Don't judge a blog by its followers

Thursday, 31 May 2012

Kenapa kita di uji..?



Sejak aku kehilangan laptop sekali lagi 2 minggu lepas, agak banyak juga kerja aku tergendala, termasuk hilangnya semua nota-nota kuliah yang senior bagi. Di tambah dengan kurang lagi 2 minggu aku akan peperiksaan (baca : exam) final semester, membuatkan aku kelam kabut print nota-nota kuliah.


Dari kisah aku di atas ni, mungkin boleh dapat dua point yang aku boleh tulis dalam nota aku ni,

Pertama : ujian dari Allah (kehilangan laptop)
Kedua : ujian dari manusia walau hakikatnya datang dari Allah (exam final semester)


Kenapa kita di uji? Atau dalam bahasa skemanya, ada exam?

Kalau tak di uji, tak boleh ke?


Ok, sebelum masuk point pertama tu, aku suka masuk point kedua dulu sebab ia berlaku kepada semua yang bergelar pelajar. Tak kisahlah dia pelajar peringkat apa sekalipun. Hatta doktor falsafah (PhD) sekalipun ada exam.


Kenapa kita ada exam?


Jawapannya mudah je, untuk menguji sejauh mana keintelektualan kita. Atau dalam bahasa mudah, nak lihat kita faham atau tidak apa yang kita belajar.


Tetapi kena faham lagi satu konsep bahawa ilmu bukan terletak pada pointer atau keputusan exam, sebab ada yang masa exam hentam je, tetapi dapat A. Ada juga yang study separuh nyawa, tapi dapat C jugak.


Kenapa?


Sebab itulah kelemahan penilaian manusia. Kita sukar untuk menilai orang dengan tepat, tetapi hanya mampu menilai sekadar andaian atau hypothesis je.


Dan selepas dapat keputusan exam, sesiapa yang cemerlang akan dapat pergi ke peringkat yang seterusnya, sama ada masuk SBP (sekolah berasrama penuh) ke, atau matrikulasi ke, asasi ke, universiti ke dan lain-lain.

Kalau gagal?

Sama ada kita berhenti belajar, atau sambung belajar. Kita ada dua pilihan. Kalau berhenti belajar, mungkin boleh bekerja. Tetapi kalau malas bekerja? Jadilah penanam anggur yang setia di rumah.

Kalau sambung belajar, mungkin kita terpaksa ulang balik pengajian, atau sambung belajar di tempat lain dalam bidang yang lain.

Dengan erti kata lain, kita ada exam untuk  membezakan antara orang yang pandai/bijak/genius/cerdik/etc  dan kurang pandai (atau bahasa kasar bodoh/malas/etc)

Ha, point kedua ini secara tidak langsung akan berkaitan dengan point pertama, iaitu kenapa Allah uji kita.

Kenapa Allah uji kita?

Allah sendiri dah jawab di dalam al Quran,
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ
 .Terjemahannya :

Adakah manusia menyangka, bahawa mereka akan dibiarkan, dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang  yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), Allah mengetahui, siapakah orang-orang yang benar-benar beriman, dan dapat diketahuiNya, tentang siapakah orang-orang yang berdusta.

(Surah al ankabut : 2 & 3)


Kita boleh bahagikan sebab ujian Allah kepada 3 bahagian,


1) Allah menguji sebab nak menaikkan darjat kita.

2) Allah menguji sebab nak mengampunkan dosa-dosa kita.

3) Allah menguji sebab nak hukum kita kerana dosa kita.


Jadi, apabila Allah menguji, manusia hanya ada dua pilihan ;


Sabar dan redha atau sebaliknya.


Jika kita sabar dan redha, maka Allah akan naikkan darjat kita di sisi-Nya. Darjat ini tidak nampak di mata, tetapi kesannya boleh lihat dengan mata.

Contohnya,

Jika orang tu sabar dan redha, korang akan lihat orang ini dia akan cool dan boleh uruskan masalah yang di alami dengan tenang dan tersusun. Muka dia pun akan sentiasa senyum je.


Macam mana nak sabar atau redha?

