Don't judge a blog by its followers

Tuesday, 1 May 2012

Kenapa UKM penuh program cinta..?

(kali ini aku tulis entry dengan nada agak serius sebagai salah satu suara-suara comel menyatakan pendapat sebagai mahasiswa..)



Sejak menjejakkan kaki di bumi UKM pada awal bulan September 2010 sehinggalah hari ini (akhir april 2012), macam-macam ragam aku jumpa di UKM yang membuatkan semakin hari aku semakin faham dan mengenali apa itu,


“rambut sama hitam, kubur lain-lain” woha!


Cuma di sini aku sekadar ingin melontarkan idea sebagai seorang mahasiswa kepada semua bakal Jawatankuasa Siswa/I Kolej (JAKSA), bakal ahli Jawatankuasa Kelab, Jabatan, Fakulti dan Persatuan di UKM, hatta bakal ahli jawatankuasa PMUKM (tahun hadapan) dan lain-lain.


Pandangan ini mungkin nampak biasa atau remeh, tapi jika di kaji dari pelbagai sudut, ia mungkin memberikan beberapa impak positif dan negative.


Sepanjang aku di UKM, apa yang aku perasan dari sudut penganjuran program, tidak kisahlah dari mana-mana badan sekalipun, apabila ingin melaksanakan program yang berbentuk Forum, wacana atau yang berkaitan, KEBANYAKKAN (aku tidak kata semua) berunsurkan PERCINTAAN, PERNIKAHAN, PERKAHWINAN dan yang berkaitan.


Aku tidak bermaksud sama sekali ia salah dan tak bagus, amat silap sekali kalau orang yang berfikiran sebegitu selepas baca statement aku di atas ni.

 
Aku sangat menyokong program-program atau forum tersebut, MasyaAllahu tabarakallah. Bagus sangat, sebab ia boleh menjadi salah satu asbab kepada pencegahan maksiat seperti couple, berbonceng motorsikal antara berbeza jantina yang boleh berkahwin, pergaulan bebas dan lain-lain. Selain tu, ia juga boleh menjadi titik tolak kepada minatnya mahasiswa/I khususnya untuk cenderung kepada program ilmiah terutama program bersifat kerohanian atau program agama.
 

Tahniah!



Cumanya…



Ha, yang “cuma-cuma” ni orang tak berapa suka dengar. Ha ha, berapa ramai je yang suka mendengar kritikan, hatta aku sendiri sekalipun kadang-kala tak larat nak dengar kritikan.


Ok berbalik pada apa aku nak kata,


Cumanya, perlu dikurangkan forum, wacana, atau apa-apa yang bersifat demikian. Bukan apa, pada pendapat aku yang tak berapa pandai ni, dalam satu semester tu, tak perlulah sampai 7,8 kali forum yang berunsurkan percintaan ini. Cukuplah sekadar 3, 4 kali semester, itu dah memadai rasanya.



Selebihnya kita buat forum berunsur isu semasa seperti kekejaman di Syria, apa yang berlaku di Sudan, atau kalau nak lebih dekat, forum yang membincangkan apa yang berlaku di Malaysia seperti masalah sosial, isu Ajaran Syiah, Liberalisme, hatta kita boleh membincangkan tentang ekonomi Malaysia.
Atau dengan erti kata lain, buat program yang membincangkan masalah ummah hari ini dan peranan mahasiswa dalam berhadapan isu tersebut. biar mahasiswa/i ni berpandangan jauh sikit, dan buka minda. bukannya hanya tahu kuliah, kafe dan katil.


Sebagai contoh, isu di Syria.


Berapa ramai saja pelajar UKM yang tahu akan isu ini? Kalau ada yang tahu, berapa ramai yang tahu apa peranan mereka (termasuk aku) sebagai mahasiswa/I untuk menyumbang kepada rakyat Syria?
Hari ni masyarakat terutama mahasiswa/I nak bantu orang lain, nak menjalankan peranan mereka, cumanya mereka TIDAK TAHU apa yang perlu mereka lakukan.


Akhirnya?


Tinggal niat sahaja.



Shuk! Niat pun dapat pahala okay!


Erk.. okay fine. Macam tu setiap perkara hanya buat dengan niat sahajalah, tanpa teringin nak buat dengan amal?


Bukan aku kata takde program ilmiah lain selain program yang berunsurkan cinta ni, cuma aku nampak ia agak ketara.


Tapi shuk, kalau buat forum atau wacana yang ilmiah-ilmiah macam ni, berapa kerat je yang nak datang? Kalau program cinta-cinta tu, ada juga la nak datang.



Ha! Inilah masalah ummat islam khususnya orang melayu di Malaysia ni, tak berani hadapai risiko dan menongkah arus demi sebuah tajdid atau pembaharuan untuk menyelamatkan ummah. Masalah ini juga berlaku pada aku, tapi aku cuba untuk berubah.


Adakah nilai keberjayaan sesuatu program hanya di sandarkan atau indikasinya kepada jumlah penonton atau pengunjung yang hadir?


Kalau itu KPI (key performance indicator) yang di letakkan, lebih baik buat program hiburan seperti Jom Heboh, Mentor, Akademi Fantasia dan lain-lain yang buang masa, “buang” pahala, tetapi ramai penonton dan “ramai” dosa.


Ke guane?


