Don't judge a blog by its followers

Tuesday, 7 May 2013

ISMA penyebab Pakatan Rakyat kalah?



Mungkin ada yang baru mengenali Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Mungkin juga ada yang kenal ISMA melalui pembacaan newsfeed Facebook saja atau dengar kawan-kawan cerita. Dan macam-macam lagi.

Lalu timbullah golongan yang dah mengenali ISMA, lantas membenci ISMA atas alasan masing-masing, kemudian menuduh dengan bangganya ISMA adalah penyebab Pakatan Rakyat (PR) kalah.

*facepalm*

Maka entri ini saya tujukan kepada mereka.


Analisis tempat bertanding calon ISMA-BERJASA di 7 Parlimen 2 DUN


Pertama sekali saya nak terangkan bahawa ISMA dan BERJASA adalah dua entiti yang berbeza. Calon ISMA adalah ISMA sendiri, tetapi HANYA bertanding atas tiket BERJASA. Dengan erti kata lain, ISMA hanya tumpang logo sahaja. Tidak lebih dari itu.

Dan BERJASA yang menghantar calon adalah atas kapasiti ahli BERJASA sendiri. Tiada kaitan dengan ISMA. BERJASA ada menghantar calon di beberapa tempat, yang saya ingat adalah di Parlimen Cameron.

Saya tak mahu cerita tentang calon BERJASA, tetapi calon ISMA sahaja.

ISMA menghantar calon di 7 Parlimen, iaitu :

1. P009 Parlimen Alor Setar
Ustaz Haji Abdul Fizol Mohd Isa

2. P017 Parlimen Padang Serai
Ustaz Hamidi Abu Hassan

3. P072 Parlimen Tapah
Ustaz Shaharuzzaman Bistamam

4. P097 Parlimen Selayang
Ustaz Hj. Mohd Hazizi Ab Rahman

5. P107 Parlimen Subang
Ustaz Haji Mohammad Ismail

6. P109 Parlimen Kapar
Ustaz Mohd. Pathan Hussin

7. P128 Parlimen Seremban
Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah

Dan 2 DUN iaitu :

1. N25 Dun Kajang
Ustaz Haji Mohammad Bin Ismaill

2. N11 Dun Derga
Ustaz Haji Abdul Fizol Mohd Isa


OK, kita lihat satu demi satu Parlimen dulu.


1. Parlimen Alor Setar dimenangi oleh calon PKR.

GOOI HSIAO – LEUNG (PKR)
Jumlah Undi: 27,364

CHOR CHEE HEUNG (BN)
Jumlah Undi: 25,491

ABDUL FISOL BIN MOHD ISA (ISMA)
Jumlah Undi: 3,530


*info tambahan :
untuk pengetahuan, sejak tahun 2004, PKR tidak pernah menang  di sini sehinggalah 2013.

2. Parlimen Padang Serai dimenangi oleh calon PKR

N SURENDRAN A/L K NAGARAJAN (pkr)
Jumlah Undi: 34,151

HENG SEAI KIE (BN)
Jumlah Undi: 25,714

HAMIDI BIN ABU HASSAN (berjasa)
Jumlah Undi: 2,630


3. Parlimen Tapah dimenangi oleh calon BN

SARAVANAN A/L MURUGAN (bn)
Jumlah Undi: 20,670

VASANTHA KUMAR A/L KRISHNAN (PKR)
Jumlah Undi: 12,743

SHAHARUZZAMAN BIN BISTAMAM (isma)
Jumlah Undi: 2,053

 

*info tambahan :

 

(1) Untuk track record sejak 2004, PKR tidak pernah menang kerusi ini.

 

(2) Andai kata ISMA tidak bertanding di sini sekalipun, PKR tetap akan kalah berdasarkan jumlah undi yang ada. Jika seluruh undi ISMA disalurkan kepada PKR, ia tetap tidak akan membantu PKR untuk menang. Jadi, tiada isu untuk “berandai-andai”.

