Don't judge a blog by its followers

Wednesday, 26 October 2011

Menuntut ilmu sampai ke FPI..??


(aku tertanya-tanya, kenapa segelintir budak yang belajar dalam bidang agama, tak kisah dari sekolah rendah hinggalah ke university, ada yang tak amal agama…)


Hari tu selepas solat maghrib, aku berbincang dengan sorang kawan aku tentang masalah umat (gaya lelaki harapan akhir zaman), dari topik apa tah sehinggalah satu topik tentang kenapa segelintir, (aku rasa keterlaluan kalau aku cakap sebahagian) budak yang belajar bidang agama, yang dulu sekolah agama ke, maahad tahfiz ke, atau apa-apa lah sehingga ke tahap university, ada yang nak jaga solat berjemaah pun susah. Apa tah lagi amalan-amalan lain. Malah ada segelintir yang boleh terpesong sampai masuk ajaran sesat. Err…

Tapi peliknya, kadang-kadang bila ke surau-surau di sekitar kampus (tak kisah la university mana-mana pun), kebanyakkan yang hadir adalah dari golongan pelajar yang bukan ambil jurusan agama sebagai major subject.

Aku cuba sangka baik, yang belajar bahagian agama tu ada kelas, ada mengajar kat surau-surau atau solat tempat lain. Tapi bila aku tengok solat subuh, yang ada tetap orang-orang yang sama. Aku dah mula sangka buruk. Haha..tak payah tau apa yang aku fikirkan.

Kadang-kadang kalau aku pergi surau-surau yang kat luar kampus, aku ada terjumpa sekumpulan manusia yang berjubah putih, berserban, berjanggut panjang, malah ada yang muka muda-muda lagi yang mungkin boleh di syaki sebagai ahli golongan tabligh, bila aku tanya yang pemuda-pemuda yang ikut tu belajar jurusan atau course apa, kebanyakkan mereka akan cakap lebih kepada jurusan sains, sastera, sejarah, psikologi dan bla3. Jarang juga aku jumpa yang kata dari jurusan agama. Ada tu memang ada, tapi mungkin aku je yang tak jumpa kut.

Dan kadang-kadang aku jumpa sekumpulan manusia yang berkopiah, ada berjubah duduk keliling membuat bulatan yang boleh disyaki sedang ber”usrah”, bila aku tanya kebanyakkan daripada mereka jugak ambil kepada jurusan sains, sastera, sejarah, psikologi dan bla3. Jarang juga aku jumpa yang kata dari jurusan agama. Ada tu memang ada, tapi mungkin aku je yang tak jumpa kut.

          Jadi aku tertanya, mana golongan agamawan ni? Aku pernah berbual dengan seorang atuk ni, gaya dia seolah pengikut jemaah tabligh, dia cerita zaman nabi s.a.w. dulu, yang bawa tugas agama atau tugas dakwah ni kebanyakkan orang-orang yang tak pandai, miskin, hamba. Macam juga hari ni, kebanyakkan orang yang sanggup buat kerja dakwah ni kebanyakkannya dari golongan bukan dari jurusan agama. Aku anggukkan je walaupun hakikatnya aku nampak juga realiti hari ni.

Malah kalau kat kampus, aku pernah jumpa beberapa orang students bukan FPI (Fakulti Pembinaan Iman..woha!) ambil subjek dari FPI dan kebanyakkannya amik subjek metodologi dakwah. Dan beberapa students tu berasal dari FST (faculty of Spiritually Tarbiyah..woha!).

Maka aku yang hina dan penuh dosa ni berpendapat, mereka yang bukan dari latar belakang pendidikan agama boleh amal agama dengan baik sebab mereka banyak menuntut ilmu secara tidak formal dan niat mereka memang kebanyakkannya nak menuntut ilmu untuk di amal. Contoh, mereka sanggup ke surau-surau atau fakulti yang berlatarkan islam untuk cari ilmu agama untuk di amal tanpa harapkan ganjaran ataupun tujuan lain macam nak jawab exam ke, atau lain-lain.

Sedangkan segelintir pelajar yang berlatar belakang pendidikan agama susah nak amal agama walaupun dah hari-hari mengadap kuliah-kuliah islamik datang kuliah semata-mata nak jawab exam masa final nanti. Ataupun nak datang kuiz atau dapat tanda attendance.

Wah-wah shukery…sedap kau mengutuk pelajar-pelajar agama ni..

Aku minta ampun pada Allah, minta maaf kalau aku terfitnah ke, tapi aku cakap SEGELINTIR. Bukan SEMUA. (sambil sapu air liur yang bertakung di tepi bibir jap, slurrrp-sapu dengan lidah-woha!)

Aku teringatkan hadis nabi s.a.w. yang maksudnya ;

Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.
(Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Aku takkan syarah hadis ni sebab aku tak layak sampai bila-bila, tapi kalau lihat secara zahir hadis ni,
Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi..”
Oleh itu, “..penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”

Jadi aku rasa korang faham kut kenapa segelintir pelajar yang belajar agama susah nak amal agama.

Tapi shuk…macam mana pulak dengan pelajar yang bukan aliran agama, tapi boleh amal agama dengan baik??

Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan..”

Jadi mungkin budak tu cari ilmu agama sebab dia nak amalkan. Sebab tu dia boleh amalkan agama dengan baik..

So kesimpulannya, niat kena diperbaharui. Tak kisahlah pelajar aliran agama, sains, sastera atau apa-apa la. Ada ulama’ nasihat, niat kena sentiasa di betulkan sebelum, semasa dan selepas kita buat sesuatu tu lagi-lagi dalam menuntut ilmu.



Shukery!! Last2..kau pernah pergi FPI tak..??

Err….
aku dengan perasan bagusnya menyatakan “ya”! Aku pernah pergi ke FPI untuk ke café canselori sebab makanan kat situ sedap. Woha!


p/s :
1. Semoga aku dapat amalkan apa aku tulis.
2. tuntutlah ilmu sampai ke negeri china.. peace :)

No comments:

Post a Comment