Don't judge a blog by its followers

Friday, 9 November 2012

Cerpen : Menutup aurat yang bertempat



 
“Mahu ke mana ustazah?” Tegur Dr. Nurul yang terserempak dengan Ustazah Rosshiah di hadapan pejabat.

“Mahu gantikan kuliah Bahasa Melayu Dr. Huda. Dia tak dapat hadir hari ini.” jawab Ustazah Rosshiah sambil tersenyum.

“Oh, baiklah.” Dr. Nurul membalas senyuman kepada Ustazah Rosshiah dan berlalu pergi untuk ke kuliah.

Baru semalam dia mendapat panggilan daripada Dr. Huda agar menggantikan kuliahnya untuk minggu ini dan minggu hadapan kerana beliau sedang berkursus di Indonesia. Ustazah Rosshiah meneruskan langkahnya sehingga ke bilik kuliah.

“Eh, Ustazah Rosshiah ganti kelas Dr. Huda ke?” tanya seorang pelajar perempuan.

“Ya, untuk dua minggu ni, saya akan ganti kelas Dr. Huda. Hopefully you like it!” jawab Ustazah Rosshiah sambil tersenyum.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baiklah, minggu lepas belajar sampai chapter berapa?” tanya Ustazah Rosshiah sambil tangannya menghidupkan projector yang memaparkan nota power point yang akan diajarnya pada hari ini.

“Sampai chapter 3. Itupun baru separuh. Sebab minggu lepas Dr. Huda buat kuiz. Soalan susah gila” rungut seorang pelajar lelaki.

“Ustazah buat lah soalan kuiz baru, gantikan soalan Dr. Huda. Buat yang senang-senang aja. Senang kami dapat A.” Gurau seorang pelajar perempuannya.

“Ala.. Kau pernah dapat A ke? Kalau bab fesyen baju dan rebonding rambut, kau bolehlah score A.” gelak seorang pelajar lelaki yang duduk di belakang.

“Kau.......” pelajar perempuan tersebut memandang geram pelajar lelaki tersebut.

“Sudah-sudah. Sebelum kita start kelas, saya nak buka sebuah video. Saya nak minta respon semua pelajar” Ustazah Rosshiah menekan butang “play” dan memandang skrin layar projektor. “Ini merupakan video keganasan tentera Israel di Palestin.”

Semua pelajar menyaksikan video tersebut. Ada yang terkejut dan memaki hamun, ada yang menutup mata, dan ada yang istigfar. Namun tidak kurang ada juga yang bergelak ketawa. Tidak tahu apa yang kelakar pada video tersebut.

“Response?” tanya Ustazah Rosshiah.

“Err.. Aku baru tahu Palestin pernah di serang tentera Israel. Bila peristiwa ni ustazah?” spontan reaksi seorang pelajar lelaki.

“Apalah kau ni, nampak sangat kau hanya tahu main DOTA, dating dengan awek kau, dan merempit.” herdik seorang kawannya sambil ketawa.

“Serangan ini berlaku pada disember 2008. Dan ia masih berlanjutan sehingga hari ini.” jawab Ustazah Rosshiah sambil tersenyum sayu. “Lagi, ada sesiapa nak respon?”

“Tak guna betul tentera Israel ni. Kalau aku ada bom nuklear, aku bom aja mereka tu” dengus seorang pelajar lelaki.

“Mana boleh tentera Israel buat macam tu, bunuh wanita dan kanak-kanak. Lepas tu ada sexual harrasment terhadap perempuan. Berani dia suruh perempuan tu buka tudung dan baju depan mereka. Mana pergi menyorok PBB dan Amerika ni?” marah seorang pelajar perempuan yang duduk di barisan hadapan meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Ustazah, kenapa tiada tindakan dari negara Islam lain? Mana perginya Musim Leaders? Takkan mereka hanya tutup mata sahaja?” tanya seorang pelajar perempuan.

Ustazah Rosshiah memandang video yang sudah stop di skrin layar projektor dengan rasa hiba dan sayu. Tiba-tiba mengalir air matanya. Semua pelajar terkejut dan terdiam. Ustazah Rosshiah hanya mampu terdiam, dan akhirnya berkata,

“Itulah masalahnya.. Kita hanya lantang dalam bercakap, namun tiada tindakan yang dilakukan. Apabila berhadapan dengan musuh-musuh Allah ini, semuanya jadi macam tikus.” Ustazah Rosshiah mengesat air mata yang semakin deras mengalir dipipinya.

“Tetapi, takkan kita nak pergi berperang dengan tentera Israel, ustazah...” keluh seorang lelaki.

“Kau jambu sangat bro, kalau kau pergi sana mesti kena harras.” Bergelak ketawa seorang pelajar lelaki dan kawannya di belakang.

“Ustazah, boleh saya tanya sesuatu? Apa kaitan video ini dengan subjek yang kita akan belajar hari ini?” tanya seorang pelajar perempuan.

Ustazah Rosshiah tersenyum. Dia mengesat saki baki air mata yang mengalir dan mengeluarkan marker pen dari beg tangannya.

“Waktu saya mengajar kamu semua subjek Pengajian Islam, saya lihat pelajar yang di hadapan saya semua berpakaian sopan. Yang tidak bertudung, pakai selendang dan ada yang bertudung. Yang pakai seluar pendek, masa kelas saya pakai seluar panjang menutup aurat” jelas Ustazah Rosshiah.

“Tetapi yang menghairankan saya, kenapa bila kelas Pengajian Bahasa Melayu ini, terbuka semua aurat yang telah ditutup? Lain pula pemandangan saya daripada biasa. Saya rasa, saya tidak silap kuliah dan masih mengajar orang yang sama. Kenapa ada perubahan?” Semua pelajar tertunduk malu, tidak berani memandang wajah Ustazah Rosshiah di hadapan.

“Atau ada tentera Israel ke di luar pintu kuliah ini?” Tenang sahaja Ustazah Rosshiah menutur bicara. Nada bicara Ustazah Rosshiah meskipun biasa, namun memberi bisa yang tidak terhingga. Semua pelajar tertunduk malu. Sehingga ada pelajar perempuan yang tiba-tiba menangis dengan sendirinya di hadapan beliau.

Beliau menatap anak murid di hadapannya yang malu untuk memandangnya.

“Baiklah, kita sambung kelas kita. Dah sedia?”

  
Moga Allah redha.

No comments:

Post a Comment