Don't judge a blog by its followers

Thursday, 19 January 2012

Apalah ertinya..?

(berfalsafah setelah melihat keadaan semasa di sekeliling di bawah titisan hujan yang syahdu..woha!)


Walaupun exam dah habis, tapi tak bererti exam dah tiada lagi lepas ni. Exam terbesar adalah exam dalam kubur dan di depan Allah nanti. Jadi, aku tujukan falsafah ni untuk diri aku sendiri, supaya aku beringat untuk masa akan datang. Oh..




Oh manusia…


Apalah ertinya apabila kau mengaku kau ada Tuhan,
Tetapi kau tidak meletakkan pergantungan kepadaNya…


Apalah ertinya apabila kau mengucapkan kalimah syahadah yang mengesakan Allah menafikan makhluk,
Tetapi kau masih mempunyai keyakinan yang tinggi kepada makhluk..


Apalah ertinya apabila kau merelakan diri mengucapkan kalimah pemutus (kalimah syahadah) yang memutuskan kecintaan yang hakiki kepada dunia,
Tetapi kau masih lagi tidak mahu mengejar akhirat yang selama-lamanya..


Apalah ertinya apabila kau mengetahui mengamalkan sunnah Nabi s.a.w kau akan bersama dan bersahabat dengan Nabi ketika di syurga,
Tetapi sunnah Nabi pun kau tak mahu amal, lagi bodoh kau hina orang yang amalkan sunnah Nabi..


Apalah ertinya apabila kau mengetahui dan belajar solat 5 waktu itu wajib,
Tetapi kau masih melengah-lengahkannya, lagi hampeh meninggalkannya kerana nak study, atau buat assignment atau bekerja..


Apalah ertinya apabila telinga juga tubuh badan kau masih sihat dan kau mendengar azan,
Tetapi kau masih tak pergi ke surau dan masjid berdekatan untuk solat berjemaah..


Apalah ertinya apabila kau mempunyai kereta atau motor mahal, mahupun mempunyai jawatan atau pangkat yang dihormati orang ramai,
Tetapi kau masih datang ke masjid untuk solat berjemaah pada hari jumaat atau solat sunat hari raya sahaja, lagi bodoh lagi bengong tak pernah pergi masjid atau surau langsung dalam setahun dan bangga dengan itu..


Apalah ertinya apabila kau bersungguh-sungguh kata nak pergi sekolah atau university untuk belajar dan menuntut ilmu,
Tetapi nak beramal dengannya masih lagi malas dan merungut..


Apalah ertinya apabila kau mengatakan mengingati Allah itu hati akan tenang,
Tetapi nak ingat Allah pun beberapa kali je seminggu, lagi bengong sebulan pun tak ingat Allah..


Apalah ertinya apabila kau mengaku kau adalah seorang muslim,
Tetapi kau tidak menunaikan hak-hak sesama muslim, jiran kau pun kau tak peduli apatah lagi dengan yang bukan muslim..


Apalah ertinya apabila kau mengetahui dan menyatakan akhlak Nabi adalah akhlak paling mulia,
Tetapi mengumpat, menghina, mengutuk, memaki hamun, mencarut, mencaci, dan segala mem yang buruk sentiasa “berumah” atau bermain di bibir dan lidah kau..


Apalah ertinya apabila kau mempertikaikan keikhlasan seseorang dalam membuat gerak kerja,
Tetapi kau sendiri masih tak ikhlas dalam amal ibadah kau kepada Allah..


Apalah ertinya apabila kau mengetahui menutup aurat itu wajib,
Tetapi kau masih ambil ringan tentang tutup aurat, malah lagi bengong kau nampak orang yang tutup aurat dengan sempurna, kau sindir dia..


Apalah ertinya apabila kau selalu dengar tugas dakwah adalah tugas semua ummat Nabi Muhammad,
Tetapi kau sendiri masih tak ambil kisah dengan masalah ummat hari ini, apalagi nak pikul tanggungjawab ini..


Apalah ertinya wahai manusia?? Apalah ertinya wahai shukery??

Apalah ertinya!!




Tidakkah kau melihat sekeliling kau..?



