Don't judge a blog by its followers

Monday, 6 August 2012

Janji ditepati..??




"Shuk, kau tahu apa tema merdeka tahun ini?"

"Errr... aku tak check lagi, apa dia?"

"Janji di tepati.."

"Er?? ........"



Lebih kurang begini dialog antara aku dan sahabat aku sebelum ini, mengenai tema kemerdekaan tahun ni. Agak terkejut aku mendengar. Kemudian aku berfikir, adakah transformasi yang ingin di bawa kerajaan sudah tamat? Sebab jika di lihat tema kemerdekaan pada tahun-tahun lepas, iaitu bermula pada tahun 1970, tema yang di sampaikan menampakkan apa yang ingin di gerakkan atau di jalankan oleh kerajaan.


Err, mungkin yang ada penuh sentimen akan membidas aku dengan dasyatnya setelah aku melontarkan persoalan macam tu.  Tak kisahlah, sebab aku hanya yakin janji yang di tepati sepenuhnya hanyalah janji-janji Allah dan Rasul-Nya. Maka semperna hari Nuzul Quran ni, ada beberapa janji-janji Allah di dalam al Quran yang kita perlu ambil cetusan, iktibar dan cuba kita capai dan garap supaya meningkatkan lagi prestasi untuk kita beramal kita sebagai bekalan akhirat.



Janji-janji Allah untuk :



1. Untuk orang yang beriman


Terjemahan :

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai ; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”, dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”

[Surah al Baqarah ayat 25]

                                 
2. Pahala orang yang beriman



Terjemahannya :

“Sesungguhnya  orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasnya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”

[surah al Baqarah ayat 62]


3. Ingatan Allah kepada hamba-Nya


Terjemahannya :

“Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan ; dan bersyukurlah kamu kepada Ku dan jangalah kamu kufur (akan nikmat-Ku)”

[Surah al Baqarah ayat 152]


4. Allah berserta orang yang sabar



Terjemahannya :

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan ) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang, kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

[Surah al baqarah ayat 153]


5. Melaknat dan menerima taubat.


Terjemahannya :
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk”

[Surah al Baqarah ayat 159]



Terjemahannya :

“Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan) ; maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”

[Surah al Baqarah ayat 160]


6.  Menolong hamba-Nya


Terjemahannya :

“Wahai orang-orang yang beriman!  Kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

[Surah Muhammad ayat 7]


7. Rezeki yang Allah berikan



Terjemahannya :

“Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik ; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskkan) ; dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut di beri peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat ; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). [2]

“Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk mengolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” [3]

[Surah At Talaaq ayat 2-3]


8. Jodoh yang Allah tetapkan.


Terjemahannya :

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat) ; mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”

[Surah an Nur ayat 26]


9. Allah akan mengabulkan doa dan ancaman Allah.


Terjemahannya :

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

[Surah Ghafir (al mu’min) ayat 60]



10. Tentang kematian.


Terjemahannya :
“ Tiap-tiap yang bernyawa akan merasi mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan di sempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

[Surah ali Imran ayat 185]





Banyak lagi janji-janji Allah mengenai nikmat dan azab yang Allah sediakan bagi orang yang beriman dan sebaliknya. Boleh rujuk Quran sendiri, sambil-sambil bertadarus atau membaca al Quran seorang diri untuk menghabiskan 30 juzuk tu, sambil-sambil baca terjemahan sekai. Kemudian, muhasabah diri kita hari ini, semperna hari Nuzul al Quran ini, berapa banyak hidup kita di habiskan untuk “mengejar” janji-janji Allah? Dan adakah kita “mengejar” nikmat atau azab?


Bak kata Hamka Kereta Mayat, semua orang akan jadi mayat. Jika anda kaya, anda akan jadi mayat orang kaya.  Jika anda orang miskin, anda akan menjadi mayat orang miskin. Anda tidak mampu mengubahnya! Bila mati masuk dalam tanah dan kubur akan hisap darah korang! Woha!



