Don't judge a blog by its followers

Sunday, 1 April 2012

Kenapa nama Biskot Mayat..?

(aku nak cuba menjawab semua pertanyaan yang selalu didendangkan kepada aku sejak dari awal aku buat blog ni..)


Aku harap lepas aku tulis entry ini, tak perlu lagi kot nak tanya kenapa, apa, bagaimana, mengapa atau apa-apa la tentang blog aku ni. Bukan apa, aku rasa ia perkara yang tak berapa penting dan tak beri impact kepada ummah rasanya.

Ok.. Aku cuba menjawab satu persatu soalan sejak dari awal blog ni di reka.


Kenapa nama blog ni biskot mayat?


Aku rasa aku ada tulis kat profile aku tentang biskot mayat tu. Sebelum aku reka blog ni, aku penat fikir nama yang sesuai untuk blog yang bakal aku buat, sampai lah aku teringat tentang peristiwa aku di matrikulasi yang aku suka makan biskut. Tetapi biskut coklat, sampaikan nama facebook aku dulu biskut coklat. So, setelah aku fikir banyak kali, akhirnya aku dapat idea untuk aku modified nama biskut coklat tu kepada biskut mayat, nampak maca Islamic sikit. Hehe.


So, aku dapat dua sebab kenapa aku namakan blog ni biskut mayat,


1) Sebab untuk menarik perhatian. Perhatian untuk apa? Aku tak perlukan perhatian manusia meskipun masa aku kecik dulu aku sangat dahagakan perhatian. Aku hanya nak tarik perhatian manusia untuk baca nota agama. Pada pendapat aku yang cap ayam ni, umumnya bila orang nampak blog yang namanya Islamic sikit, dia tak nak buka. Tetapi kalau nama pelik sikit, cepat je nak buka.

Laa, kata nota agama ini untuk diri sendiri je?

Jangan jadi slow, dakwah itu untuk semua manusia, bukan untuk diri sendiri sahaja. Ada faham?

2) “Biskut” merujuk kepada perkara dunia, “mayat” pula merujuk kepada perkara kematian atau akhirat. Apa yang aku cuba sampaikan adalah kehidupan ini perlukan keseimbangan antara dua elemen ni, iaitu dunia dan akhirat.

Firman Allah yang bermaksud :

“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada mu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerusakan.”

Surah Al Qasas 28:77


Tetapi kena faham, balance antara dunia dan akhirat ini bukan 50-50 atau nisbah 1:1. Tidak!!!

Jangan jadi super duper power slow ok!


Kenapa ejaan biskOt mayat, bukan biskut mayat?


Sudah pasti sebab aku tak boleh guna nick tu. Dah ada orang guna perkataan “biskut” tu. Korang cuba buka “biskutmayat.blogspot.com” , mesti ada. Islamik juga pulak tu. Woha!

Dan ada orang tanya aku, biskut tu apa? dan biskut mayat tu apa?

(huh..mengeluh..istighfar..)

Biskot = biskut = biscuit


biskut mayat tu ada sesetengah orang panggil biskut kering. Ada juga panggil biskut cap ping pong. Kenapa cap ping pong, aku pun tak pasti.


Kenapa blog ni warna hitam?



Mula-mula blog ni direka warna hitam sebab aku suka warna hitam, putih, hijau dan merah. Kenapa takde warna merah? Sebab laptop aku warna merah, jubah aku warna putih dan baju melayu aku warna hijau. Blog aku warna hitam pulak la. Woha!

Selain tu, nama pun biskut mayat, dah jadi mayat mesti masuk dalam kubur. Dalam kubur tu mesti gelap. Takde apa yang boleh terangkan kubur korang kecuali amal soleh korang je. Kalau amalan cap ayam, maka cahaya dalam kubur korang pun cap ayam je la. Ala-ala macam lampu ayam tu. Oh!

Dan sebab itu tulisan aku warna putih, bukan warna hijau, merah atau kelabu tahi unta.

