Don't judge a blog by its followers

Friday, 12 August 2011

Aku tak nak pakai tudung labuh sebab..?

(Hasil respons beberapa kawan aku tentang persoalan yang aku tujukan tentang tudung labuh..soalannya lebih kurang berbentuk begini……)

          “Kau tak terfikir atau teringin nak pakai tudung labuh ke?”

Ha, inilah soalan terpilih untuk bulan ni. Aku yang perasan rajin ni sengaja buat soal selidik ni untuk mengetahui sejauh mana kadar keteringinan wanita-wanita hari ni tentang pemakaian tudung labuh dan apa pandangan mereka tentang pemakaian tudung labuh (penggunaan ayat yang diciplak dari lab report).

          So, apa respons yang aku dapat sepanjang aku buat benda alah ni? Antara jawapan-jawapan terpilih yang aku dapat ;


1.   “aku penah terfikir nak pakai tudung labuh ni. Ye la, aku tengok budak pakai tudung labuh ni muka nampak suci je. Nampak ayu. Cuma, ye la, bila dah pakai tudung labuh nie, mestilah perangai semua kena jaga selari dengan penampilan.”


2.   aku pernah terfikir dan teringin nak pakai tudung labuh. Tapi aku akan buat slow-slow. Tentang pemakaian tudung labuh ni, Alhamdulillah. Yela, menutup aurat, tapi tak leh juga nak kata seseorang yang berpakaian sedemikian terlalu baik. Sebab bab tu depends pada akhlak pulak..”


3.   “setakat ni belum lagi la. Slow-slow dulu. insyaAllah teringin jugak.”

4.   “ aku tak nak pakai tudung labuh sebab aku ni lelaki la. (biskotmayat) Woha! “

Antara alasan atau kesimpulan aku aku dapat bila aku tanya perkara ni,
bila dah pakai tudung labuh, mestilah orangnya akhlak yang baik, sopan, bla3. Tapi aku baru nak berubah slow-slow. Aku kena ubah perangai aku dulu, then baru aku pakai tudung labuh. Sebab perangai kena SELARI dengan penampilan.”

Ye, aku setuju perangai kena SELARI dengan penampilan. Kalau pakai jubah, serban segala bagai, tapi perangai macam hantu mak limah, susah jugak. Takpun pakai jubah perempuan, tudung labuh segala bagai, tapi perangai macam mak lampir, pun payah jugak. Silap-silap boleh timbul fitnah.

Dan kalau diperhatikan betul-betul respons yang aku dapat tu, lebih kurang sama respons yang wanita-wanita free hair bagi bila ditanya kenapa tak pakai tudung. So, ini pendapat aku sebagai seorang yang BUKAN ustaz tentang pemakaian tudung labuh. Tapi sebelum tu, aku nak kaitkan beberapa cerita supaya senang faham apa yang aku nak sampaikan.

Kalau kita perasan nampak, sebenarnya bila kita buat benda baik atau pakai yang baik-baik, contohnya pakai tudung labuh ke, jubah, serban atau sekawan dengannya, ia secara AUTOMATIK (mungkin) merubah tingkah laku dan perangai seseorang walaupun sebelum ni perangainya tak seperti yang diidamkan.

Eh, automatik shuk? Ko ingat kitorang ni robotcop ke apa? Tapi berlaku kat semua la shuk.



Memang tak semua, tapi KEBANYAKKAN. Cuba try test teori yang aku bagi ni. Ini teori atau pendapat aku ye. Macam ni, semuanya berlaku kerana mindset.

Sebagai contoh , ada seorang lelaki ni, sebelum ni dia tak pernah pergi masjid untuk solat berjemaah. Jangankan solat berjemaah, solat 5 waktu pun susah nak jaga. Jadi pergaulan dia pun tak terjaga. Perangai pun huru hara. Dengan perempuan main bertepuk tampar je. Contoh3..
Tapi bila dia dah mula rajin pergi masjid hari-hari, dan kawan-kawan dia nampak perubahan ni, secara AUTOMATIK, dia akan kawal tingkah laku dia, pergaulan dia, dah tak macam dulu la kiranya. Sebab apa? Antara sebab yang logik, mungkin dia akan merasakan ;

aku dah selalu pergi masjid, jadi perangai mesti elok. Kena pulak kawan-kawan aku dah nampak, takkan nak berperangai macam dulu. Nanti apa diorang cakap pulak. Tak berubah-ubah walau dah rajin solat. Macam budak yang rajin solat semuanya buruk-buruk je.”

