Don't judge a blog by its followers

Monday, 3 October 2011

Pesta Konvo UKM tak ramai..??

(isu ni dah lepas dah, dan sengaja di bangkitkan bukan berfokus pada pesta konvo, tapi kepada.....)


BANGI, 2 OKTOBER – Pesta Konvokesyen ke 39 (Pesta Konvo) UKM yang bermula pada 22 september dan tamat pada 27 september minggu lepas mendapat sambutan yang kurang menggalakan. Pesta konvo kali ini dikatakan membuat sedikit kelainan berbanding pesta konvo sebelum ini.Banyak reaksi daripada pelbagai pihak mengenai pesta konvo kali ini termasuk yang pro mahupun yang kontra.

Semalam, Shukery (penulis blog biskotmayat) apabila di temui selepas solat subuh (gaya lelaki beriman akhir zaman) yang pada mulanya enggan mengulas lebih lanjut isu tentang apa yang berlaku mengenai pesta konvo kerana beralasan bahawa beliau tidak terlibat secara langsung dengan pesta konvo tersebut. Namun setelah beliau dipujuk dan dibawa makan ke kedai mamak di luar kampus lalu dirasuah dengan nasi lemak dan teh o, beliau menyatakan tentang isu pesta konvo iaitu :

saya sebenarnya secara jujur tidak risau sangat dengan kekurangan pengunjung yang datang pada pesta konvo kali ini. Apa yang saya risau adalah kekurangan mahasiswa/i terutama yang lelaki turun ke surau dan masjid untuk solat berjemaah. Perkara seperti ni sudah lama wujud. Menyebabkan kadang-kadang ada surau yang azan lewat dari waktunya. Bukan lewat sikit, lewat sangat. Malah lebih nazak lagi, ada waktu yang tiada orang solat berjemaah di situ. Saya yang perasan bagus ini sangka baik mereka semua pergi ke kelas. Tapi takkan semua ke kelas dalam masa yang sama? Dan saya sangka buruk pada mereka, mereka malas nak ke surau kerana menanggap solat di bilik dan solat di surau sama je dalam melaksanakan perintah Allah. Oh!”

Dalam mengulas sambil mengunyah nasi lemak ayam, beliau menyatakan bahawa seorang sahabat kata wajar dituang timah yg mendidih ke telinga org yang dengar azan tapi tak nak datang solat jemaah. Nabi s.a.w. pernah juga menyatakan bahawa baginda ingin mengumpulkan anak muda dan bawa kayu api untuk membakar rumah orang-orang lelaki yang solat fardhu dirumah sambil beliau berceloteh :

“kalau aku ahli bomba, aku akan buat kajian kat rumah atau bilik yang terbakar ,kemudian check sama ada orang dalam rumah atau bilik tu ada tak yang pergi solat jemaah. Kalau takde, memang patut lah rumah atau bilik mereka terbakar.”

Menurut beliau lagi, antara masalah yang menyebabkan ramai yang tidak hadir solat jemaah adalah tidak faham dan tidak tahu dengan fadhilat solat berjemaah dan amaran keras jika meninggalkan solat berjemaah bagi lelaki.

ramai yang tak faham fadhilat solat berjemaah yang antaranya 40 hari tak ketinggallan takbir pertama bersama imam bebas dari sifak munafik dan bebas dari azab neraka! Maknanya selagi 40 hari tak dapat takbir pertama memang ada sifak munafik, bukan aku kata tapi Nabi kata! Ini kan pula siapa yang 40hari tinggal solat berjemaah dan lagi parah tinggal solat fardhu. Selain tu, satu fakta yang dapat dari Palestin, kata org yahudi, selagi bilangan orang yang datang sembahyang subuh berjemaah, tak sama dengan sembahyang jumaat berjemaah, selagi itulah palestin di bawah tapak kaki kami selamanya. Banyak lagi fadhilatnya kalau nak cakap. Silap-silap kalau aku cerita sampai habis, memang kau(wartawan) kena belanja aku nasi goreng dengan secawan teh o pulak. Woha! “

itu antara yang diulas oleh beliau ketika menghabiskan sisa nasi lemak yang berbaki itu. Selepas menghirup air, beliau kemudian menyambung,