 

4. Parlimen Selayang dimenangi oleh calon PKR

 

WILLIAM LEONG JEE KEEN (pkr)
Jumlah Undi: 52,287

LIM SIANG CHAI (BN)
Jumlah Undi: 34,441

HAJI MOHD HAZIZI BIN AB. RAHMAN (isma)
Jumlah Undi: 4,152

 

5. Parlimen Subang dimenangi oleh calon PKR

 

SIVARASA A/L K. RASIAH (PKR)
Jumlah Undi: 66,268

PAKAS RAO A/L APPLANAIDOO (BN)
Jumlah Undi: 39,549

MOHAMAD BIN ISMAIL (ISMA)
Jumlah Undi: 4,454

 

6. Parlimen Kapar dimenangi oleh calon PKR

 

G MANIVANNAN A/L GOWINDASAMY (PKR)
Jumlah Undi: 69,849

AKTHIVEL A/L ALAGAPPAN (BN)
Jumlah Undi: 46,059

MOHD PATHAN BIN HUSSIN (ISMA)
Jumlah Undi: 6,289

 

7. Parlimen Seremban dimenang oleh calon DAP

 

LOKE SIEW FOOK (DAP)
Jumlah Undi: 45,628

YEOW CHAI THIAM (BN)
Jumlah Undi: 33,075

ABDUL HALIM BIN ABDULLAH (isma)
Jumlah Undi: 6,866

 

Ok selesai bahagian Parlimen. Ada bantahan?

 

Boleh isi borang bantahan.

 

*koff*koff*

 

Kita masuk bahagian DUN pula.

 

1. Dun Kajang dimenangi oleh calon PKR

LEE CHIN CHEH (PKR)
Jumlah Undi: 19,571

LEE BAN SENG (bn)
Jumlah Undi: 12,747

MOHAMAD BIN ISMAIL (isma)
Jumlah Undi: 1,014

 

2. Dun Derga dimenangi oleh calon DAP

 

TAN KOK YEW (DAP)
Jumlah Undi: 10,358

CHEAH SOON HAI (BN)
Jumlah Undi: 9,202

ABDUL FISOL BIN MOHD ISA (ISMA)
Jumlah Undi: 2,061

 

Ok selesai. Ada bantahan?

 

8 PR menang, 1 BN menang (walaupun kalau tiada calon ISMA pun, BN tetap menang).

Jadi, apa relevannya mengatakan ISMA penyebab kekalahan Pakatan Rakyat (PR)?

 

*scratch head*

 

Seruan ISMA menyeru kepada kekalahan PR

 

Ini lagi satu kes saya jumpa yang menyatakan, seruan ISMA iaitu Undilah Calon Muslim Berwibawa menyebabkan PR kalah, terutama menyebabkan Kedah dirampas BN.

 

 

*facepalm*

 

 

Baiklah, saya ingin berkongsi beberapa perkara.

 

1. Saya nak beritahu bahawa keahlian ISMA di seluruh Malaysia hanya sekitar 10,000 – 20,000 sahaja.

 

2. Jumlah Suka (baca : Like) pada muka (baca : Page) Arus Baru (gerakan politik ISMA, jika saya boleh panggil sebagai gerakan), sekitar 15,000++ sahaja. Itupun termasuk ahli ISMA dan orang yang benci (baca : Anti) dengan ISMA.

 

Kalau yang betul-betul nak kenal ISMA suka muka Arus Baru itu mungkin sekadar 2,3 ribu sahaja, atau kurang dari itu.

 

3. ISMA tak pernah dapat masuk media perdana (setahu saya, dapat masuk surat khabar Sinar Harian sahaja), apatah lagi nak sampaikan seruan politik ISMA dalam media perdana.

 

4. Ramai yang mengenali ISMA melalui rakan-rakan dan kemudiannya menolak ISMA. Jika saya boleh berikan peratusan, sekitar 50% (anggaran saya sahaja) yang mengenali ISMA lantas menolak pembawakan ISMA.

 

5. Persoalan saya, berapa ramai sahaja yang tahu seruan undilah calon Muslim berwibawa ni?

 

6. Ada yang menyatakan ahli ISMA di doktrin untuk menyokong UMNO/BN dan mengundi mereka. Sesiapa yang mengatakan sedemikian, baik minta maaf awal-awal.

 

Pada sebahagian orang, undi adalah rahsia. Pada saya, tidak.

 

Saya mengundi calon PKR di peringkat DUN dan Parlimen. Bahkan saya berkempen pada ahli keluarga saya yang mengundi di tempat sama dengan saya untuk mengundi calon PKR, dan alhamdulillah, 4 orang dalam keluarga saya mengundi calon PKR di peringkat Dun dan Parlimen.

