Don't judge a blog by its followers

Friday, 26 August 2011

Perempuan fitnah di masjid..?

(Pertama kali entry aku hampir 80% copy paste demi untuk cari jawapan yang terbaik untuk pertanyaan yang berbunyi….)


Shuk, macam mana fitnah boleh melanda pada perempuan jika perempuan tu solat di masjid
Lebih kurang macam ni bunyi soalan dia sebab soalan ni dah ditanya lama..tetapi disebabkan aku perasan rajin, maka aku cari juga jawapan (gaya cakap macam lelaki beriman akhir zaman) woha!



          Erk, disebabkan aku tak pernah belajar kitab feqah secara details, maka aku tak mampu bagi jawapan yang terbaik berdasarkan sixth sense aku. Aku pernah bagi jawapan kat dia ikut kaca mata aku sendiri berdasarkan pemerhatian aku di kawasan aku dan beberapa kawasan lain. Tapi bawah ni nanti jawapan hasil perbincangan aku dengan beberapa orang yang aku boleh kata arif dan mahir dalam bab ni.


Kat bawah ni aku letakkan pendapat para fuqaha yang aku copied paste je.



1)Dalam kitab Fathul Muin jilid ke 2 dalam bab solat berjemaah, Sheikh Zainuddin al-malabari rahimahullah menyebut, "jemaah ini sunat mu'akkad menurut Imam Rafie. tetapi kata Imam Nawawi(murid imam rafie) yang paling sahih ialah fardhu kifayah bagi lelaki yang baligh, yang, merdeka, yang bermukim pada sembahyang tunai sahaja sekiranya zahir syiar jamaah itu pada tempat mendirikannya. Tidak kuat sunatnya itu bagi perempuan sebagai kuat orang lelaki.
 


2)Dalam kitab matan qurratul ain oleh Sheikh Zainuddin al-Malabari dalam bab solat jemah,"Berjemaah dimasjid itu lebih afdal daripada tempat yang lain bagi yang lain daripada imam yang bersembahyang disuatu tempat yang mana jika tiada ia maka tidak akan didirikan jemaah padanya dan perempuan yang muda lagi elok rupa parasnya. Dan haram atas perempuan yang ada suaminya hadir pada tempat berjamaah dengan tanpa izin suaminya. Dan haram atas suami memberi keizinan jika ditakuti berlaku fitnah daripada isterinya sendiri atau keatas isterinya"



3)Dalam kitab al-Iqna karangan Sheikh Khatib Syarbini yang masyhur itu dalam bab solat jemaah jua,"Berjamaah di masjid terlebih afdhal bagi selain perempuan dan seumpanya khunsa terafdhal dari jamaah pada selain masjid seperti rumah, dan jamaah perempuan dan khunsa dirumah terafdhal dari jamaahnya di masjid, kerana khabar dua yang sahih, "solatlah wahai manusia dirumah kamu, kerana solat yang terafdhal itu solat seorang dirumahnya melainkan maktubah," iaitu maka ia terafdhal di masjid kerana masjid melengkapi kemuliaan dan zahirkan syiar dan banyak jamaah.



Makruh bagi perempuan-perempuan yang punya gaya menghadiri masjid bersama lelaki kerana apa yang ada didalam dua khabar yang sahih dari Aisyah r.a bahawa dia berkata,"Kalau Rasulullah saw nampak apa yang dijujudkan oleh kaum perempuan tentu dia menegah mereka dari masjid sepertimana ditegah kaum perempuan bani israil", dan kerana takutkan fitnah. Adapun selain mereka maka tidak makruh bagi mereka demikian itu."




Faham? Aku pun kalau baca sekali, memang tak faham sebab ayat kitab lama. Jadi apa yang boleh di simpulkan,



1) Hukum asal bagi perempuan berjemaah di masjid ialah sunat seperti yang telah masyhur pada hadis. Namun sunatnya tidak sekuat orang lelaki.


2) Makruh itu disebut ialah bagi perempuan yang cantik rupa parasnya dan bergaya. Seperti yang disebut oleh ulama’ ialah perempuan-perempuan muda. Maka jika orang perempuan yang sudah tua atau yang rupa paras biasa maka tidak dimakruhkan.


3)Fitnah bagi perempuan itu ada dari dirinya dan ada keatas dirinya, maka jika ditakuti dari dirinya seperti dia melakukan perkara yang mengganggu jamaah, atau keatasnya kerana kecantikannya membuatkan orang mengganggunya, maka haram bagi suaminya untuk izinkannya ke masjid.


