Don't judge a blog by its followers

Sunday, 1 April 2012

Pesanan untuk bekas/sedang pelajar sekolah menengah agama (SMA), Maahad, DQ dan sewaktu dengannya..?

(Sesungguhnya aku bukan ustaz, bukan kiai, bukan sesiapa pun, aku hanyalah seorang muslim yang baru nak faham hidup sebagai seorang muslim dan tercari-cari hakikat kehidupan ni…)




Pesanan yang aku nak sampaikan ni bukan bermaksud aku ini alim atau standard ustaz. Serius, aku memang tak pandai, cap ayam je. Apatah lagi nak setanding dengan korang. 

Aku pesan sebab aku sayang pada korang kerana Allah, dan sebelum aku pesan untuk korang, mari aku sampaikan sebuah cerita realiti yang ringkas dan padat kepada korang tentang seorang manusia yang bernama Amat (bukan nama sebenar). Ini bukan cerita novel yang aku reka atau hikayat sang kancil dengan buaya!


(nota : cerita ni bukan aku nak minta simpati daripada korang kepada dia, tapi aku harap korang boleh muhasabah diri. Aku cuma sampaikan je)

  

---------------------------------------------------------

Beginning of the story..



Alkisah ada seorang manusia yang bernama amat, lahir dalam keluarga yang sederhana biasa, tak kira dari sudut harta ataupun didikan agama. Dia seorang anak tunggal, ayah dan ibunya bercerai masa dia kecil lagi. Dalam lingkungan umur 2,3 tahun gitu la. Jadi dia tinggal dengan ibunya, datuk dan nenek serta pakciknya.


Amat membesar dengan kasih sayang ibu dia dan keluarga belah ibu dia je, tapi dia kekurangan kasih sayang seorang ayah. Dengan takde adik beradik lagi, dia membesar dengan keseorangan (tapi takde la forever alone). Antara cerita dia yang paling buat aku agak sedih, bila dia pergi kedai makan dan kalau dia nampak satu family yang ada ibu, ayah dan anak-anak mereka makan, dia akan menangis dan tertanya pada diri dia,


“kenapa aku takde? Kenapa aku takde ayah? Kenapa aku takde akak? Kenapa aku takde adik? Kenapa aku takde abang? Kenapa tak adil!”


Antara hobi dia yang paling dia selalu buat adalah cakap sorang-sorang. Looks funny right? Tetapi cuba korang ada di tempat dia, bercakap sorang-sorang tu la antara aktiviti yang sangat best. Kalau korang ada adik beradik, aku rasa korang tak rasa ia best punya.


Bila dia dalam lingkungan darjah 3, dia pindah ke bandar dengan ibu dia dan ayah tirinya (ibu dia kahwin baru masa dia penghujung darjah 2). Dia bagitau, dia mula-mula sangat tak suka ayah tiri dia.

Sebab apa? Sebabnya dia kata, dia dulu terpengaruh dengan cerita kat tv yang ayah tiri atau yang ada “tiri” ni semuanya jahat.


(iklan : pengaruh TV ni kuat kepada budak-budak kecil terutamanya. Awasi anak-anak anda! Woha!)


Sebelum ni dia tinggal di kawasan kampung, maka bila pindah ke bandar jadi culture shock. Dia mula bergaul dengan budak-budak nakal. Antaranya ada yang kaki smoker, minum arak, malah ada yang hisap ganja. Tapi syukur Alhamdulillah, Allah sayang kat dia ni, dia tak pernah sentuh semua tu kecuali rokok, itupun dia kata sekali sedut je, sebab dia tak tahan dengan asap rokok.


Tetapi yang sedihnya dia kata, agama dia tak amal langsung. Yela, dah la suasana agama takde, dengan kawan-kawan yang tak tentu arah, dia pun jadi tak tentu arah. Solat tinggal macam tu je, bulan ramadhan banyak lompong (baca : tak puasa), dosa dan maksiat tu dah jadi lali.


