Don't judge a blog by its followers

Tuesday, 17 January 2012

Huru hara musim peperiksaan..?

(Masa peperiksaan (exam) ni lah aku baru belajar perkara yang sepatutnya ada dah belajar dan tahu dalam kuliah..oh!)


Lepas habis exam pemangkin kimia, petang tu aku buka laptop (pinjam), dan mulakan menaip word by word dalam Microsoft word untuk diletakkan dalam nota untuk diri aku dalam bentuk word.




Aku teringat balik masa minggu pertama dan kertas pertama exam hari tu (kimia fizik), beberapa hari sebelum tu dan ketika hari exam, aku sedikit gelabah sebab paper ni memang killer paper untuk aku. Di tambah dengan study last minutes (jangan tiru aksi ini), bertambah risau aku. Jadi, aku ambik insiatif, aku nak minta kawan-kawan aku ajar aku sikit-sikit pun jadi lah, at least takde la aku hantar kertas kosong masa exam nanti.



Aku mula call dan mesej seorang demi seorang..


Hasilnya..


Cuma beberapa orang je yang ada respons baik dengan aku, tapi selebihnya seolah-olah macam marah aku (aku punya sangkaan. Selalu suka sangka buruk. Oh!). Aku tersentap dan terdiam.  Aku rasa bukan perkara ni berlaku kat aku je, tapi berlaku kat ramai orang. Mungkin lah.


Dan seperkara lagi, masa minggu exam (lepas habis kimia fizik), aku baru perasan suatu perkara, bila aku study, kemudian aku tak faham walaupun baca ulang-ulang kali, lepas tu aku jadi stress. Bila dah stress sangat, aku keluar jalan-jalan, bukak facebook, call kawan-kawan aku, duduk atas bumbung (jangan tiru aksi ini), dan macam-macam la. Dan aku rasa perkara ni mungkin berlaku pada ramai orang. kalau tidak, takdelah di lembah facebook, muncul beberapa status seperti ;



“bila mencintai sesuatu, tidak semestinya kita dicintai sesuatu itu. Kimia organik, aku mencintai kau, kenapa kau tak cinta aku?”

“aku mengharapkan paper esok batal”

“tidak! Kenapa apa yang aku baca tak keluar!”

“habislah aku kena repeat paper sem depan..”

“Nampak gayanya aku kena extend lagi tahun depan..”

“kenapa la blog biskotmayat tak reti-reti nak update sokmo?”
woha!


Oleh kerana blog aku bukan blog luahan perasaan, atau blog luahan kasih, atau apa-apa la. tetapi blog aku ni nota agama untuk aku. Melalui dua perkara ni, aku teringat dan belajar dua perkara jugak. Apa dia?


1)   Ketika di Padang Masyar nanti
2)   Pergantungan pada Allah


Masa di Padang Masyar nanti , semua manusia di kumpulkan setelah dibangkitkan dari kubur selepas lama menikmati “jawatan” sebagai mayat. Dan masa tu, manusia sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak. Maksudnya, aku dan korang masuk syurga atau neraka.  Masa tu jugak, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, sebab masa tu manusia sibuk memikirkan nasib mereka. Mereka tu aku dan korang!



Walaupun perkara ni tak sama macam masa nak exam, tapi serba sedikit perkara tu boleh mengingatkan balik tentang apa nasib kita depan Allah nanti. Masa sebelum nak exam, masa yang ada bukan untuk habiskan nota untuk study, memenuhkan persiapan untuk exam, tetapi masa di penuhi dengan drama korea dan movie, facebook dan berblog  (errr…), main game pes (sejenis game bola) dan lain-lain.



Sama juga macam kita nak berada di hadapan Allah nanti, masa sebelum nak di tanya depan Allah, masa yang ada bukan untuk dihabiskan dengan perkara-perkara amal islami (apa tu? Rujuk ustaz), memenuhkan persiapan untuk jadi mayat dan berhadapan Allah, tetapi masa hidup di penuhi dengan perkara-perkara mungkar, selalu langgar dengan kelajuan maksima perintah-perintah Allah, dan lain-lain.



Tentang pergantungan pada Allah, kadang-kadang masa kita study, kemudian tak masuk atau tak faham-faham apa yang kita baca, kita stress. Stress tu ada manfaat, tapi kena kawal. Ini tidak, stress je terus call pakwe/makwe, takpun terus pergi tengok movie, luah kat facebook, dan macam-macam lagi. Dari situ kita nampak, pergantungan kita BUKAN pada ALLAH, TAPI kepada MAKHLUK.


Aku pun baru sedar (terima kasih junior aku sebab nasihat kat aku. Sesungguhnya aku masih jahil lagi. Oh!). aku stress je, duduk atas bumbung la, terus tidur la. Junior aku nasihat kat aku, dia kata kalau tak faham-faham study, terus amik wuduk dan solat sunat. Buatlah beberapa rakaat, kemudian letakkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Dan dia kata, Alhamdulillah, lepas habis je semua tu, bila dia study semula, senang je rupanya perkara yang di study tu. Dan aku juga turut buat eksperiment, dan lepas aku buat aku temui suatu perkara yang “miracle” atau luar biasa. Memang berkesan (dengan syarat korang betul-betul letak pergantungan pada Allah). Kalau korang masih tak dapat pun, sekurang-kurangnya masa stress korang terisi dengan amalan untuk exam dalam kubur dan depan Allah nanti. Takde lah  buang masa begitu je dengan perkara-perkara yang tak datangkan manfaat.




Jadi, yang terakhir sekali, exam masih belum habis lagi, maka ada masa untuk berubah (pesanan untuk aku sendiri). Letakkan pergantungan kita pada tempat yang betul, atau kita akan “mati tergantung” akhirnya atau bergantung tak bertali.


Itupun kalau korang belum habis exam.


I rest my case.


Ps :1. aku pun belum habis exam, maka yang dah habis tu, tak usah korang post dekat facebook kegembiraan korang dah habis exam. Buat kitaorang yang belum habis makin tertekan. Woha!

2. dah nak asar, jangan tinggal solat berjemaah kalau boleh!

No comments:

Post a Comment