Don't judge a blog by its followers

Sunday, 22 April 2012

Bagaimana nak bersabar..?

(Terkadang kita kesian dengan peristiwa buruk yang berlaku pada sahabat kita atau orang terdekat dengan kita, tapi sejauh mana kita mampu hadapi peristiwa buruk yang mereka lalui?)
 


Beberapa minggu lalu, ada seorang sahabat aku yang kehilangan motorsikal di fakulti semasa dia tengah berusrah. Yang lebih sadisnya, motorsikal tu baru je dia beli dalam lebih kurang sebulan, hutang bulanan pun tak sempat bayar lagi. Tambahan pula, dia scholarship Sdn. Bhd. Dan lagi tragisnya, duit beli motor tu diberi oleh ayahnya dan ayahnya pula sedang sakit dan berada di hospital untuk melakukan pembedahan sebab menghadapi diabetis. Pembedahan je dah berapa ribu perlukan duit. Dia pun bukan keluarga mewah.


Ketika hilang tu, aku dan seorang sahabat lagi terus bawa dia ke balai polis untuk buat report. Dan semasa perjalanan, aku cuba tenangkan dia dan suruh bersabar. Tak sempat aku cakap sampai habis, dia dah kata ;


“Akhi, takpelah. Ini baru sikit je ujian Allah bagi, sedangkan kat luar sana ramai lagi yang terima ujian lagi dasyat dari ana. Allah nak tengok sejauh mana keimanan ana dan Allah sayang ana. Dia nak naikkan darjat ana. InsyaAllah, Allah akan ganti dengan lebih baik..”


Allahu Rabbi.. 

Lebih kurang macam tu la kata-kata dia. Aku terdiam dan hampir nak mengalir air mata kelakian aku, tetapi disebabkan dalam kereta dan menjaga kemachoan aku, haruslah aku mencover dengan sebaiknya sebab di dada aku tu. Woha!


Kemudian dalam minggu ni jugak, ada kecurian berlaku dalam bilik sahabat aku (ni lain pula) di kolej kediaman kami. Sahabat aku ni baru 1st year student, dia dan roommate dia kehilangan laptop. Bukan bilik dia je, depan bilik dia pun kena curi juga laptopnya. Jadi dalam sehari, 4 laptop hilang dalam masa anggaran 15 minit.


Jujurnya, sebelum ni aku tak tahu pula siapa yang kena curi. Lepas beberapa hari, barulah aku tahu rupanya sahabat aku dan roommatenya yang kena rompak, itupun roommate sahabat aku yang tanya aku, kalau pergi minta sumbangan dari Unit Kebajikan Pelajar dapat berapa ratus.

Oh! Lemahnya ukhuwah.. Istighfar. Isk isk isk


Dan lepas solat maghrib, aku jumpa sahabat aku ni, dan aku nak ucapkan takziah kepada dia. Dan apa yang dia respon,


“Takpe lah, ini ujian kecik je. Sedangkan Allah dah bagi banyak sangat nikmat. Tak terkira nikmatnya.”


Allahu Allah..

Tergamam aku dan tersenyum. Lantas aku terus solat sunat.


Sebenarnya, bukan mereka berdua je yang aku jumpa seumur hidup aku yang dapat bersabar dalam ujian yang aku rasa agak besar sebagai seorang pelajar. Ada berpuluh lagi, tapi takkan lah aku nak tulis semuanya dalam ni. Nanti aku yang tak larat nak membaca semula. Oh!


Dan aku tertanya, apa bagaimana mereka semua ini boleh SABAR dan REDHA..?



Kalau masa musim exam, pelajar yang struggle gila-gila, kemudian tak dapat jawab exam akan merasa tension dan stress teramat sangat. Sama juga macam selepas dapat result kurang baik, orang yang dah study separuh mayat akan merasakan inilah pengakhiran mereka. Mereka sudah tewas dengan teruknya.


Beberapa hari lalu, ada seorang sahabat tanya aku, bagaimana nak maafkan orang dan redha dengan kesalahan orang tu. Aku pun perasan pandai, lalu membebel padanya dalam jangka masa yang lama sampai dia insaf. Alhamdulillah.


Aku ada beberapa tips untuk sabar dan cuba redha atas sesuatu perkara. Aku dah ulang berkali-kali yang aku bukan ustaz atau pakar kauseling, jadi nasihat aku ini mungkin boleh jadi sekadar sedap mata membaca. Erk, mata boleh baca ke? Apa-apa lah.



1) Kalau tengah marah, atau di timpa musibah, atau mendengar kematian tentang orang tersayang dan apa-apalah yang memerlukan korang sabar, cepat-cepat korang ambil wudu’ dan terus solat sunat taubat 2 rakaat. Kemudian istighfar dan sujud syukur pula.