 

Baiklah, kenapa saya mengundi, bahkan mengajak keluarga saya mengundi calon PKR? Sebab utamanya adalah atas landasan UNDILAH CALON MUSLIM BERWIBAWA.

 

 

Bukti?

 

 

Baiklah, di Dun Kahang, MIC (BN) lawan dengan PKR ( Hamdan Basiran) dan Parlimen Sembrong, BN (Dato’ Hishamuddin) lawan dengan PKR (Onn Abu Bakar).

 

Di DUN, jika saya di doktrin undi BN, saya dah mengundi MIC/BN. Tetapi atas dasar undi calon Muslim berwibawa, saya mengundi PKR.

 

Di Parlimen pula, perkara yang sama juga saya lakukan, saya mengundi Onn Abu Bakar. Kenapa? Bukankah Dato’ Hishamuddin itu popular di Sembrong, bahkan Menteri Dalam Negeri lagi.

 

Kelass gitu  (kata sesetengah orang)

 

Pada saya, Dato’ Hishamuddin mempunya beberapa isu yang menyebabkan saya hilang percaya padanya, antaranya yang utama adalah isu Lahad Datu. Manakala Onn Abu Bakar masih lagi mempunyai rekod perjalanan (baca : track record) yang bersih.

 

 

Jadi, apa lagi “dalil” yang nak digunakan untuk menyatakan ISMA penyebab Pakatan Rakyat kalah?

 

 

UMNO/BN dan SPR menipu bagaimana?

 

Saya antara yang jadi PACA (Polling agent & Counting agent), dan saya melihat sendiri ketelusan pengiraan undi di Dun Kajang (kalau Kajang PR menang, semuanya telus. Kalau kalah, mesti ada penipuan *sigh*).

 

Tempat lain pula, sekadar hearsay sahaja. Walauapapun, menipu tetap salah dan berdosa. Tiada kompromi.

 

Dan pada saya secara peribadi, memang berlaku beberapa kecurigaan dan kecurangan (berdasarkan maklumat saya dapat), antaranya pertambahan peti undi secara “ilmu hitam”, kemudian blackout secara tiba-tiba sedangkan pihak TNB dah kata kawasan tersebut memang tiada blackout, dakwat kekal yang tak kekal, pengundi hantu, brader luar kawasan (baca : foreigner seperti Bangla, Mynmar, etc) turun mengundi sekali, dan sebagainya.

 

Jadi kepada sesiapa yang berkenaan, bantahlah melalui saluran undang-undang, antaranya dengan mengadakan petisyen bantahan untuk dibawa ke mahkamah Pilihanraya.

 

Jangan libatkan dengan pihak luar negara terutama US. Jangan cari penyakit.

 

 

Muhasabah bersama

 

Pesanan ikhlas dari saya, kita sama-sama muhasabah, samada dari pihak ISMA, PR dan juga BN.

 

Muhasabah kenapa kita kalah, dan kenapa kita menang.

 

Jika (memang ada pun) ada suara yang menyatakan ISMA melambatkan kemenangan Islam, saya ada beberapa persoalan ;

 

1. Adakah kemenangan Islam itu ditentukan oleh manusia? Atau manusia sekadar asbab kepada kemenangan Islam itu sendiri?

 

2. Adakah dengan kemenangan Pakatan Rakyat, Islam akan menang?

 

 

Ok lah, kalau ya sekalipun dengan Pakatan Rakyat, Islam akan menang, apa “dalil” untuk menyatakan ISMA penyebab “Islam” kalah atau lambat menang?

 

Kerana seruan ISMA kah?

 

Nak kata tentang kemasukan calon ISMA, rasanya berdasarkan analisa di atas dan jelas lagi berlampu picit bahawa 8/9 kawasan ISMA bertanding dimenangi oleh calon Pakatan Rakyat.

  

 

Akhir sekali, saya ada persoalan yang rasanya cukuplah kita jawab sendiri.

 

 

1. Bagaimana Allah nak bagi kemenangan kepada kita dalam keadaan akhlak pun masih tak terjaga, yang mana orang yang tidak sependapat dengan kita dihina, dimaki hamun walauapun kita yakin bahawa kitalah di pihak yang benar?