Inilah salah satu Janji ditepati oleh Allah. 

Moga Allah Redha..^_^


p/s: 

Berkata Syaikh Ibnu ‘Athaillah:


“Janganlah sekali-kali kamu berasa ragu atas janji Allah yang telah dijanjikan-Nya, sedangkan waktunya sudah pasti (akan datang), tetapi ia belum datang, agar keraguan kamu itu tidak akan mengotori basirah (pandangan batin) dan tidak memadamkan cahaya  nuranimu.”

Betul ke sekarang zaman jahiliyyah..? [Part 2]

(sambungan daripada part I (kena baca. Woha)]



Golongan berkerjaya dan berkeluarga.


1.   Melebihkan anak bini daripada agama. Termasuk tinggal solat, tak mengajar agama kepada anak dan isteri, dll. Disebabkan aku belum berkahwin, aku “hadiahkan” golongan ini dengan sepotong ayat al-Quran ;


 قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

terjemahannya ;

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

(Surah At-Taubah 9:24)


2.   Budaya “mensyirikkan” Allah. Yang ni sama seperti golongan remaja tadi, kurang lebih je dua-dua jenis makhluk ni. Tak kisah sama ada dah berkeluarga sendiri atau belum. Melebihkan kerja sehingga tertinggal solat, puasa, zakat, dll. Tertinggal bayar zakat? Kerja untuk apa ni?


3.   Meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru di sekolah. Ha, yang ni lagi satu masalah! Bila cikgu tak berjaya mendidik anak mereka, di salahkan cikgu di sekolah. Anak buat hal di sekolah, cikgu pula kena saman. Apa kes? (uhuk, ter’emo’ pula).


4.   Berkerja sampai melupakan keluarga. Inilah antara punca utama buang ibu dan ayah ke rumah orang tua. Lagi hampeh, buang mereka di tepi jalan.



5.   Suami dayus, isteri nusyuz, anak derhaka (2D 1N). Ini 3 serangkai yang banyak berlaku di Malaysia.


6.   Hilang hormat dan maruah. Apabila suami melebihkan isteri daripada ibu sendiri, isteri melebihkan rakan sekerja (terutama lelaki) berbanding suami sendiri, anak-anak melebihkan kawan-kawan daripada keluarga sendiri, maka lahirkan golongan 2D 1N!



7.   Haruan makan anak. Ni pepatah, jangan jadi slow. Ini kes ayah rogol anak sendiri, cucu rogol nenek sendiri, abang rogol ibu sendiri, datuk rogol menantu sendiri, adik rogol kakak sendiri dll. Maka jadilah keluarga rogol merogol. (erk?) p/s : Ikan haruan pernah makan anak dia ke? Aku tak pernah nampak la pula.



dan ada lagi banyak yang aku nak luahkan namun tak sanggup untuk tak terlarat untuk aku luah kepada korang. Korang boleh lihat sendiri dengan biji mata pupil kornea korang.


*uhuk*uhuk*


Apa yang kita kena buat??



Dah puas “berjalan-jalan” dalam dunia realiti yang aku gambarkan tanpa menggunakan print screen cinema kepada korang? ok, buka mata sekarang. Itu adalah sebahagian KECIL daripada apa yang aku beritahu. Aku beritahu berdasarkan pengalaman dan juga pengamatan aku kepada diri dan keluarga aku, juga kepada masyarakat sekeliling aku. Banyak lagi aku nak tulis, tetapi cukuplah dengan apa yang aku tulis ini. Tak tertanggung air mata aku melihat kerosakan ummat hari ini (termasuk diri aku yang ada rosak sikit ni).


Maka, apa yang perlu kita buat??


