Don't judge a blog by its followers

Friday, 20 April 2012

Apa itu common sense..?

(Ada perkara yang kecil kita sangka tak penting, tapi perkara kecil itu la yang membuat kita jadi orang yang penting..)




Situasi A :

Suatu hari di café sebuah universiti, kelihatan orang sedang beratur untuk membayar makanan yang di ambil.

Tiba-tiba, ada seorang pelajar lelaki terus memotong barisan dan pergi ke hadapan sekali untuk bayar dahulu. Dengan slumber badak je, selepas bayar duit makanan, dia terus berlalu duduk bersama kawan-kawan dia.


Situasi B :
Di kawasan kaunter tiket KTM (Komuter), kelihatan beberapa barisan orang yang sedang beratur untuk membeli tiket di kaunter.

Tiba-tiba, datang seorang wanita datang barisan belakang pergi kepada seorang lelaki di barisan hadapan dan berkata,

“Azam(bukan nama sebenar), awak belikan tiket untuk saya sekali ye. Tiket ke TBS tau, saya penat la nak beratur panjang-panjang kat belakang tu. Takut terlepas train pulak. Belikan ye..”

Lelaki tu pun mengangguk dan ambil duit tu. Wanita tu dengan muka riang ria laksana kera yang bergembira terus berlalu pergi menunggu lelaki tadi dan komuter tersebut.


Situasi C :

Suatu hari, di sebuah kawasan pasar malam, terdapat sekumpulan aktivis Palestin sedang membuka booth lalu masing-masing berdiri di tempat berlainan untuk membuat pungutan derma.

Hampir satu jam berdiri, ramai yang menghulurkan duit. Tetapi sayang, di sebalik ramai yang menghulurkan duit, kurang yang memberikan senyuman. Apatah pula yang tidak menghulurkan duit, sedikit senyuman pun tidak di berikan kepada kumpulan aktivis Palestin ini.


Situasi D :

Di sebuah bandaraya metropolitan, terdapat seorang pakcik tua yang berjalan menggunakan tongkat hendak melintas jalan.

Tetapi sayang, boleh dikatakan hampir setengah jam berdiri di tepi jalan raya tersebut menunggu kenderaan memberikan kerjasama untuk membenarkan beliau melintas, namun tiada siapa yang simpati. Masing-masing bergegas mementingkan diri sendiri dengan pelbagai alasan yang tersendiri.

Dalam masa yang sama, di sebuah kawasan yang sesak dengan manusia, tiba-tiba ada seorang pemuda terlanggar seorang pakcik yang agak berumur. Di sangka pemuda itu meminta maaf, tapi sayang, sebaliknya berlaku, pemuda tersebut dengan nada marah berkata ;

“Wei, kau tak nampak ke? Aku nak cepat ni, nanti bos aku marah kalau aku lambat. Lain kali jalan tengok depan la.”

Malu pakcik tu di herdik di depan masyarakat sedangkan pakcik tu tahu siapa yang salah.


Situasi E :

Di sebuah kolej, seorang pelajar lelaki ingin meminjam motor kawannya untuk keluar membeli barang. Kawannya mengizinkannya menggunakan motor beliau.

Kemudian, lelaki tersebut terus membawa motor tersebut keluar dengan laju. Ditakdirkan, pelajar tersebut tersedar yang minyak motor itu hampir empty (dah nak habis), dia membawa motor tersebut dengan perlahan untuk menuju destinasinya.


Setelah balik ke kolej, pelajar tersebut memulangkan motor tersebut sambil berkata ;

“Weh, apsal ko tak cakap motor kau dah nak habis minyak. Kalau aku tau, aku pinjam motor orang lain tadi.”

Kawan dia balas ;

“Kenapa kau tak tanya. Kau isi minyak tak?”

Pelajar tu berkata ;

“Err..tak. Aku bawak slow je..”



-end-



Apa perasaan korang lepas baca situasi ni? Dan pernah berhadapan dengan situasi ni? Tapi inilah antara beberapa situasi daripada berjuta-juta situasi yang berlaku di Malaysia khususnya.