Benda tu berlarutan sampai lebih kurang tingkatan 2. Masa tu dia kata klimaks yang mana dia di buang sekolah atas beberapa sebab. Masa tu jugak la dia mula di pulaukan, dan dah memburukkan nama keluarga dia especially ibu dia. Masa tu jugak, tak berapa lama tu ayah tiri dia meninggal dunia. Adakah dia sedih? Dia kata dia takde perasaan langsung masa tu. Mungkin sebab hati dah gelap, 
 segelap waktu malam. Oh!



Selepas 2 peristiwa tu, dia dan ibu dia pindah semula kat kampung dan Alhamdulillah dia dapat sambung semula belajar kat sekolah menengah berdekatan tempat dia. Sejak dari peristiwa tu, dia mula berazam untuk ubah kehidupan dia yang serba tak kena tu. Itupun selepas berlaku 2 peristiwa yang mana Allah beri hidayah pada dia melalui 2 peristiwa tu untuk dia berubah.
So masa tingkatan 3 tu, dia baru belajar semula untuk solat balik selepas lama di tinggalkan, masa tu baru nak lancarkan semula bacaan Quran, baru nak mencari buku-buku agama.


Tetapi nak berubah bukan semudah tu. Di kampung dia, situasi atau perangai budak-budak kat sana sebahagiannya lebih kurang je macam masa dia di bandar dulu. Still ada yang smoker, drunker, mat rempit, bohsia, bojan, penagih dan macam-macam la.

Pelajar sekolah pulak tu, bukan orang dewasa. Masa tu dia nak cari kawan-kawan yang cintakan agama, yang selalu ke masjid sukar sangat. Ada tu memang ada, tapi berapa kerat sangat la. Itupun sekadar sahabat yang rajin ke masjid je, masih tak jumpa sahabat yang mewakafkan diri mereka untuk agama dan jalan dakwah ni. Tapi itupun dia kata masih tak ke masjid lagi, pergi masjid masa solat jumaat je.


Selepas SPM, Alhamdulillah dia kata dapat la keputusan yang agak cemerlang, dan terpilih masuk ke matrikulasi. Sebelum tu, begitu banyak cabaran yang dia hadapi untuk berubah dan belajar ilmu-ilmu agama. Dia selalu di kritik dan perli oleh kawan-kawan dan macam-macam la.


Masa dia di matrikulasi, Alhamdulillah, makin banyak dia belajar. Dan dia mula rajin untuk ke masjid apabila semester dua. Masa semester dua tu jugak, dia baru join usrah di sana. Itupun lebih kepada halaqah kerana bilangannya lebih dari 10 orang. Masa tu dia kata, barulah dia sedar ilmu dia terlalu cetek. Basic agama pun lemah. Dalam halaqah tu, ada sahabat-sahabat dia yang guna terms arab, ada quote ayat Quran, hadis, hukama dan macam-macam. Dia kata, rasa macam baru nak mengenal islam masa tu.


Dan Alhamdulillah, di matric ni jugak dia jumpa dengan sahabat rajin ke masjid, selalu bagi nasihat. Tak lama selepas habis matrikulasi, Alhamdulillah dia terpilih masuk ke sebuah university, dan masa tulah baru dia jumpa dengan ramai sahabat-sahabat yang rela wakafkan diri mereka untuk agama dan jalan dakwah. Di university tersebut la baru dia ada usrah mingguan tersendiri, ada halaqah sendiri, ada biah solehah (suasana agama) yang dia cari.


(iklan : doakan semoga dia, aku dan korang sentiasa istiqomah dalam jalan dakwah ni. Amin..)





End of story


----------------------------------------------



Sepanjang aku berada di UKM ni, Alhamdulillah aku dah jumpa pelbagai ragam manusia dari pelbagai pelusuk negeri, dan ada manusia yang aku tak sangka dia begitu walaupun background dia begitu.


Tapi kat sini aku nak fokuskan kepada yang pernah dapat didikan agama seperti di sekolah menengah agama (SMA), Maahad Tahfiz, Darul Quran, Sekolah Arab, Kelas aliran agama (KAA), atau apa-apa pengajian yang berteraskan agama. Berdasarkan yang aku jumpa, golongan yang ada basic tarbiyyah dan basic agama ini, terpecah kepada dua golongan lagi :


(nota : ini pemerhatian aku, kalau maaf sila bagitau)

1) Golongan yang kalau korang jumpa mereka ni, korang tak kan sangka mereka ini bekas budak sekolah agama.


