Don't judge a blog by its followers

Saturday, 27 October 2012

Di mana “Ismail” kita?





Kelmarin, ketika dalam usrah, naqib saya ada menyampaikan tazkirah berkaitan dengan haji memandangkan kita akan menyambut hari raya aidiladha. Apa point utama yang saya rasakan sangat penting untuk saya khususnya, iaitu ;

“Di mana “Ismail” kita?”

Ya, di mana “Ismail” kita? Mungkin ada yang tertanya, apa itu “Ismail” kita?


Roh pengorbanan yang hilang


Rata-rata masyarakat umumnya sudah mengetahui kisah agung pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya yang tercinta, Nabi Ismail a.s. Sekali imbas apabila kita membuka lembaran sejarah baginda, kita dapat lihat bagaimana kesungguhan dan pengorbanan baginda demi mendapat keredhaan Allah.

Di mana pada awalnya baginda di arahkan oleh Allah agar meninggalkan isteri dan satu-satunya anak yang di sayanginya, iaitu Ismail a.s. di tengah padang pasir yang tandus dan kontang. Jika kita seorang ayah, sudah pasti kita dapat merasakan betapa peritnya meninggalkan isteri dan anak yang kita sayang di kawasan yang asing, bahkan tiada tanda-tanda kehidupan atau kampung wujud di sekitar kawasan tersebut. Seolah-olah jika kita tinggalkan anak dan isteri kita di situ, peluang untuk mereka hidup amat-amatlah rendah. Namun atas perintah Allah yang Maha Mengetahui, baginda akur dan melaksanakan dengan tunduk dan patuh.

Selepas beberapa tahun, baginda di benarkan untuk kembali ke pangkuan anak dan isterinya. Bayangkan betapa gembiranya seorang ayah yang sudah lama tidak berjumpa kini dapat berjumpa semula anak dan isterinya. Namun apabila sampai di sana, tanpa sempat baginda untuk bergembira bersama anak dan isteri yang ditinggalkan, Allah memerintahkan lagi agar di tinggalkan lagi isteri dan anaknya. Namun kerana kasih dan cintanya kepada Allah melebihi segala-galanya, baginda pergi meninggalkan sekali lagi keluarga yang tercinta bagi memenuhi perintah Allah yang Maha Mengetahui.

Beberapa tahun kemudian, baginda pulang sekali lagi ke pangkuan anak dan isterinya. Namun kali ini ujian yang Allah berikan kepada mereka sekeluarga lebih dasyat lagi, iaitu baginda di perintahkan oleh Allah agar menyembeli anaknya Nabi Ismail a.s. menerusi wahyu yang di peroleh dalam mimpinya.

Ya, Nabi Ibrahim a.s. di arahkan agar menyembelih anak kesayangannya sendiri yang telah lama tidak dapat berjumpa. Allahu Rabbi. Namun, sekali lagi kerana kasih dan cintanya kepada Allah, baginda sanggup untuk menyembelih anaknya, dan anaknya, Nabi Ismail a.s. kerana kecintaan baginda juga kepada Allah, rela untuk di sembelih. Ya, itulah Ismail baginda, lambang sebuah pengorbanan agung dalam sejarah ketamadunan manusia. Namun kuasa dan perancangan Allah melebihi segala-galanya, Allah menukarkan anak baginda kepada kibas.


Ya, kisah pengorbanan agung ini sering kali di “ulang tayang” dalam ceramah-ceramah oleh para asatizah agar ibrah atau pengajarannya dapat di teladani masyarakat Islam terutama sekali ketika hampir menjelang Aidil Adha.

Namun begitu, berapa ramai sahaja yang mengambil ibrah dari kisah ini? Roh pengorbanan agung ini jarang sekali di resapi dalam jiwa masyarakat. Akhirnya, sirah agung ini hanyalah tinggal sebagai kata-kata tanpa kefahaman dan penghayatan. Banyak masyarakat yang melakukan ibadah korban, namun tidak dapat menghayati pengajaran di sebalik pengorbanan yang dilakukan. Apa yang dapat hanyalah sedikit daging korban untuk santapan. Roh pengorbanan ini hilang dari jiwa-jiwa umat Islam.


Ayuh buktikan “Ismail” kita kepada Allah!