Tidakkah kau melihat pada langit yang tidak bertiang, bumi yang terhampar luas, bintang-bintang yang bertebaran di langit, gunung ganang sebagai pasak bumi, dan laut yang terbentang luas..

Mengapa kau tidak ambil pelajaran dan tidak mahu meyakini tanda-tanda kekuasaan Allah..?


Tidakkah kau melihan pergantian malam dan siang serta hujan yang diturunkan dari langit dan selepas itu dihidupkan dengan air hujan itu bumi yang sudah kontang atau kering, malah air hujan itu juga memberi kenikmatan setelah beberapa hari tiada air sebelum ini,

Mengapa kau tidak menggunakan akal untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah..?



Tidakkan kau melihat setiap perasaan yang ada dalam diri kau, perasaan marah,sedih,gembira dan berbagai lagi yang membezakan kau dengan robot,

Mengapa kau tidak buka mata, hati dan minda untuk mengkagumi kehebatan dan keagungan Tuhan Rabbul Izzati..?



Tidakkah kau melihat diri kau dalam sebulan, berapa hari je kau mengalami kesakitan atau tidak sihat, tetapi hari-hari selebihnya Tuhan bagi kau sihat,

Mengapa kau tidak rendahkan ego untuk bersyukur kepada Allah yang maha pemberi Nikmat..?


Tidakkah kau melihat diri kau dalam setahun, berapa kali sahaja kau di timpa masalah, tetapi berapa banyak kali masalah kau semua selesai tanpa sempat kau nak selesaikan..?

Mengapa kau tidak merenungkan untuk mengakui kelemahan diri kepada Allah Rabbul Jalil..?




Mengapa..??


Nikmat yang mana dan apa lagi yang mahu kau dustakan??

Nikmat apa lagi…????


NIKMAT APA LAGI  !!



Oh shukery.. kau nak tunggu apa lagi? Tunggu kau jadi mayat dan masuk lubang kubur baru kau menyesal? Oh! oH! OH!!!




Apalah ertinnya jika kau baca nota-nota aku,
Tetapi kau sekadar baca, like dan langsung tak ambil iktibar..



Sekian..



p/s : maksud firman Allah dalam Quran ;

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan bersilih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):“ Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau mencipta ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau maka peliharalah kami dari siksa neraka.”
(QS Ali-Imran 3: 190-191)                 

Wednesday, 18 January 2012

Ketika cinta berusrah..??

(aku ada teka teki, apakah bentuk yang ada perasaan?)




Beberapa minggu dulu, masa aku tengah drive balik kampus dari rumah aku, aku call seorang sahabat aku ni, aku tak ingat apa yang di bualkan pada mula-mula, kemudian sampailah tiba-tiba dia tanya aku macam ni ;


“ shuk, kalau aku tak nak pergi usrah lagi boleh tak?”


Aku tanya kenapa, dan jawapannya (lebih kurang) ;


“sebab aku rasa bila aku pergi usrah, rasa macam sama je kalau aku tak pergi usrah. Maksudnya, kalau aku dating usrah dengan kosong, rasanya balik pun kosong je.”


Dan ada lagi dia huraikan apa yang bermain di fikiran dia. aku dalam hati nak cakap, “kau salah tanya orang ni, kau tanya orang yang malas pergi usrah..” hehe. Tapi aku tetap juga bercerita kepada dia apa fungsi usrah secara umum dan kenapa perlunya usrah. Nanti kalau aku cakap macam tu, mana tahu dia off call dan takde kawan pulak aku nak berbual dalam kereta tu. Woha!


Sebelum tu pun, ada juga seorang junior cakap pada aku, dia dah jarang ikut usrah, kadang-kadang bila senior-senior dia ajak pergi usrah, dia rasa macam nak melarikan diri. Tak tahu kenapa, tapi kalau jumpa senior dia, senior dia tanya la kenapa lama tak nampak dan lain-lain, dia hanya mampu jawab “kekurangan masa, atau kekangan masa atau tak cukup masa atau takde masa” woha! (ni aku edit ayat)


Dan aku nak tanya korang, apa maksud usrah?


