Don't judge a blog by its followers

Thursday, 5 April 2012

Spring-Pesanan Buat Kekasih (versi islamik – taubat)

(Disebabkan aku mencari mood untuk study pagi2 ni, aku dengar lagu spring dan tiba2 dapat ilham nak modified lagu sebelum aku study. Hehe )



Mari kita baca lirik dan dengar lagu asal dulu.


( Nota : untuk lelaki - tak perlu nyanyi kalau rasa suara masih under construction
Dan untuk perempuan – tak payah mengada nak menyanyi kalau ada lelaki bukan ajnabi)


(opening sound track – buka sendiri di mp3 anda masing2. Kalau takde, tak perlu download. Tak bertambah iman pun. Woha!)


Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini

Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

Ingin aku berpesan
Kepada mu kekasih
Kiranya engkau resah dan tak lena
Itulah hembusan rindu ku



Ok best?


Mari kita dengar dan hayati sama2 versi islamik punya pagi-pagi ni.


(opening sound track – tiada dalam mana2 album di pasaran. Kalau google pun tak kan jumpa. So, baca je la sambil dengar lagu minus 1)



Sewaktu ku tersedar..
Daripada dosaku..
Sebaknya rasa di dalam dadaku..
Mengalir titis air mata..

Terus aku berdoa..
Kepadamu Ya Allah..
Jangalah Engkau terus menghukumku,
Terimalah taubatku ini..

Ketika aku berbuat dosa,
Ampunilah diriku ya Allah,
Dan izinkan aku bertaubat,
Untuk aku berubah hati,

Kiranya Kau terima taubatku,
Lindungilah diriku ya Allah,
Relaku untuk berhijrah,
Hanya kerana-Mu Allah..

Walaupun ku buat dosa lagi,
Namun Kau masih mengampuni,
Kerna keampunan-Mu yang luas,
Sehingga tibanya Kiamat,

Walau dimana pun ku berada,
Janganlah Kau tinggalkan aku,
Kerna siapalah diri aku,
Tanpa-Mu, wahai penciptaku..

Ingin aku berpesan
Kepada bakal mayat,
Kiranya engkau resah dan gelisah,
bertaubatlah sebelum lambat..


Woha!
 


p/s : ok sambung study. Oh!

Comments
2 Comments

2 comments:

  1. assalammualaikum

    nice song..

    Part ini :

    Ingin aku berpesan
    Kepada bakal mayat,
    Kiranya engkau resah dan gelisah,
    bertaubatlah sebelum lambat.

    Terima kasih atas peringatan pagi2 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..

      Peringatan untuk diri sendiri..
      barakillahu fiq.. :)

      Delete