Kenapa solat sunat taubat dan kemudian sujud syukur pula?


Pertama – wuduk itu menghilangkan kemarahan. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud :

“Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.
(Rujuk kitab Hadis 40 : Hadis ke 16)

Kedua – Solat sunat taubat dan bersyukur kerana kemungkinan ujian yang dihadapi tu datang kerana dosa-dosa korang. Erk, bukan korang je, terutama sekali aku. Jika Allah beri sifat penat kepada malaikat, sudah pasti malaikat pencatit dosa akan penat sambil terduduk kerana banyaknya dosa-dosa aku.

Isk Isk Isk.. (istighfar..)

Dan bersyukurlah sebab Allah masih sayang pada kita untuk hapuskan dosa-dosa kita. Kalau Allah tak nak ampunkan, nak minta ampun pada siapa?

Daripada Abu Said al-Khudri RA dan Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kemudian, firman Allah pula yang bermaksud :

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Tuhannya dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya”.
(Al-Baqarah: 45-46)

Firman Allah yang lain pula bermaksud :

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar“.
 (Al-Baqarah: 152-153)


2) In case jika masa tu tiada air (aku sangka baik, korang di padang pasir. Woha!), maka capailah al Quran terjemahan, dan bertadabbur lah al Quran. Bertaddabur ini maksudnya kita baca al Quran, lihat terjemahan dan kalau ada tafsir, baca sekali. Kemudian renungkan sementara tentang apa yang Allah firmankan.

 Aik, berangan boleh berjam-jam, takkan termenung untuk ayat Allah beberapa minit tak boleh?


Aku cadangkan baca :

1. Surah al Baqarah ayat 152 – 157
2. Surah ali Imran ayat 133 – 139
3. Surah At Taghabun ayat 11 – 18


Atau korang nak baca surah-surah pilihan lain, terpulang. Aku cuma cadangkan sahaja surah dan ayat tersebut. Korang bertaddabur lah dengan hati yang sabar dan tenang.


3) Tiba-tiba masa tu korang memang tak boleh solat (untuk wanita je, lelaki ada ke? Ish!), mula-mula pasti korang akan menangis. Normal lah tu, tetapi jangan menangis macam orang gila. Itu dah abnormal tu. Semasa korang menangis, maka korang cuba pandang cermin, dan renung wajah korang lama-lama sambil bisikkan


“Allah sayang pada aku.. Allah nak uji aku..Allah masih perhatikan aku. Ini tanda-tanda orang beriman.. Alhamdulillah..”


Firman Allah yang bermaksud :

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
(Surah al Ankabut : 2)

Kemudian korang carilah sahabat-sahabat baik korang yang menangis sama-sama untuk minta nasihat mereka.

Kenapa tak terus minta nasihat je tadi?

Sebab, sekurang-kurangnya korang dah ada usaha untuk tenangkan diri korang sebelum sahabat korang tenangkan diri korang. Sebab, antara ketenangan yang paling kuat mencengkam dalam diri apabila korang yang berusaha sendiri untuk menenangkan diri korang sendiri menggunakan “Power Of Will”, bukan sahabat korang. Selain membaca ayat Quran.


Nabi s.a.w. ada bersabda yang bermaksud :

“Seorang yang kuat bukanlah orang yang menang dalam bertumbuk. Akan tetapi, orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya ketika marah."
HR Bukhari dan Muslim



Dan terakhir, apabila di timpa musibah, atau apa-apa jua keadaan, kalau korang berdiri, korang duduk sekejap, kalau duduk, korang baring kejap. Kalau baring? Korang berdiri balik, kemudian, korang fikir tentang masalah orang sana yang lebih besar ujiannya.

Siapa yang perlu korang fikir?

Fikirlah perjuangan dan penat lelah Nabi Muhammad s.a.w. , para sahabat r.ajmain dan mereka-mereka yang menuruti mereka itu dari semasa ke semasa hingga hari kiamat (erk, dah macam teks khutbah pula). Korang baca sirah Nabi kan? Mesti korang tahu betapa hebatnya ujian yang dilalui para sahabat dari segi fizikal, mental, psikologi, dan segala “gi” “gi” yang ada.

Kemudian, barulah korang fikir akan nasib saudara-saudara kita di Palestin, Syria, dan negara-negara yang ummat islamnya di tindas.

Kalau korang menghayati, insyaAllah korang akan merasakan bahawa ketika itu ujian yang korang lalui hanyalah secebis ujian yang sekadar berada di bawah tapak kaki kuda para sahabat r.ajmain dan hanyalah sekecil semut jika dibandingkan dengan saudara-saudara Islam kita yang di tindas, di bunuh dan di seksa.

