Don't judge a blog by its followers

Friday, 30 December 2011

Kenapa meminta maaf?

(mungkin ini nota terakhir aku dalam blog aku..jumpa lagi lepas ni kalau aku dan kamu masih belum di bawa oleh kereta mayat..)

Hari-hari peperiksaan akhir semester dah nak muncul. Maka ramai yang bertungkus lumus siapkan assignment, dan study berhabis habisan sampai ada yang bermalam di perpustakaan, surau dan kat rumah sendiri. Woha!

Maka ketika ni, ramailah yang hantar mesej-mesej ucapkan “good luck”, “bittaufiq wannajah” dan lain-lain. Ketika ini juga, ramailah yang meminta maaf satu sama lain, agar mereka dapat jawab exam dengan tenang dan damai ( dalam hati : masa exam middle semester hari tu tak nak minta maaf).


Kerana dalam hidup ni, tiada siapa yang tak pernah buat dosa kecuali Nabi yang maksum. Aku? Sudah pastinya lagi banyak dosa melimpah ruah. Andainya malaikat tu makhluk yang ada sifat penat, mesti malaikat yang mencatit dosa dah penat sangat-sangat tulis dosa aku. Isk isk isk.. oh!


Oleh itu, dah jadi kewajipan bagi setiap orang untuk bertaubat kepada Allah dan meminta maaf kepada manusia. Sebab....


(aku termenung di tingkap sambil pandang ke langit lalu bermonolog pada diri sendiri..)



Pada setiap dosa manusia, Allah dah sediakan keampunannya sebaik saja manusia meminta keampunannya..

Tapi, kerana maut lalu menjadi mayat tu datang tiba-tiba, maka nak tak nak, kena lah bertaubat setiap hari.. (istigfar..)

Ketahuilah bahawa Allah Yang Maha Pengampun, dah menyediakan keampunan di setiap dosa manusia yang mana sebaik sahaja manusia bertaubat, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia. Meskipun manusia itu datang dengan dosa yang sepenuh bumi dan langit.

Sesungguhnya Allah Yang Maha Pengasih dah menyediakan keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, mintalah sebelum bergelar mayat, maka insyaAllah keampunan menjadi milik manusia. Amin..

Manusia mana yang sudah menyediakan kemaafan yang besar kepada mana-mana manusia yang menyakitinya? Hatta kepada haiwan yang mungkin menyakitinya? Sampaikan selepas manusia di sakiti manusia, setelah manusia itu meminta maaf kepada manusia yang disakitinya, yang disakiti itu tidak dapat memberi sebarang maaf.

Lantas dari lidah manusia yang di sakiti itu, terungkaplah kata-kata keramat ;

“Huh! Tiada maaf lagi bagimu! Pergi jahanam”

“ Kurang hajar kau! Pergi mampos la!!”

Bengong punya binatang, berani kau!”

Isk isk isk.. Janganlah macam tu..

Mari aku cerita satu kisah masa Nabi Muhammad s.a.w melihat mayat bapa saudaranya Hamzah r.a dilapah orang kafir, pada mulanya Nabi nak balas tetapi Allah tegur kerana memaafkan itu lebih baik...

Lalu Nabi memaafkan mereka berserta doa untuk mereka sekali..

Lalu di dalam takdir Allah, berimanlah pembunuh dan pelapah bapa saudara Nabi, iaitu Washi dan Hindun..

Dari sini (mungkin), timbullah kata-kata azimat, “Sedangkan Nabi maafkan ummmat

Sedangkan Nabi itu maksum, tetapi Nabi masih mengharapkan kebaikan dari Allah.

Maka itulah, di suruh kita maafkan kesalahan orang lain, bukanlah kerana kita maksum, tetapi kita banyak sangat buat dosa (lagi-lagi aku), dan sebagai pendosa tentu sekali mengharapkan sangat-sangat kebaikan dari Allah.


Oleh itu, maafkan lah aku..


Ketahuilah bahawa Allah Yang Maha Pengampun, dah menyediakan keampunan di setiap dosa manusia yang mana jika manusia itu bersabar dan redha, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia. Meskipun manusia itu datang dengan dosa yang sepenuh bumi dan langit.

Sesungguhnya Allah Yang Maha Pengasih dah menyediakan keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, dimana sebalik keampunan Allah, datang sekali bersama insyaAllah ganjaran yang besar dan darjat yang tinggi, serta syurga idaman yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang tak akan di fikirkan oleh manusia.

Pendosa, ahli maksiat, tukang puja kubur orang, tukang tarik nombor ekor, bomoh, penyembah berhala telah menghina Allah sepanjang hidup, syirik sejak kecil..

Tapi sebelum maut datang ia sempat menyerah diri dan bertaubat,

Maka Allah akan ampunkan dosa mereka walaupun mereka pernah menduakan Allah..

Dosa syirik masih lagi terampun sebelum kita bergelar jadi mayat.  Sungguh Allah itu Maha pengasih lagi Maha Penyayang..

