Don't judge a blog by its followers

Wednesday, 11 July 2012

Persiapan Ramadhan VS Syawal..?

kredit to : Raudhah Ramadhan



Sejak aku dari kecil, aku selalu dengar tentang persiapan hari raya aidilfitri atau bulan Syawal. Bermula dari keluarga sendiri, sampai ke radio dan televisyen malah jiran-jiran rumah pun berbual tentang perkara ni. Manakala dari kawan-kawan aku pula, soalan yang paling famous sekali,


“Baju raya tahun ni colour apa? Berapa pasang?”

“Kau balik kampung tak tahun ni?”

“Tahun ni kita nak pergi beraya kat mana?”


Dan macam-macam la. Orang ramai sangat concern tentang persiapan hari raya ni, terutama beberapa hari lagi sebelum hari raya.


Manakala bila aku dah sambung belajar pula, antara perkara yang biasa dengar ;


“Kau dah beli tiket balik raya?”

“Raya nanti kau datang beraya rumah aku tau”

“Nanti balik jangan lupa bawak makanan”

“Nanti aku nak duit raya. Woha!”

Kredit to : Raudhah Ramadhan lagi

Aku tak kata tak bagus, bagus la buat persiapan awal. Dalam apa jua perkara, kena ada persiapan. Hatta nak makan pun kena buat persiapan jugak.


Cumanya, ada satu lagi persiapan yang segelintir besar masyarakat muslim di Malaysia tak terfikir untuk buat persiapan, malah lagi teruk tak ambil tahu pun nak buat persiapan, iaitu persiapan untuk bulan RAMADHAN.


Jarang sekali aku dengar orang tanya aku ;


“10 Ramadhan terakhir tahun ni nak iktikaf kat masjid mana?”

“Puasa kali ni nak khatam Quran berapa kali?”

“Ramadhan ni aku nak jaga solat tahajud penuh la”


Atau lain-lain. Jadi persoalan untuk di jawab sendiri, di mana persiapan kita untuk bulan Ramadhan yang penuh barakah ni? Ini juga persoalan yang di lontarkan dari naqib aku semasa usrah sebelum ini. Aku hanya terdiam dan tertunduk (tersipu-sipu malu aku di “pancung” naqib aku. Uhuk!)


Sedangkan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud ;

“Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, Syaitan- Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”
( HR. Ahmad )


Kredit to : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir

Maka, aku ada beberapa pesanan untuk diri aku terutamanya dalam persiapan Ramadhan kali ini.


Persediaan
Cara







Iman
1. Bertaubat dengan sebenar taubat (taubat nasuha).

2. Banyakkan bangun malam bukan untuk berfacebook atau sekutunya, tetapi untuk solat malam.

3. Banyakkan baca al Quran (sebaiknya satu juzuk sehari)

4. Perbanyakkan zikir terutama zikir Mathurat (pagi dan petang)

5. Perbanyakkan puasa sunat di bulan Syaaban.

6. Rajinkan solat berjemaah di surau atau masjid.




Ilmu
1.   Rajinkan diri pergi dengar kuliah atau ceramah agama (tak kisah di masjid atau dengar di tv)

2.   Banyakkan baca buku Feqah puasa,  buku agama atau yang berkaitan dengan ramadhan.

3.   Rajinkan buat ulangkaji surah-surah yang dah dihafal.

4.   Kalau dah berkeluarga, didik anak-anak untuk berpuasa penuh dan ajar tentang kewajipan puasa dan kelebihan yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya. Jangan terlalu mendidik dengan wang ringgit atau material.
Keazaman
1.   Berusaha untuk berubah menjadi lebih baik.

2.   Bersungguh-sungguh untuk melawan nafsu.

3.   Sentiasa berlapang dada.

4.   Memastikan untuk meningkatkan amalan di bulan Ramadhan dan berazam untuk mengekalkan momentum selepas habis Ramadhan.

5.   Rajin buat semakan semula amalan sebagai muhasabah diri.



Harap agar Ramadhan kali ni dapat kita buat lagi terbaik berbanding sebelum ni. Sebab kita belum pasti lagi akan bertemu dengan Ramadhan akan datang. Isk isk isk..


p/s : 
1.10 days to go! (Erk, valid untuk hari ini. setelah hari esok, maka tinggal 9 hari lagi)
2. Jom buat checklist!


No comments:

Post a Comment