antara sebab orang islam terutama mahasiswa hari ni kurang ke surau atau masjid untuk solat berjemaah kerana takut tak sempat siapkan assignment atau thesis padahal dah la buat last minute. Sahabat dulu sanggup tinggalkan kerja dunia lepas dengar azan walaupun dah hampir nak siap kerja tu. Cadangan aku, untuk orang-orang yang rajin ke surau atau masjid, perbanyakkan lah ziarah rakan-rakan sebilik, atau jiran-jiran bilik atau seblok dan ajak mereka untuk turun ke surau atau masjid. Bukan lama pun, tak sampai setengah jam. Kemudian, di tambah dengan buat program-program menarik yang boleh menarik orang turun ke surau dan masjid, lepas nampak mereka dah turun je, terus “tangkap” atau bagi kata-kata semangat supaya menjadi asbab dia rajin ke surau atau masjid. Lepas tu, kepada yang rajin ke surau atau masjid ni, perbanyakkan doa khas untuk kawan-kawan yang tak rajin turun ke rumah Allah ni supaya dapat hidayah rajin ke surau atau masjid. Dan terakhir sekali, aku menyeru kepada kerajaan atau kementerian pelajaran tinggi (kalau baca), masukkan akta denda bakar bilik kepada sesiapa yang tidak solat berjemaah dengan sengaja di surau atau masjid dalam AUKU. Woha! “

Sebelum beliau beredar untuk ke kuliah, beliau menyatakan bahawa pesta konvo kali ini agak menarik pada beliau kerana ada azan berkumandang dan tazkirah walaupun masih banyak lagi kekurangan dari sudut yang lain. Dan beliau juga menyatakan harapan tinggi dan percaya bahawa tahun ini mungkin berlaku peningkatan kehadiran solat berjemaah 5 waktu untuk setiap kolej kediaman di UKM dan di masjid universiti dengan kehadiran pelajar-pelajar tahun satu kali ni yang di hebahkan mempunyai pointer yang tinggi-tinggi. Ini kerana beliau sendiri melihat kehadiran solat berjemaah di kolej beliau (Kolej Ibu Zain) agak meningkat walaupun surau yang kecil. 



*Semua situasi (wartawan, pergi kedai makan, nasi lemak dan teh o serta lain-lain) adalah rekaan penulis. Cuma nak ditekan akan contents SAHAJA. tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan politik. sekian.




p/s :
1. Sumber dipetik bukan dari buznama.
2. sembahyang mayat adalah berjemaah. Tak nak training solat berjemaah sekarang ke sebelum “kena” solatkan secara berjemaah di kemudian hari? oh!
Comments
7 Comments

7 comments:

  1. terbaik bro...menusuk kalbu dan jiwa ohhh...

    ReplyDelete
  2. Ibn Abdullah : aku juga terharu menusuk kalbu dan jiwa kerana ada jugak orang nak baca tulisan aku yang kurang ilmiah ni.. :)

    ---

    Siti Radhiah Badron : terbaik je? bila kau nak belanja aku makan? woha!

    ---

    NooR AzLen BinTi HaRoN : waalaikumussalam.. :)

    ReplyDelete
  3. sangat setuju! Cuma apabila dilihat dari sudut seorang peniaga, mereka mengharapkan pengunjung yang ramai bagi mencari rezeki.

    Tambahan pula sewa yang dikenakan terlalu mahal. Dalam bisnes event management, kadar sewa tapak/gerai/khemah niaga bergantung kepada crowd (jumlah pengunjung). Semakin ramai semakin tinggilah sewanya....

    peniaga2 ni cari duit dengan tawakal yang tinggi..entah untung entah rugi..jadi seharusnya ada win2 situation antara peniaga dan pihak pengurusan... pihak pengurusan tak rugi coz sewa tetap dibayar walaupun peniaga mengalami kerugian...

    kadang2 kita kena ambil tau jugak ilmu bisnes bni sikit2..

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  4. cik zida : apakan daya.. rezeki mereka tiada kali ni.. boleh cuba lagi.. agama ada ketikanya dulu naik sangat tinggi sehingga 2/3 dunia di bawah kaki islam, tapi sekarang islam di hina2 dan dipijak.. tapi suatu hari ia akan naik semula.. itu yang pasti..

    mungkin boleh amik analogi ni untuk peniaga naik semangat untuk teruskan meniaga kot.. :)

    ---

    yuuuuuhhhhhuuuuuuu : yeeehhaaaa ! woha!

    ReplyDelete