Don't judge a blog by its followers

Thursday, 15 November 2012

Di antara Pakcik Koka Kola dan Makcik Mekdi

 
Kali ini, nota saya adalah copy paste daripada coretan Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin.

“Coca-cola telah menjadi penyokong Israel sejak 1966. Ada banyak bukti peristiwa yang menunjukkan sokongan mereka kepada Zionis. Pada 1997, Kerajaan Israel telah mengiktiraf sumbangan Coca-Cola di Majlis Makan Malam Anugerah Perdagangan Israel atas sokongan berterusan Israel untuk 30 tahun serta keengganan mereka mematuhi boikot Liga Arab Israel. Pada 11 Oktober 2001, Ibu Pejabat Dunia Coca - Cola telah menjadi tuan rumah dan juga merupakan penaja utama Dewan Perniagaan Amerika-Israel Commerce di majlis Eagle Star Awards Gala. Pada bulan Februari 2002, Coca-Cola bekerjasama dengan "Friends of Israel", untuk menaja syarahan yang diberikan oleh wartawan zionist terkenal Linda Gradstein di Universiti Minnesota. Pada bulan Oktober 2005, Coca-Cola telah meningkat pelaburan di Israel dengan membeli 51% dalam Tavor Winery. Tavor Winery adalah sebuah syarikat Israel yang berpusat di Wilayah Palestin yang dijajah di kaki Gunung Tavor yang menghadap ke Laut Galilee. McDonald Corporation pula adalah rakan korporat utama Jewish United Fund (JUF) / Persekutuan Yahudi Metropolitan di Chicago. McDonald Corporation telah berbesar hati menaja Jubilee 100 tahun JUF pada 2000 dan sebagai rakan kongsi utama peringkat korporat kepada sumber ekonomi Zionisme. Melalui Suruhanjaya Israel, JUF "berfungsi untuk mengekalkan tentera Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memantau dan apabila perlu, respons kepada liputan media Israel”.

Ini hanyalah sebahagian petanda dan bukti hubungan akrab Coca cola dan Mc D dengan rejim Zionis Israel.”

-Prof. Madya Dr. Zainur Rashid-

Kenapa perlu boikot?

Rakan saya pernah bertanyakan kepada saya, kenapa saya boikot McD, Nestle dan lain-lain.

Saya jawab, saya hanya mampu lakukan ini sahaja untuk saudara saya di Palestin selain daripada menderma. Saya tidak mampu untuk turun ke medan jihad bersama mereka, mungkin tidak layak rasanya. Inilah sahaja usaha saya yang sangat sedikit, walaupun mungkin orang akan kata ia tidak berkesan.

Bagi saya, Allah tidak melihat hasil daripada apa yang kita buat, tetapi Allah melihat usaha apa yang kita buat.



Moga Allah redha.


Ketika ini (15/11/2012), Gaza diserang lagi oleh Zionis laknatullah. Mohon doa untuk mereka.

No comments:

Post a Comment