Don't judge a blog by its followers

Thursday, 19 January 2012

Apalah ertinya..?

(berfalsafah setelah melihat keadaan semasa di sekeliling di bawah titisan hujan yang syahdu..woha!)


Walaupun exam dah habis, tapi tak bererti exam dah tiada lagi lepas ni. Exam terbesar adalah exam dalam kubur dan di depan Allah nanti. Jadi, aku tujukan falsafah ni untuk diri aku sendiri, supaya aku beringat untuk masa akan datang. Oh..




Oh manusia…


Apalah ertinya apabila kau mengaku kau ada Tuhan,
Tetapi kau tidak meletakkan pergantungan kepadaNya…


Apalah ertinya apabila kau mengucapkan kalimah syahadah yang mengesakan Allah menafikan makhluk,
Tetapi kau masih mempunyai keyakinan yang tinggi kepada makhluk..


Apalah ertinya apabila kau merelakan diri mengucapkan kalimah pemutus (kalimah syahadah) yang memutuskan kecintaan yang hakiki kepada dunia,
Tetapi kau masih lagi tidak mahu mengejar akhirat yang selama-lamanya..


Apalah ertinya apabila kau mengetahui mengamalkan sunnah Nabi s.a.w kau akan bersama dan bersahabat dengan Nabi ketika di syurga,
Tetapi sunnah Nabi pun kau tak mahu amal, lagi bodoh kau hina orang yang amalkan sunnah Nabi..


Apalah ertinya apabila kau mengetahui dan belajar solat 5 waktu itu wajib,
Tetapi kau masih melengah-lengahkannya, lagi hampeh meninggalkannya kerana nak study, atau buat assignment atau bekerja..


Apalah ertinya apabila telinga juga tubuh badan kau masih sihat dan kau mendengar azan,
Tetapi kau masih tak pergi ke surau dan masjid berdekatan untuk solat berjemaah..


Apalah ertinya apabila kau mempunyai kereta atau motor mahal, mahupun mempunyai jawatan atau pangkat yang dihormati orang ramai,
Tetapi kau masih datang ke masjid untuk solat berjemaah pada hari jumaat atau solat sunat hari raya sahaja, lagi bodoh lagi bengong tak pernah pergi masjid atau surau langsung dalam setahun dan bangga dengan itu..


Apalah ertinya apabila kau bersungguh-sungguh kata nak pergi sekolah atau university untuk belajar dan menuntut ilmu,
Tetapi nak beramal dengannya masih lagi malas dan merungut..


Apalah ertinya apabila kau mengatakan mengingati Allah itu hati akan tenang,
Tetapi nak ingat Allah pun beberapa kali je seminggu, lagi bengong sebulan pun tak ingat Allah..


Apalah ertinya apabila kau mengaku kau adalah seorang muslim,
Tetapi kau tidak menunaikan hak-hak sesama muslim, jiran kau pun kau tak peduli apatah lagi dengan yang bukan muslim..


Apalah ertinya apabila kau mengetahui dan menyatakan akhlak Nabi adalah akhlak paling mulia,
Tetapi mengumpat, menghina, mengutuk, memaki hamun, mencarut, mencaci, dan segala mem yang buruk sentiasa “berumah” atau bermain di bibir dan lidah kau..


Apalah ertinya apabila kau mempertikaikan keikhlasan seseorang dalam membuat gerak kerja,
Tetapi kau sendiri masih tak ikhlas dalam amal ibadah kau kepada Allah..


Apalah ertinya apabila kau mengetahui menutup aurat itu wajib,
Tetapi kau masih ambil ringan tentang tutup aurat, malah lagi bengong kau nampak orang yang tutup aurat dengan sempurna, kau sindir dia..


Apalah ertinya apabila kau selalu dengar tugas dakwah adalah tugas semua ummat Nabi Muhammad,
Tetapi kau sendiri masih tak ambil kisah dengan masalah ummat hari ini, apalagi nak pikul tanggungjawab ini..


Apalah ertinya wahai manusia?? Apalah ertinya wahai shukery??

Apalah ertinya!!




Tidakkah kau melihat sekeliling kau..?



Tidakkah kau melihat pada langit yang tidak bertiang, bumi yang terhampar luas, bintang-bintang yang bertebaran di langit, gunung ganang sebagai pasak bumi, dan laut yang terbentang luas..

Mengapa kau tidak ambil pelajaran dan tidak mahu meyakini tanda-tanda kekuasaan Allah..?


Tidakkah kau melihan pergantian malam dan siang serta hujan yang diturunkan dari langit dan selepas itu dihidupkan dengan air hujan itu bumi yang sudah kontang atau kering, malah air hujan itu juga memberi kenikmatan setelah beberapa hari tiada air sebelum ini,

Mengapa kau tidak menggunakan akal untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah..?



Tidakkan kau melihat setiap perasaan yang ada dalam diri kau, perasaan marah,sedih,gembira dan berbagai lagi yang membezakan kau dengan robot,

Mengapa kau tidak buka mata, hati dan minda untuk mengkagumi kehebatan dan keagungan Tuhan Rabbul Izzati..?



Tidakkah kau melihat diri kau dalam sebulan, berapa hari je kau mengalami kesakitan atau tidak sihat, tetapi hari-hari selebihnya Tuhan bagi kau sihat,

Mengapa kau tidak rendahkan ego untuk bersyukur kepada Allah yang maha pemberi Nikmat..?


Tidakkah kau melihat diri kau dalam setahun, berapa kali sahaja kau di timpa masalah, tetapi berapa banyak kali masalah kau semua selesai tanpa sempat kau nak selesaikan..?

Mengapa kau tidak merenungkan untuk mengakui kelemahan diri kepada Allah Rabbul Jalil..?




Mengapa..??


Nikmat yang mana dan apa lagi yang mahu kau dustakan??

Nikmat apa lagi…????


NIKMAT APA LAGI  !!



Oh shukery.. kau nak tunggu apa lagi? Tunggu kau jadi mayat dan masuk lubang kubur baru kau menyesal? Oh! oH! OH!!!




Apalah ertinnya jika kau baca nota-nota aku,
Tetapi kau sekadar baca, like dan langsung tak ambil iktibar..



Sekian..



p/s : maksud firman Allah dalam Quran ;

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan bersilih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):“ Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau mencipta ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau maka peliharalah kami dari siksa neraka.”
(QS Ali-Imran 3: 190-191)                 

No comments:

Post a Comment