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, sebagai seorang anak, seorang abang, seorang akak, seorang adik, seorang bapa, seorang ibu, seorang suami, seorang isteri, seorang datuk, seorang nenek, seorang jiran tetangga, seorang ahli masyarakat dan seorang KHALIFAH,


1.   
Kembali kepada cara hidup Islam iaitu kepada Al Quran dan As Sunnah. Inilah satu-satunya cara yang paling berkesan lagi mujarab kepada penyakit yang menimpa hari ini. Bagaimana? Carilah ustaz-ustaz berdekatan anda, mintalah nasihat, apa yang perlu anda buat sebagai seorang anak, atau bapa, atau ibu, atau ahli masyarakat.


2.   Muhasabah diri. Renungkan hari-hari yang berlalu, apa tujuan kita hidup? Adakah untuk berhibur? Untuk berpolitik sahaja? Untuk berniaga sahaja? Untuk bersosial sahaja? Atau untuk apa?


3.   Jadi ahli masyarakat yang peka dan cakna (alert). Alert dengan isu semasa, tak kisah mengenai politik, ekonomi mahupun sosial. Jangan tak ambil tahu. Kita bukan hidup seorang diri dalam dunia ni. Salah satu penyakit masyarakat ialah penyakit tak ambil tahu. Cubalah hidup untuk memberi, moga  Allah redha.



4.   Baca, fahami dan hayati sirah baginda Rasulullah s.a.w. Dengan sirah atau sejarah, kita dapat belajar untuk mencipta masa depan gemilang. Jika kita tak belajar dari sejarah, bermakna kita akan ulang semula sejarah itu. Sebab pada diri baginda Rasulullah s.a.w. itu, di situlah cara hidup kita. Bukan Barat, bukan artis, bukan model , bukan aku (*uhuk*uhuk*), atau sesiapa juga.


5.   Jadilah pelajar dan anak yang cemerlang akhlaknya. Apalah ertinya cemerlang akademik, tetapi akhlak macam syaitan?


6.   Jadilah ibu bapa yang prihatin. Anak-anak yang di anugerahkan Allah bukanlah untuk di siakan, tetapi untuk dijaga, dibesarkan, dan dididik. Pendidikan terbaik bermula dari rumah. Jangan serahkan segalanya kepada guru, kelak anda juga menyesal.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

terjemahannya ;

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

(Surah AT Tahriim 66:6)


7.   Elakkan penceraian, cari jalan penyelesaian. Terutama kepada suami isteri yang nak bercerai, eloklah baca luahan rasa hati aku ini. Aku antara anak yang mengalami pengalaman ibu bapa bercerai (bukan niat buka aib, tetapi untuk anda semua ambil iktibar, tolong fikir anak-anak anda!). Di takdirkan aku mengalaminya ketika kecil, dan aku mengetahuinya ketika dah besar. Sangat perit nak terima hakikat, terutama bila pergi kedai makan. Bila aku tengok ada keluarga makan bersama-sama dengan anak-anak di kedai makan, aku menangis sendirian. Aku nak juga ada ibu dan ayah yang duduk bersama. Sungguh, aku kurang kasih sayang seorang ayah. Tetapi dengan izin Allah, Allah jaga aku. Aku antara yang “terselamat” dari terus hanyut menyalahkan keadaan dan situasi. Aku terima takdir Allah ini dan cuba untuk menguruskannya. Bayangkan kalau anak-anak yang tak boleh terima penceraian ibu bapa, rasanya apa mereka buat?



8.   Menjadi guru yang mengajar dan mendidik. Mengajar dan mendidik dua perkara yang sangat berbeza. Semua orang boleh mengajar, tapi tak semua orang boleh mendidik. Mengajar melahirkan anak murid yang cemerlang akademik, tetapi belum tentu cemerlang akhlaknya. Tetapi mendidik melahirkan anak murid yang cemerlang kedua-duanya.


9.   Cinta untuk di uruskan, buka di “boroskan”. Cinta itu fitrah, tetapi perlu di uruskan fitrah itu. Bagaimana nak uruskan, pernikahan jalan pengurusan terbaik. Kalau korang seorang pelajar, maka kawal nafsu tu. Kalau mampu dan di izinkan, bernikahlah. Kalau korang dah berkerja, nikah cepat-cepat. Duit banyak-banyak nak buat apa?



