Don't judge a blog by its followers

Tuesday, 27 November 2012

Kenapa isu Palestin saja?


di ambil dari page Aman Palestin Mesir


Kali ini, untuk kali ketiganya saya copy paste daripada penyataan seorang presiden persatuan di kampus saya, Kelab Sahabat Aqsa. Kata-katanya sangat menyegat bagi sesiapa yang lebih suka duduk diam, perhatikan dan mempertikaikan sahaja..

***

“Sesetengah orang bertanya ; “Mengapa sibuk-sibuk dengan isu Palestin? Kenapa tidak isu di Afrika? Isu di Somalia? Congo?”

Ku katakan : “Mengapa tidak?”

Ku jelaskan lagi : “Memperjuangkan isu Palestin bukan bermaksud kita ketepikan mahupun menafikan isu-isu di tempat lain. Mana-mana sekalipun isu yang wajar diperjuangkan harus diangkat dan dikempenkan dalam masyarakat.”

“ketahuilah, sesiapa yang terlibat dalam isu-isu kemanusiaan, di dalam dirinya mana-mana pun isu seumpamanya adalah sangat dekat di hatinya. Perasaan kemanusiaan itu tidak kenal erti beza warna kulit, bangsa, mahupun sempadan geografi.”

Namun, isu Palestin punya fokus tersendiri.
Ia isu kemanusiaan juga isu keagamaan.
Ia isu keadilan juga isu keganasan.
Ia isu penjajahan juga isu kekejaman perang.

Isu Palestin merangkumi pelbagai aspek hal kemanusiaan hingga warga barat sendiri tidak dapat menahan naluri kemanusiaan mereka sungguhpun merekalah yang menjadi antara punca kepada isu pertelingkahan wilayah ini (era pasca Perang Dunia 1 dan Perang Dunia ke-2, pasca kolonialisme).

Isu Palestin ialah isu yang serius yang mencabar batas manusiawi seseorang. Mendiamkan diri bukanlah satu pilihan. Andai anda mendiamkan diri, anda secara tidak langsung tergolong dalam kumpulan-kumpulan berikut :

1.  Orang yang sedia menerima dan mengiktiaf tindakan Zionis merampas wilayah orang lain dengan kekuasaan tentera untuk membina negara (sediakah kita jika ada kuasa tentera lain datang ke Malaysia dan membina negaranya?)

2. Orang yang sedia menerima perbuatan Zionis membunuh rakyat Palestin atas kesalahan berjuang membela tanah air mereka.

3. Orang yang menafikan hak rakyat Palestin membela nasib mereka di tanah air sendiri daripada penjajahan dan pencerobohan.

4. Orang yang menafikan hak lebih 7 juta rakyat Palestin yang masih tinggal di kem-kem pelarian perang di Jordan, Lebanon, Syria, Mesir dan lain-lain sejak tahun 1948 untuk pulang ke tanah air mereka.

5. Orang yang menghina kematian pejuang-pejuang Palestin yang terkorban kerana membela tanah air mereka.

Justeru, masihkah anda mahu adn mampu berdiam diri?

Fikir-fikirkan lah....

Khalid Jimat
YDP Kelab Sahabat Aqsa UKM.

***

Di mana kita?

Pada saya yang marhaen ini, kita turut memperjuangkan isu Syria, Rohingya, Somalia, dan lain-lain. Tetapi Palestin menjadi fokus lebih utama kerana di sana ada dua sebab ;

1. Isu ini isu agama dan kemanusiaan.

2. Dalam Islam, sebuah hadis telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari, di mana Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud ;

“Sentiasa akan ada sekolompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian. “

Maka para sahabat bertanya, “Di manakah mereka?”

Jawab Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam, “Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
(HR Bukhari)

Persoalan di sini, di mana kita?

Sudahkan kita melunaskan tanggungjawab semampu yang mungkin untuk mereka?

Sudahkah?

Tepuk dada, tanya iman.


Moga Allah redha.

No comments:

Post a Comment