Don't judge a blog by its followers

Wednesday, 5 December 2012

Bagaimana mendidik anak?




Selepas solat maghrib tadi, jumpa seorang kanak-kanak yang kerap pergi ke surau kolej saya. Sebelum ini, saya kerap nampak dia solat berjemaah di surau, dan hari ini hati saya tergerak untuk bertanyakan sesuatu.

Saya : “Adik nama apa?”
Danial : “Muhammad Danial..” (sambil tersenyum)
Saya : “Adik umur berapa..?”
Danial : “12 tahun..”
Setelah berbual beberapa ketika, saya tanya satu soalan yang memang saya nak tanya,
Saya : “Adik datang surau ayah suruh ke?”
Danial : “Tak.. nak datang sendiri..”

Saya terdiam.. dan tersenyum..

Detik hati saya,

“Jika waktu sekarang ni, kebanyakkan kanak-kanak sedang menonton televisyen atau bermain game, tetapi dia berada di surau.. Allahu Allah..”

Pelajaran penting untuk kanak-kanak.

Ketahuilah, saya bukan seorang ayah. Cuma bakal seorang ayah suatu hari nanti. Bila tu, saya pun tak tahu. Jika Allah panjangkan umur saya, insyaAllah saya akan diberi peluang menjadi seorang ayah.

Tetapi tak salah rasanya untuk saya memberi pendapat kepada golongan ibu bapa ni.

Saya pernah alami zaman kanak-kanak, dan ketika itu, antara perkara yang saya suka buat adalah berbuat baik.

Ya, pelajaran paling penting untuk seorang kanak-kanak adalah mengajar untuk berbuat baik. Dan berbuat baik ini juga antara perkara yang paling kanak-kanak suka.

Buktinya?

Sejak bila kita hafal nama para Nabi?

Bermula dari Nabi Adam sehingga Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam. Saya percaya, kebanyakkan dari kita akan menghafal daripada lagu nasyid yang di nyanyikan kumpulan Raihan.

Begitu juga pepatah yang mungkin sebahagian besar dari kita tahu dan selalu sebut ketika zaman kanak-kanak,

“Tipu dosa,
Mati seksa,
Masuk neraka.”

Dan banyak lah pepatah dan lagu yang membawa ke arah kebaikan, yang dihafal oleh kanak-kanak.

Jadi, apa salahnya jika ibu bapa menambahkan lagi “mata pelajaran” yang baik untuk kanak-kanak.

Kain putih.

Anak yang kecil itu fitrah. Ia ibarat kain putih.

Ibu bapalah yang meYahudikan anak yang asalnya fitrah…

Ibu bapalah yang meNasranikan anak yang asalnya fitrah…

Ibu bapalah yang meMajusikan anak yang asalnya fitrah…

Dan ibu bapa jugalah yang paling pakar dan berpengaruh untuk meMUSLIMkan anak yang sedia fitrah itu..


Apa pilihan kita?



Moga Allah redha.

Comments
1 Comments

1 comment:

  1. betul, anak kita umpama kain putih. Kita kena bijak mendidik mereka. :)

    ReplyDelete