 

Kemudian bila ditegur tentang akhlak, di sindir pulak golongan yang menegur itu. Yang lagi best, dikatakan pula “jaga akhlak” ini trademark golongan tertentu (biasanya dilabel terus kepada ISMA).

 

Saya tergaru kepala.

 

Bukankah Rasulullah sallahu alayhi wasallam diturunkan untuk menyempurnakan akhlak?

 

Seruan akhlak itu adalah dari ISLAM sendiri, ISMA hanya menyampaikan sahaja. Ini tidak, disindir, dikutuk dan dimaki mereka.

 

Rasulullah sallahu alayhi wasallam ada mengajar begitu kah?


 

Dan lagi satu, silalah bezakan di antara HENTAM dan KRITIK. Entri saya ini MENGKRITIK dengan sebab yang saya dah kemukakan. Nak terima ambil, tak nak terima takpe, boleh salurkan bantahan anda mahupun tutup table untuk page ini.

 

 

Mudahkan?

 

 

Moga amal diterima Allah.

 


Comments
20 Comments

20 comments:

  1. well done bro! moga masyarakat lebih buka mata dgn mengetahui hakikat sebenar, bukan hanya dgn up to speculation & perception shj.

    ReplyDelete
  2. mabruk. Moga Allah rahmati

    ReplyDelete
  3. في سبيل الله7 May 2013 at 15:33

    semoga ulama isma, berjasa dan jati memperbaiki penyatuan ummah seluruh malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen.. doakan moga organisasi Islam dapat bertahalluf bersama..

      Delete
  4. well said bro..mabrook!!walaupun masih ad org x phm lepas baca artikel ni.Kefahaman tu milik Allah,moga Allah beri kefahaman pdnya.

    ReplyDelete
  5. Ini adalah analisa. Sebab dikatakan seburuk-buruk analisa adalah kerana penulis gagal mengetahui maksud kata-kata penyokong PR bahawa ISMA penyebab kekalahan PR. Yang tukang baca pun pakai ANGGUK JE.:) Siap ucap "well said"?Dah malas sebenarnya nak radd ISMA sebab orang ISMA memang ramai kkeras hati.

    Tapi, kat sini, aku nak komen satu perkara.

    Penulis kata, ISMA tak pernah masuk media perdana. Yakin benar dia. Senang je sebenarnya, tekan google. Banyak kali bro, ISMA masuk Utusan Malaysia dan Berita Harian dalam siri mengkritik PAS.
    1. Abdullah Zaik kata Haji Hadi Angkuh. dikeluarkan 02/01/2013. (ditujukan kepada PAS)
    2. Abdullah Zaik kata tolak PAS dan PKR kerana pluralisme, dikeluarkan 10/04/2013. (ditujukan kepada PAS dan PKR)
    3. Abdullah Zaik kata DAP nak suburkan Kristian di Malaysia, dikeluarkan 28/12/2012. (ditujukan kepada DAP)
    4. Muhyiddin Yasin yang lancar buku Abdullah Zaik, dikeluarkan 09/06/2013. (ditujukan kepada PKR)
    5. Abdullah Zaik kata ada cubaan nak hapuskan bin binti dalam kad pengenalan, dikeluarkan 24/10/2012 (ditujukan kepada DAP).
    6. Gambar Muka Depan Utusan Malaysia yang mempopularkan BERJASA beberapa hari sebelum PRU13. (Ya, MUKA DEPAN BEB)
    7. Amanat Hadi Undang perpecahan oleh Abdullah Zaik, dikeluarkan 05/01/2013. (Ditujukan kepada PAS)

    Letih dah nak tulis satu-satu. Ini tidak termasuk lagi poster-poster ISMA yang digunakan oleh UMNO untuk bantu mereka. Ohya, ini juga tidak termasuk serangan berterusan orang-orang ISMA kepada PAS, "PAS kuda DAP". Ohya, ini tidak termasuk serangan Aminuddin Yahya bahawa "PAS membenarkan penyebaran agama Kristian".