Suara orang ramai : KELUARGA!!



Err.. ha, betul lah tu keluarga. Tapi dari sudut definisi la, kalau maksudnya secara istilah, usrah lebih kurang kepada suatu kumpulan  yang ada beberapa individu yang mana syarat asasnya (tak semestinya wajib pun) mestilah orang islam, dan berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati islam.



Mana dapat sejarah usrah ni dan apa ciri-ciri dia? Korang tanya lah abang google, mungkin dia boleh bagi info kalau korang rajin nak cari. Ada orang kata usrah ni bersifat ekslusif, hanya orang-orang tertentu je. Ada pula kata bidaah, sebab nabi tak buat. Lagi best, ada yang kata usrah ini politik, sebab siapa masuk usrah, akan di pengaruhi orang politik tertentu untuk sokong dia. ha ha ha – tak lawak pun


Ada orang bagi perumpamaan usrah ni macam-macam. Dan aku punye perumpamaan tentang usrah macam ni ;


Usrah ni ibarat korang pergi sekolah (tak kisah la sekolah rendah atau menengah), sekolah tu adalah untuk semua orang, tak bersifat ekslusif atau apa-apa je. Dan orang yang pergi sekolah bukan sebab dia dah pandai, tapi dia datan sekolah sebab nak jadi pandai dan makin pandai.  Dengan erti kata lain, orang pergi sekolah ni nak berubah dari jadi orang bodoh kepada orang bijak pandai.


Atau perumpamaan lain,


Usrah ini ibarat kau menziarah mayat atau orang mati. Bukan pak imam atau orang masjid sahaja datang, tapi semua orang boleh datang. Orang yang datang ziarah mayat ni (ni perkara yang sepatutnya) hadir bukan sebab dia ni warak atau lelaki beriman akhir zaman, tetapi antara sebab dia datang untuk menginsafi akan kematian dan berubah menjadi baik. (rujuk hadis apa tujuan nabi suruh ziarah orang mati)



Maka, lebih kurang lah dengan usrah, usrah di hadiri bukan kerana mereka baik atau alim mahupun budak surau je, tetapi usrah di hadiri sebab mereka-mereka ni nak berusaha untuk berubah menjadi lebih baik dan terbaik. Dengan erti kata lain, usrah ini bukan sekadar sekolah tarbiyyah (didikan yang di spesifikkan kepada islamik), tetapi university of tarbiyyah dan lebih dari itu.


Mereka berkumpul (sepatutnya) bukan untuk membuat agenda tersembunyi, tapi berkumpul untuk bina islam semula dalam hati dan diri.


Err..kenapa nak bina islam pulak? Bukan dah islam ke?


Nak tahu apa maksud bina semula islam dalam hati dan diri, aku cadangkan korang baca la sirah nabawiyah, fahamkan dan hadamkan. Maka korang akan tahu dan faham, kenapa korang kena bina islam. Kalau aku tulis kat sini, korang hanya tahu, tapi belum tentu korang faham.



Habis tu, kenapa ada yang datang usrah dengan tak datang usrah, sama je.


Aku pernah tanya perkara ni pada naqib aku, dan dia kata, tengok niat dan tujuan datang usrah. Ada yang datang usrah sebab terpaksa (kawan-kawan atau naqib pujuk sampai datang bilik suruh datang) dan kesian, ada yang datang sebab nak tengok ape benda usrah ni, ada yang datang sebab nak hilangkan masa boring, dan macam-macam lah. Sepatutnya, sebelum datang usrah, awal-awal dah setting niat “ aku datang kerana aku nak bina islam dalam diri dan nak jadi yang terbaik”



Kalau korang jumpa orang yang boleh disyaki pengikut Jemaah tabligh, jika dia ajak korang belajar-belajar atau ayat mereka ajak “keluar”, dan kalau korang bersetuju nak ikut, biasanya lah mereka akan kata mula-mula “ betulkan niat, keluar sebab nak belajar-belajar islam dan perbaiki iman.”

Atau korang yang ada pengalaman pergi university, orang yang terdekat korang akan pesan (biasanya) masa awal-awal masuk university, “ betulkan niat, datang nak belajar”.