Aku ada tulis di sini


Tetapi kalau sebaliknya?


Kita juga ada dua pilihan jika terbuat yang sebaliknya (tak sabar dan lain-lain). Kalau terus tak sabar dan tak redha, maka korang sendiri akan nampak dia serba tak kena, cakap pun mencarut-carut je. Kemudian salahkan ramai orang. Lagi bahaya dia salahkan takdir.


Tetapi jika mula-mula dia tidak sabar, tetapi selepas beberapa ketika dia muhasabah diri semula, maka dia akan kembali ke pangkal jalan untuk mengurus ujian yang di hadapi dengan tersusun.


Dengan erti kata lain, Allah uji kita untuk membezakan antara orang yang betul-betul beriman dengan mulut, hati dan amal (termasuk orang yang sabar) dengan orang yang pandai cakap tentang beriman sahaja.


Bagaimana Allah uji kita?


Macam-macam cara Allah uji, bukan satu cara je. Boleh jadi Allah uji kita dengan penyakit, atau di tarik nikmat, atau dapat macam-macam masalah, atau kehilangan keluarga dan lain-lain.

Boleh jadi juga Allah uji kita dengan kekayaan, kesenangan, harta, pangkat, kecemerlangan exam, dan lain-lain.

Allah menguji kita melalui jalan yang tak di sangka-sangka.

Sama macam exam, kalau kita dah tahu soalan exam, itu bukan exam.


Jika di uji, apa yang kita kena buat?


Mahu atau tidak, kita kena kembali pada Allah. Banyakkan berdoa. Dekatkan diri pada Allah.


Ingat, jangan berdoa agar Allah menghilangkan ujian tu dari diri kita, tetapi berdoa agar Allah beri KEKUATAN untuk hadapi ujian tu. Allah tidak akan menguji apa yang kita tak mampu. Dan dalam masa yang sama, kita kena berusaha juga untuk selesaikan masalah yang di hadapi.

Itu beza orang Islam dengan bukan Islam,


Iaitu kita ada konsep “USAHA” dan “TAWAKAL”, manakala mereka hanya “USAHA” sahaja.

Kemudian, carilah sahabat-sahabat yang sama-sama menangis untuk bantu korang. Itulah antara fungsi sahabat, dan itulah sebabnya ukhuwwah Islamiyyah sangat di tekankan dalam Islam. Kita takkan bersendirian jika ada masalah, dan takkan forever alone kalau ada sahabat.


Dan last, selepas berjaya satu ujian maka bersedia untuk ujian yang seterusnya. Semakin sayang Allah kepada hamba-Nya, semakin banyak dan kuat ujian yang Allah berikan. Tetapi takutlah kalau hidup kita tak pernah di uji atau lama tak di uji oleh Allah.



Sebab apa?




Kemungkinan Allah murka dan sedang jauh dengan kita.


Naudzubillah.



p/s :
1.   ini nota pertama yang tiada header.
2.   Nota ini agak skema, aku pun tak tahu kenapa. Woha.

Tuesday, 1 May 2012

Kenapa UKM penuh program cinta..?

(kali ini aku tulis entry dengan nada agak serius sebagai salah satu suara-suara comel menyatakan pendapat sebagai mahasiswa..)



Sejak menjejakkan kaki di bumi UKM pada awal bulan September 2010 sehinggalah hari ini (akhir april 2012), macam-macam ragam aku jumpa di UKM yang membuatkan semakin hari aku semakin faham dan mengenali apa itu,


“rambut sama hitam, kubur lain-lain” woha!


Cuma di sini aku sekadar ingin melontarkan idea sebagai seorang mahasiswa kepada semua bakal Jawatankuasa Siswa/I Kolej (JAKSA), bakal ahli Jawatankuasa Kelab, Jabatan, Fakulti dan Persatuan di UKM, hatta bakal ahli jawatankuasa PMUKM (tahun hadapan) dan lain-lain.


Pandangan ini mungkin nampak biasa atau remeh, tapi jika di kaji dari pelbagai sudut, ia mungkin memberikan beberapa impak positif dan negative.