Apa nama situasi ni?

Inilah di namakan,


“COMMON SENSE”.


Masyarakat melayu Islam khususnya sekarang ni dah hilang common sense. Situasi-situasi di atas ni nampak macam simple dan tiada apa-apa, tapi sebenarnya ia memberi impak besar dalam pembentukan identiti atau akhlak seseorang.

Common sense ni apa?

Aku petik dari kata-kata ustaz Hasrizal tentang common sense,

Common sense itu jika dibahaskan dari aspek falsafah memang panjang lebar diskusi mengenainya. Tetapi cukuplah saya ringkaskan iaitu suatu PERSEPSI yang dikongsi bersama oleh kebanyakan manusia akan betulnya penilaian mereka terhadap sesuatu itu.”

 
Aku bagi situasi di atas ni sebab situasi ini yang banyak berlaku dalam masyarakat, dan pernah berlaku pada aku.


Kalau tengok situasi A dan B (situasi yang hampir sama), tak payah tengok di kantin sekolah atau tempat lain, tengok je di cafeteria universiti, ada je situasi ni berlaku.


Sebab apa?


Takde common sense. Hanya fikirkan diri sendiri. Kita dah kurang berfikir tentang perasaan masyarakat setempat, apatah pula berfikir tentang ummah hari ini. Oh!


Andai kita berada di situasi B dan berada di tempat Azam, sejauh mana kita berani menyatakan begini ;


Eh, maaflah. Kau beratur je la. Kau tengok orang kat belakang aku ni pun penat jugak beratur, takde la potong barisan..


Sejauh mana kita mampu menyatakan begini andai kata wanita itu adalah kawan kita? Persoalan untuk diri sendiri.

Kalau kita berada di pasar malam dan berhadapan situasi C, dan masa tu pula kita takde duit untuk hulurkan derma, sejauh mana kita sanggup lalu di hadapan mereka dan memberikan hanya sekuntum senyuman ikhlas kepada mereka sebagai semangat dan penghargaan untuk mereka yang telah mengorbankan sebahagian masa mereka untuk ummah..??

Kalau kita nampak orang tua nak melintas jalan, kita sanggup tak datang kepada pakcik tu, dan bantu dia untuk melintas?
Atau kita duduk melihat dan pergi? Tak payah jauh-jauh, kalau kita ke masjid dan masa nak balik tu, kita nampak pakcik tua berjalan sorang-sorang keluar masjid, sejauh mana kita datang kepada pakcik tu dan kata,

“pakcik, nak saya tolong tak..?”

Oh! Sesungguhnya common sense dan akhlak aku masih rendah lagi. (istighfar).

Dan kalau kita terlanggar orang, pernah tak terkeluar dari mulut kita perkataan,

“minta maaf”?

Atau keluar perkataan,

“what the..”?


Tepuk dada tanya akhlak.

Korang biasa pinjam motor tak? Jangan tanya aku, sebab aku peminjam tegar motor orang. Woha! Tapi insyaAllah aku dah tak pinjam lagi lepas ni.

Kalau korang pinjam, lepas pinjam tu korang isi minyak tak motor tu walaupun minyak di motor tu melebihi setengah meter?

Kalau korang ada common sense dan akhlak yang tinggi, korang akan isi minyak motor tu sampai penuh meskipun motor tu minyak dia dah nak penuh, apatah lagi minyak yang dah nak habis.

Kalau tanya aku, aku buat ke tak, aku hanya mampu istighfar dengan kelemahan diri aku. Isk isk isk.

Ada macam-macam lagi contoh yang menjadi indikasi atau penunjuk yang common sense kebanyakkan masyarakat Malaysia terutama orang Melayu yang MUSLIM dah semakin merosot, akhlak apatah lagi.


Contoh;


1. Sejauh mana kita menundukkan badan kebawah sebagai tanda penghormatan semasa lalu di hadapan orang yang lebih tua dari kita hatta ibu bapa sendiri?

2. Sejauh mana kita menjaga adab ketika berdebat atau berhujah dengan orang yang berbeza fikrah, pendapat dan pandangan dengan kita? Sejauh mana kita berlapang dada?