Kalau dah jadi mayat, maka menyesal lah kau, dan kau akan di campak ke neraka lalu kekal lah kau di dalamnya..


Kerana apa??


Kerana Allah tetap akan tunaikan janjiNya dan tiada siapa yang lagi tetap dan berkuasa atas janjinya selain Allah.

Dan sekali lagi..

Allah juga berjanji untuk menutup aib mereka yang menutup aib orang lain,

Dan Allah berjanji untuk mengampunkan dosa mereka yang memaafkan kesalahan orang lain..


Maka dari itu, maafkan lah duhai sahabat, duhai teman, duhai makhluk Allah, duhai sesiapa..


Maafkanlah sepenuh hatimu..


Kerana sesungguhnya aku bukanlah seorang Nabi yang maksum..

Juga bukanlah seorang yang sempurna tanpa kesalahan..

Maafkan lah........



Sekian..


(tutup tingkap sebab dah nak masuk waktu subuh...)

p/s : 1:  aku nak exam final semester minggu depan, jumpa lagi hujung januari tahun depan. Itupun kalau kau dan aku masih belum jadi mayat lagi.
2 : Doakan kecemerlangan aku. Semoga Allah permudahkan urusan serta bagi kejayaan pada korang tak kisahlah yang ambil exam atau tidak.

Sunday, 25 December 2011

Kenapa turun bendera..??

(aku buat nota untuk diri sendiri, oleh itu, tak usahlah kau bagi aku kutukan dan cercaan kepada aku, sebab aku tak dapat apa-apa, kau pula dapat...)


BANGI, 25 DISEMBER – Perhimpunan menuntut kebebasan akademik yang dianjurkan oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) pada 17 Disember 2011 di pejabat SUHAKAM dan PWTC baru-baru ini yang diketuai oleh Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Muhammad Safwan Bin Anang telah mencetuskan isu hangat yang hampir hangit dimana mahasiswa bernama Adam Adli telah menurunkan bendera yang bergambar Datuk Seri Najib Tun Razak. Terdapat banyak pihak yang memberi reaksi terhadap isu ini sama ada dari sudut positif mahupun negatif.


Shukery (penulis blog biskotmayat) apabila ditemui semalam ketika sedang mengulangkaji pelajaran (gaya pelajar harapan ukm.woha!) diminta untuk mengulas isu yang berlaku pada minggu lalu. Beliau memang malas nak mengulas dan meminta agar tak diganggu pada mulanya kerana nak menghadapi peperiksaan akhir semester pada minggu depan akhirnya tewas setelah di pujuk belanja makan di kedai makan azura. Sambil menghirup teh o ais, beliau berkata ;


“Aku malas nak mengulas tentang perkara ni, sebab ini hal kecik.  Apa yang aku kesian, ramai orang mengutuk, memfitnah, mencaci maki dan lain-lain pada Adam Adli tu, bukan Adam Adli dapat apa-apa, tapi mereka jugak yang dapat dosa. Dulu ada sahabat tanya pada nabi, apa itu ghibah, dan nabi kata ghibah tu menyebut sesuatu yang tak di sukai saudaramu di belakangnya! Kemudian sahabat tanya lagi, kalau apa yang di sebut tu benar, nabi kata kalau apa yang disebutkan tu benar, maka tu adalah ghibah, tapi kalau tak benar, maka tu adalah buhtan (pembohongan besar). (HR Muslim dll)
Lagi satu, nabi dah bagi amaran pada orang yang suka mengumpat ni takkan masuk syurga! (HR Bukhari dan Muslim) . Bukan aku yang cakap, nabi yang cakap!”


Sambil menunggu makanan sampai yang agak lambat oleh kerana pelanggan ramai ketika itu, beliau menyambung kata-kata beliau ;


“Lagi satu perkara, orang sibuk nak besarkan isu pasal turun bendera ni, tapi tak pernah pulak aku tengok kat berita isu tentang orang tak nak turun ke masjid atau surau untuk solat berjemaah (untuk lelaki je). Tapi ramai masih sibuk nak solat kat bilik, dah tu solat lengah-lengah. Lagi hampeh, solat tu sekadar melepaskan kentut di tangga pulak tu. Solat berjemaah ni dapat 27kali ganda pahala berbanding solat sendiri. Kalau aku nak cakap kelebihan-kelebihan solat berjemaah ni, boleh sejuk makanan kat depan ni. Woha!”


Beliau juga berkata, selain kekurangan orang islam yang turun ke masjid dan surau untuk solat berjemaah, masalah lain yang menimpa orang islam hari ini terutama di malaysia adalah masalah kurang orang islam yang turun majlis atau program agama tapi ramai pula turun ke dataran merdeka pada malam tahun baru dan malam merdeka untuk buat maksiat.