2) Golongan yang kalau korang jumpa mereka ni, dari jauh pun korang confirm dapat cam yang mereka ni bekas budak sekolah agama.



Maka,

pesanan aku untuk golongan yang pertama ;



Kalau korang perasan atau tidak, sebenarnya korang bawak “logo agama”,
Apa tu “logo agama”?


Bila orang tahu korang ni berasal dari sekolah agama, orang akan pandang tinggi pada korang. Orang akan melihat korang sebagai “bench marking” kepada mereka (termasuk aku). Dengan erti kata lain, mereka tsiqah kepada korang. Tetapi kalau korang tak amal dan sampaikan apa yang korang perolehi sepanjang sekolah agama tu, silap-silap korang boleh jadi fitnah untuk agama.


So, logo agama ini perlu dimanifestasikan atau diterjemahkan dengan akhlak dan tingkah laku korang. Orang takkan tengok result korang dapat apa, mumtaz ke, jayyid jiddan kea tau apa-apa la. Tapi orang tengok AKHLAK korang. Orang tengok TINDAK TANDUK korang.


Kalau korang tunjukkan akhlak dan tindak tanduk yang sama seperti kami yang tak pernah mendapat didikan agama yang banyak atau tak sepatutnya dilakukan oleh orang-orang yang pernah bersekolah agama, pernah merasakan manisnya titisan tarbiyyah, pernah mengetahui bahawa kerja dakwah adalah kerja semua umat islam, yang pernah berfikir atas ummah ini, macam mana kami nak faham agama ni??


Sampai bila kami nak faham?? Adakah tunggu kami kena bala, atau tunggu kami dah sesat, atau tunggu kami dah buat maksiat sampai lali, baru korang nak sampaikan ilmu agama, nasihat para asatizah korang kepada kami??


Kami bukan tak nak faham agama, kerana agama itu FITRAH, kami nak fahami, TETAPI takde orang yang BANTU, AJAR dan DAKWAH kepada kami.


Ye kami tahu kerja dakwah bukan kerja para asatizah atau pelajar-pelajar agama sahaja, ia kerja semua umat islam, tetapi bagaimana kami nak faham, bagaimana kami nak apply sekiranya antum semua tak ajar kami, Tak beritahu kami.


Ikhwah wa akhawat, aku sangat hormati korang, kami yang tak pernah sekolah agama, tak pernah belajar Quran dan sunnah, tak pernah belajar bahasa arab tinggi, tak pernah rasa biah solehah ni, tak pernah rasa amal islami, nak sangat agar korang tunjuk ajar, dakwah, didik kepada kami.



Tolonglah.. Jangan tinggalkan background atau logo agama yang telah sedia ada pada korang..


Ye aku tahu, korang bukan malaikat. Sebab korang bukan malaikatlah aku pesan pada korang.


Janganlah sampai Allah kunci hati-hati korang dengan ilmu agama yang korang ada.


Firman Allah yang bermaksud :

“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”
[al-Jaathiyah 45: 23]


Kalau korang lihat sekeliling korang, sangat ramai yang dahagakan agama. Serius, sangat ramai. Kalau korang tinggal di kawasan aku (di felda), korang akan rasa sedih sangat. Tapi kalau korang takde perasaan, muhasabah diri.


Tolong lah, janganlah malu dengan logo agama yang ada pada korang. Izzah kan logo agama tu. Tolonglah jadi contoh untuk kami, supaya kami dapat muhasabah diri kami.



Pesanan aku untuk golongan kedua ;


Alhamdulillah, korang tetap meneruskan momentum tarbiyyah yang korang perolehi sejak dari zaman persekolahan dan sebelum ini. Teruskan momentum tu dan teruskan berdakwah serta mewakafkan diri untuk agama serta ummah ini.