Allahu Rabbi..


Dan seperkara lagi, korang sentiasa fikirkan yang Allah hendak menggantikan atau memberikan sesuatu yang baru dan lebih baik pada masa akan datang.

Allah tidak akan memberi apa yang aku dank orang mahu, tapi Allah memberi apa yang aku dan korang perlu.

Sesungguhnya Allah sahaja yang tahu apa yang aku dan korang perlu. Kita semua pun tak tahu.



Tapi shuk, kalau masih tak berapa berkesan?


Erk.. Kalau macam tu, aku cadangkan korang tenangkan diri, kemudian renung ke cermin semula (tak kisah laki atau perempuan), korang termenung dan kemudian korang bisikkan secara perlahan dengan ikhlas…












“Hensemnya shukery…” Woha!


p/s:  Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan kita sendiri. (istigfar..)
Comments
6 Comments

6 comments:

  1. assalammualaikum

    Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

    terima kasih kerana sudi berkongsi cerita d sini.

    Dapat muhasabah diri saat mbaca entry

    kadang "hadiah" kecil daripada ALLAH pd kita bawa hikmah yang besar dalam kehidupan kita.Ianya terpulang dengan cara kita menerimanya

    Selama kita berada di dunia terimalah hakikat bahawa ujian itu sentiasa ada.

    Bila kita senang itu juga ujian utk melihat tahap kesyukuran,kemurahan dan kerendahan hati kita pada nikmat pemberianNYA

    Bila kita dilanda kesukaran,ia juga ujian untuk melihat tahap kesabaran,ketabahan,keredhaan kita pd ujianNYA

    Syukran jazilan.

    Jazakallahu khairan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..

      Aiwah!

      Afwan kasiro..

      Delete
  2. salam ukhwah~
    after read ur entry, hati kecil tibe mnjadi sayu..
    keinsafan terpancar dlm lubuk hati nie..
    btw bout ur entry mcm mne nk berubah jd baik, that mean diri ni ta sepenuh ye jahil tentg islam cuba agk lalai kerna dunia yg fana ini..
    nk berubah pada more baik tp keadn keliling meyulitkn. kwn akn memperlekehkn. that is one reasons.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam a'laik..

      alhamdulillah..
      em..macam ni la, aku dulu macam kau juga, (maaf guna ganti nama aku,kau. dah aku memang macam ni, hadam je ye. haha). Aku dulu dikelilingi masyarakat yg agak jahil, kawan2 yang kaki arak, kaki judi, kaki smoker, dan segala kaki la..kaki masjid je takde. Tapi aku cuba ubah diri aku slow2 untuk jadi kaki masjid.

      Mula-mula memang kena kutuk segala bagai. di pulau tu dah biasa. Tapi kita kena faham bahawa kita hidup di akhir zaman, yang mana siapa yang amalkan islam di anggap pelik, tetapi orang yang pelik itulah orang yang berjaya. Hari ni, siapa yang cuba pertahankan islam, dialah yang dibunuh, di halau, di maki, di ngumpat dan segala di yang ada.

      mungkin ada 1 crita ringkas yg boleh ko cari iktibar sikit.. aku ada seorang kawan ni, dia baru convert masuk islam. orang sabah. masa dia awal2 masuk islam, di rumah dia semua kristian. Jadi dia kena sembunyikan ke islaman dia. Dia solat pun sembunyi2, dan macam2 la secara smbunyi2.. tapi lama2 kantoi, dan selepas dia terangkan pada family dia, alhamdulillah Allah lembutkan hati mereka utk terima..

      so, aku cadangkan.. kalau ko nak berubah dan takut diperlekehkan kawan, berubah secara sembunyi2..

      ada seorang murabbi bagitahu bahawa untuk sampai maqam (tahap) ikhlas ini, kita akan melalui maqam pura2 atau hipokrit. Lepas maqam hipokrit tu la, baru insyaAllah kita akan sampai maqam ikhlas.

      Kerana apa? kerana bila kita dah sampai maqam ikhlas, baru lah kita dapat nilai mana amalam yang pura2 dan mana amalan yang ikhlas..

      clear?

      Delete
  3. urmmp~
    btw thx for ur advices.
    akan aku try buad ape yg kau katakan tu..
    hope after ni if aku minta advices or what else bout islam kau dpt membntu..
    hopefully~

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sikit2 dan slow..
      insyaAllah, moga Allah permudahkan urusan ko.. :)

      err..insyaAllah aku tolong apa yang aku tau..kalau aku tak tau, aku minta maaf sebab aku mmg tak tau.. tapi aku akan cuba amik tau la..ha ha

      Delete