“ aku pernah ikut satu program cegah maksiat dekat area klcc masa malam tahun baru dan malam merdeka dulu, apa yang aku jumpa orang-orang islam terutama budak-budak muda (yang lelaki) berkepit dengan awek masing-masing kat depan bar sambil minum arak. Yang bersidai tepi-tepi jalan tu usah cakap la, lagi sedih budak umur belasan tahun malah ada yang baru tingkatan 1 dah pandai melepak tepi jalan sambil cuci mata. Bila aku tanya mak bapak tak marah ke lepak malam-malam, apa yang mereka cakap, mak bapak tak kisah.  Aku taknak salahkan kerajaan atau sesiapa je pasal kejatuhan moral anak-anak islam hari ni, ini semua mungkin antara salah aku sendiri sebab kurangnya buat kerja dakwah. Oh!”


Beliau turut menyambung ;

“ masalah ummat islam hari ni adalah masalah kita (umat islam). Bukannya masalah budak-budak amik aliran agama, ustaz ulama’ dan lain-lain je, selagi dia mengaku dia orang islam, dia kena fikir tentang masalah ummat ni. Walaupun yang pilih orang pergi masjid, pergi majlis ilmu dan lain-lain ni hanya Allah, tapi kita kena menjadi menjadi asbab atau pengajaknya. Dengan erti kata lain, kena la berdakwah. Takde alasan tak nak berdakwah. Allah tak lihat sejauh mana hasil kita lakukan, tapi Allah tengok sejauh mana mekanisme (usaha) yang dah kita lakukan. Ajak lah kawan-kawan depan bilik, jiran bilik kanan kiri pergi masjid, pergi program agama dan lain-lain. Kalau tak mampu sangat, paling mudah doakan mereka semua ni agar Allah bagi hidayah untuk buat perkara yang makruf dan meninggalkan perkara yang mungkar. Aku lah ni selalu je bagi alasan, tak macam korang. Oh!”


Sebelum beliau pergi, beliau memberi pendapat beliau ;


tentang kes Adam Adli, pada pendapat peribadi aku, turunkan bendera datuk Najib tu adalah kurang bijak. Aku takkan kata bengong (bahasa sopan) sebab dia tu mahasiswa, kalaulah bengong , aku rasa takde la masuk universiti. Sebab apa aku cakap kurang bijak, bila dia buat macam tu, maka dia dah menyebabkan antara 2 perkara berlaku ;

1. Boleh menyempitkan ruang dakwah kepada golongan-golongan yang kurang faham islam dan seterusnya orang ramai boleh salah faham dengan gerakan mahasiswa.  Orang akan lebih suka bermain dengan sentimen untuk dapat keuntungan peribadi.

2. Boleh memberi peluang kepada orang islam sendiri “kutip” dosa untuk membuat fitnah, mengumpat, mengugut dan lain-lain “


(Nota untuk yang slow : situasi ni semuanya rekaan. Yang penting isinya. Dan aku bersifat neutral.)


p/s : 1. Sumber di petik bukan dari buznama
2.  Semua orang islam adalah daie(pendakwah), dan korang jangan mengada-ngada nak lari dari fakta ni.

Thursday, 8 December 2011

Ada apa dengan cinta..??

(Hahahaha. Aku tak pandai nak berfalsafah tentang cinta, apatah lagi nak suruh jadi doktor cinta. Makin bertambah penyakit cinta pada pesakit aku nanti. Oh!)


Aku dapat mesej dari kawan aku, suruh aku bukak inbox facebook. Dan setelah aku bukak, dia kata ;


“shuk, watlah (buatlah) entry pasal nikah before v/s after nikah..hahaha”


Selepas baca, aku sambung ketawa dia dan lepas tu aku terus tidur. Woha!


Secara jujurnya, aku memang tak reti nak bercerita pasal cinta yang berfokuskan tentang bernikah. Sebab aku belum bernikah lagi dan aku takde pengalaman lagi. takut apa yang aku sampaikan akan penuh dengan silap (walaupun orang yang pandai tu belajar dari kesilapan). Kalau aku dah bernikah, mungkin aku rasa baru aku mula berfalsafah tentang rumah tangga. Woha!


Aku nak tanya, apa maksud CINTA??


Aku tak nak jawab sekarang, dan untuk penerangan pasal nikah tu, aku menjemput penceramah luar untuk menghiasi nota untuk diri aku sendiri.


Copy/paste dari blog : http://pakarcinta.com


----------


Cinta SEBELUM KAHWIN

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup.
Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian.
Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan.
Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:
1.   Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan.

(nota untuk yang slow : tak boleh dating walaupun kat shopping complex tu ramai orang)

2.   Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.   Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu.


4.   Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

5.   Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

6.   Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidupsehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya.

7.   Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara.

8.   Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.
Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak.