Tidak keterlaluan jika saya menyatakan pengorbanan itu suatu kewajipan untuk setiap ummat Islam. Pengorbanan dari segi bagaimana? Sudah pasti pengorbanan untuk Islam!

Korbankan sebahagian masa kita untuk amal Islam.
Korbankan sebahagian harta kita untuk kepentingan ummat Islam.
Korbankan sebahagian perasaan kita untuk kebangkitan Islam.
Korbankan sebahagian hati dan jiwa kita untuk mengembalikan maruah Islam.
Korbankan sebahagian hidup kita untuk Islam.


Ya, untuk Islam, semata-mata kerana agama Allah yang suci ini!!

 
Ayuh, mari kita cuba untuk faham, menghayati, mengambil ibrah dan melaksanakan dengan amal melalui pengorbanan yang telah di lakukan bukan hanya Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. sahaja, tetapi seluruh manusia yang telah membuktikan pengorbanan masa, air mata, harta dan darah mereka untuk Islam!!



Moga Allah Redha.

Wednesday, 24 October 2012

Dan inilah kami, PEMBINA!





Alhamdulillah, akhirnya tamat juga Pesta Konvokesyen (Pesta Konvo) kali ke 40 untuk tahun ini. Pesta Konvo kali ini saya berpeluang untuk merasai pengalaman sebagai “penggerai” dimana kami di benarkan untuk membuka booth PEMBINA.  Sepanjang booth PEMBINA di buka pada hari khamis minggu lepas sehingga hari ini, berbagai pengalaman dan pengetahuan saya dapat. Pengalaman membuka gerai sendiri, berbual dengan penggerai lain sambil mengetahui luahan hati mereka, menimba pengetahuan mengenai emas dan perak (di takdirkan booth kami bersebelahan dengan booth penjual emas), berhadapan karenah pelanggan dan lain-lain.


Namun sepanjang kami buka booth PEMBINA, pelbagai soalan yang ditanya oleh pengunjung kepada kami mengenai apa itu PEMBINA, tujuannya dan sebagainya. Alhamdulillah, kami diberikan kekuatan dan ilham oleh Allah Azza Wajalla untuk menjawab semua persoalan dan pertanyaan yang di ajukan. Mungkin di sini saya boleh kongsikan beberapa persoalan yang di tanya kepada saya mengenai apa itu PEMBINA berdasarkan perspektif dan pemahaman saya sepanjang menyertai persatuan ini.

---

Soalan : Apa itu PEMBINA?

Saya : PEMBINA adalah short form untuk Persatuan Belia Islam Nasional yang di tubuhkan secara rasmi pada september 2006. Matlamat utama PEMBINA adalah untuk menggunakan seluruh tenaga belia Islam secara positif untuk kebangkitan ummah dan Islam melalui usaha membangun syakkhsiah dan jatidiri belia. PEMBINA bergerak secara aktif dalam aktivisme belia khususnya dikalangan mahasiswa/i.


Soalan : Apa program yang PEMBINA ada?

Saya : Jika di bahagian Pusat, pelbagai program di jalankan seperti usrah, konvensyen mahasiswa, camping, dan lain-lain. Kalau di bahagian kami (di UKM), kami ada aktiviti seperti usrah, daurah, mabit (malam bersama iman dan taqwa / qiamulaill), camping, iftar jamaie dan lain-lain.

klik untuk menyertai MyCamp pada bulan November 2012 ini!


Soalan : Pembina ini untuk semua ke?

Saya : Ya, untuk semua belia sekitar usia 18 – 40 tahun.


Soalan : Sepanjang saya tahu PEMBINA sebelum ini, ia seolah macam “racist” sebab terlalu fokus kepada golongan pemuda bangsa Melayu. Kenapa tidak dakwah kepada non-muslim sekali?