3. Sejauh mana kita menjaga adab apabila kita berbahas dengan orang yang berbeza pandangan politik dengan kita?

4. Sejauh mana kita sentiasa mengucapkan terima kasih kepada orang semasa urusan jual beli, mendapat bantuan menyelesaikan tugas kita dan lain-lain?

5. Sejauh mana kita memberikan sekuntum senyuman ikhlas kepada peminta sedekah di jalanan meskipun kita tak mampu atau tak memberi sedekah kepada dia?

6. Sejauh mana kalau kita menyertai atau menganjurkan demonstrasi, kita menunjukkan akhlak yang baik tanpa memaki, mencerca orang lain dengan menggunakan poster, banner, laungan dan lain-lain?

7. Sejauh mana kita merendahkan ego kita untuk meminta maaf meskipun kepada orang yang lebih muda dari kita apabila kita tahu kita bersalah?

8. Sejauh mana kita alert dan melakukan tindakan sebagai seorang muslim jika rasuah, penipuan, judi, arak dan lain-lain yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya berlaku di depan mata kita?

9. Sejauh mana bila kita hendak pergi ke masjid, kemudian kita nampak orang berjalan kaki hendak ke masjid jugak, kemudian kita menumpangkan dia?(untuk lelaki). Itu belum masuk kes pulang dari masjid.

10. Sejauh mana jika kita jumpa cikgu sekolah ataupun pensyarah, kemudian kita menegur lalu memberi salam meskipun kita tak kenal?



Sejauh mana..??? Atau kita buat tak tahu je dengan dunia kita sendiri?


Itu belum lagi perkara sunnah yang kena buat walaupun aku sebut satu je tadi. Dan mungkin korang boleh baca artikel ustaz Hasrizal yang aku link kan atas tu mengenai kehilangan common sense masyarakat hari ni.


Antaranya memberi salam kepada sesama muslim meskipun kita tak kenal, mendoakan kesejahteraan orang, menziarahi sahabat-sahabat lama, menziarahi orang sakit dan sahabat yang meninggal dunia, atau lain-lain.



Mana hilang common sense kita?


Common sense ini takde belajar dalam dewan kuliah, ia hadir dalam diri sekiranya kita ada AKHLAK ISLAMIYYAH, kalau dalam diri kita penuh dengan AKHLAK JAHILIYYAH, bermakna common sense pun takde.

Akhlak terpuji atau akhlak islamiyyah ini terpenting yang melambangkan jati diri seorang manusia yang beriman. Ia ibarat identification card (IC) kepada seorang Muslim.


Macam mana nak 'kembalikan' semula common sense kita?


Aku bukanlah pakar motivasi, professor, apatah lagi ustaz atau kiai. Cuma ini pendapat aku dan kita sama-sama usaha.

Banyak cara, tapi cara yang paling penting, iaitu mahu tak mahu kita mesti hidupkan balik AKHLAK ISLAMIYYAH yang kita rendam dalam diri kita. Keluarkan dan tunjukkan kepada masyarakat khasnya.

Lepas tu, perkara asas pertama kena buat, banyakkan senyum meskipun kepada orang yang korang benci dan yang benci korang.

Kemudian, barulah hidupkan semula adab, akhlak dan common sense yang dah mati dalam diri korang tu. Kalau dah ada, kemaskini balik.



tasbih kafarah.



p/s : Erk, nota-nota aku selepas ni ada yang mungkin akan di buat dengan ayat-ayat yang agak skema. Tapi yang penting, aku bukan skema!
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. nice topic....commen sence - cuba perhatikan masa dekat lalu lintas pejalan kaki..(y xdak traffic light). kadang-kadang seorg pejalan kaki terpaksa menunggu lama untuk melintas... bukankah org y menaiki kenderaan seharusnya memberi peluang dahulu untuk pejalan kaki melintas.

    ReplyDelete
  2. itulah masalah kita hari ni..dan kita kena ubah bermula dari diri kita dulu hari ini! oh!

    ReplyDelete