Don't judge a blog by its followers

Wednesday, 14 November 2012

Saya ingin berubah menjadi baik, bagaimana?



 
Pertama sekali, siapa yang baca nota saya kali ini, saya yakin mesti ada niat hendak berubah menjadi baik, yang baik menjadi lebih baik, dan yang dah terbaik, ingin terus kekalkan kebaikan dan menyebarkan kebaikan. Tahniah, moga niat kita untuk berubah diganjari pahala oleh Allah. Fitrah manusia, ramai yang ingin berubah menjadi baik, tetapi ramai yang buntu, tidak jumpa cara untuk kembali ke pangkal jalan.

Belajar dari kesilapan

Ada seorang murabbi saya memberitahu,

“Kalau kita tidak mahu tersadung kaki, bukan jawapannya “jangan berjalan”. Kalau kita tidak mahu bercerai, bukan jawapannya “jangan berkahwin”. Kalau tidak mahu tergigit lidah, bukan jawapannya “jangan mengunyah”. Belajar daripada kesilapan hari ini, agar mampu berjaya di masa depan. Itu pendekatan yang kurang tepat. Yang tepat ialah belajar daripada kesilapan orang terdahulu, agar kita mampu melangkah lebih jauh daripada mereka. Itulah keseronokan belajar berterusan. Ianya bagi mereka yang bersemangan dan berani untuk melangkah, bukan untuk mereka yang sudah berpada. Tetapi jangan sekali-kali mengulangi kesilapan.”

Ya, belajar daripada kesilapan orang terdahulu. Siapa orang terdahulu?

Antara orang terdahulu ialah golongan-golongan yang telah diceritakan oleh Allah di dalam al Quran yang agung. Juga kisah-kisah Salaf As Soleh. Dan yang paling terdekat, kisah ibu bapa atau keluarga kita sendiri. Kita tidak pernah tidak melakukan kesilapan, maka daripada kesilapan itu kita belajar bagaimana untuk berubah. Bahkan yang lebih baik, kita belajar daripada kesilapan generasi sebelum kita.

Tips untuk berubah

Saya hanya mampu berikan tips, dan ianya berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya sendiri. Semua ini hanya menjadi teori semata-mata selagi mana ia tidak diamalkan. Dan saya yakin, tidak semua orang mampu melakukan, tetapi lakukan apa yang mampu agar kita tidak menangis di akhirat kelak.

1.  Walau apa pun jua perkara, niat itu penting. Kerana ia permulaan sesuatu amal. Ibarat kunci kepada sesuatu kenderaan. Pasang niat kerana Allah semata-mata.

2. Niat sahaja tidak cukup, tetapi pasang matlamat atau target yang membakar tetapi munasabah. Sebagai contoh, dari yang tidak bertudung ingin bertudung. Pasang matlamat, mulai esok akan pakai tudung sampai bila-bila. Tidak mahu “on-off” lagi. Tetapi “one-off” terus.

3. Buang tanggapan atau prasangkan negatif terhadap diri. Contohnya, buang perasaan “aku tak mampu”, “aku tak layak”, “aku tak kuat”, dan sebagainya. Yakinlah, Islam diturunkan untuk semua manusia, dan selayaknya semua manusia mampu mengamalkan Islam. Bukankah Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya?

4. Buang perasaan negatif terhadap semua perkara di sekeliling. Contohnya, “kalau aku berubah, mesti ramai kutuk aku”, “kalau aku berubah, nanti tiada siapa nak kawan dengan aku”, “kalau aku berubah, nanti ramai unfriend dengan aku” dan sebagainya. Setiap kata-kata itu doa, adakah kita nak perkara itu semua berlaku? Kalau tak mahu, tak perlu fikir. Kita buat perkara baik, bukan nak merompak.

5. Awal-awal lagi, persiapkan diri dengan perisai “kalis maki”, “kalis caci” dan “kalis dibenci”. Kerana apa? Kerana kemungkinan besar semua ini akan berlaku selepas kita berubah menjadi baik. Maka, kena kuatkan kesabaran untuk bersabar.

6. Ini yang penting, lakukan langkah demi langkah, jangan tergopoh gapah! Contohnya, kalau sebelum ini tak pernah solat, mulakan solat bersendirian di bilik 5 waktu. Tetapi kalau mampu, solatlah berjemaah di surau atau masjid.

7. Tekad! Jangan tangguh-tangguh lagi dengan alasan, “belum sampai seru”,  “aku belum bersedia lagi”, dan sebagainya. Kematian tidak menunggu kita, kita tak mampu mengubahnya. Tetapi kita mampu mengubah diri kita. Siapa mampu jamin boleh hidup sampai esok?