10.    Fahami tanggungjawab dakwah dan tarbiah. Fahamilah, dakwah dan tarbiah bukan kerja untuk ustaz-ustaz SAHAJA. Tetapi untuk semua orang Islam. Semua anggota masyarakat Islam. Sampaikanlah apa yang kita ada (dakwah), jangan sampaikan apa yang kita tidak ada (dakyah).



Hidup kita akhir zaman ini, cuma ada 5 golongan sahaja yang ada untuk kita “tinggal bersama”,

1.   Golongan beriman

2.   Golongan Fasik (derhaka)

3.   Golongan Munafik (pura-pura)

4.   Golongan Musyrik (menyekutu)

5.   Golongan Kafir (fikir sendiri la. Woha)


Mana pilihan korang? Erk, pilihan aku juga. Aku bukanlah di kalangan yang terbaik, tetapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik.

Selamat berpuasa bagi yang berpuasa.

Moga Allah Redha.



p/s:
1.   Rasanya macam dah lama tak menulis dalam nota aku ni. *uhuk*uhuk*.
2.   Puasa itu perintah, tutup aurat itu pun perintah okay! Yang tak tutup aurat tetapi berpuasa, jangan kutuk dia pula, tetapi beritahu dan didik dia supaya menutup aurat. Yang tak berpuasa (dengan sengaja) tetapi menutup aurat pula, bantai je. Woha!

rujukan : Raheq al Makthum (Sirah Nabawiyyah) karangan Syeikh Al Rahman Al Mubarakfuri

Sunday, 5 August 2012

Betul ke sekarang zaman jahiliyyah..? [Part 1]





Teringat aku sebelum ini ada seseorang pernah bercerita dengan aku bahawa zaman sekarang ni zaman jahiliyah, iaitu kembali kepada “fasa makkah” ketika dakwah Rasulullah s.a.w. dahulu. Betul ke zaman sekarang ini sudah kembali seperti zaman sebelum dan permulaan dakwah baginda Rasulullah s.a.w. atau lebih di kenali dengan zaman jahiliyyah?


Ok, korang pejam mata semua (err, macam mana nak baca?), dan cuba bayangkan apa yang aku nak sampaikan. Mari aku bawa korang semua kembali kepada zaman lalu iaitu zaman sebelum dan permulaan dakwah baginda Rasulullah s.a.w. (sambil buka laci doremon untuk pergi masa silam. Woha!)



Jeng jeng jeng.......



Masyarakat Arab Jahiliyyah.


Secara ringkasnya, ketika zaman jahiliyyah dahulu (ketika sebelum dan permulaan dakwah baginda Rasulullah s.a.w. iaitu fasa makkah) ,



1.   Amalan zina berleluasa, sangat berleluasa. Hampir keseluruhan masyarakat ketika itu tak merasa aib untuk berzina. Berzina ketika tu ibarat makan coki-coki, harga murah, rasanya pun sedap, tapi tak elok untuk kesihatan. Woha.


2.   Pelacuran berleluasan. Kalau dah berzina berleluasa, rumah pelacuran apatah lagi, ibarat kulat/fungi (sebut : fangai) tumbuh selepas roti tamat tempoh. Erk?


3.   Membunuh anak lelaki dan perempuan. Mereka bunuh anak perempuan sebab takut malu dan berat perbelanjaan, manakala bunuh anak lelaki sebab takut papa dan kemiskinan. Tetapi kebanyakkannya bunuh anak perempuan, sebab kalau lelaki takde, siapa nak pergi berperang?


4.   Mengamalkan konsep assabiah perkauman melampau. Sampaikan mereka berpegang teguh kepada pepatah “Bantulah saudaramu  yang di zalimi atau menzalimi orang lain.”


