkah laku kita, dan bla3 supaya Ramadhan kali ni memberi 1001 makna dan menjadi bulan tarbiyyah dalam kehidupan kita seharian. Elakkan diri kita dari memfitnah-fitnah orang yang tak bersalah. Kesian mereka dan anak-anak mereka serta cucu cicit dan keturunan yang mewarisi keluarga turun temurun mereka.






p/s :  apa kaitan yang aku membebel ni dengan pepatah yang aku sebut mula-mula tadi ek? Woha!