(*nota dari aku untuk yang slow = apa yang dia tulis bukan dia galakkan atau suruh couple, dengan erti kata lain, ia kiasan supaya tak payah mengada-ngada nak bercouple)


Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta SELEPAS BERTUNANG

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin.
Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan.
Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran.
Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.
Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk bersentuhan, berciuman dan sebagainya.
Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta SELEPAS KAHWIN

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Qur’an ayat-21 surah Ar-Rum,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran” (Ar-Rum, Ayat 21)

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.
Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina.
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain.
Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.


Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan.
Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.


-----------


Ok cukup, aku tak nak komen apa pasal artikel kat atas. Kalau ada nak komen, sila komen dekat bawah.

Dan aku nak jawab soalan yang aku tanya tadi, apa maksud cinta.


MAKSUD CINTA = SANGGUP BUAT APA SAHAJA DEMI YANG DICINTAI.         


Kalau maksud cinta korang adalah kerana Allah, maka adakah korang sanggup buat apa sahaja demi Allah?

Sanggup..?

Sanggup mati kerana Allah?
Sanggup taat segala perintah Allah?
Sanggup jauhkan dari semua larangan Allah?
Sanggup bangun malam kerana Allah?
Sanggup dicaci maki hamun hina kutuk kerana agama Allah?

Kalau macam tu, jom ikut aku sekarang pergi surau sekarang, subuh dah nak dekat dah ni. Jangan kau tarik selimut!!


p/s : "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)

Monday, 5 December 2011

Kenapa jiwa kacau..??

(kisah ni dah lama, err, mungkin baru 2 bulan, tapi aku ubah sikit jalan cerita bagi nak mudah faham apa yang aku nak cerita..)


Suatu petang lepas zohor, sedang aku tengah bukak facebook kejap (hanyut…), tiba-tiba sahabat lama aku dari zaman matrikulasi dulu message inbox aku, dan masa tu aku terus on chat memandangkan dia nak berbual dengan aku sebab dah lama tak bertanya khabar. Tak lama kemudian, dia pun mengadu masalah dia.

Aku : kau macam mana study?

Dia : cume baru-baru ni masalah sikit-sikit je. Banyak main emosi. Hehe

Aku : ooh yeke, await? Ada awek pun emo lagi ke bro? hehehe (ayat gurau je)

Dia : kau takde ke doa-doa sikit bagi tenang sikit hati kacau ni. (hampeh tak layan loya buruk aku)

Aku : hmm.. kalau aku, aku baca Quran je.. tapi baca Quran sambil tengok maksudnya untuk nak hayati. Aku confirm dan boleh jamin la.

Dia : Ohh.. tu la, selalu aku baca pun tak tahu maksud. Nak kena beli tafsir Quran ler..

Aku : Ooh..kena cari Quran yang ada terjemahan. Baca kat surau atau masjid punya pun boleh. Tapi kalau kau nak beli lagi bagus. Lagi satu, petua yang agak mujarab, tapi kau kena usaha lebih. Kau bangun malam, buat tahajud 2 rakaat atau lebih, then masa doa tu kau menangis la sepuas-puas hati. InsyaAllah..

Dia : Tahajud ye.. okay2.. aku memang ada problem sebenarnya.

Aku : Apa dia? Cuba cerita ceciter2..

Dia : Jiwa kacau.. niat hati nak berubah, kena la tau step2 dari sifu dulu..

Aku : siapa sifu?(sambil kembang kempis hidung dan telinga..woha!)

Dia : kau ler..haha

Aku : banyak la kau. Aku biasa je. Ha, kau rajin baca blog? Aku cadangkan kau baca link nie. tapi kau kena rajin sikit, sebab panjang sikit blog dia.. nanti insyaAllah kau tahu apa kau kena buat.

Dia : okay2..thanks bro : )


---------


Bila jiwa kacau atau hati yang gelisah, kita akan rasa tak tentu arah. Rasa macam buat sesuatu perkara, ada je yang tak kena. Fikiran tak menentu, otak bercelaru, hidup rasa macam tak tentu.

Aku pernah alaminya satu ketika dulu (err..lebih dari sekali sebenarnya), masa tu aku meracau-racau macam orang kena sampuk. Aku menjerit gaya orang hysteria (tapi slow sikit takut kena marah), dan berguling-guling macam penguin. Woha! 

Kemudian…..

Okay cukup, aku nak cerita kenapa jiwa kacau, bukan pengalaman aku.

Seperti yang aku tau, jiwa kacau atau hati gelisah ni ada beberapa sebab. Yang pertama sebab DOSA BANYAK SANGAT atau HATI SAKIT. Aku bukan nak takut-takutkan, tapi memang kenyataan. Sape lah yang tak pernah buat dosa (lagi-lagi aku..oh..)..


Aku petik kata-kata ibnu Qayyim,

 “Jika kamu menemui keterasingan kerana perbuatan dosa, maka segera tinggalkan dan jauhi maksiat. Hati tidak akan tenang dengan perbuatan dosa.”


Tapi makin bahaya bila makin buat maksiat atau buat sesuatu perkara dosa, takde rasa apa-apa. Itu tanda HATI DAH MATI.