 Secara tak langsung, ia akan mendisiplinkan diri dia dan merubah perangai dia selari dengan perbuatan dia yang rajin pergi masjid TANPA perlu merubah perangai dia first untuk jadi paling baik kemudian baru nak rajin pergi masjid.


Kan nampak macam hipokrit la shuk. Lagipun, aku tak berapa paham la..



Secara luarannya, nampak macam hipokrit. Tapi sebenarnya TAK. Sebab, hipokrit ni secara amnya, kita berpura-pura buat suatu kebaikan atau lakukan sesuatu perkara semata-mata untuk raih keuntungan dan kepentingan diri sendiri SAHAJA dengan menindas atau menyebabkan ada pihak lain yang mendapat kesan yang NEGATIF hasil kehipokritan kita tu. Dia adik beradik munafik la kiranya.


Contoh?


Lain kali la. Aku nak bincang benda lain ni.

Kes kat atas, dia bukan mendapat “untung” sorang je, tapi kat orang lain juga sebab secara tak langsung dia jaga imej semua lelaki-lelaki yang rajin pergi masjid. Bayangkan kalau dia rajin pergi masjid, tapi perangai macam puaka niyang rapik, kan secara tak langsung dia menjadi FITNAH kepada semua lelaki-lelaki yang rajin pergi masjid. Contohnya, orang akan cakap, “la, harap je pergi masjid. Tapi perangai tak berubah. Rasanya semua yang pergi masjid macam tu.” Contoh3. Sama juga macam kes baru nak pakai tudung dan tutup aurat dengan sempurna dan bla3.

Ok, aku besarkan skop sikit, kita ambil isu hari ni, perempuan yang tak bertudung.
Contoh ada seorang perempuan ni, dia dah mula pakai tudung. Sebelum ni, bila dia free hair, perangai dia sedikit tak terjaga. Selalu terjerit-jerit, kurang sopan, pergaulan tak berapa jaga, solat pun susah, dan bla3 (ini TAKDE kaitan dengan SESIAPA. Aku bagi contoh je. Kalau terasa? Pandai-pandai fikir ). Contoh3.
Tapi bila dia dah mula pakai tudung, tutup aurat dengan sempurna dan kena pulak kawan-kawan dia nampak perubahan ni, secara AUTOMATIK, dia akan kawal tingkah laku dia, pergaulan dia, percakapan dia dan dah tak macam dulu la kiranya. Sebab apa? Antara sebab yang logik, mungkin dia akan merasakan ;

aku dah pakai tudung dan jaga aurat aku, jadi perangai mesti elok. Kena pulak kawan-kawan aku perasan, takkan nak berperangai macam dulu. Nanti apa diorang cakap pulak. Tak berubah-ubah walau dah bertudung. Macam budak bertudung semuanya buruk-buruk je.”

 Secara tak langsung, dia akan mendisiplinkan diri dan merubah perangai dia selari dengan perbuatan dia yang pakai tudung TANPA perlu merubah perangai dia first untuk jadi paling baik kemudian baru nak pakai tudung dan tutup aurat dengan sempurna.

Nampak? Ok, kita besarkan lagi skop. Seorang lelaki cina atau india atau iban atau bla3 nak masuk islam.

Contoh ada seorang lelaki cina ni, dia dah masuk islam. Sebelum ni, bila dia bukan islam, perangai dia tak terjaga. Selalu minum arak, pergi dangdut, kelab malam, berjudi dan bla3. Contoh3.
Tapi bila dia dah mula masuk islam, dia akan menjaga akhlak dan tingkah laku dia dan kena pulak kawan-kawan dia nampak perubahan ni, secara AUTOMATIK, dia akan kawal tingkah laku dia, perbuatan dia, pergaulan dia dan dah tak macam dulu la kiranya. Sebab apa? Antara sebab yang logik, mungkin dia akan merasakan ;

aku dah masuk islam, jadi perangai mesti elok. Kena pulak kawan-kawan aku perasan, takkan nak berperangai macam dulu. Nanti apa diorang cakap pulak. Tak berubah-ubah walau dah masuk islam. Macam islam mengajar benda yang buruk-buruk je.”

 Secara tak langsung, dia akan mendisiplinkan diri dan merubah perangai dia selari dengan perbuatan dan tindakan dia yang masuk islam TANPA perlu merubah perangai dia first untuk jadi paling baik kemudian baru nak masuk islam.