    Penulis kata semua ini tidak mempengaruhi Melayu sebab like Arus Baru/ISMA sedikit. Hakikatnya, hujah ISMA diulang cetak oleh UMNO dalam utusan, berita harian dan media baru UMNO. ISMA juga memberi gambaran kepada orang ramai bahawa PAS tidak lagi jalankan Islam, ini diterbitkan dalam sinar harian 27 April 2013. Penulis lupa juga kah perkataan Aminuddin Yahya bahawa manifesto PR menggambarkan PAS tidak relevan, ini diguna oleh AIDC, portal pro-UMNO yang memang ramai orang Melayu baca?

    Jawapannya, buat research lah bro. Ini tidak diungkit lagi, kata-kata pimpinan ISMA bahawa DAP akan bentuk negara Kristian kalau orang Melayu undi PR. Nak aku quote satu-satu? Sekarang, bila orang Melayu termakan momokan ISMA, kemudian orang Melayu undi UMNO berbanding PAS, barulah melawak kat sini kata ISMA takde kaitan. Senang kira, jawap depan Tuhan lah bro.

    Nak link satu-satu kah? Aku sengaja tak kasi link sebab nak ajar supaya kau buat research sebelum tulis, baru lah tak mengarut. ISMA memang sudah jadi kuda UMNO. Okaylah, aku bagi satu cara untuk kau cari bukti. Pergi google, tulis "ISMA site:http://www.anwaraidc.com/" dan cuba check berapa banyak artikel ISMA yang serang PR dalam AIDC ini.

    Masih berani mengaku ISMA tidak membuatkan PAS kalah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Oh. Tak sangka, ambil juga sumber dari Utusan dan Berita Harian ya. Bukan sumber ini sumber paling tak boleh dipercayai dan hanya boleh dibuat lap kaki? :)

      wondering. By the way, terima kasih atas kritikan.

      2. yang media Pro-UMNO tu, mereka akan siarkan apa yang selari dengan mereka saja. Sama je macam HarakahDaily, masa Ust Hazizi menyatakan sokongan untuk mempertahankan kerajaan Kelantan, keluar juga HarakahDaily.

      3. Ok lah, saya ni memang tak pandai. Banyak benda jahil lagi. Tuan yang pandai lagi mengetahui, sudi jelaskan kepada saya apa yang dimaksudkan penyokong PR?


      Dan saya tetap kata ISMA tidak membuatkan PAS kalah. Kerana Allah jualah yang memberikan kemenangan dan kekalahan kepada sesebuah golongan :)

      Delete
  6. Penjelasan mudah untuk orang faham. Memanglah ada kelemahan dalam sumber tetapi tak bermakna isi itu tiada.

    Himayah Al-Kalantani tahu mencari kesalahan orang je yea? Typical researcher then. Good job. Enough said. I have better things to be done.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its okay. moga Allah ampuni kelemahan saya.

      Delete
  7. Terima kasih.
    Logik sebelum emosi; jarang nampak dah sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. moga kita dijauhi dari emosi mengatasi logik.

      Delete
  8. Semuanya ketentuan Allah. Kun fa ya kun... :)

    ReplyDelete
  9. sugguh membuang masa melayan kerenah keanakn ISMA.. (tp hari ini ada masa luang, boleh la..)

    saudara... "Adakah kemenangan Islam itu ditentukan oleh manusia? Atau manusia sekadar asbab kepada kemenangan Islam itu sendiri?"

    yup, manusia hanya penyebab... tp ISMA bercakap tak serupa bikin... kata "bersatu, bersatu, dan bersatu".. tp yg berpecahnya DIA ler... apesal tak bergabung dgn PR ( tu pun kalau PR mahu), atau gabung je dengan UMNO.. kan senang untuk orang awam seperti saya membuat pilihan.... antara dua...

    adapun, kemenangan ISLAM sememangnya telah ditentukan ALLAH bila masanya, tp apa hak kita sebagai manusia??

    -bukankah kita disuruh BERUSAHA... (pasti orang ISMA kata " kami dah usaha la ni...") usaha anda hanya menimbulkan kekacauan sahaja.. andai tiada kalian di kawasan tersebut, pasti PR menang lebih besar... bukankah ada baiknya kalau bintang membantu bulan.. menguatkan seri dan menambah pancaran cahayanya.. adoiyai...

    saudara kata lg "Adakah dengan kemenangan Pakatan Rakyat, Islam akan menang?"
    jawapan "YA"

    agak mustahil saudara nak katakan ISMA bawa kemengan ISLAM... (sambil garu2 kepala).... bilangan kerusi yg terlalu sedikit tidak menampakn apa-apa kuasa yg boleh dibawa.. bahkan mungkin saja suara kalian tenggelam dalam kegamatan parti lain..