Aku petik kata-kata ibni Athoillah Iskandari,

“Sebahagian dari tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan, juga TIDAK MENYESAL jika terjadi berbuat sesuatu perlanggaran dosa”


Ok, sebab yang kedua ni berita baik sikit setelah aku bagi kat korang berita buruk. Sebab jiwa kacau atau hati gelisah ni tandanya HIDAYAH NAK DATANG DALAM DIRI. 

Hidayah ni bila nak datang dalam diri, dia takkan masuk macam tu je ke dalam hati yang sakit, hati yang penuh cinta dunia, dia akan “berperang” dulu membuat hati korang rasa gelisah atau kacau. Menang atau kalah, korang yang tentukan dengan izin Allah.


Contohnya  lebih kurang kalau korang nak berperang dengan zionis guna bom nuklear atau apa-apa lah, korang serang mereka, negara mereka akan kacau.
Kalau tak paham, korang tanyalah ustaz ulama’ yang lagi alim. Aku tak pandai sangat terangkan kat orang.

Nabi s.a.w. dulu pun bila nak dapat wahyu, berpeluh-peluh badan nabi, hati jadi risau dan takut, kemudian bila balik isteri baginda selimutkan baginda.

Masa tu, korang pun akan rasa tak sedap hati, rasa nak menjerit tak tentu hala, rasa buat kerja semua tak kena, rasa macam dah nak jadi mayat kejap lagi je sampai korang fikir perkara yang bukan-bukan hingga masuk mimpi.
Tapi kalau korang masa tu sedar perkara ni yang hidayah dah nak masuk dalam hati korang, korang terus la berzikir, solat sunat taubat, baca Quran berserta terjemahan, insyaAllah penyakit hati kau tu akan sembuh dan hidayah masuk dengan girangnya. Ha, kan happy ending tu.

Allah dah berfirman ;
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingati) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram” (QS Ar-Ra’du : 28)

Ketenangan yang kekal, haq atau permanent hanya ada dalam agama. Sebab tu hati akan tenang hanya dengan mengingati Allah. Tempat lain korang boleh jugak cari ketenangan, ada juga orang cari ketenangan dengan tengok wayang sebagai contoh, tapi semua ketenangan tu yang bersifat temporary atau sementara.

Tak percaya? 

Ok lah, cuba korang ada kawan yang lagi 10 minit dia akan exam killer paper yang bakal menentukan dia pass atau fail, lepas tu korang ajak dia tengok wayang ataupun korang cerita kat diorang pasal movie-movie macam ombak rindu ke atau puss in boots. Cubalah kalau korang rasa nak kena tampar secara bertalu-talu..

Ada juga yang nak cari ketenangan hati yang sedang serabut atau kacau dengan cara keluar dating dengan couple, ataupun berfoya-foya, berkaroke, minum arak, pergi disko, berdangdut, berjoget, lepak tepi shopping complex sambil kacau awek lalu atau apa2 la (aku malas nak tambah lagi sebab nanti korang makin tak lalu nak baca), dan akhirnya hidayah yang nak datang bertandang tu tak jadi masuk, lantas mereka pun * “tak kacau” atau “gelisah” macam sebelum ni.
Mereka sangka hati mereka dah tenang dengan hiburan dunia, tapi bila balik rumah di belasahnya mak bapak atau isteri dan anak-anak, silap-silap bunuh keluarga dan bunuh diri. Apa kes?

(* hati mereka masih gelisah cuma tak segelisah dulu)

Hanya dalam agama je kita akan temukan ketenangan, kebahagiaan, keindahan, keseronokan, dan macam-macam lagi jenis kedamaian dan insyaAllah akan mendapat pengakhiran yang baik.

Tapi bila kita cari selain dari agama, maka kita akan rasa kesengsaraan, kegelisahan, keperitan, penderitaan dan kesempitan seumur hidup dan lagi teruk dapat pengakhiran yang buruk. Nauzubillah..

Maka terpulang pada korang macam mana korang nak hilangkan kegelisahan dalam hati korang..

Hidayah itu ibarat cahaya, jika dia susah nak masuk dalam hati, bermakna ada perbezaan dalam hati korang, iaitu KEGELAPAN. Bila hati makin gelap, jadi makin “kuat” berperang hidayah dengan hati yang sakit tu, makin gelisah la korang.
Dan orang yang MEMPUNYAI KESEDARAN dan BERUSAHA untuk itu akan dapat “memenangkan” hidayah ini untuk masuk ke dalam hati dan terus bertakhta ibarat di singgahsana. Oleh itu, korang kena buat pengorbanan atas kesedaran korang tu untuk kekalkan hidayah yang ada dalam hati korang. Sejauh mana kesedaran korang tu, sebanyak tu lah korang kena buat pengorbanan.