Saya : Sekiranya ada ahli PEMBINA yang berkebolehan untuk berdakwah kepada non-muslim, kami sangat mengalu-alukan. Tetapi kami lebih memfokuskan belia Melayu Muslim sebab golongan Melayu majoriti adalah Muslim, dan golongan Melayu juga majoriti tidak mengamalkan Islam dalam hidup, banyak yang meninggalkan solat, akhlak buruk dan sebagainya. Kalau kita lihat statistik di penjara dan penagih dadah sebagai contoh, majoriti adalah golongan Melayu, dan lebih daripada separuh adalah golongan belia. Maka kami mengambil inisiatif untuk mengembalikan semula bangsa Melayu terutama golongan belia agar kembali mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Saya boleh ibaratkan seperti ini, kita ada sebuah rumah, namun rumah kita buruk dan kotor. Kemudian kita mahu jemput orang datang ke rumah kita. Mana mungkin orang berminat untuk datang ke rumah kita, apatah lagi untuk tinggal di rumah kita. Jadi seperti itu juga, bangsa Melayu majoriti adalah Muslim, tetapi jika mereka semua tidak mengamalkan Islam sebagai cara hidup, bagaimana non-muslim untuk terpikat dan memasuk Islam.

Walaubagaimana pun,  kami sepenuhnya TIDAK menolak usaha dakwah daripada persatuan-persatuan lain untuk menyelamatkan ummah. Bahkan kami mengalu-alukan dan sekiranya diperlukan pertolongan, kami akan cuba bantu mana yang mampu.


Soalan : Di UKM sendiri sudah ada pelbagai persatuan Islam seperti Ikatan Studi Islam (ISIUKM), PERKIM, Kelab Sahabat Aqsa dan lain-lain. Apa bezanya?

Saya : Tiada bezanya matlamat kami semua kerana matlamat utama kami semua adalah untuk kebangkitan Islam, namun bezanya hanya wasilah atau bagaimana cara kami bergerak dan berdakwah kepada mahasiswa/i khususnya.


Soalan : Persatuan Islam yang lain masing-masing ada usrah.  PEMBINA pun ada usrah sendiri, bukan kah nanti berebut?

Saya : Saya pukul rata, pelajar UKM di kampus Bangi ini sahaja termasuk tahun 1, 2, 3 dan 4 lebih kurang 10 000 orang pelajar. Dalam 10 000 orang pelajar ini, adakah semua menyertai usrah? Saya yakin ramai yang tidak sertai usrah, bahkan lebih teruk masih ramai yang TIDAK SOLAT 5 waktu. Kami sekali-kali tidak menafikan usaha berterusan persatuan-persatuan Islam yang lain, sekali-kali tidak. Namun kami ada cara kami sendiri untuk mentarbiah atau memperbaiki golongan mahasiswa/i yang “terlepas pandang” oleh persatuan-persatuan Islam ini. Bagi saya secara peribadi, jika seseorang itu dah ada usrah, saya cukup bersyukur meskipun dia mengikuti usrah sama ada ISIUKM, PERKIM, Sahabat Aqsa atau mana-mana persatuan lain. Bahkan jika persatuan lain seperti Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM), Sekeretariat Kelab Rakan Muda, Urusetia Aspirasi atau apa-apa pun “jenama” persatuan tersebut, sekiranya mereka ada sistem dakwah dan tarbiah mereka sendiri demi untuk kebaikkan ummah dan pembangunan mahasiswa/i Muslim, saya menyokong penuh usaha mereka. Yang penting mereka mengikuti tarbiah, ada usaha untuk berubah, itu bagi saya dah cukup baik.


Soalan : Saya ada jumpa ahli PEMBINA yang perangainya kurang elok, seperti orang yang tidak pernah ikut usrah. Adakah sistem tarbiah PEMBINA tidak berkesan?

Saya : Saya ingin bertanya tuan semula, jika ada seorang Muslim yang berzina, tidak menutup aurat, minum arak, merompak, membunuh dan sebagainya, adakah Islam yang mengajar semua itu?


---

klik untuk ke laman web rasmi PEMBINA


Ini antara sebahagian daripada soalan-soalan yang kadang kala ditanya oleh pengunjung, bahkan sebelum ini pun ada juga yang bertanya.

Akhir sekali, nasihat saya, khususnya kepada diri saya, dan jika sesiapa yang teringin untuk mengambilnya, di persilakan, Islam di turunkan ke dunia adalah sebagai rahmat kepada seluruh alam. Kita sebagai seorang Muslim, kita adalah pembawa panji-panji hidayah kepada seluruh manusia. Namun sentiasa beringat bahawa kita BUKANLAH yang memberi hidayah. Kita hanyalah sebab kepada hidayah kepada manusia. Marilah kita jalankan usaha dakwah dan tarbiah sebanyak mana yang mampu, semoga Islam akan bersinar kembali seperti terbitnya matahari daripada timur selepas tenggelamnya matahari di barat.