    UMNO nak bawa kemenangan ISLAM, jawapan yang maklum oleh semua orang.. "tidak, untuk hari ini"

    saudara.. bertindaklah matang.. kalau sekarang kalian tidak mampu bersama menongkat langit yang sama, jangan diharap untuk kalian menongkat langit yang sama tatkala kalifah memerintah dunia... why?

    kerana yang memegang tampuk pemerintahan khalifah kelak juga seorang manusia biasa, bukan seorang nabi mahupun malaikat... bisa saja si pemerintah melakukan kesalahan atas kerana dia seorang manusia biasa...

    kalau kerana PR terdiri dari DAP, kalian menolaknya... persaoalan akan timbul, apakah akan berlaku kpd golongan bukan ISLAM ini apabila ISLAM menang?? akan di buang warganegarakah mereka?? dihantar ke negara2 jiran.. ??

    muhasabah bersama.. tidak berniat meburukn mana2 pihak, apatah lg mencerca siapa-siapa..
    sekadar renungan bersama..

    peace

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakallah kerana memberi kritikan, yet I still want to reply it.

      1. "yup, manusia hanya penyebab... tp ISMA bercakap tak serupa bikin... kata "bersatu, bersatu, dan bersatu".. tp yg berpecahnya DIA ler... apesal tak bergabung dgn PR ( tu pun kalau PR mahu), atau gabung je dengan UMNO.. kan senang untuk orang awam seperti saya membuat pilihan.... antara dua..."

      ISMA tak bersama PR sebab ISMA tak bersetuju dengan ijtihad tahaluf siyasi yang dibawa PAS, sebab ISMA ada pandangan sendiri mengenai tahaluf siyasi (boleh rujuk ismaweb).

      ISMA juga tak mahu bersama BN kerana "tahaluf siyasi" yang ada pada BN tak patuh syariah, bahkan rasanya takde pun istilah tu wujud sebelum PAS perkenalkan.

      Sebab tu ISMA mengajak keluar dari kepompong kepartian, iaitu kacamata PR dan BN. Jika bukan kelompok BN, maka ia PR. dah macam dogma agama pulak.

      2. "-bukankah kita disuruh BERUSAHA... (pasti orang ISMA kata " kami dah usaha la ni...") usaha anda hanya menimbulkan kekacauan sahaja.. andai tiada kalian di kawasan tersebut, pasti PR menang lebih besar... bukankah ada baiknya kalau bintang membantu bulan.. menguatkan seri dan menambah pancaran cahayanya.. adoiyai..."

      PRU 2004 dan 2008 ISMA dan bantu PAS dalam PRU (jika anda ambil tahu). Dan apa kelebihannya jika menang lebih besar pun? (rasanya tu pun dah cukup besar, tak cukup "kenyang" lagi ke?)

      3. Kemenangan Pakatan Rakyat adalah kemenangan Islam? macam tu ya? Jika PRU 14 PR menang, kemudian PRU15 PR kalah, adakah Islam sudah kalah? *facepalm*

      4. Kemenangan Islam hadir apabila kita cukup syarat yang telah Allah tetapkan. Antaranya kesatuan ummah. Ini ummah pun berpecah belah, masyarakat masih jahil lagi, dan sebagainya. macam mana.

      5. Apa berlaku kepada non Muslim?

      Sila rujuk sejarah Pemerintahan Islam yang adil, apakah kehidupan non muslim terhapus? atau terjaga?

      Kita mahukan Pemerintahan Islam, bukan Pemerintahan liberal demokratik sosialis, etc..

      Ini juga muhasabah untuk saya. :)

      Delete
  10. bismillah...
    sy tertarik dgn knyataan anda bahawa...

