Don't judge a blog by its followers

Friday, 2 December 2011

Catalyst tu seronok?

(Kesan dari tekanan dengan exam pemangkin kimia malam tadi sebab soalannya out of expectation. Nanomangkin boleh dihasilkan ke?)

          Mangkin tu apa? Dalam bi panggil catalyst (jangan ponteng kelas bi). Ada yang pernah dengar mangkin dalam beberapa tema macam Pepaduan Mangkin Gagasan 1 Malaysia, Diskriminasi Proaktif mangkin Pembangunan Sejagat dan bla3. Aku tak belajar benda ni semua dalam kuliah.

          Apa yang aku tau dan belajar, mangkin ni adalah sesuatu bahan yang berupaya untuk melakukan perubahan dalam kadar tindak balas sesuatu tindak balas kimia (jangan ponteng kuliah sains). Dan lagi satu specialnya mangkin ni, dia tidak sekali-kali akan termakan dalam tindak balas tu dan ia boleh mempercepatkan tindak balas juga melembapkan kadar tindak balas.

Oleh disebabkan aku tidak mahu digelar “sekular” (nanti aku cerita pasal sekular), maka kelas kita pada pagi ini (err.. bila masa blog ni dah jadi kelas kimia?) adalah untuk mengaitkan teori mangkin dengan islam.

“mangkin” yang aku nak kaitkan ni adalah pemberi semangat untuk beribadah, belajar dan beberapa perkara yang dapat memberi manfaat pada diri dan ummat.

Kalau yang masih belajar, mesti kena ada “mangkin”. Ada orang kata, dia bersemangat belajar sebab dia dah temui “mangkin” dia. Kalau di tanya apa “mangkin” dia, dia akan kata makwe/pakwe baru dia yang selalu berkepit bersama setiap masa. Lalu aku kata, tu bukan “mangkin”, tu “mangkuk” (tapi dalam hati je. Woha!)

Antara mangkin yang berjangka panjang untuk pelajar adalah apa objektif dia 
belajar.




Kalau dia belajar hanya untuk dapat 4 flat, maka bila dah dapat 4 flat biasanya akan rasa puas hati dan terus malas belajar.



Kalau dia belajar hanya untuk dapat kerja yang gaji mahal atau popular, maka bila dah kerja biasanya akan rasa puas dan kurang bersemangat nak bekerja.



Kalau dia belajar hanya untuk dapatkan segulung ijazah, maka bila dah dapat ijazah biasanya akan rasa puas dan tak tau nak buat apa lepas tu.



(nota bagi yang slow; ini contoh je. Kalau tak berlaku kat diri korang, Alhamdulillah)



Kenapa??



Sebab objektifnya bersifat jangka masa PENDEK dan UNTUK DIRI SENDIRI je.

Tapi kalau dia belajar untuk mendapat kerja yang gaji mahal, dan sebahagian duit gaji tu di gunakan atau di infakkan untuk sumbangkan kepada ummat islam, gerakan dakwah dan nak menaikkan ekonomi ummat, maka bila dah dah dapat gaji mahal biasanya dia akan bersemangat nak infakkan sebahagian hartanya untuk islam. Selagi islam tak naik, selagi tu dia takkan puas.

Kena ada fikiran yang luar kotak dan fikir macam mana nak selesaikan masalah ummat.

Dah, itu untuk belajar. Walaupun banyak mangkin lagi, tapi aku malas nak panjangkan kuliah pada pagi ni disebabkan nanti aku ada kuliah pulak.

Untuk beribadah pula, apa mangkin nya?

Mangkinnya adalah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a. contoh aku ambik solat.

Kalau tengah solat tiba-tiba kita berangan (aku la tu, korang tak), kita ingat balik macam mana nabi bersusah payah ulang alik untuk bertemu Allah bagi nak kurangkan solat dari 50 waktu kepada 5 waktu. Atau ingat balik macam mana para sahabat r.a khusyuk dalam solat mereka sampai cabut anak panah kat kaki masa solat pun tak rasa langsung.
Dan kata-kata baginda nabi s.a.w sebelum wafat iaitu ;

ummati, ummati, solah, solah

Korang boleh cari mangkin korang sendiri untuk bersemangat dalam beribadah. Apa aku cakap nota untuk diri aku sendiri. Banyak lagi mangkin yang boleh disebut, tapi korang semua boleh fikirkan sendiri sebab aku perasan malas nak taip banyak-banyak.

Pesanan akhir dari aku untuk diri aku dan untuk sesiapa yang terasa nak tumpang sekaki, mahu tak mahu, hidup kita perlukan “mangkin”. Nabi s.a.w sendiri ada pemangkin baginda iaitu Khadijah r.anha.
So, pilihlah pemangkin yang terbaik, sebab mangkin tu ada dua jenis seperti aku kata awal-awal tadi, ada mangkin positif (untuk mempercepatkan tindak balas) dan mangkin negative (untuk lembapkan tindak balas). Ia berkaitan dengan realiti kalau difikirkan semula. Jangan jadi slow untuk pilih mangkin yang negative atau korang akan digelar lembap sebab salah pilih mangkin. Ishk ishk ishk..


Sekian tamat kuliah kita pada pagi ini. Boleh bersurai. Woha!

p/s :
1.cikgu, boleh tak cikgu jadi pemangkin saya? Woha!
2.Penghasilan nanomangkin masih dalam kajian. Woha!

No comments:

Post a Comment