Jadi background blog aku yang warna hitam itu ibarat kegelapan kubur, dan tulisan aku yang putih-putih tu ibarat cahaya yang terangkan kegelapan kubur. (walaupun ia tak serupa sama sekali)


Kenapa gaya penulisan aku macam merosakkan bahasa melayu?


Aku mulanya nak tulis ayat formal sikit, tetapi aku nak buat something yang aku tulis dan aku mudah faham. Aku tak nak buat entry yang ayat romantic, bombastic, plastic atau apa-apala, tetapi aku sendiri tak faham perkataan yang aku gunakan. Apatah orang lain yang baca.

Sebab tu aku kata, don’t judge a person by its blog!


Kenapa blog aku macam membosankan?


Serius, aku memang tak kreatif! Aku antara manusia-manusia yang wujud dalam cakerawala ini yang tak kreatif sangat dalam design atau create something cheerful. Sebab tu kalau ada orang baru kenal aku, mereka akan nampak aku ini membosankan tahap musang ekor sembilan kerana aku tak berapa pandai buat suasana ceria. Mungkin juga sebab aku dari kecil bina suasana ceria untuk menceriakan diri aku seorang je kot. Oh!

Aku seorang yang ada kelebihan yang Allah bagi untuk mengedit, modified dan merubah serba sedikit design atau artikel orang.

Sebab itu aku cakap, sebarang kritikan, cemuhan atau penambah baikkan, tolonglah beritahu aku, dan ajar aku. Aku memang tak pandai!


Ajarlah aku!!!


Kenapa ayat yang aku gunakan kurang/tak sopan langsung?


“tulisan mencerminkan peribadi seseorang..”


Aku pernah baca statement ni, tapi aku kurang setuju. Tulisan tidak semestinya mencerminkan peribadi seseorang. Nabi s.a.w. dulu tak pandai menulis, adakah ia menunjukkan Nabi s.a.w. seorang yang tidak pandai? Tidak bro!!


Ok, kenapa tak sopan? Sebab ini cara penyampaian aku untuk diri aku dalam nota-nota aku. Sebelum ni dalam diari aku (dah hilang kemana tah), aku tulis ayat-ayat lagi sadis dan tragis untuk diri aku. Kenapa? Supaya bila aku baca, aku akan tersentap sendiri dengan tulisan aku. Aku tak sopan pada diri aku, aku banyak kali marah-marah pada diri aku supaya aku sedar diri. Tetapi adakah pada orang ramai atau orang sekeliling aku jugak? Hehehe.. berkawanlah dengan aku dulu, baru korang kenal siapa aku. Woha!


Kenapa tulisan besar-besar?


Sebab nak bagi senang baca la, kalau tulisan kecik macam siput, nanti terpaksa muka mengadap skrin lebih dekat, dan bertambah la rabun aku.


Aku rasa ini je kot soalan orang tentang blog aku. Maaf kalau ada yang tersinggung, aku mohon ampun kepada Allah, maaf kepada korang semua. Aku memang tak sempurna, tetapi aku cuba melangkah untuk jadi yang sempurna walaupun takkan sempurna sampai bila-bila.


Last but not least, blog aku ni sentiasa aku modified dari masa ke semasa bergantung kepada sixth sense aku dan suggestion sahabat-sahabat aku. Tulisan aku juga akan aku ubah sedikit demi sedikit menjadi formal. Sebab apa? Sebab aku bercadang untuk submit ke dalam ruangan majalah. Takkanlah nak guna ayat tunggang langgang terbalik terbongkang nie untuk submit ke dalam majalah pula.


Kalau korang ada cadangan penambahbaikkan ataupun teguran dan nasihat untuk diri aku yang tak pandai lagi hina dina ini, tolonglah bagitau aku secepat mungkin, nak jumpa aku secara depan-depan pun boleh atau email kat aku (rujuk kat sebelah kiri).



I rest my case.

No comments:

Post a Comment