4)Yang paling afdhal bagi perempuan ialah solat di rumahnya seperti yang telah dinyatakan. lebih selamat dari fitnah dan menjaga kehormatan dirinya dan orang lain.





Err.. tapi shuk, ini baru hukum dan afdhal atau tidak perempuan solat di masjid. Jadi apa fitnahnya?




Ha, aku nak cakap la ni. Duduk diam diam, dan dengar. Eh salah, baca.





Ni pandangan dan pendapat dari kaca mata seorang perempuan ;



“ Perkara ini sudah pun diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w yang melarang wanita berwangi-wangian sekiranya mahu ke masjid dan rumah adalah tempat yang terbaik bagi wanita. Wanita itu sendiri adalah rahsia..


Apa yg boleh menyebabkan fitnah kepada wanita apabila dia solat di masjid itu adalah fitrah wanita itu sendiri yang suka kepada wangi-wangian, suka kepada kecantikan..Fitnah boleh berlaku apabila wangian yang dipakainya itu menarik perhatian kaum lelaki sehingga mengganggu ketenteraman awam..


Fitnah kedua boleh berlaku apabila wanita itu tidak menutup aurat dengan sebetulnya..hal ini difokuskan pada kain telekung yang akan diangkat sehingga menampakkan aurat..dan mengundang perhatian lelaki..


fitnah ketiga pula apabila wanita itu berlama-lamaan diluar masjid, beriuh riuh sehingga mengundang perhatian orang lain..


ini adalah pendapat saya sebagai seorang wanita setelah memerhatikan keadaan di masjid lebih lebih lagi di ipt..


namun, sekiranya wanita itu mampu menjaga batas dirinya daripada bukan mahramnya dan tidak akan melakukan kerosakan kepada hati, mata dan telinga org lain, solatlah di masjid. Afdhalnya solat seorang wanita itu adalah di rumah seperti yang dikatakan oleh Baginda Rasulullah tapi dalam masa yang sama Baginda tidak melarang..



So, dari pihak perempuan, kalau dah jadi masalah begini, lebih afdhal baginya solat dirumah. walaupun hatinya sangat inginkan solat di masjid. maka pengorbanan dia dalam mujahadah melawan kehendak untuk mengelak fitnah kepada orang lain adalah lebih besar pahalanya dan kebaikannya bagi dirinya dan jamaah.



Shuk! (sambil angkat tangan), aku nak tanya, aku ni pelajar IPT (dirahsiakan), dekat surau kolej/asrama aku biasanya kejap ada, kejap takda solat jemaah. Jadi, mana lagi afdhal kalau aku solat berjemaah kat masjid universiti atau solat kat bilik kalau kat surau takda solat berjemaah?




Jawapan (bukan aku) :



Ya, lebih afdhal di bilik/rumah. Sheikhul Masyaikh fil Azhar NUruddin Mufti Dhiyar Misriyyah Rijal Mausui' Al-Faqih Al-Usuli Al-Alim Al-Allamah Sheikh Ali Jum'ah Qaddasallahu sirrahu dalam fatwa beliau terbaru, "Zaman ini adalah terlebih aula dan afdhal wanita solat di rumah dan ber'itikaf di rumah. Mungkin tak dapat pahala i'tikaf, tapi dapat pahala berkhalwat dirumah dan itu terlebih aula dan afdhal untuk zaman ini. (gaya jawapan macam ustaz, tapi sayang aku bukan ustaz)


ada lagi?? letak di ruang komen atau email aku. kalau aku perasan rajin, aku tolong carikan dan reply. woha!

Wah..entry aku kali ni bersifat penuh ilmiah oleh kerana aku penuh dengan copy paste. Oh!




p/s :

1) jangan berhenti disini je, rujuk ustaz dan ulama’ berdekatan.
2) Jangan jadikan blog aku sebagai rujukan terakhir untuk kebahagiaan akhirat anda.

Peace :)
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. erkk.. baru tau menda kaum hawa nie leh dtgkan fitnah, walupun kat masjid.. btw thnks 4 this info.. ^^

    amat berguna utk aq.. huhu. .

    ReplyDelete
  2. :) sesungguhnya kaum hawa itu senjata syaitan.. oh!

    ReplyDelete