Ok, nampak tak contoh yang aku bagi ni. Untuk melakukan sesuatu yang baik, TIDAK SEMESTINYA kena merubah akhlak atau tingkah laku terlebih dulu dan jadi seorang alim ulama’, kiai, ustaz baru nak lakukan sesuatu perkara yang baik. Lakukan je perkara yang baik, kemudian banyakkan doa supaya istiqomah dan dapat perbaiki akhlak selari dengan perubahan yang dibuat.
Untuk buat perubahan “slow-slow” tu, memang pasti dan perlu. Islam pun menyuruh buat sesuatu secara berperingkat dan tak secara drastic. Tapi kalau dah 3,4 tahun di tanya benda sama, kemudian jawapannya tetap “ala, nak berubah kena slow-slow” , lepas tu takde sebarang tindakan yang diambil untuk berubah secara slow-slow tu, macam mana ek? Aku rasa tu dah memang orangnya yang slow. Oh.. termasuklah aku..

Ok, berbalik pada topic asal yang nak diborakkan, tentang pemakaian tudung labuh. Nak aku bagi contoh jugak ke?

Disebabkan aku perasan rajin hari ni, jadi aku bagi satu contoh yang berkaitan la.

Contoh ada seorang perempuan ni, dia dah mula nak pakai tudung labuh. Sebelum ni, bila dia pakai tudung biasa, perangai dia kurang terjaga. Banyak cakap, kurang sopan, pergaulan kurang jaga, dan bla3. Contoh3.
Tapi bila dia dah mula pakai tudung labuh, tutup aurat dengan sempurna dan kena pulak kawan-kawan dia nampak perubahan ni, secara AUTOMATIK, dia akan kawal tingkah laku dia, pergaulan dia, percakapan dia dan dah tak macam dulu la kiranya. Sebab apa? Antara sebab yang logik, mungkin dia akan merasakan ;

aku dah pakai tudung labuh dan jaga aurat aku, jadi perangai mesti elok. Kena pulak kawan-kawan aku perasan, takkan nak berperangai macam dulu. Nanti apa diorang cakap pulak. Tak berubah-ubah walau dah bertudung labuh. Macam budak tudung labuh semuanya buruk-buruk je.”

 Secara tak langsung, dia akan mendisiplinkan diri dan merubah perangai dia selari dengan perbuatan dia yang pakai tudung labuh TANPA perlu merubah perangai dia first untuk jadi paling baik kemudian baru nak pakai tudung labuh.


So, apa pendapat ko sebenarnya shuk?


Erk..pendapat aku, buatlah kebaikan yang anda teringin nak buat secepat mungkin tanpa nak tunggu datang “seru” sebelum seruan dari Allah dan kubur sampai kepada kamu dengan kadar yang anda tak tahu bila sampainya seruan tu. Anda tahu bila anda jadi mayat dan naik kereta mayat?
Woha!

Shuk! Kejap2. Aku nak tanya last. Tudung labuh tu, saiz dia macam mana?





Erk..saiz? Aku tak tak pernah pakai tudung, inikan pula pakai tudung labuh. Ko tanya la orang yang pakai tudung. Nanti aku kasi saiz baju aku kat ko, nak? Woha!




p/s :
1.   Entry di atas 90% betul dan 10% lagi aku reka untuk kesesuaian umum.
2.   Segala contoh di atas takde kaitan dengan sesiapa. Sekadar apa yang Allah ilhamkan pada aku.
3.   Sekarang dah nak musim perayaan, banyak pakaian kat shopping complex dah diberi harga diskaun. Dah beli baju raya? Aku belum. Nak belanja aku tak? Woha!
Comments
18 Comments

18 comments:

  1. menyentap dan kelakar baca..seolah2 nta yg bercakap depan ana hehe :) good2..

    ReplyDelete
  2. kalo enta sdiakn dalil quran dan hadis msti lg mantop isinye.. kalo de sirah sahabat pn ok gak.. segala benda dalam islam ni pn msti ada dalil dari quran dan hadis. kalo takde takut bkn jd amal soleh, tp amal salah.. skadar pndpt.

    ReplyDelete
  3. "bertudung labuh itu tetap menjadi pilihan saya kerana apabila menyarungnya akan membuatkan saya rasa cukup selesa"


    saya tak nak gadaikan tawaran menjadi calon bidadari syurga semata mata ingin menjadi bidadari dunia yg akan pudar kecantikannya.

    bila dah niat nk pakai tudung labuh , insyaAllah akan dipermudahkan sgalanya. mmg betul bila dah pakai tudung labuh scara automatik kita akan jaga tingkah laku kita.hakikatnya tertutup itu lebih indah~

    =)

    ReplyDelete
  4. afiq : ana tak semantap enta.. :)


    ArM : bukan tidak mahu letak dalil Quran, hadith dan sirah nabawiyah, cuna takut tersalah tafsir dan tersalah letak. Masih dalam belajar :)
    apa pun, ana akan cuba sedaya upaya untuk tidak berdusta atas nama Allah dan Rasulullah.. amin..