8. Laksanakan sesuatu perubahan itu istiqomah dalam tempoh masa kurang lebih 40 hari. Insya Allah, biasanya sesuatu tabiat baru dapat dibentuk dalam jangka masa tersebut.

9. Anda dah bersedia untuk berubah? Maka saya cadangkan, kita pergi ambil wudu’, kemudian buat solat sunat taubat dua rakaat. Pastikan solat pada waktu yang dibenarkan!

10. Akhir sekali, selepas solat, dan setiap kali selepas solat fardhu, banyaklah istighfar dan berdoa serta bertawakal agar Allah menetapkan hati kita untuk kekal sampai jadi mayat. 

“Wahai Tuhan pemilik hati-hati manusia, janganlah Kau memperbolak balikkan hati-hati kami setelah Kau memberi hidayah kepada kami..”

Penambah perisa

Setiap manusia perlukan sokongan, terutama sekali ketika kita berseorangan. Sedangkan Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam perlukan teman dan sahabat-sahabat baginda, inikan kita insan biasa yang penuh dosa. Maka, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan selepas berubah, antaranya ;

1. Mencari sahabat-sahabat yang baik. Sahabat yang baik ibarat penjual minyak wangi, kalau kita dekat pada dia, insya Allah kita akan mendapat tempias wangiannya. Macam mana tanda sahabat yang baik? Kalau lelaki, dia rajin berjemaah di surau atau masjid, menjaga al Quran dan sebagainya. Kalau perempuan, dia menjaga solat 5 waktu, menjaga auratnya dengan sempurna, menjaga batas pergaulannya dan sebagainya. Yang lain-lain itu, kita boleh nilai sendiri.

Dan seperkara lagi, jangan beranggapan, “ala, dia tu iman plastik, luaran nampak baik, tapi perangai macam haram”, dan lain-lain. Bersangka baik sentiasa. Itu penting!

2. Rajin pergi majlis-majlis ilmu. Berubah sahaja tidak cukup, baca blog sahaja pun tidak cukup, kena ada pengorbanan untuk pergi ke majlis-majlis ilmu. Kita mahukan cinta Allah kan? Sedangkan cinta itu sifatnya menagih pengorbanan. Maka berkorbanlah untuk Allah!

3. Cari persekitaran atau suasana yang soleh.

Perjalanan yang panjang bermula dengan langkah pertama
Hidup ini sekitar 50 hingga 60 tahun sahaja. Tak lama, walaupun ada yang hidup lebih lama dari itu, dan ada yang lebih singkat dari itu! Sekarang ini mungkin ada yang berusia belasan tahun, ada yang 20-an, bahkan ada yang mencecah 50 tahun. 
 
Kita tiada masa untuk berfoya-foya lagi. Tambahan, kita pun tidak tahu bila kita akan mati.

Perubahan itu memerlukan masa, ia berperingkat. Tetapi walau banyak mana pun peringkatnya, ia pasti bermula dengan langkah pertama. Dan langkah pertama itulah, yang perlu kita manifestasikannya dengan tindakan, bukan sekadar perkataan!

Jom kita berubah menjadi baik!


Moga Allah Redha



p/s : saya ada buat nota mengenai tajuk sama sebelum ini, cuma ada upgrade sikit dari yang dulu, tetapi isinya lebih kurang sama saja :)
Comments
11 Comments

11 comments:

  1. saban hari aku cuba untuk berhijrah.. lagi2 akan datang maal hijrah.. lagi menguatkan aku utk berubah. tapi byk hlgn. aku cuba kuatkan iman, tapi aku sendiri goyah. aku gadis awal 20-an, yg hidupnya masih terumbang ambing, keluargaku biasa2 sahaja. namun memberatkan soal agama, tapi aku bila dibelnkng mereka, aku sering membuat onar tanpa mereka sedari. aku tahu, andai mereka tahu, pasti mereka akan kecewa dgnku.. tapi apa boleh lakukan.
    ya, dulu aku penah cuba untuk berubah, namun aku kembali kecundang setelah mcm2 jadi pada aku.. kini aku telah mengamalkan hubungan songsang dgn wanita sendiri. aku tahu ianya dilaknat Allah. tapi aku x kuat. aku mengharapkan, ada yg mampu bimbing aku.. sungguh, aku sudah jauh lari daripada landasanku yg sebenar.. bantuilah aku..
    ~gadis_sepi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..
      cik ada like di page saya? boleh inbox di page tu menengenai diri cik? maksud saya, cukup sekadar nama, alamat atau sekarang ngah belajar di IPT atau bekerja..