Contohnya macam korang nak dapatkan isteri cantik (bagi lelaki), korang kena buat pengorbanan yang banyak. Semakin nak dapat isteri cantik, semakin banyak pengorbanan kena buat. Kalau tak, Korang ternganga je melihat perempuan cantik tu pergi membawa diri. Oh!

Andai kata korang tak berusaha atas kesedaran korang dengan pengorbanan, maka Allah akan tarik balik nikmat hidayah tu dalam diri korang, dan korang tak sedar yang korang berada dalam kegelapan seterusnya terus “tenang” dalam melakukan maksiat dan dosa. Itu bermaksud hati dah mati.

Satu hal lagi, orang yang beriman mantap sekalipun, akan merasa gelisah bila hidayah nak keluar dari dalam hati, bila ujian dunia datang bergerombolan, kebesaran dunia datang menyerang hati bertubi-tubi ibarat jet pejuang Eurofighter typhoon, maka ia akan memaksa hidayah keluar dari hati. Masa tu, mahu tidak mahu kena kembali ke “markas” atau kembali kepada kehidupan beragama.

Apabila ketenangan melalui agama berjaya korang genggam dalam hati, maka ketenangan yang korang ada takkan dapat di ungkapkan dengan syair atau pantun 4 kerat, tak boleh korang terjemahkan dalam google translate, mahupun cuba di gambarkan melalui screen laptop apple Mac.

Ia suatu perkara yang sangat indah, dan masa tu korang boleh berpuisi tentang mayat, menulis status di facebook tentang kematian, tidur dalam keranda sambil bercadarkan kain kapan dan berbantalkan batu nisan dengan bermimpi perkara yang indah. Malah korang boleh menjadikan kereta mayat kenderaan utama korang.

Malah, korang juga akan suka pada biskot mayat dan menjadikan rutin harian. Woha! : )

Akhir sekali setelah aku penat menaip, aku dan korang semua akan jadi mayat tak lama lagi. dan hari ini telah berlalu hari-hari sebelum ini yang bermakna semakin sempit dan sikit ruang masa yang ada untuk kita selamatkan diri kita dan orang sekeliling kita dari azab neraka!

Dan hari ini juga, telah berlalu hari-hari sebelum ini yang bermakna semakin sempir dan sikit ruang masa yang ada untuk kita beramal dan berusaha untuk bawak kita dan orang sekeliling kita masuk ke syurga.

Setiap langkahan kita seharian adalah LANGKAHAN MAUT.. yang membawa kita menuju transformasi kepada mayat.. oleh itu, berusahalah dengan mengorbankan masa yang ada supaya kita menjadi mayat yang tak menyesal.

Selamat mencari ketenangan duhai sahabat.. : )


Sekian..

p/s : orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

Orang yang cintakan akhirat adalah orang yang dah bersedia nak jadi mayat.

Dan orang yang nak saving duit adalah orang yang selalu makan biskot mayat. Woha!

Friday, 2 December 2011

Nak solat yang nikmat?

(Kesian Malaysia kalah bola dengan Syria dengan Bahrain hari tu. Tapi kita umat islam lagi kesian sebab ashik kalah dengan nafsu dan dunia.. oh!)

          Baru-baru ni, Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia penuh dengan penonton yang berpakaian Merah dan Kuning yang mana ada penyokong Malaysia atau harimau muda dengan penyokong Indonesia, si garuda di mana kemenangan pingat emas akhirnya menjadi milik Malaysia dalam sukan sea 2011 !!! (bercakap sambil menjerit). Kemudian sebelum tu Malaysia dah menang lagi lawan pasukan Indonesia ketika di Stadium Nasional Bukit Jalil.

          So, bila cerita bab bola, macam-macam gelagat kita tengok peminat bola sepak ni (termasuk aku jugak kot). Ada yang sanggup datang dari jauh beli tiket dan nak tengok secara live di stadium, ada yang tengok dari tv, ada yang tengok kat kedai mamak Ameer Ali (woha!), ada yang tengok kat café, ada yang tengok kat youtube, atau ada yang beli paper semata-mata nak tengok result je, dan macam-macam lagi la. Kalau aku tulis semuanya, memang tak terlarat nak baca.

           Tapi kan, dalam banyak-banyak ni, yang paling best dan syok sekali bila pergi stadium terus untuk tengok secara live, lepas tu pakai jersi pasukan pilihan hati dan conteng-conteng muka, kemudian duduk kat barisan depan sekali sambil jerit-jerit sekuat hati dan paling kow-kow punya, siap bawak drum, mercun dan laser. Hahaha. Woha!

          Kalau kita pergi pada mereka ni, dan cuba kita jadi wartawan sementara, dan tanya, kenapa korang sanggup conteng-conteng muka, lepas tu terjerit-jerit mengalahkan jurulatih kat depan tu.

          Nanti apa yang mereka jawab, tengok bola kena ada “feel”, bila dah ada “feel”, baru lah ada semangat nak tengok bola dan nikmatnya takkan dapat di gambar dengan kata-kata.