5.   Budaya mensyirikkan Allah. Mereka yakin wujudnya Allah, tetapi mereka berpendapat yang Allah ada anak, ada sekutu-kutu dll. Sebab tu di sekeliling Kaabah ketika tu, di khabarkan ada lebih kurang 360 berhala di sekeliling Kaabah. Antara berhala yang mendapat “Anugerah Berhala Paling Popular” adalah Latta dan Uzza.


6.   Sanggup berperang walaupun dengan saudara sedarah sendiri demi pangkat, kemuliaan dan penguasaan. Jangan kata sepupu, adik sendiri pun sanggup di bunuh demi nak naik pangkat “CEO”. Erk, ada CEO ke masa tu?


7.   Hikayat dongeng dan khurafat berlegar-legar. Untuk pengetahuan yang tak berapa banyak pengetahuan, majoriti masyarakat jahiliyyah yakin kewujudan Allah, tetapi mereka mensyirikkan Allah dengan mengatakan Allah ada anak, ada sekutu-kutu dan lain-lain.


8.   Wanita di perdagangkan, ikatan umat terlalu lemah, dan kerajaan juga pemerintah hanya fikir perut sendiri, macam mana nak banyakkan harta. Ni jelas lagi bersuluh, bak kata orang putih, “crystal clear”. Oh!


9.   Merompak, menyamun dan mencuri. Ha, lengkap lagi berpakej. Semuanya ada. *uhuk*uhuk*


dan ada lagi banyak gambaran yang aku tak sanggup untuk mengambarkan walaupun kepada korang. Itu belum aku masuk bab ekonomi, perkahwinan dan macam-macam lagi.



Masyarakat Melayu Jahiliyyah (di Malaysia SAHAJA).



Okay, sekarang kita pergi ke masa depan iaitu zaman sekarang ni, dan kita lihat masyarakat di sekeliling kita.



Jeng jeng jeng.....



Kalau kita baca di dada-dada akhbar (tak kisah mana-mana surat khabar pun), majalah (termasuk mastika, mangga, mempelam, etc), facebook, twitter, berita dan mana-mana pun sumber media, 1002 kisah kerosakan akhlak, moral, etika, peribadi masyarakat Islam khususnya Melayu di Malaysia.



Golongan remaja (termasuk belum belajar dan sedang belajar)



1.   Budaya “couple” berleluasa. Hari tu, ada kawan aku bagitau, adiknya yang masih tadika dah ada pakwe/boyfriend/balak/buaya. MASIH TADIKA dalam lingkungan umur 6 tahun. Itu baru tadika, macam mana pula sekolah rendah, menengah, apatah pula pengajian tinggi? *uhuk*uhuk*


2.   Berzina berleluasa, sangat berleluasa!! Nak menafikan apa aku cakap? Mungkin ada yang cakap “alah, ye ye je kau shuk, kau baca paper pun pasal politik je. Mana kau tahu.”. Huh?! Aku pun baca mastika juga la! *uhuk*uhuk*.




3.   Buang atau bunuh anak luar nikah. Kalau dah bercouple, kebanyakkannya akan terlanjur, bila dah terlanjur lalu tersungkur rebah, kebanyakkannya akan buang isi dalam perut tu (bukan tahi!). Kalau jenis homosapien yang takde hati perut usus limpa paru-paru jantung, dia akan bunuh je anak tu. Kalau ada pun, gugurkan anak dalam kandungan. Dalam case ni, tiada pilih jantina, tak kisah anak tu lelaki ke, perempuan ke, khunsa ke, semua dia kasi bunuh. Nak menafikan juga apa aku cakap????