Kenapa kena betulkan niat? Aku dah buat nota pasal ni di sini


Aku nak bagitahu, datang usrah sekali bukan bererti kau terus dah berubah jadi baik dan terbaik, atau datang usrah sekali terus kau boleh jadi pensyarah di fakulti pengajian islam. Tak dapat la der. Usrah ni hanyalah MEKANISMA ataupun CARA untuk kau peroleh cebisan tarbiyah, dan ia BUKANLAH TUJUAN tarbiyyah.


Apa tujuan tarbiyyah?






Aku cerita lain kali. Woha!


Macam-macam lagi mekanisma yang korang boleh dapat untuk mencari tarbiyyah, contohnya korang pergi kuliah-kuliah agama, pergi program tazkirah, atau paling simple sekali, kau baca Quran dan hayatinya serta buat solat-solat sunat. Itu salah satu mekanisme tarbiyyah. Tapi adakah ia cukup?  Mesti lah tak cukup.


Kalau dah cukup, para sahabat Nabi dulu duduk rumah dan baca Quran dan solat sunat sepanjang waktu je. Tak perlu buat perkara lain. Amalan islam itu menyeluruh, sepatutnya bermula dari kita keluar dari rahim ibu sehinggalah kita jadi mayat dan masuk lubang kubur. Kita lahir-lahir je sepatutnya di azankan, dan apabila kita jadi mayat kita di solatkan.


Jadi kehidupan kita di antara azan dan solat. Mungkin sebab tu, salah satu asbab doa yang di terima adalah doa diantara azan dan iqamah (rujuk hadis).


Dan pengalaman aku?  Aku cerita lain kali kalau aku belum jadi mayat.



Akhir sekali,


Menjawab teka teki atas tu, walaupun korang dah tahu, aku tetap nak jawab. Jawapannya adalah bulatan gembira!


Kenapa mesti bulatan dan kenapa mesti gembira? Korang carilah sendiri. Woha.


Sekian



p/s : sediakan amal sebelum jadi mayat.

Tuesday, 17 January 2012

Huru hara musim peperiksaan..?

(Masa peperiksaan (exam) ni lah aku baru belajar perkara yang sepatutnya ada dah belajar dan tahu dalam kuliah..oh!)


Lepas habis exam pemangkin kimia, petang tu aku buka laptop (pinjam), dan mulakan menaip word by word dalam Microsoft word untuk diletakkan dalam nota untuk diri aku dalam bentuk word.




Aku teringat balik masa minggu pertama dan kertas pertama exam hari tu (kimia fizik), beberapa hari sebelum tu dan ketika hari exam, aku sedikit gelabah sebab paper ni memang killer paper untuk aku. Di tambah dengan study last minutes (jangan tiru aksi ini), bertambah risau aku. Jadi, aku ambik insiatif, aku nak minta kawan-kawan aku ajar aku sikit-sikit pun jadi lah, at least takde la aku hantar kertas kosong masa exam nanti.



Aku mula call dan mesej seorang demi seorang..


Hasilnya..


Cuma beberapa orang je yang ada respons baik dengan aku, tapi selebihnya seolah-olah macam marah aku (aku punya sangkaan. Selalu suka sangka buruk. Oh!). Aku tersentap dan terdiam.  Aku rasa bukan perkara ni berlaku kat aku je, tapi berlaku kat ramai orang. Mungkin lah.


Dan seperkara lagi, masa minggu exam (lepas habis kimia fizik), aku baru perasan suatu perkara, bila aku study, kemudian aku tak faham walaupun baca ulang-ulang kali, lepas tu aku jadi stress. Bila dah stress sangat, aku keluar jalan-jalan, bukak facebook, call kawan-kawan aku, duduk atas bumbung (jangan tiru aksi ini), dan macam-macam la. Dan aku rasa perkara ni mungkin berlaku pada ramai orang. kalau tidak, takdelah di lembah facebook, muncul beberapa status seperti ;



“bila mencintai sesuatu, tidak semestinya kita dicintai sesuatu itu. Kimia organik, aku mencintai kau, kenapa kau tak cinta aku?”

