Don't judge a blog by its followers

Wednesday, 24 October 2012

Dan inilah kami, PEMBINA!





Alhamdulillah, akhirnya tamat juga Pesta Konvokesyen (Pesta Konvo) kali ke 40 untuk tahun ini. Pesta Konvo kali ini saya berpeluang untuk merasai pengalaman sebagai “penggerai” dimana kami di benarkan untuk membuka booth PEMBINA.  Sepanjang booth PEMBINA di buka pada hari khamis minggu lepas sehingga hari ini, berbagai pengalaman dan pengetahuan saya dapat. Pengalaman membuka gerai sendiri, berbual dengan penggerai lain sambil mengetahui luahan hati mereka, menimba pengetahuan mengenai emas dan perak (di takdirkan booth kami bersebelahan dengan booth penjual emas), berhadapan karenah pelanggan dan lain-lain.


Namun sepanjang kami buka booth PEMBINA, pelbagai soalan yang ditanya oleh pengunjung kepada kami mengenai apa itu PEMBINA, tujuannya dan sebagainya. Alhamdulillah, kami diberikan kekuatan dan ilham oleh Allah Azza Wajalla untuk menjawab semua persoalan dan pertanyaan yang di ajukan. Mungkin di sini saya boleh kongsikan beberapa persoalan yang di tanya kepada saya mengenai apa itu PEMBINA berdasarkan perspektif dan pemahaman saya sepanjang menyertai persatuan ini.

---

Soalan : Apa itu PEMBINA?

Saya : PEMBINA adalah short form untuk Persatuan Belia Islam Nasional yang di tubuhkan secara rasmi pada september 2006. Matlamat utama PEMBINA adalah untuk menggunakan seluruh tenaga belia Islam secara positif untuk kebangkitan ummah dan Islam melalui usaha membangun syakkhsiah dan jatidiri belia. PEMBINA bergerak secara aktif dalam aktivisme belia khususnya dikalangan mahasiswa/i.


Soalan : Apa program yang PEMBINA ada?

Saya : Jika di bahagian Pusat, pelbagai program di jalankan seperti usrah, konvensyen mahasiswa, camping, dan lain-lain. Kalau di bahagian kami (di UKM), kami ada aktiviti seperti usrah, daurah, mabit (malam bersama iman dan taqwa / qiamulaill), camping, iftar jamaie dan lain-lain.

klik untuk menyertai MyCamp pada bulan November 2012 ini!


Soalan : Pembina ini untuk semua ke?

Saya : Ya, untuk semua belia sekitar usia 18 – 40 tahun.


Soalan : Sepanjang saya tahu PEMBINA sebelum ini, ia seolah macam “racist” sebab terlalu fokus kepada golongan pemuda bangsa Melayu. Kenapa tidak dakwah kepada non-muslim sekali?

Saya : Sekiranya ada ahli PEMBINA yang berkebolehan untuk berdakwah kepada non-muslim, kami sangat mengalu-alukan. Tetapi kami lebih memfokuskan belia Melayu Muslim sebab golongan Melayu majoriti adalah Muslim, dan golongan Melayu juga majoriti tidak mengamalkan Islam dalam hidup, banyak yang meninggalkan solat, akhlak buruk dan sebagainya. Kalau kita lihat statistik di penjara dan penagih dadah sebagai contoh, majoriti adalah golongan Melayu, dan lebih daripada separuh adalah golongan belia. Maka kami mengambil inisiatif untuk mengembalikan semula bangsa Melayu terutama golongan belia agar kembali mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Saya boleh ibaratkan seperti ini, kita ada sebuah rumah, namun rumah kita buruk dan kotor. Kemudian kita mahu jemput orang datang ke rumah kita. Mana mungkin orang berminat untuk datang ke rumah kita, apatah lagi untuk tinggal di rumah kita. Jadi seperti itu juga, bangsa Melayu majoriti adalah Muslim, tetapi jika mereka semua tidak mengamalkan Islam sebagai cara hidup, bagaimana non-muslim untuk terpikat dan memasuk Islam.

Walaubagaimana pun,  kami sepenuhnya TIDAK menolak usaha dakwah daripada persatuan-persatuan lain untuk menyelamatkan ummah. Bahkan kami mengalu-alukan dan sekiranya diperlukan pertolongan, kami akan cuba bantu mana yang mampu.