          Maka aku malas nak melalut panjang, blog aku ni bukan blog bola, blog politik atau blog apa-apa pun. Blog aku ni nota agama untuk aku. So, apa aku nak cakap kat sini, dalam ibadah kita seharian, kena ada “feel”, bila dah ada “feel”, baru lah ada semangat nak beribadah dan nikmatnya takkan dapat di gambar dengan kata-kata.

Contohnya solat kita hari-hari tu..

          Sekarang dah masuk bab solat pulak, jadi kalau kita perhatikan sekeliling kita terutama diri sendiri (lagi-lagi aku), macam-macam gelagat pesolat kita jumpa. Ada yang solat kat rumah atau bilik (bagi yang duduk hostel), solat dengan bini atau adik beradik kat rumah, ada yang solat kat masjid dan surau, ada yang solat lengah-lengah, kemudian ada yang lambat,  ada solat pakai kain pelikat dan baju biasa je, ada yang solat bagai melepaskan kentut di tangga dan macam-macam lagi la. Kalau aku tulis semuanya, memang tak terlarat nak baca.

           Tapi kan, dalam banyak-banyak ni, yang paling best dan syok sekali bila pergi solat berjemaah kat masjid dan surau, siap berjubah putih dan berserban, pakai wangi-wangi, dengan bersugi lagi, datang awal, duduk saf depan sekali, siap sempat solat sunat tahiyattul masjid lagi!

          Kalau kita pergi pada mereka ni, dan cuba kita jadi wartawan sementara, dan tanya, kenapa korang sanggup berjubah putih, berserban, siap datang awal dan duduk saff depan macam ustaz ulama’ pula.

          Nanti apa yang mereka jawab, nak solat kena ada “feel”, bila dah ada “feel”, baru lah ada semangat nak solat dan nikmatnya takkan dapat di gambar dengan kata-kata.

Aku ulang lagi sekali ; nak solat kena ada “feel”, bila dah ada “feel”, baru lah ada semangat nak solat dan nikmatnya takkan dapat di gambar dengan kata-kata.

So, kita check diri kita, kenapa kita kurang rasa “feel” ketika solat. Kita (terutama aku) solat tak feel sebab tak BERSUNGGUH dalam bersolat.

Disebabkan aku ni pelajar sains, jadi aku suka buat experiment. Bila hari jumaat, aku dah cuba datang awal , siap berjubah putih dan berserban, pakai wangi-wangi, datang awal, duduk saff depan sekali, sempat solat sunat tahiyattul masjid, kemudian duduk baca Quran sambil tunggu azan, memang rasa “feel” gila dengar khutbah tu. Memang tak ngantuk la. Lepas tu masa solat, rasa nikmat yang tak terhingga mengalahkan KFC yang menjilat jari. Lepas solat rasa macam nak stay terus dan taknak pergi lab* je lepas tu.

(nota untuk yang tak tau : lab = laboratory = makmal)

Tapi kalau dah datang lambat masa solat jumaat tu, lagi pulak datang masa khutbah nak habis, lepas tu dengan pakai seluar jeans dan pakai baju t-shirt je ditambah dengan kelam kabut pulak tu, lepas tu solat macam gitu-gitu je ditambah dengan mengantuk, aku rasa kurang feel dan nikmatnya. (aku rasa aku sorang je bermasalah macam ni, yang lain semua hebat, solat khusyuk, tawaduk, bertakwa dan gaya lelaki beriman akhir zaman)

          Oleh itu, pesanan khas untuk diri aku sendiri, sama-sama kita bersungguh-sungguh untuk beribadah. Kalau masa perlawanan bola sepak kita sanggup spend masa tengok bola walaupun esok pagi ada exam killer paper sekalipun, lagi hebat siap datang stadium terus sambil pakai jersi pasukan harapan tak pun paling kurang pun duduk kat kedai mamak Ameer Ali atau mana-mana kedai mamak berdekatan sambil minum secawan dua teh o panas, inikah pula perkara yang lebih utama contoh macam solat ni.

          Lagi best, siap sediakan beg uniform khas untuk letak serban dan jubah putih (macam kostum spiderman/cicakman/boboiboy.. woha!) dan bila time azan je terus bertukar dengan pantas macam the flash lepas tu terus duduk kat masjid atau surau saff hadapan dan bersiap untuk solat.

Sekian.                                                                                                                

p/s :  Salam dik, ni emak ni. Jubah dan serban kau ni dah lama sangat kat dalam almari sampai kena gigit tikus. Macam mana ni?

Catalyst tu seronok?

(Kesan dari tekanan dengan exam pemangkin kimia malam tadi sebab soalannya out of expectation. Nanomangkin boleh dihasilkan ke?)

          Mangkin tu apa? Dalam bi panggil catalyst (jangan ponteng kelas bi). Ada yang pernah dengar mangkin dalam beberapa tema macam Pepaduan Mangkin Gagasan 1 Malaysia, Diskriminasi Proaktif mangkin Pembangunan Sejagat dan bla3. Aku tak belajar benda ni semua dalam kuliah.

