Don't judge a blog by its followers

Wednesday, 16 November 2011

Korban tu apa..??

(nota yang dah lama terbuku dalam kepala aku sejak minggu lepas, dan aku menterjemahkan dalam nota agama untuk diri aku..)



Masa raya haji hari tu, tempat aku ramai orang buat korban termasuk sekali dengan keluarga aku. Tapi aku tertanya-tanya, apa tu korban..?

A.   Sembelih lembu?
B.   Sembelih kambing?
C.   Sembelih unta?
D.  Sembelih itik atau angsa?
E.   Sembelih kerbau?
F.   Sembelih ayam?
G.  Sembelih orang?
H.  Bertindik?
I.     Berkhatan?
J.   Atau ambik bahagian korban lembu yang orang bagi?

Atau menanyi lagu P Ramlee ;

          Berkorban apa saja,
          Harta ataupun nyawa,
          Itulah kasih mesra,
          Sejati dan mulia…..

Arghh..apa aku merepek ni. Hah! Adakah semua ni dah cukup menunjukkan kita dah berkorban untuk agama?

Aku teringat kisah nabi Ibrahim a.s..

Masa baginda remaja dulu, ayah baginda jual patung berhala dan selalu suruh baginda jual patung-patung tu. Tapi sebab Allah nak lindungi baginda, Allah bagi dia tak bersemangat nak jual patung tu malah dia ejek lagi patung-patung tu pada pembeli dengan dia cakap : “siapa yang nak beli patung-patung tak berguna ni?”
Bersungguhnya baginda nak cari kebenaran ni, waktu malam je, masa nampak bintang bersinar-sinar, baginda akan kata “inikah tuhanku?”, lepas tu bila bintang tu hilang, dia kata “aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.
Begitu jugak masa waktu siang, bila nampak matahari, dia akan kata “inikah tuhanku?” lepas hilang je, dia kata “wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan”.
Begitu taksub baginda dengan tuhan..
Sehinggalah Allah mewahyukan kepada baginda tetang Zat yang sebenar iaitu “Akulah Allah tuhan sekelian alam.”
Baginda sangat suka dan gembira, maka baginda bertekad dan anggap Allah sebagai kekasihnya. Dan Allah melantiknya sebagai “khililullah” (sahabat Allah).

Kita pendekkan cerita, Nabi Ibrahim a.s ni ditakdirkan takde anak sampai la umur 80 tahun barulah Allah kurniakan anak. Punya gembira baginda yang memang tak sangka baginda akan dapat anak. Maklumlah, kalau korang berhajat nak dapat sebiji motor, sampai la korang dah habis belajar, tiba-tiba orang bagi korang motor sebiji free pulak tu, mesti la gembira tahap gaban punya. Dah sambung balik cerita aku tadi,
Kemudian Allah uji baginda dengan meninggalkan anak dan isteri kat padang pasir selama 7 tahun.


----

7 tahun kemudian..

Baginda pulang dengan dalam hati ada taman, ye la dah 7 tahun tak jumpa, mesti anak dah besar, boleh main kejar2. Kalau zaman sekarang, anak dah darjah 1 kot. Tapi Allah nak uji baginda untuk buktikan iman dan cintanya serta pengorbanannya pada Allah, di suruh lagi keluar selama 3 tahun. Siti hajar menangis dan membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan cakap (lebih kurang) : “Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka jangalah bimbang, sebab ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA..

----

3 tahun kemudian..


Baginda pulang dengan hati yang rindu sangat kat anak dia, yang masa tu dah pandai cakap, boleh lah baginda ajar macam-macam. Tapi Allah nak uji lagi nabi Ibrahim a.s untuk buktikan cinta baginda kepada Allah melebihi segala-galanya dengan mengorbankan anaknya iaitu sembelih hidup-hidup..

NABI IBRAHIM A.S DIPERINTAH BUKAN UNTUK SEMBELIH SEEKOR HAIWAN,
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA.

MANUSIA ITU BUKANLAH MANUSIA YANG TIADA KAITAN DENGAN BAGINDA,
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK BAGINDA YANG BAGINDA NAK SANGAT JUMPA..

DAN BAGINDA MELAKUKANNYA..

Baginda buat sungguh-sungguh. Anak baginda, nabi ismail a.s siap cakap macam ni yang maksudnya lebih kurang macam ni,

Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.”

Tapi Allah tarik sifat pemotong pada pisau tu, baginda dah mula risau. Kemudian baginda asah lagi pisau tu dan sembelih lagi, tapi anak baginda tak cedera sikit pun. Baginda buat ulang-ulang sampai la wahyu Allah dengan firmannya yang bermaksud :” Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Maka sebagai hadiah Allah hadiahkan seekor kibas dari langit.

Jadi.. tak sama MENGHAYATI PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S dengan MENGHAYATI HADIAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S. (aku tak kata salah langsung pun nak sembelih lembu masa raya korban, sunnah tu!)

Cuma aku tertanya la, pernah tak kita “sembelih” perasaan cinta kita pada dunia demi kerana Allah?

Ramai orang datang solat sunat aidiladha, sampai melimpah ruah ke jalan raya. Tapi bila waktu solat fardhu, masjid atau surau lengang je. Siap boleh main lari-lari lagi (aku tak ajar!)

Pesanan aku untuk diri aku yang selalu “terkorban” dengan dunia,


Korbankanlah masa ber “facebook” sekejap dan datanglah pada Allah.

Korbankanlah masa tengok cerita korea sekejap dan datanglah pada Allah.

Korbankanlah waktu rehat atau gap antara kelas/kuliah dan datanglah pada Allah..
Korbankanlah waktu cuti mid semester atau cuti semester kejap dan datanglah pada Allah..

Korbankanlah masa makan, tidur, tandas, tengok movie, hobi sekejap dan datanglah pada Allah..

Korbankanlah masa lapang sekejap dan datanglah pada Allah..


Termasuklah aku sekali yang banyak kali ter”korban” dengan dunia..
Oh! Oh!! OH!!! :’(


P/S: berkorbanlah sebelum terkorban atau jadi mayat

No comments:

Post a Comment