Cumanya, aku terjumpa segelintir dari korang yang mungkin (aku sangka baik), tak sedar akan tindakan dia, lalu mencerca, mengutuk, mengumpat atau memandang rendah kepada segolongan dari pelajar-pelajar yang masih tak faham agama.


Ikhwah wa akhwat fillah sekalian, mereka dan kami ada yang tak faham islam, walaupun mata kami celik, tapi kadangkala tika hati kami gelap, kami tak tau apa yang dah buat. Kami tak sedar pun apa yang kami buat itu berdosa. Serius.



Tolonglah, tolong tegur, nasihat dan pesan kepada kami dengan baik, bukan cara memerli, bukan cara mengumpat ataupun sebagainya. Korang dah bawa logo agama dan korang telah terjemahkan dengan tindak tanduk korang. Maka, terjemahkan la sebaiknya, jangan sekadar terjemahkan macam google translate terjemah bahasa melayu kepada inggeris. Tunggang langgang terbalik terbongkang.


Tolong lah…




Last but not least, aku tahu ada yang tersinggung jika baca nota aku ini. Tapi percayalah, aku takde niat nak kutuk korang, apatah lagi nak benci korang. Korang antara orang-orang yang telah Allah naikkan darjat dengan ilmu agama. Maka, jangan tinggalkan kami yang masih kekurangan ilmu agama ini.


Firman Allah yang bermaksud:


"Allah meningkatkan darjat orang yang beriman di antara kamu dan juga orang yang dikurniakan pengetahuan dengan kelebihan beberapa darjat."  (Surah al-Mujadalah, ayat 11)


Jagalah ilmu yang korang ada serta amalkan lah apa yang korang ada juga sampaikan apa yang korang ada kepada ummah.

Ingat, di akhirat nanti korang akan ditanya tentang ilmu yang korang pelajari. Sejauh mana korang amalkan dan sampaikan.


Masih banyak lagi golongan seperti Amat tu sedang tercari-cari makna dan hakikat sebuah kehidupan muslim ni.

Carilah golongan ini, dan bantu serta bimbinglah mereka dengan ilmu yang korang ada. Sesungguhnya mereka dan aku sangat perlukan dan dahagakan ilmu agama serta nasihat para asatizah yang ada pada korang.
Nanti yang dapat pahala pun korang jugakkan??



I rest my case.


Tasbih kafarah.

p/s: Kalau aku salah dalam nota ini, tolong bagitahu aku.. tolonglah!! (hilang suara sebab ashik menjerit)
Comments
4 Comments

4 comments:

  1. salam.
    btol.sy setuju dgn pendapat anda..
    sy jgk pena terfikir menda yg same..
    honestly ckp,bile turun surau tu kebyknnye mmg bkn bdak FPI..
    tp ble difikirkan mungkin dsbbkn syaitan yg turun utk dyorg tu pangkat jeneral terus kot.sehinggakan ad yg kalah..
    hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..
      huhu..semakin tinggi iman, semakin tinggi la bapak syaitan datang..
      tapi adakah syaitan itu perlu disalahkan secara total?

      tak juga.. oh!
      Semoga aku dijauhkan..

      Delete
  2. salam. pertama kali bc entri ni..sy dpt rasakan kisah yg anda nukilkn kemungkinn ada kaitan dgn sbhagian kisah hidup yg anda lalui..
    bgus je isi yg ingin dsampaikan o anda dlm entri ni..
    sy mengakui kebenaran trhdp 2 gol.agamawan yg anda selitkan dlm entri ni..kerana pemerhatian sy bgitu juga...tidak sume org agamawan itu dpt merealisasikn ilmunya dlm khdpn sehariannya..tetapi wujud juga mereka yg praktikal dlm khidupnnya..
    apa2 pun.smga Allah trus memilih anda tuk mndpt hidayahnya...insyaAllah..
    hidayah prlu dcari o manusia wlaupn Allah yg tentukn siapa yg bakal dapat hidayah itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..nice prediction.. :)

      amin amin.. semoga mereka dan kita semua perolehi hidayah.. amin..

      Delete