Aku ambil contoh program yang menongkah arus tetapi dapat menarik perhatian, program di kolej aku (Kolej Ibu Zain) mengenai forum Wars of crime ketika minggu hak asasi manusia. Agak ramai yang hadir meskipun tidak lah sampai ratusan orang. Tetapi yang hadir itu antara orang-orang yang mahu mengetahui apa yang berlaku dan fenomena ummah hari ini.



 maaf kalau contoh ini seolah-olah macam bias kepada kolej aku, dan aku juga tidak bermaksud andai ada badan-badan lain di UKM yang buat program ilmiah, tetapi tak dapat sambutan. Hanya program forum di kolej aku ni je ada sambutan. Bohong besar la aku.


Ada juga forum atau wacana dari badan lain yang membincangkan isu semasa dan mendapat sambutan, antaranya Suara Kampus, program oleh Pusat Islam UKM, Program ummah talk, program Kolej-kolej kediaman, persatuan UKM dan banyak lagi. Contoh kalau suara kampus, sepanjang aku lihat penganjurannya sebanyak 5 kali, tiada isu cinta yang dibahaskan, ia lebih kepada isu semasa hari ini. 


Dan sambutannya?


Hebat dan osem!!















Jadi bagaimana nak buat?


Aku cakap banyak tak guna juga kalau aku tak bagi idea atau solusi pencetus kepada tajdid ini.


Apa yang aku boleh cadangkan adalah ;


1. Kepada pihak penganjur yang ingin menjalankan forum, wacana ilmu atau apa-apa pun yang melibatkan diskusi, rasanya terlebih dahulu kaji program-program yang telah berjalan di sekitar UKM sepanjang semester tersebut. Andai kata program yang berunsurkan cinta dah dijalankan sebanyak 5,6 kali, usahlah buat forum tentang cinta, buatlah forum tentang isu semasa yang ramai orang tak tahu terutama mahasiswa/I. Malulah sebagai mahasiswa/I, kita tak cakna atau tak tahu langsung tentang apa yang berlaku di Malaysia, apatah pula di luar negara terutama di negara-negara ummat islam.


Dengan erti lain, buat program kerana kajian, bukan tradisi yang berterusan.


2. Ini pendapat dari seorang sahabat, apa kata di jalankan sebuah konvensyen untuk membincangkan bagaimana penyelarasan program dapat di buat. Erk, idea ini mungkin nampak sangat besar dan agak sukar, tapi apa salahnya mencuba kan?


3. Tapi apa yang paling penting dalam penganjuran sesuatu program itu, niat yang ikhlas. Niat untuk buat sesuatu forum itu BUKANLAH kerana tradisi, tetapi KERANA cintakan ummah hari ini dan ingin selamatkan ummah daripada terus jauh dari Islam. Kalau pasang niat tu, insyaAllah, walaupun hanya aku seorang je yang hadir program korang, korang pasti akan rasa riang gembira kerana penat lelah korang yang telah berusaha dan hasilnya Allah lah yang tentukan. Lalu korang pun belanja aku makan kerana aku sudi datang program korang. Ha ha.


4. Ini cadangan kalau nak ramaikan peserta, cuba jemput penceramah-penceramah yang terkenal dan terkemuka di tanah air seperti Imam Muda, para Asatizah yang terkenal seperti Ustaz Hasrizal, Ustaz Zaharuddin dan lain-lain. ini mungkin boleh menjadi catalyst atau pemangkin untuk mencari crowd dan sebagai salah satu publisti.



Inilah antara pendapat aku  yang tak berapa pandai.



Anda tak suka, tak setuju lalu tak puas hati dengan pandangan aku?


Takpe, masing-masing ada pandangan tersendiri. Hatta dikalangan ulamak muktabar pun ada perbezaan pendapat, apatah pula dalam kalangan mahasiswa/I .



Lastly, biasanya pendapat seseorang itu akan di guna pakai ketika orang tu dah jadi mayat. Mungkin ada orang yang akan mengimplimentasikan idea aku ni selepas aku jadi mayat.


Mungkin…. (sambil usap janggut)
Comments
6 Comments

6 comments:

  1. tu lah perasan jugak terlalu bnyk forum yg berkaitan dgn cinta2 ni... mungkin dkt dgn remaja kot... dulu KKM buat forum berkitan palestin semua kata tak best... tak menarik... mcm mane???

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin. tidak dinafikan program-program sebegini dekat dengan jiwa remaja, terutama jiwa muda yang menggelegak ini. menyebabkan kita rasa nak kahwin cepat. haha

      mengenai kes itu , tak best dan tak menarik itu dari sudut yang mana? penyampaian? persembahan? atau aturcara program? atau guane? ia terlalu umum sebab masyarakat di UKM khususnya bukan beratus-ratus orang, tetapi beribu ribu. Jadi, jika satu program yang diilaksankan, pasti dan pasti akan ada yang kata ;

      "tak best"
      " tak menarik"

      dan bla3..

      sebab itu aku tekankan bahawa niat itu mesti ikhlas, jalankan program bukan kerana TRADISI, tapi kerana UMMAH INI. :)

      Delete
  2. saya pun setuju..jadi bosan nak g ceramah pun..patutnya tekankan pada yang fardu ain ke..yang lebih signifikan..betul ceramah yang cinta,nikah,kawen tu pun bermakna tapi gitu la macam sedara kata..pihak terlibat kena fikir2 semula tentang hal ni.sungguh bukan untuk saya yang final year skang ni untuk junior2 akan datang.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal, lepas ni tuan anonymous boleh sambung master di UKM dan buat program-program ilmiah macam ni. gerenti aku support! :) hehe

      Delete
  3. setuju...
    banyaknye la pasal cinte muda mudi,percintaan dlm islam..
    better buat program psl syria, pasal yg kat myanmar tu keh,,
    even my pren pon xtau ape y jadi kat syria n myanmar..

    ReplyDelete