Saya tertarik dengan kata-kata Ustaz Pahrol Juoi (lebih kurang),


“Semoga usaha dakwah sama ada melalui atas (daulah) ataupun melalui bawah (ummah) suatu hari nanti akan bertembung pada suatu titik yang sama, dan di situ semua usaha dakwah akan bersatu di bawah satu panji Islam”


Jika anda ingin memuji mahupun mengeji mengenai PEMBINA, maka lakukanlah sepuas hatimu. Kerana kami akan tetap terus menerajui arus mahasiswa, demi mengembalikan semula roh, semangat dan kebangkitan Islam dalam diri ummah, dan inilah PEMBINA!!


Moga Allah Redha.

Monday, 8 October 2012

Kedai Buku Saya! Eheh


Pengumuman (edit version. Hehe) !!

Kini saya dah TIDAK bekerjasama dengan mana-mana syarikat untuk promosikan produk mrerka, tapi saya kini diizinkan Allah untuk membuka syarikat sendiri - Darul Ikhwan Bookstore - iaitu sebuah kedai buku yang menjual buku-buku Islamik dan Al Quran pelbagai jenis terutama Al Quran PELANGI.



Untuk maklumat dan senarai buku, boleh rujuk link di sebelah kanan belog ini, ataupun klik di sini : darul-ikhwan-bookstore.blogspot.com

Jika anda berminat atau terdapat sebarang masalah, anda boleh menghubungi saya sama ada melalui :

1. Email : kalamhamba@gmail.com ,

2. PM Facebook saya : (tekan di sini) ,

3. Atau SMS/Whatsapp saya di 013-7297785




Sebelum saya terlupa, penghantaran adalah percuma untuk yang berada di dalam UKM kampus Bangi.

Saya berusaha untuk mencari sedikit rezeki selain mengasah minat dan kebolehan saya dalam berniaga. Sokongan anda sangat memberi kekuatan dan inspirasi kepada saya :)



Moga Allah Redha.

Saturday, 6 October 2012

Jobdirumah : Antara bekerja dan belajar





Hazim, seorang pelajar IPT tempatan, duduk termenung di balkoni asramanya sambil memikirkan masalah kewangan yang di hadapinya.

“Hoi! Kau termenung apa tu? Teringat pada siapa tu?” Sergah Kamal, kawan baik Hazim sejak awal kemasukan beliau di kampus tersebut.

“Oh kau, aku ingat siapa tadi. Hampir-hampir aku campak kau dari balkoni ni.” Gurau Hazim dengan nada yang bersahaja.

“Eh, rilek-rilek. Aku gurau sikit pun tak boleh. Ha, kau ni kenapa? Termenung je. Ada masalah ke? Cuba cerita sikit kat aku, mana tahu aku boleh tolong ke.”

“Err.. Takde apa-apa la..” Hazim terus memandang ke langit sambil melihat gelagat burung yang ingin pulang ke sarangnya.

“Jangan nak tipu aku la, aku kenal kau bukannya sehari dua. Dengan aku pun kau nak rahsia..” pujuk Kamal yang ingin membantu sahabat baiknya.

“Hmm.. macam ni, ibu aku sakit di kampung sana. Jadi dia tak kerja jual nasi lemak buat masa sekarang ni. Jadi yang bantu ibu aku sekarang ni cuma adik aku yang kedua, Amirah je. Itupun Amirah pula dapat tawaran ke Mesir untuk sambung belajar.” Hazim memulakan bicara.

“Masalahnya sekarang ni, aku kekurangan duit untuk bantu tampung perubatan untuk ibu aku, dan nak bantu tampung perbelanjaan adik aku yang akan flight ke Mesir nanti. Setakat biasiswa JPA yang dapat, berapa kerat sangat la dapat tolong. Lagipun, nanti lepas Amirah ke Mesir, siapa nak bantu ibu aku buat nasi lemak, adik aku yang bongsu masih kecil lagi.” Hazim mula merenung ke langit semula.

“Kau ada duit tak sekarang? Kau tak nak kerja part-time ke?” Kamal mula simpati dengan nasib sahabatnya.