      sebab nanti saya akan link kan cik dengan sahabat2 saya yang perempuan, moga mereka dapat bantu cik..

      moga Allah redha

      Delete
    2. KISAH NYATA..............
      Ass.Saya IBU SERI HASTUTI.Dari Kota Surabaya Ingin Berbagi Cerita
      dulunya saya pengusaha sukses harta banyak dan kedudukan tinggi tapi semenjak
      saya ditipu oleh teman hampir semua aset saya habis,
      saya sempat putus asa hampir bunuh diri,tapi saya buka
      internet dan menemukan nomor Ki Jaya,saya beranikan diri untuk menghubungi beliau,saya dikasi solusi,
      awalnya saya ragu dan tidak percaya,tapi saya coba ikut ritual dari Ki Jaya alhamdulillah sekarang saya dapat modal dan mulai merintis kembali usaha saya,
      sekarang saya bisa bayar hutang2 saya di bank Mandiri dan BNI,terimah kasih Ki,mau seperti saya silahkan hub Ki
      Jaya Taat Pribadi di nmr 0823 4704 5525 Kiyai Jaya,indahnya berbagi,assalamu alaikum.

      KEMARIN SAYA TEMUKAN TULISAN DIBAWAH INI SYA COBA HUBUNGI TERNYATA BETUL,
      BELIAU SUDAH MEMBUKTIKAN KESAYA !!!

      ((((((((((((DANA GHAIB)))))))))))))))))

      Pesugihan Instant 10 MILYAR
      Mulai bulan ini (juli 2015) Kami dari padepokan mengadakan program pesugihan Instant tanpa tumbal, serta tanpa resiko. Program ini kami khususkan bagi para pasien yang membutuhan modal usaha yang cukup besar, Hutang yang menumpuk (diatas 1 Milyar), Adapun ketentuan mengikuti program ini adalah sebagai berikut :

      Mempunyai Hutang diatas 1 Milyar
      Ingin membuka usaha dengan Modal diatas 1 Milyar
      dll

      Syarat :

      Usia Minimal 21 Tahun
      Berani Ritual (apabila tidak berani, maka bisa diwakilkan kami dan tim)
      Belum pernah melakukan perjanjian pesugihan ditempat lain
      Suci lahir dan batin (wanita tidak boleh mengikuti program ini pada saat datang bulan)
      Harus memiliki Kamar Kosong di rumah anda

      Proses :

      Proses ritual selama 2 hari 2 malam di dalam gua
      Harus siap mental lahir dan batin
      Sanggup Puasa 2 hari 2 malam ( ngebleng)
      Pada malam hari tidak boleh tidur

      Biaya ritual Sebesar 10 Juta dengan rincian sebagai berikut :

      Pengganti tumbal Kambing kendit : 5jt
      Ayam cemani : 2jt
      Minyak Songolangit : 2jt
      bunga, candu, kemenyan, nasi tumpeng, kain kafan dll Sebesar : 1jt

      Prosedur Daftar Ritual ini :

      Kirim Foto anda
      Kirim Data sesuai KTP

      Format : Nama, Alamat, Umur, Nama ibu Kandung, Weton (Hari Lahir), PESUGIHAN 10 MILYAR

      Kirim ke nomor ini : 0823 4704 5525
      Atau kunjungi web http://pesugihaninstan.jw.lt/
      SMS Anda akan Kami balas secepatnya

      Maaf Program ini TERBATAS .

      Delete
  2. mohon share ilmu ini..moga ramai yg mampu berubah InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Salam ni abang syukri ke?
    Kalau masih ingat saya ni bekas student asasi pintar UKM dulu tapi dah keluar.
    Rasanya pernah pegi bukit broga dulu.
    Kalau tak silap la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..
      a'a.. betul lah tu.. alhamdulillah.. jumpa lagi junior nie.. ^__^

      luqman apa khabar? sekarang luqman kat Jordan ke?

      Delete
  4. Asalamualaikum..saya seorang hamba allah yaang banyak berdosa.. Saya terpengaruh dengan rakan rakan saya.. Saya tak kuat.. Kenapa ini berlaku.. ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. kenapa ini berlaku? apa maksudnya ya?

      kenapa banyak dosa atau macam mana ya?

      Delete
  5. Nice..sy masih merangkak mencari.… hampir temui..byk persoalan… .

    ReplyDelete
  6. Cara berubah 100 peratus berkesan. Insyallah.
    Layari:
    www.rahsiaberubah100.blogspot.com

    ReplyDelete