Don't judge a blog by its followers

Sunday, 12 February 2012

Couple atau nikah : anda mampu mengubahnya..?

(Nota untuk aku sebelum tibanya hari valentine's..)


Semalam aku pergi ke Baling, Kedah untuk aku menghadiri dan meraikan walimah seorang sahabat aku. Perjalanan yang ambil masa beberapa jam untuk ke sana dan apabila di sana, aku lihat dia penuh bahagia dengan isteri dia. Maklumlah, sudah ada teman hidup. Dan aku bila lagi, aku pun tak tahu. Woha!



Sebelum ini pun, beberapa orang sahabat aku baru je melangsungkan pernikahan dan hampir mereka semua termasuk sahabat aku sorang ni, semuanya masih di alam kampus.


Bila aku tengok beberapa orang sahabat aku yang sudah bernikah ni, maka teringat pula aku beberapa orang sahabat aku yang lain sedang berpasangan atau dalam perkataan standard yang di fahami umum oleh orang Malaysia istilah “couple”.


Mana lagi best, couple ke nikah? Persoalan yang aku tinggalkan pada korang untuk jawab guna iman dan akal korang.


Bercerita tentang couple, aku teringat pula zaman aku dulu masa aku couple dulu. Oh! (awas ! jangan di tiru perbuatan bahaya ini) Terasa nikmat ketika bercouple dan azab ketika clash.



Wah wah wah shuk!! Kau macam menggalakkan orang couple je.



Hish! Baca sampai habis aku tulis dulu, jangan menyampuk. Baca molek-molek. Bila Allah bagi hidayat pada aku, maka aku baru faham erti “nikmat” dan “azab” tu yang sebenar.


Ketika couple kita rasa “nikmat” sebab ia selari dengan kehendak hawa nafsu dan sesungguhnya highway ke lembah dosa dan neraka tu penuh dengan kenikmatan dunia.


Firman Allah yang bermaksud : 

"Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan SENDA GURAU dan MAIN-MAIN. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui"
(QS 29:64)


Dan aku pernah dengar satu riwayat hadis, 


Setelah Allah menciptakan syurga dan neraka, maka Allah perintahkan para malaikat pergi melihatnya. Sekembali para malaikat, Allah bertanya apa pendapat mereka. Malaikat menjawab :

"Tidak akan ada manusia yang akan masuk neraka kerana siksaannya sangat pedih dan dahsyat. Semua manusia akan masuk syurga kerana nikmat di dalamnya sungguh indah."

Allah Taala kemudian memerintah para malaikat untuk melihat kali kedua. Kemudian lepas para malaikat kembali, Allah bertanya sekali lagi pendapat mereka. Kali ini malaikat menjawab :

"Tidak akan ramai manusia yang dapat masuk ke syurga. Ramai manusia akan masuk neraka. Kerana syurga itu di kelilingi oleh perkara-perkara yang sungguh menyakitkan dan menyusahkan ; dan neraka itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang seronok, indah dan mengasyikkan."


Dan perkara  yang paling menakutkan, kalau kita rasa NIKMAT semasa couple ni, maka masa tu kemungkinan besar kita sedang JAUH dari RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH.


Sebab apa? Sebab masa tu kita mengharapkan sepenuh hati kasih sayang MAKHLUK (kekasih).


Kemungkinan atas dasar tu, ramai orang bercouple ni berani berpegangan tangan, dating sampai lambat-lambatkan solat atau lagi teruk tinggalkan solat, dan paling &$%#*@! (aku tak nak guna perkataan kasar buat masa ni) mengandung anak luar nikah lepas tu buang anak merata-rata.


Isk isk isk. Semoga Allah ampunkan dosa aku dulu.


Jadi ketika clash kita rasa azab sebab kita mula kena tinggalkan highway ke lembah dosa dan neraka dan mula untuk bercanggahan dengan kehendak nafsu. Masa tu (biasanya) barulah kita mula mencari Allah untuk mengadu, menangis-nangis kepada Dia dan kerana masa tu Allah mula berikan hidayat kepada kita walaupun hari-hari Allah dah bagi hidayat pada kita.