“Sekarang ni masih ada duit lagi, tapi aku fikir untuk jangka masa akan datang. Aku nak kerja part-time, aku mana ada kenderaan nak ulang alik keluar kampus.  Nak kerja dalam kampus, aku takut membebankan je. Lagipun kita dah nak tahun akhir, dengan thesisnya lagi.” Nada Hazim mula sebak.

“Oh.. Kalau kau nak kerja part-time, aku boleh tolong. Kau tak payah pergi keluar kampus ke, atau mana-mana pun. Kerjanya kau boleh selesaikan walaupun kau kat bilik sekalipun.” Kamal mula memberikan idea.

“Maksud kau? Aku tak faham.” Hazim menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

“Macam ni, aku baru terlibat dengan sebuah agensi ni, nama dia Jobdirumah.  Jobdirumah atau JDR ni menawarkan latihan untuk bekerja secara Freelance (Kerja Bebas) dengan syarikat antarabangsa.” Kamal menerangkan dengan bersungguh-sungguh.

“oh yeke, kau join ke? Apa syaratnya?" Hazim mula berminat dengan penerangan Kamal.

“Secara umumnya, aku join. Tetapi kalau kau nak tahu, sebenarnya ia tak perlu untuk join pun sebab kita sendiri boleh Google kerja-kerja Freelance ni. Tapi,  kau pun tahu dalam internet sekarang banyak perkara yang boleh buat kita di scam. So, dengan mendaftar jadi ahli JDR ni, mereka akan bantu dan ajar bagaimana dan di mana kerja-kerja rumah yang sesuai melalui email kita setiap hari dengan percuma. Manakala yang syarat tu, yang penting kita boleh menggunakan komputer termasuk microsoft office, boleh faham dan tulis English, dan ada akses internet. Dan yang paling penting sekali, rajin, berdisiplin dan mampu bekerja tanpa pengawasan.” Jelas Kamal untuk meyakinkan Hazim.

Macam mana pula dengan bayaran upah? Nak daftar JDR kena bayar tak?” Hazim menunjukkan riak wajah gembira untuk bekerja.

“Upah di bayar selepas kita selesaikan kerja yang diberi oleh majikan kita. Selain tu, kita juga boleh request wang pendahuluan daripada majikan. Ada juga majikan yang bayar upah mengikut jam. So, ia bergantung dengan majikan apa yang kita bekerja. Bayaran upah pula melalui PayPal. Oh ye, yang nak daftar JDR tu, kena bayar RM50. Sebabnya, ia sebagai “upah” kepada pihak JDR atas penerangan melalui tulisan dan video tutorial untuk mendapatkan kerja melalui sumber yang betul dan sahih. Dengan erti kata lain, kita beli produk mereka yang mana produk mereka ni berupa panduan asas, latihan asas dan video tutorial. Kita kena faham bahawa kita tidak bekerja dengan mereka,  mereka cuma membantu kita mencari kerja.” Tegas Kamal.

“Oh.. dengan erti kata lain, dengan majikan syarikat kita tu, bukan kerja secara kontrak rasmi la ye? Dan dengan pihak JDR tu, sebagai “agen” untuk bantu kita cari kerja je la?” tanya Hazim untuk mendapatkan kepastian.

Absolutely correct bro!  Kau memang cepat pick up. “ Gurau Kamal.

“So Kamal, macam mana nak daftar?”

“Okay, kau betul nak daftar? Aku cadangkan kau baca dulu penerangan di www.jobdirumah.com, selepas itu kalau ada apa yang kau tak faham, kau boleh tanya aku. Kalau aku membebel lagi panjang, takut aku tersalah bagi maklumat.” Nasihat Kamal.

“Baiklah, terima kasih atas idea dan cadangan kau. Aku sangat-sangat bersyukur dapat kawan macam kau. Alhamdulillah, dapatlah aku bantu keluarga aku nanti. ” Puji Hazim dengan nada yang gembira.

“Itu tanggungjawab aku sebagai sahabat. Takkan aku nak biarkan sahabat aku dalam masalah bersendirian.” Kamal tersenyum.

Kemudian mereka berdua bersiap-siap untuk mandi dan solat maghrib. Selepas Isyak kemudiannya, Hazim bertekad untuk membuka laman web yang diberi oleh Kamal dan ingin menyertainya.