          Apa yang aku tau dan belajar, mangkin ni adalah sesuatu bahan yang berupaya untuk melakukan perubahan dalam kadar tindak balas sesuatu tindak balas kimia (jangan ponteng kuliah sains). Dan lagi satu specialnya mangkin ni, dia tidak sekali-kali akan termakan dalam tindak balas tu dan ia boleh mempercepatkan tindak balas juga melembapkan kadar tindak balas.

Oleh disebabkan aku tidak mahu digelar “sekular” (nanti aku cerita pasal sekular), maka kelas kita pada pagi ini (err.. bila masa blog ni dah jadi kelas kimia?) adalah untuk mengaitkan teori mangkin dengan islam.

“mangkin” yang aku nak kaitkan ni adalah pemberi semangat untuk beribadah, belajar dan beberapa perkara yang dapat memberi manfaat pada diri dan ummat.

Kalau yang masih belajar, mesti kena ada “mangkin”. Ada orang kata, dia bersemangat belajar sebab dia dah temui “mangkin” dia. Kalau di tanya apa “mangkin” dia, dia akan kata makwe/pakwe baru dia yang selalu berkepit bersama setiap masa. Lalu aku kata, tu bukan “mangkin”, tu “mangkuk” (tapi dalam hati je. Woha!)

Antara mangkin yang berjangka panjang untuk pelajar adalah apa objektif dia 
belajar.




Kalau dia belajar hanya untuk dapat 4 flat, maka bila dah dapat 4 flat biasanya akan rasa puas hati dan terus malas belajar.



Kalau dia belajar hanya untuk dapat kerja yang gaji mahal atau popular, maka bila dah kerja biasanya akan rasa puas dan kurang bersemangat nak bekerja.



Kalau dia belajar hanya untuk dapatkan segulung ijazah, maka bila dah dapat ijazah biasanya akan rasa puas dan tak tau nak buat apa lepas tu.



(nota bagi yang slow; ini contoh je. Kalau tak berlaku kat diri korang, Alhamdulillah)



Kenapa??



Sebab objektifnya bersifat jangka masa PENDEK dan UNTUK DIRI SENDIRI je.

Tapi kalau dia belajar untuk mendapat kerja yang gaji mahal, dan sebahagian duit gaji tu di gunakan atau di infakkan untuk sumbangkan kepada ummat islam, gerakan dakwah dan nak menaikkan ekonomi ummat, maka bila dah dah dapat gaji mahal biasanya dia akan bersemangat nak infakkan sebahagian hartanya untuk islam. Selagi islam tak naik, selagi tu dia takkan puas.

Kena ada fikiran yang luar kotak dan fikir macam mana nak selesaikan masalah ummat.

Dah, itu untuk belajar. Walaupun banyak mangkin lagi, tapi aku malas nak panjangkan kuliah pada pagi ni disebabkan nanti aku ada kuliah pulak.

Untuk beribadah pula, apa mangkin nya?

Mangkinnya adalah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a. contoh aku ambik solat.

Kalau tengah solat tiba-tiba kita berangan (aku la tu, korang tak), kita ingat balik macam mana nabi bersusah payah ulang alik untuk bertemu Allah bagi nak kurangkan solat dari 50 waktu kepada 5 waktu. Atau ingat balik macam mana para sahabat r.a khusyuk dalam solat mereka sampai cabut anak panah kat kaki masa solat pun tak rasa langsung.
Dan kata-kata baginda nabi s.a.w sebelum wafat iaitu ;

ummati, ummati, solah, solah

Korang boleh cari mangkin korang sendiri untuk bersemangat dalam beribadah. Apa aku cakap nota untuk diri aku sendiri. Banyak lagi mangkin yang boleh disebut, tapi korang semua boleh fikirkan sendiri sebab aku perasan malas nak taip banyak-banyak.

Pesanan akhir dari aku untuk diri aku dan untuk sesiapa yang terasa nak tumpang sekaki, mahu tak mahu, hidup kita perlukan “mangkin”. Nabi s.a.w sendiri ada pemangkin baginda iaitu Khadijah r.anha.
So, pilihlah pemangkin yang terbaik, sebab mangkin tu ada dua jenis seperti aku kata awal-awal tadi, ada mangkin positif (untuk mempercepatkan tindak balas) dan mangkin negative (untuk lembapkan tindak balas). Ia berkaitan dengan realiti kalau difikirkan semula. Jangan jadi slow untuk pilih mangkin yang negative atau korang akan digelar lembap sebab salah pilih mangkin. Ishk ishk ishk..


Sekian tamat kuliah kita pada pagi ini. Boleh bersurai. Woha!

p/s :
1.cikgu, boleh tak cikgu jadi pemangkin saya? Woha!
2.Penghasilan nanomangkin masih dalam kajian. Woha!