Sepanjang aku di UKM, apa yang aku perasan dari sudut penganjuran program, tidak kisahlah dari mana-mana badan sekalipun, apabila ingin melaksanakan program yang berbentuk Forum, wacana atau yang berkaitan, KEBANYAKKAN (aku tidak kata semua) berunsurkan PERCINTAAN, PERNIKAHAN, PERKAHWINAN dan yang berkaitan.


Aku tidak bermaksud sama sekali ia salah dan tak bagus, amat silap sekali kalau orang yang berfikiran sebegitu selepas baca statement aku di atas ni.

 
Aku sangat menyokong program-program atau forum tersebut, MasyaAllahu tabarakallah. Bagus sangat, sebab ia boleh menjadi salah satu asbab kepada pencegahan maksiat seperti couple, berbonceng motorsikal antara berbeza jantina yang boleh berkahwin, pergaulan bebas dan lain-lain. Selain tu, ia juga boleh menjadi titik tolak kepada minatnya mahasiswa/I khususnya untuk cenderung kepada program ilmiah terutama program bersifat kerohanian atau program agama.
 

Tahniah!



Cumanya…



Ha, yang “cuma-cuma” ni orang tak berapa suka dengar. Ha ha, berapa ramai je yang suka mendengar kritikan, hatta aku sendiri sekalipun kadang-kala tak larat nak dengar kritikan.


Ok berbalik pada apa aku nak kata,


Cumanya, perlu dikurangkan forum, wacana, atau apa-apa yang bersifat demikian. Bukan apa, pada pendapat aku yang tak berapa pandai ni, dalam satu semester tu, tak perlulah sampai 7,8 kali forum yang berunsurkan percintaan ini. Cukuplah sekadar 3, 4 kali semester, itu dah memadai rasanya.



Selebihnya kita buat forum berunsur isu semasa seperti kekejaman di Syria, apa yang berlaku di Sudan, atau kalau nak lebih dekat, forum yang membincangkan apa yang berlaku di Malaysia seperti masalah sosial, isu Ajaran Syiah, Liberalisme, hatta kita boleh membincangkan tentang ekonomi Malaysia.
Atau dengan erti kata lain, buat program yang membincangkan masalah ummah hari ini dan peranan mahasiswa dalam berhadapan isu tersebut. biar mahasiswa/i ni berpandangan jauh sikit, dan buka minda. bukannya hanya tahu kuliah, kafe dan katil.


Sebagai contoh, isu di Syria.


Berapa ramai saja pelajar UKM yang tahu akan isu ini? Kalau ada yang tahu, berapa ramai yang tahu apa peranan mereka (termasuk aku) sebagai mahasiswa/I untuk menyumbang kepada rakyat Syria?
Hari ni masyarakat terutama mahasiswa/I nak bantu orang lain, nak menjalankan peranan mereka, cumanya mereka TIDAK TAHU apa yang perlu mereka lakukan.


Akhirnya?


Tinggal niat sahaja.



Shuk! Niat pun dapat pahala okay!


Erk.. okay fine. Macam tu setiap perkara hanya buat dengan niat sahajalah, tanpa teringin nak buat dengan amal?


Bukan aku kata takde program ilmiah lain selain program yang berunsurkan cinta ni, cuma aku nampak ia agak ketara.


Tapi shuk, kalau buat forum atau wacana yang ilmiah-ilmiah macam ni, berapa kerat je yang nak datang? Kalau program cinta-cinta tu, ada juga la nak datang.



Ha! Inilah masalah ummat islam khususnya orang melayu di Malaysia ni, tak berani hadapai risiko dan menongkah arus demi sebuah tajdid atau pembaharuan untuk menyelamatkan ummah. Masalah ini juga berlaku pada aku, tapi aku cuba untuk berubah.


Adakah nilai keberjayaan sesuatu program hanya di sandarkan atau indikasinya kepada jumlah penonton atau pengunjung yang hadir?


Kalau itu KPI (key performance indicator) yang di letakkan, lebih baik buat program hiburan seperti Jom Heboh, Mentor, Akademi Fantasia dan lain-lain yang buang masa, “buang” pahala, tetapi ramai penonton dan “ramai” dosa.