Soalan : Di UKM sendiri sudah ada pelbagai persatuan Islam seperti Ikatan Studi Islam (ISIUKM), PERKIM, Kelab Sahabat Aqsa dan lain-lain. Apa bezanya?

Saya : Tiada bezanya matlamat kami semua kerana matlamat utama kami semua adalah untuk kebangkitan Islam, namun bezanya hanya wasilah atau bagaimana cara kami bergerak dan berdakwah kepada mahasiswa/i khususnya.


Soalan : Persatuan Islam yang lain masing-masing ada usrah.  PEMBINA pun ada usrah sendiri, bukan kah nanti berebut?

Saya : Saya pukul rata, pelajar UKM di kampus Bangi ini sahaja termasuk tahun 1, 2, 3 dan 4 lebih kurang 10 000 orang pelajar. Dalam 10 000 orang pelajar ini, adakah semua menyertai usrah? Saya yakin ramai yang tidak sertai usrah, bahkan lebih teruk masih ramai yang TIDAK SOLAT 5 waktu. Kami sekali-kali tidak menafikan usaha berterusan persatuan-persatuan Islam yang lain, sekali-kali tidak. Namun kami ada cara kami sendiri untuk mentarbiah atau memperbaiki golongan mahasiswa/i yang “terlepas pandang” oleh persatuan-persatuan Islam ini. Bagi saya secara peribadi, jika seseorang itu dah ada usrah, saya cukup bersyukur meskipun dia mengikuti usrah sama ada ISIUKM, PERKIM, Sahabat Aqsa atau mana-mana persatuan lain. Bahkan jika persatuan lain seperti Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM), Sekeretariat Kelab Rakan Muda, Urusetia Aspirasi atau apa-apa pun “jenama” persatuan tersebut, sekiranya mereka ada sistem dakwah dan tarbiah mereka sendiri demi untuk kebaikkan ummah dan pembangunan mahasiswa/i Muslim, saya menyokong penuh usaha mereka. Yang penting mereka mengikuti tarbiah, ada usaha untuk berubah, itu bagi saya dah cukup baik.


Soalan : Saya ada jumpa ahli PEMBINA yang perangainya kurang elok, seperti orang yang tidak pernah ikut usrah. Adakah sistem tarbiah PEMBINA tidak berkesan?

Saya : Saya ingin bertanya tuan semula, jika ada seorang Muslim yang berzina, tidak menutup aurat, minum arak, merompak, membunuh dan sebagainya, adakah Islam yang mengajar semua itu?


---

klik untuk ke laman web rasmi PEMBINA


Ini antara sebahagian daripada soalan-soalan yang kadang kala ditanya oleh pengunjung, bahkan sebelum ini pun ada juga yang bertanya.

Akhir sekali, nasihat saya, khususnya kepada diri saya, dan jika sesiapa yang teringin untuk mengambilnya, di persilakan, Islam di turunkan ke dunia adalah sebagai rahmat kepada seluruh alam. Kita sebagai seorang Muslim, kita adalah pembawa panji-panji hidayah kepada seluruh manusia. Namun sentiasa beringat bahawa kita BUKANLAH yang memberi hidayah. Kita hanyalah sebab kepada hidayah kepada manusia. Marilah kita jalankan usaha dakwah dan tarbiah sebanyak mana yang mampu, semoga Islam akan bersinar kembali seperti terbitnya matahari daripada timur selepas tenggelamnya matahari di barat.


Saya tertarik dengan kata-kata Ustaz Pahrol Juoi (lebih kurang),


“Semoga usaha dakwah sama ada melalui atas (daulah) ataupun melalui bawah (ummah) suatu hari nanti akan bertembung pada suatu titik yang sama, dan di situ semua usaha dakwah akan bersatu di bawah satu panji Islam”


Jika anda ingin memuji mahupun mengeji mengenai PEMBINA, maka lakukanlah sepuas hatimu. Kerana kami akan tetap terus menerajui arus mahasiswa, demi mengembalikan semula roh, semangat dan kebangkitan Islam dalam diri ummah, dan inilah PEMBINA!!


Moga Allah Redha.

Comments
2 Comments

2 comments:

  1. smart la akh!
    tiada rebutan. kami bukan nak gaduh, kami hanya nak tolong. dua lebih baik dari satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^__^

      dakwah dan tarbiah untuk semua ^^

      Delete