Don't judge a blog by its followers

Sunday, 3 March 2013

Daie kena kool!


Nota ini sebenarnya saya nak tulis daripada bulan lepas, tetapi disebabkan saya yang perasan sibuk, maka tertangguh hingga la hari ini.

Bulan lepas saya ada ambil kerja separuh masa (part-time) menjual buku di Pesta Buku PWTC dengan sebuah syarikat seorang Ikhwah, iaitu Syarikat Maghfirah Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang banyak menerbitkan buku dan al Quran. Ini pengalaman pertama saya kerja menjual buku di pesta buku. Saya ambil part-time ini bersama dua orang ikhwah, iaitu Amir dan Amar.
Amar, pelanggan (tak ingat nama) dan Amir

Hari pertama berniaga, terasa macam muka tebal melebihi ketebalan tembok besar China. Pelanggan datang booth kami, saya senyum je. Rasa macam malu je nak bercakap dengan pelanggan.

Tetapi, suatu perkara yang sangat mengejutkan saya, adalah apabila saya lihat bagaimana Amar melayan pelanggan yang datang ke booth kami. Dengan petah di berkata-kata kepada pelanggan, bahkan sehingga dia berjaya membuatkan pelanggan tersebut membeli sebuah buku Sirah Nabawiyah yang harganya sekitar RM238.00, yang pada saya ia agak mahal.

Selepas selesai urusan jual beli, saya dengan cepat bertanya kepada Amar bagaimana tips untuk petah bercakap dan idea kepada pelanggan.

Banyak perkara yang dia kongsikan, antaranya kena tahu buku apa yang kita jual, kena pandai ambil perhatian dia, dan paling penting, kena BERANI!

Ya, kena berani. Atau dengan erti kata lain, kena KOOL!

Berani kerana benar, Kool kerana..?
Sepanjang saya mengenal jalan dakwah ini, saya banyak berfikir bagaimana untuk mengajak sahabat-sahabat saya, atau adik-adik saya untuk menyertai usrah.
 
Dan setiap kali nak ajak, mesti saya rasa sesuatu. Saya rasa malu atau segan!

Tutup muka.

Tapi apabila saya melalui hari demi hari, belajar dengan kehidupan seharian, baru saya sedar bahawa saya sebenarnya bukan malu atau segan, tetapi saya TAKUT!

Ya, saya takut jika orang tersebut tidak mahu menerima apa yang saya bawa, ataupun saya takut jika saya tersalah cakap.

Ini kelemahan saya, dan saya cari solusi bagaimana nak atasinya. Dan akhirnya, selepas pengalaman kerja part-time tempoh hari, barulah saya sedar dan faham, bahawa satu cara untuk saya atasi kelemahan saya adalah dengan BERANI.

Ya, bagaimana nak berani?

Senang saja.

Kita kena YAKIN apa yang kita bawa, dan apa yang kita sampaikan adalah BENAR!

Dan apabila kita yakin apa yang kita bawa itu benar, secara automatik kita akan jadi berani. Dan hasil daripada keberanian yang ada, kita akan melahirkan satu lagi sifat, iaitu

Kool!

Kool atau ejaan sebenarnya Cool merupakan satu sifat yang menggambarkan seseorang itu berani terkehadapan, tidak tergopoh-gopoh, mempunyai kesedaran diri yang tinggi, berketrampilan, sabar dan macam-macam lagi.

Ya, ini sifat yang perlu ada pada Daie, kena kool.

Kool meskipun dihina, dicaci, ditolak, bahkan diugut bunuh!

Ini antara sifat yang ada pada baginda Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam. Walaupun diherdik, dihina, dicaci, bahkan diugut bunuh, baginda tetap sabar dan stay cool!

Angkat kening.

Barulah berani kerana benar, kool kerana yakin!

Jadi, kita tunggu apa lagi, mari kita sampaikan risalah yang diwariskan baginda Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam dengan penuh berani dan kool!!


سيروا على بركة الله
Seeru ‘ala barakatillah!


Moga amal diterima Allah.

No comments:

Post a Comment