Ke guane?


Aku ambil contoh program yang menongkah arus tetapi dapat menarik perhatian, program di kolej aku (Kolej Ibu Zain) mengenai forum Wars of crime ketika minggu hak asasi manusia. Agak ramai yang hadir meskipun tidak lah sampai ratusan orang. Tetapi yang hadir itu antara orang-orang yang mahu mengetahui apa yang berlaku dan fenomena ummah hari ini.



 maaf kalau contoh ini seolah-olah macam bias kepada kolej aku, dan aku juga tidak bermaksud andai ada badan-badan lain di UKM yang buat program ilmiah, tetapi tak dapat sambutan. Hanya program forum di kolej aku ni je ada sambutan. Bohong besar la aku.


Ada juga forum atau wacana dari badan lain yang membincangkan isu semasa dan mendapat sambutan, antaranya Suara Kampus, program oleh Pusat Islam UKM, Program ummah talk, program Kolej-kolej kediaman, persatuan UKM dan banyak lagi. Contoh kalau suara kampus, sepanjang aku lihat penganjurannya sebanyak 5 kali, tiada isu cinta yang dibahaskan, ia lebih kepada isu semasa hari ini. 


Dan sambutannya?


Hebat dan osem!!















Jadi bagaimana nak buat?


Aku cakap banyak tak guna juga kalau aku tak bagi idea atau solusi pencetus kepada tajdid ini.


Apa yang aku boleh cadangkan adalah ;


1. Kepada pihak penganjur yang ingin menjalankan forum, wacana ilmu atau apa-apa pun yang melibatkan diskusi, rasanya terlebih dahulu kaji program-program yang telah berjalan di sekitar UKM sepanjang semester tersebut. Andai kata program yang berunsurkan cinta dah dijalankan sebanyak 5,6 kali, usahlah buat forum tentang cinta, buatlah forum tentang isu semasa yang ramai orang tak tahu terutama mahasiswa/I. Malulah sebagai mahasiswa/I, kita tak cakna atau tak tahu langsung tentang apa yang berlaku di Malaysia, apatah pula di luar negara terutama di negara-negara ummat islam.


Dengan erti lain, buat program kerana kajian, bukan tradisi yang berterusan.


2. Ini pendapat dari seorang sahabat, apa kata di jalankan sebuah konvensyen untuk membincangkan bagaimana penyelarasan program dapat di buat. Erk, idea ini mungkin nampak sangat besar dan agak sukar, tapi apa salahnya mencuba kan?


3. Tapi apa yang paling penting dalam penganjuran sesuatu program itu, niat yang ikhlas. Niat untuk buat sesuatu forum itu BUKANLAH kerana tradisi, tetapi KERANA cintakan ummah hari ini dan ingin selamatkan ummah daripada terus jauh dari Islam. Kalau pasang niat tu, insyaAllah, walaupun hanya aku seorang je yang hadir program korang, korang pasti akan rasa riang gembira kerana penat lelah korang yang telah berusaha dan hasilnya Allah lah yang tentukan. Lalu korang pun belanja aku makan kerana aku sudi datang program korang. Ha ha.


4. Ini cadangan kalau nak ramaikan peserta, cuba jemput penceramah-penceramah yang terkenal dan terkemuka di tanah air seperti Imam Muda, para Asatizah yang terkenal seperti Ustaz Hasrizal, Ustaz Zaharuddin dan lain-lain. ini mungkin boleh menjadi catalyst atau pemangkin untuk mencari crowd dan sebagai salah satu publisti.



Inilah antara pendapat aku  yang tak berapa pandai.



Anda tak suka, tak setuju lalu tak puas hati dengan pandangan aku?


Takpe, masing-masing ada pandangan tersendiri. Hatta dikalangan ulamak muktabar pun ada perbezaan pendapat, apatah pula dalam kalangan mahasiswa/I .



Lastly, biasanya pendapat seseorang itu akan di guna pakai ketika orang tu dah jadi mayat. Mungkin ada orang yang akan mengimplimentasikan idea aku ni selepas aku jadi mayat.


Mungkin…. (sambil usap janggut)