Don't judge a blog by its followers

Saturday, 3 November 2012

Kebaikkan kecil yang kita terlupa






Selepas solat berjemaah, saya akan bersalam dan tersenyum kepada orang yang saya salam. Dan responnya, ada yang membalas senyuman saya, dan ada yang langsung tidak pandang ke muka saya. Kenapa begitu?


Bahkan ketika saya membeli barang di sesebuah kedai, ketika bayar barang tersebut, saya suka untuk senyum kepada penjual tersebut. Dan responnya sama, ada yang membalas senyuman saya, dan ada yang muka masam mencuka. Kenapa sukar sangat untuk senyum?

Senyuman penyejuk mata penawar duka.

Saya tahu senyuman itu boleh di kategorikan kepada dua, senyuman yang datang dari hati, dan senyuman yang di buat-buat atau senyum sinis. Tetapi saya ingin fokus tentang senyuman yang datang dari hati, atau senyuman yang ikhlas bukannya di buat-buat. Ada pepatah orang Cina zaman dahulu menyatakan,

Orang yang tidak memiliki senyuman tidak dapat membuka kedai.”

Saya tidak kata, dengan senyum kita akan mampu membuka kedai, tetapi apa yang ingin disampaikan senyuman itu ibarat mentara yang membelah awan, yang mampu menyinari dan menghiasi individu-individu yang di selaputi wajah yang berkerut dan bermuram durja. Kelakuan, tindakan dan akhlak lebih banyak memberitahu orang lain mengenai diri kita berbanding kata-kata kita.

Seulas senyuman yang diberikan dapat memberi banyak maksud seperti, saya suka kamu, Kamu membuatkan saya rasa bahagia, saya senang bertemu kamu, dan sebagainya. Bahkan jika dalam sesuatu majlis, senyuman kita lebih berharga daripada pakaian yang kita pakai, meskipun kita pakai pakaian yang mewah.

Dalam keluarga kita, jika kita sebagai seorang anak dan sedang berhadapan dengan ibu bapa kita yang mungkin tertekan dengan masalah kerja di pejabat, atau sebagainya, hulurkan senyuman seikhlas hati kepada mereka. Jangan mengharap untuk mereka senyum terlebih dahulu kepada kita, tetapi kita yang mulakan dahulu. InsyaAllah, dengan senyuman dari kita yang menanti mereka pulang, dapat menyejukkan hati mereka. Sekaligus dapat menghilangkan tekanan mereka.

Dan jika kita merupakan ibu bapa, jangan kedekut untuk memberi senyuman kepada anak-anak. Kerana senyuman seorang ibu dan ayah, adalah sangat berharga untuk memotivasikan seorang anak, terutama anak-anak yang sedang tertekan menghadapi peperiksaan atau masalah lain. Mereka akan rasa di sayangi dan bersemangat walaupun ia hanyalah sebuah senyuman.

Bukan sekadar untuk ibu bapa dan anak-anak, bahkan kepada guru-guru, sahabat-sahabat kita dan masyarakat di sekeliling kita. Jangan kedekut untuk senyum, kita tidak akan di cas apa-apa pun dengan senyuman kita. Bahkan dianggap sedekah dan pahala dalam Islam. Mudah kan?

Senyuman itu sunnah Rasul kita.

Jika kita menelusuri sirah agung baginda Rasulullah s.a.w., lalu melihat perwatakan baginda, kita akan dapati baginda sering sahaja tersenyum.

Kata Jarir bin `Abdillah :
“Sejak aku menjadi muslim, tidak pernah Rasulullah s.a.w. berjumpa denganku melainkan senyum padaku.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kata ‘Abdullah bin al-Harith:
“Aku tidak pernah melihat seseorang lebih banyak senyuman daripada Rasulullah s.a.w.” (Riwayat al-Tirmizi, sahih)

Bahkan Rasulullah s.a.w. juga ada berpesan dalam sebuah hadis yang bermaksud ;
“Jangalah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman).”
(Riwayat Muslim)

Mari lakukan kebaikkan ini!


Kita tidak mampu tersenyum? Kenapa? Ada dua perkara yang perlu kita lakukan. Pertama, paksa diri untuk tersenyum. Senyumlah walaupun pada mulanya tidak ikhlas atau mungkin orang akan anggap kita kurang siuman. Tetapi disebalik senyuman itu, akan memberikan madu yang manis kepada orang di sekeliling kita. Kedua, jika kita berseorangan, dengar lagu atau apa jua yang boleh buat kita rasa bahagia. Seorang ahli psikologi dan ahli falsafah William James ada menyatakan,

“Tindakan selalunya mengikut perasaan, walhal sebenarnya tindakan dan perasaan berlaku serentak. Dengan mengatur tindakan yang dikawal secara langsung oleh kehendak kita, kita secara tidak langsung dapat mengatur perasaan kita yang secara zahirnya tidak dapat kita kendalikan.

Justeru, jalan menuju kebahagian apabila kegembiraan pada ketika itu tiada adalah duduk dengan riang, lalu bercakap dan bertindak seolah-olah kita memang bahagia.”


Jom senyum! :)


Moga Allah redha
.

No comments:

Post a Comment