Apa antara tanda Allah bagi hidayat? Aku pernah tulis sebelum ni kat sini.


Tetapi shuk, ada juga orang yang clash menangis-nangis, tapi tak lama lepas tu couple lagi. Ada jugak yang takde rasa apa-apa, lepas tu couple lagi. Macam mana tu?


Erk..kenapa aku macam terasa je? Oh! Isk isk isk..


Ni jawapan dari aku yang cap ayam dan yang BUKAN USTAZ.


Ada 2 kemungkinan,

yang pertama dia dah dapat kesedaran bahawa couple ni buang masa, kredit dan tambah dosa selepas dia clash, tetapi kerana lemahnya iman, kekurangan ilmu agama, kurang kasih sayang,pujuk rayu “kekasih” nya, dia masuk semula tol highway ke lembah dosa dan neraka berserta membayarnya dengan nilai sebuah maruah, hidayat, pahala, rahmat dan kasih sayang Allah.


Kedua, semasa bercouple tu, dia hanya nak bersuka ria, bermain-main atau sekadar melepaskan kentut di tangga je. Mungkin juga sekadar nak hilangkan bosan, lepaskan dendam atau geram atau mungkin jugak nak ikut-ikut orang. Sebab tu bila clash, takde rasa apa-apa. (aku betul-betul sangka buruk teramat sangat. Ha ha ha – tak lawak)


Mungkin ada lagi kemungkinan atau sebab selain aku sebut tu, maka korang carilah sendiri. Aku malas nak cari dan menaip.


So, nak salahkan siapa?


Dunia?

Kerajaan?

Media massa?

Sekolah?

Ibu bapa?

Orang yang sia-siakan kesedaran atau hidayat yang Allah bagi?

Lemahnya iman?

Kurangnya ilmu agama?

Pujuk rayu kekasih lama/baru?

Orang yang suka main-main atau berdendam?

Tukang jaga tol highway?

Orang yang kentut di tangga? woha!


Arghh..aku dah mula merepek. So, fikirlah sendiri berpandukan iman, hati dan akal nak salahkan sesiapa. Jawapannya bersifat subjektif.


Ok cukup aku cerita bab couple sampai sini, dan aku juga malas nak huraikan bab bernikah. Nak tau rukun nikah atau apa-apa juga hukum, rujuk buku teks agama atau ustaz, ulamak berdekatan untuk kesejahteraan korang.


Shuk, ceritalah sikit tentang seronoknya bernikah ni. He he he..


Erk, disebabkan aku belum pernah bernikah, jadi aku tak tau cerita apa. So, korang tanyalah orang yang dah bernikah. Jangan tanya aku! Cuma aku ada tulis nota tentang bercinta selepas nikah di sini.
Itupun aku copy paste je. Woha!



Aku hanya nak tulis satu perkara je tentang nikah, iaitu nikah ini SUNNAH Nabi s.a.w. Jika korang ikut sunnah Nabi s.a.w., InsyaAllah kejayaan akan Allah berikan seperti mana Allah berikan kejayaan pada orang-orang sebelum kita.


Last shuk!! Apa hukum bercouple?


Err..sesungguhnya, aku tak layak langsung nak keluarkan fatwa. Jadi, korang tanyalah orang-orang yang alim di kalangan korang. Tapi yang aku berpegang pada pendapat yang aku dapat dari buznama, hukumnya haram bercouple.



Jadi, kita ada masa untuk bertaubat selagi mana pintu taubat masih terbuka luas. Macam mana nak taubat? Aku ada tulis di sini.



Pilihan ada di tangan anda, nak Sunnah atau Punah?


Anda mampu mengubahnya..





Sekian, tangguh dengan tasbih kafarah.



p/s : "Aku mencintaimu kerana Agamamu. Jika hilang Agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."
-Imam An Nawawi-
Comments
8 Comments

8 comments:

  1. sayangkan bunga, bunga akan layu...
    sayangkan manusia, manusia akan mati...
    sayangkan ALLAH dan Rasulullah SAW kekal selama-lamanya.....

    ReplyDelete
  2. Anonymous : sayangkan biskot mayat, biskotmayat akan habis di makan..

    ReplyDelete