Don't judge a blog by its followers

Monday, 17 December 2012

Kisah Titanic 2.0



 Orang yang berilmu dan orang yang jahil boleh di ibaratkan duduk di dalam sebuah kapal besar di tengah lautan..

orang berilmu duduk bahagian atas, manakala orang jahil duduk bahagian bawah.  Setiap hari orang di bahagian atas akan memberi air kepada orang bahagian bawah..

Sehinggalah suatu hari, kerana kejahilan orang dibawah ini, mereka menebuk lubang pada bahagian bawah kapal itu kerana nak memudahkan mengambil air laut dan "tidak mahu" menyusahkan orang yang berada di atas untuk setiap hari memberi air kepada mereka..

Jika orang berilmu ini tidak mencegah kejahilan perbuatan orang dibawah, apa akan berlaku akhirnya?




berlakulah kisah titanic version 2.0..

itulah pentingnya ilmu dan dakwah..

Seorang pendakwah perlu berdakwah dengan membina jambatan penyambung antara manusia kepada Allah.

Bukan membina tembok pemisah antara manusia kepada Allah.


Moga Allah redha.

Comments
4 Comments

4 comments:

  1. assalamualaikum ...sokong entri ni . selagi ada ilmu yang sahih , sebarkan .. i.Allah ~

    ReplyDelete