“aku mengharapkan paper esok batal”

“tidak! Kenapa apa yang aku baca tak keluar!”

“habislah aku kena repeat paper sem depan..”

“Nampak gayanya aku kena extend lagi tahun depan..”

“kenapa la blog biskotmayat tak reti-reti nak update sokmo?”
woha!


Oleh kerana blog aku bukan blog luahan perasaan, atau blog luahan kasih, atau apa-apa la. tetapi blog aku ni nota agama untuk aku. Melalui dua perkara ni, aku teringat dan belajar dua perkara jugak. Apa dia?


1)   Ketika di Padang Masyar nanti
2)   Pergantungan pada Allah


Masa di Padang Masyar nanti , semua manusia di kumpulkan setelah dibangkitkan dari kubur selepas lama menikmati “jawatan” sebagai mayat. Dan masa tu, manusia sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak. Maksudnya, aku dan korang masuk syurga atau neraka.  Masa tu jugak, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, sebab masa tu manusia sibuk memikirkan nasib mereka. Mereka tu aku dan korang!



Walaupun perkara ni tak sama macam masa nak exam, tapi serba sedikit perkara tu boleh mengingatkan balik tentang apa nasib kita depan Allah nanti. Masa sebelum nak exam, masa yang ada bukan untuk habiskan nota untuk study, memenuhkan persiapan untuk exam, tetapi masa di penuhi dengan drama korea dan movie, facebook dan berblog  (errr…), main game pes (sejenis game bola) dan lain-lain.



Sama juga macam kita nak berada di hadapan Allah nanti, masa sebelum nak di tanya depan Allah, masa yang ada bukan untuk dihabiskan dengan perkara-perkara amal islami (apa tu? Rujuk ustaz), memenuhkan persiapan untuk jadi mayat dan berhadapan Allah, tetapi masa hidup di penuhi dengan perkara-perkara mungkar, selalu langgar dengan kelajuan maksima perintah-perintah Allah, dan lain-lain.



Tentang pergantungan pada Allah, kadang-kadang masa kita study, kemudian tak masuk atau tak faham-faham apa yang kita baca, kita stress. Stress tu ada manfaat, tapi kena kawal. Ini tidak, stress je terus call pakwe/makwe, takpun terus pergi tengok movie, luah kat facebook, dan macam-macam lagi. Dari situ kita nampak, pergantungan kita BUKAN pada ALLAH, TAPI kepada MAKHLUK.


Aku pun baru sedar (terima kasih junior aku sebab nasihat kat aku. Sesungguhnya aku masih jahil lagi. Oh!). aku stress je, duduk atas bumbung la, terus tidur la. Junior aku nasihat kat aku, dia kata kalau tak faham-faham study, terus amik wuduk dan solat sunat. Buatlah beberapa rakaat, kemudian letakkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Dan dia kata, Alhamdulillah, lepas habis je semua tu, bila dia study semula, senang je rupanya perkara yang di study tu. Dan aku juga turut buat eksperiment, dan lepas aku buat aku temui suatu perkara yang “miracle” atau luar biasa. Memang berkesan (dengan syarat korang betul-betul letak pergantungan pada Allah). Kalau korang masih tak dapat pun, sekurang-kurangnya masa stress korang terisi dengan amalan untuk exam dalam kubur dan depan Allah nanti. Takde lah  buang masa begitu je dengan perkara-perkara yang tak datangkan manfaat.




Jadi, yang terakhir sekali, exam masih belum habis lagi, maka ada masa untuk berubah (pesanan untuk aku sendiri). Letakkan pergantungan kita pada tempat yang betul, atau kita akan “mati tergantung” akhirnya atau bergantung tak bertali.


Itupun kalau korang belum habis exam.


I rest my case.


Ps :1. aku pun belum habis exam, maka yang dah habis tu, tak usah korang post dekat facebook kegembiraan korang dah habis exam. Buat kitaorang yang belum habis makin tertekan. Woha!

2. dah nak asar, jangan tinggal solat berjemaah kalau boleh!