4.   Hilang hormat dan maruah. Kalau ketika zaman 70-an atau 80-an, masalah anak derhaka atau anak murid kurang ajar kepada guru sangat kurang (berdasarkan orang tua-tua cerita kat aku), yang banyaknya orang dedah aurat, pergi kelab malam dll (baca : dan lain-lain). Kalau sekarang pula, dah “upgrade”, anak buang ibu atau ayah ke rumah orang-orang tua benda biasa, derhaka apatah pula. Itu yang hantar rumah orang tua, kalau di campak tepi jalan? Ingat kucing ke? Kucing pun aku tak sampai hati nak letak tepi jalan. Dan dengan guru atau pensyarah pula, setakat pukul cikgu dah mula jadi trend. Apatah pula tengking, memaki hamun, bocorkan tayar, khianat, dll. Mana aku tahu? I know la!



5.   Budaya “mensyirikkan” Allah berleluasa. Terkejut? Tapi inilah yang selalu berlaku!


1)   Sanggup melebihkan pakwe/makwe daripada Allah (sanggup tinggal solat semasa dating, dedah aurat untuk tontonan umum mahupun tertentu, sanggup bagi “body” kepada pakwe, dll).

2)   Sanggup bertungkus lumus buat assignment, homework, thesis, dll sampai tinggal solat (terutama solat subuh sebab buat last minute di waktu malam. Oh!),.

3)   Sanggup melewatkan solat demi meraih kemenangan dalam  PES 2012!! Bukan PES 2012 je, game-game lain pun sama juga. Malah ada juga yang melewatkan solat demi facebook, twitter,  dll. Itu belum aku sentuh bab solat berjemaah. *uhuk*uhuk* (tersedak-sedak aku.)

4) Sanggup membuat latihan (sukan, tarian, gelekkan dll) sehingga tinggalkan solat berjemaah walaupun surah di SEBELAH je!

5)   Menonton televisyen (cerita kartun, drama, sinetron, dll) sehingga buat tak dengar je azan berkumandang. Lagi hampeh, sanggup tinggal solat demi tak sanggup tertinggal episod sinetron atau drama tu!


Dan lain-lain. Aku rasa korang sendiri faham apa yang aku maksudkan budaya “mensyirikkan” Allah ni, iaitu melebihkan makhluk daripada Allah. Sama je la macam zaman arab jahiliyyah tu, melebihkan patung-patung tu daripada Allah.



6.   Hedonisme (hiburan melampau) yang berleluasa. Hari ini artis, model, pelakon, atau seangkatan dan sekutu-kutunya menjadi “role model” kepada kebanyakkan pemuda-pemudi hari ni. Tak kiralah tinggal di ceruk mana sekalipun. Sampaikan program-program di kampus pun kalau boleh semua nak ada menyanyi dan konsert (yang melampau).



Cuba bandingkan antara program ceramah, masjid/surau, tazkirah, kuliah agama dll, dengan konsert jom heboh, ABPPBH (cari sendiri), Juara Lagu, Muzik-Muzik, Akademik berfantasi (erk?), Mentol (erk?), Maharaja Lawak dll, mana lagi ramai jumlah yang hadir? Itu belum campur jumlah penontot di luar dari tempat tu. Orang lagi kenal artis daripada para Sahabat r.anhum, Pejuang-pejuang Islam terdahulu seperti Salahuddin al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, ulama’ terdahulu dan kontemporari (terkini), dll. Sebut je nama Siti Nurhaliza, siapa tak kenal? (sikit je la tak kenal), cuba sebut nama Dr Zahazan atau Dr Zaharudin, berapa kerat je yang kenal? Yang pelajar so called islamic mestilah kenal (aku sangka baik), yang tak so called islamik ni? Manakala Siti Nurhaliza, so called islamik ke, tak ke, semua kenal.


7.   “Walaupun I free hair or pakai seksi, tapi I solat dan puasa key!” Huh! Aku nak marah, kesian. Aku nak kesian, geram.  Ke guane?



dan ada lagi banyak yang aku nak ungkapkan namun tak sanggup untuk tak terlarat untuk aku ungkap kepada korang. Korang boleh lihat sendiri dengan biji mata kornea pupil korang.




*Bersambung