    ♥ anayunisqa ♥ : insyaAllah, dipermudahkan.. amin :)

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum,,komen ana d'sini,,brtudung lbuh mmberi ktengan n kselesaan,,,ye bila brtdung lbuh automtik kte akn brusha utk mmntpkn ilmu kitew trutma dlm bab agma,,krna org akn mnggp kitew sbgai org yg brilmu,,skaligus mnjdi pnduan n ikutan,,if prngai kitew yg brtdung lbuh x trjga,,mcm mne pula tggpan org trhdap kitew,,jazakallah,,

    p/s:saiz tdung labuh yg biasa nyer law buat sndri,,mggunakn kain lerang 60..n saiz nyer lbih kurang 2 meter suku..=)

    ReplyDelete
  6. syuk: aku stuju ngan ko. tapi walaucamna pun pkai tudung labuh bukan sbb selesa or pa pe alasan lain, tapi semata2 ikhlas kerana Allah. n utk dptkn ikhlas ni ustaz abg aku gtau kita kena tau ape dalil quran n hadis brkenaan sesuatu printah Allah tu. kdg2 bila kita leka syaitan ni suka suntik bnde bukan2 cam prasaan ujub bangga riak n swaktu dgnnya bila kita buat sesuatu amalan tu. so bila kita tau dalil quran n hadis tu insyaallah kita dpt tepis dari sume prasaan tu. tu yg abg aku dgr dari ustaz die lar. kalo ustaz ko ckp lain tu lain cite..

    ReplyDelete
  7. DzAtUn NiThAQiN : Macam pakai kelambu, tapi tetap kena gigit nyamuk. sebab? kelambu lubang2..so, nak tutup lubang2, kene tampal dengan kain.. :)
    oooh yeke..takde jual kat kedai ea? =_="



    ArM : Oh..menarik pndapat ustaz abg ko..ustaz aku tak cakap apa2 pun..haha XD

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum

    setuju ngan pemilik teratak ini..bila nak buat baik jgn tggu2 sbb kita tak tau bila masa kita akn pergi menemuiNYA..cepat atau lmbt KEMATIAN itu PASTI.

    Alhamdulillah,bg pndpt sy brtudung labuh mmberikan keselesaan dan ketenangan.:-)


    tp yg penting di sini..yg harus dijaga adlh aurat..kena faham apa sbnrnya pengertian "menutup" aurat..insyaallah bila dh fhm maka senang utk dilksanakan..ISLAM itu MUDAH dan tak memberatkan umatnya.

    p/s: tudung labuh selalunya guna kain 1meter setengah..kalau nak labuh lagi boleh buat dgn 2meter @ lebih ..tapi 1 meter stgh bg yg tinggi 162cm sudah cukup labuh..:-)skdr brkongsi

    ReplyDelete
  9. NooR AzLen BinTi HaRoN : pon pon pon..keretamayat dah tunggu depan rumah..Oh!~

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...setuju sngt2...ade kwn sy sblm ni die pakai tudung kecik sngt..perangai mmg terjerit sane sini..tp alhamdulillah baru2 ni sy tengok die dh ubah penampilan pakai tudung labuh, ckp sopan, makin ayu n berseri wajah die...

    ReplyDelete
  11. zurina : waalaikumussalam.. oohh.. alhamdulillah.. semoga Allah bagi taufiq n hidayah pada aku dan kita semua utk taat perintah Allah.. amin.. :)

    ReplyDelete
  12. Cuma yang herannya masyarakat kita ni... bila bertudung labuh tu dipanggilnya "ustazah" (walaupun bukan ustzh). Ada jugak yg memang ustazah, tapi glamour pulak pakaiannya mengalahkan artis pulak....... dunia.....dunia.....

    ReplyDelete
  13. itulah pasal..dunia dunia..

    ReplyDelete
  14. tapi ade gak yang pakai tudung labuh..
    tapi hu ha hu ha gak?
    camne tu ek??kire die tu lawak lah orangnye..
    sile komen sket,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam is perfect, but muslim not perfect..

      menjawab? ^_^

      Delete
  15. pendapat ana, tiada ukuran utk saiz tudung labuh yang sebenar. asalkan tudung yang dipakai tidak jarang dan melebihi paras dada, itu dah kira menutup aurat dengan sempuna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan. Jazakillah khair :)

      Delete