    1.(ISMA tak bersama PR sebab ISMA tak bersetuju dengan ijtihad tahaluf siyasi yang dibawa PAS,)
    2.(ISMA juga tak mahu bersama BN kerana "tahaluf siyasi" yang ada pada BN tak patuh syariah)

    jdnya kesimpulan yg saya lihat di sini menunujukkan ISMA lah ijtihad yg paling "tepat" tentang tahaluf siasi... adakah anda bermaksudkan begitu....??? bole jelaskan.....

    kedua : kenapa anda tidak menghuraikan atau menjawab tentang ayat2 seorg teman kita yg di atas tu.. ayat nya begini " kalau sekarang kalian tidak mampu bersama menongkat langit yang sama, jangan diharap untuk kalian menongkat langit yang sama tatkala kalifah memerintah dunia... di situ saya rasa ada tersiratnya kan... moga2 anda amat memahami...

    ketiga : sy tertanya2 apakah konsep berbilang2 jemaah itu di benarkan dlm islam...?? boleh jelaskan...

    keempat : kenapakah ISMA tidak mahu berada di bawah PAS, bukan kah itu lebih mudah dan boleh mempercepatkan kemenangan islam, tetapi ini tidak, ISMA cuba membawa haluan yg lain... sedangkan tujuan kita adalah islam, meski pun terdapat cacat cela di dalam PAS, bukankah ISMA masih bole utk membuat teguran demi kebaikan islam....???

    tetapi apa yg sy lihat sekarang ISMA lebih banyak mengKRITIK PAS, di manakah konsep TABAYYUN yg di canangkan oleh ISMA selama ini....??? sekian...

    maaf jika tersalah dlm berbicara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bismillah.

      Jazakallah kerana sudi memberikan kritikan dan teguran. Izinkan saya berbeza pendapat dengan tuan.

      1. Saya tak belajar ilmu usul fiqh secara khusus, tetapi belajar secara umum. Apa yang saya tahu, sesuatu ijtihad tidak membatalkan ijtihad yang lain. Dan ijtihad dilakukan atas dasar ilmu dan keyakinan bahawa apa yang dibuat itu diyakini benar berlandaskan al Quran dan as Sunnah. Jika ijtihad yang dilakukan tidak diyakini benar, maka tidak lahirlah ijtihad tersebut.

      PAS meyakini ijtihad mereka benar, dan ISMA juga meyakini ijtihad ISMA benar. Tetapi yang paling tahu siapa yang berada di atas kebenaran adalah Allah. Jika salah, dapat 1 pahala, jika benar, dapat 2 pahala.

      Kita sebagai orang awam yang tak belajar khusus bab ini, rasanya lebih baik berlepas diri. Takut kita yang dapat dosa, sedangkan mereka mendapat pahala disisi Allah insyaAllah.

      2. Maaf, saya tak faham ayat tu. Sebab tu saya tak hurai dan jawab. Nanti ke laut jadinya.

      3. Apa yang saya tahu, tiada nas dari al Quran dan as Sunnah yang khusus mengenai taadud jamaah ini. Maka ada pendapat yang membenarkannya seperti Syeikh Fathi Yakan. Untuk penerangan lebih baik, boleh rujuk video ustaz zaharuddin mengenai berbilang jamaah ini.

      4. Yang pertama, ISMA tidak bersetuju dengan pakatan yang digagaskan bersama DAP dan PKR. Sebab itu ISMA tidak bersama. Jika sebelum ini, ISMA bersama PAS dalam soal siyasah. Jika ISMA bersama Pakatan Rakyat, dengan erti kata lain bersama DAP khususnya yang berbeza dasar dengan ISMA dan PAS, bagaimana untuk ISMA menyuarakan pembinaan negara Islam dan perlaksaan hukumiyyah Islam khususnya.

      ISMA mengkritik PAS atas kapasiti ISMA melihat PAS satu2nya gerakan Islam yang terlibat dalam siyasah di Malaysia. PAS adalah qudwah hasanah. Takkan nak kritik UMNO 50, kritik PAS 50. Seolah PAS sama level dengan UMNO. Ada perkara mungkin ISMA tersilap, bahkan ada juga perkara yang saya tak bersetuju dengan kritikan ISMA. Tentang tabayyun, saya tiada dalam proses kritikan tersebut dibuat. harap boleh tanya pada pimpinan. Mana tahu mereka dah tabayyun sendiri secara personally.

      Adapun kritikan tersebut boleh nak ambil, boleh nak campak tepi. Maaf jika jawapan tidak memuaskan hati tuan. just my 2cent.

      wallahu'alam

      Delete