Don't judge a blog by its followers

Saturday, 17 March 2012

Dengan maksiat boleh dapat takwa..?

(Sejujurnya, aku dulu memang tak tahu apa itu takwa, yang aku tahu hanya sebut je. Nasib baiklah takde orang tanya aku apa itu takwa.. woha!)



Dari dulu aku confius apa itu takwa. Kalau aku tak silap, ustazah aku pernah cerita apa itu takwa, mungkin masa tu aku tidur atau main-main dalam kelas, jadi aku pun tak dengar apa tu takwa. Oh!


Tapi selepas aku baca satu buku ni tentang takwa, barulah aku faham apa itu takwa.


Jadi apa itu takwa?


Aku nak cerita sebuah kisah sahabat Nabi, yang mana satu hari tu, Umar r.anhu bertanya kepada Ubayy b. Kaab r.anhu,

Apakah yang kamu faham tentang takwa?”
Ubayy cakap, “Wahai Umar, pernahkah engkau berjalan di kawasan yang dipenuhi duri?”
Umar jawab , “Ya, aku pernah.”
Kemudian Ubayy soal balik, “apakah yang kamu lakukan?”
Umar pun cakap, “Aku akan selak sedikit kainku dan akan berjalan dengan cukup berhati-hati untuk mengelakkan terkena duri-duri itu.”
Kemudian Ubayy pun cakap, “Ya, itulah takwa…”


Faham? Mula-mula aku pun tak berapa faham jugak. Tapi lepas baca beberapa rujukan, barulah aku faham apa yang dimaksudkan Umar r.anhu.



Macam ni la, dulu masa kat sekolah, kita selalu dengar ustaz atau ustazah kita cakap takwa ni adalah kita kena takut pada Allah melebihi dari apa pun.
Tetapi penerangan ini macam tak berapa adil untuk seorang hamba takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya. 

Ibaratnya macam ni la, kalau kita takut dengan hantu, mesti lah kita tak nak jumpa hantu. Jangan kata jumpa hantu, tengok cerita hantu pun tak nak. Atau kalau takut pada ular, mesti tak nak jumpa ular. Kalau jumpa ular je, menjerit.
Jadi takkan lah seorang manusia tu tidak mahu bertemu dengan Tuhannya?

Jadi maksud yang paling tepat untuk takwa BUKAN takut pada Allah, tapi TAKUT untuk MENDERHAKAINYA.


Wah-wah shuk, pandai-pandai je kau bagi pendapat.


Erk, ni bukan pendapat aku la, ni pendapat Syeikh Yawar Baig.


Jadi, takut derhaka kepada Allah ibarat Umar r.a berhati-hati untuk mengelak dari duri-duri tu.


Bagaimana nilaian takwa ni??


Kalau kita baca khutbah terakhir Nabi s.a.w., Nabi ada bersabda yang bermaksud ,
“Kamu semua adlah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh..”


Nampak, perbezaan antara ulama’ dengan orang awam, pemerintah dengan rakyat, polis dengan bomba, pensyarah dengan pelajar, TNC dengan NC (woha), Pro-A dan Pro-M atau kerajaan dengan pembangkang atau apa-apa lah, bukannya pada KEKAYAAN, bukan pada KEBIJAKSANAAN, bukan kerana HENSEM atau CANTIK, tapi bezannya hanya TAKWA dan AMAL SOLEH.


Dalam al Quran, surah al Baqarah ayat 1-5 pun Allah dah bagitau,tentang siapa orang-orang yang bertakwa ni, dan apa kelebihan dia. Korang boleh rujuk sendiri surah al baqarah ayat yang ke 5.


Shuk..Macam mana nak dapat takwa ni?


Banyak perkara boleh korang raih takwa ni, antaranya ketika menuntut ilmu samada dunia atau ilmu agama, makin lama kita akan faham dan insyaAllah akan bertambah keimanan dalam hati yang mana sedikit demi sedikit takwa akan hadir dalam diri. Tapi dengan syarat, menuntut ilmu tu mesti niat kerana Allah.


Korang beribadah dengan istiqomah pun insyaAllah takwa itu akan datang dalam hati. Beribadah yang macam mana? Ibadah ni luas konsepnya. Jadi korang boleh rujuk ustaz atau ustazah untuk faham konsep ibadah ni.


Dan satu cara lagi dengan maksiat kita boleh meraih takwa.


Peh..Shuk! ko ajar ajaran sesat ke apa??!!


Erk.. rilek sudah.. baca aku tulis dulu. Caranya mudah je, kita hindari atau tolak je la maksiat tu. Woha!

Tulis atau cakap memang senang nak tolak maksiat, tapi nak aplikasikannya susah. Memang sukar nak tolak maksiat atau kemungkaran depan mata.
Contoh, kalau korang jalan-jalan kat shopping mall, korang nampak ada couple tengah bersidai di tingkat atas sambil berpelukan. Apa yang korang buat?


A. Istifar banyak-banyak sambil berlalu begitu je.
B. Korang memaki hamun dia sambil geleng-geleng kepala, tetapi cakap belakang je la paling kuat pun.
C. Korang jumpa dan nasihat elok-elok sampai muka couple tu insaf dan menyesal.
D. Korang jumpa dan maki hamun dia. Lagi dasyat, korang cakap “habis la ko berdua masuk neraka!”
E. Korang call pejabat agama suruh tangkap je.
F. Korang buat tak tahu je.


Jawapan ada pada korang. Korang mesti akan kata C. Tapi sejauh mana korang akan buat yang C?

Tapi.. .Kalau korang mampu buat yang C, yakinlah korang akan merasai suatu nikmat yang tak dapat korang ungkapkan dengan syair, deklamasi sajak atau pantun 4 kerat, tak boleh korang terjemahkan dalam google translate, mahupun cuba di gambarkan melalui screen laptop apple Mac mahupun projector.


Tak percaya? Pergilah cuba try test. Ini bukan sekadar hypothesis, tapi ia juga merangkumi conclusion. Siap ada references lagi.


Last but not least, syaitan ni lebih takut kepada orang yang berani menolak maksiat dan kemungkaran berbanding orang yang tak terlibat dengan maksiat dan kemungkaran. Dia akan sentiasa pasang strategi untuk manusia tak berkesempatan berfikir untuk ummah dan berfikir untuk mencegah kemungkaran dan maksiat.


I rest my case.


p/s : Ketakwaan itu nilaian yang sangat bernilai. Ia perlu dicari, bukan di nanti.. :)
Comments
4 Comments

4 comments:

  1. Assalammualaikum

    Teruskan brkongsi.Satu perkongsian yang santai tapi mudah untuk difahami.

    Suka yang ini" syaitan ni lebih takut kepada orang yang berani menolak maksiat dan kemungkaran berbanding orang yang tak terlibat dengan maksiat dan kemungkaran."

    memang benarlha,bercakap itu mudah tapi nak melalkukannya sukar spt situasi yg saudara gambarkan.

    Alhamdulillah ana pernah merasainya semasa melakukan praktikal dakwah di salah sebuah pusat membeli belah d S.Petani,Kedah.

    Nice exprience..alhamdulillah ada yang menitiskan air mata kekesalan.Benar,tak dpt nak dgambrkn dgn kata2 perasaan saat itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..

      alhamdulillah, dah jumpa satu lagi "reference".. :)

      ia memang takkan dapat di gambarkan walaupun dengan komen di facebook atau blog.. :)

      Delete
  2. memang sukar untuk melakukan pada pilihan C

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukar lagi untuk istiqomah jika berjaya buat..

      Delete