Don't judge a blog by its followers

Friday, 29 June 2012

Nak jadi manusia akhir zaman atau ketinggalan zaman..?



Pernah dengar ayat-ayat kurang lebih macam ni?



“Ish..apa kau merepek pasal mati-mati ni. Rilek la,tak baik sebut pasal mati ni. Hidup ni panjang lagi la, enjoy dulu..”


Apa barang main bola pakai seluar panjang, budak kampung la kau..”


“Eh, sory la bro. aku bukan ustaz nak berdakwah bagai ni. Baik aku main PES lagi best..”


Alaa.. sekarang zaman moden la. Free hair la baru cantik dan stylish..”


“Apa ni pakai tudung labuh sangat ni, macam nak sapu lantai je.. uhuk3…”


“Kau ni macam ketinggalan zaman je, orang sekarang fesyen tudung style hana tajime, yuna dan bla3. Apa kelas pakai tudung labuh plain.. bajet ustazah je kau ni..”
“Weh, jom gossip-gossip nak? Dah lama tak bergossip ni..hihi”


“Ayat Quran ni kalau hias kat diding depan tu, cantik jugak kan abang..” 


“Eh, kita nak solat berjemaah ke atau sendirian berhad? Aku rasa kita solat sendirian berhad je la senang sikit..”


“Kau ni bajet Islamik la der.. kita ni budak sains, bukan budak agama..”



Dan bla3…


Kepada golongan-golongan di atas dan seangkatan dengannya, jika korang membaca nota aku ini, maka aku dengan rendah diri ingin menukilkan beberapa hadis agar korang bermuhasabah diri dan berfikir,


“Kemana arah tuju aku selepas masuk kubur nanti..”


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud ;

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaanya seperti telanjang.”


Hadis lain pula,


Rasulullah saw bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengemuruni kamu (umat Islam) bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”

Maka salah seorang sahabat bertanya, ‘Apakah dari kerana (bilangan) kami sedikit pada hari itu?’ Nabi saw menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak (ramai) sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu; dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘WAHAN’.”

Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah WAHAN itu hai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”

[Riwayat Abu Daud]


Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal ataupun haram.” 
(Riwayat Muslim)


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ;

“Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi ISLAM ini kecuali hanya NAMANYA, dan tidak tinggal daripada AL QURAN itu kecuali hanya TULISANNYA. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia KOSONG daripada HIDAYAH. Ulama mereka adalah SEJAHAT-JAHAT makhluk yang ada di bawah kolong(naungan) langit. Daripada mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali.”

(HR al Baihaqi)



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ;

“Tahukah kamu apa ghibah itu? Jawab para sahabat: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Kemudian Nabi SAW bersabda: Menceritakan hal saudaramu yang ia tidak suka diceritakan pada orang lain. Lalu Sahabat bertanya: Bagaimana jika memang benar sedemikian keadaan saudaraku itu? Jawab Rasulullah SAW: Jika benar yang kau ceritakan itu, maka itulah ghibah, tetapi jika tidak benar ceritamu itu, maka itu disebut buhtan(tuduhan palsu, fitnah) dan itu lebih besar dosanya.”
[H.R Muslim dan Abu Dawud]




Muhasabah diri..



Di tangan korang ada pilihan, sama ada nak jadi manusia akhir zaman, atau manusia so called ketinggalan zaman.


Manusia yang so called ketinggalan zaman yang aku maksudkan ini adalah orang-orang yang menjadikan al Quran sebagai kamus dewan besar dalam hidup mereka, menjadikan sunnah Rasulullah sebagai role model dan ikon terhangat masa dulu, kini dan selamanya, dan yang menjadikan kata-kata ulama sebagai tazkirah pagi petang siang malam.


Mari, aku ada beberapa petikan hadis untuk para penyumbang kepada Islam agar hati-hati korang menjadi tenang dengan nasihat, pesanan dan janji Rasulullah,


Daripada Anas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ;


“Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegangn kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
(H.R Tirmizi)


Daripada Abu Hurairah ra. berkata ; Bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ;

“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.”
(H.R Muslim)


Jangan risau, dakwah ini sentiasa akan di tentang. Tetapi jika istiqomah, semoga orang yang menentang itu akan menjadi sahabat yang setia lagi teman yang sejati, lalu ketika itu, korang akan rasa berkobar-kobar, senyum dengan riangnya, dan gembira dengan penuh sukanya.


Dan korang pun akan tersenyum lebar sehingga ke pipi! :D


Semoga aku tergolong dalam golongan "ghuraba' (orang asing)".. Amin..



Comments
2 Comments

2 comments: