Don't judge a blog by its followers

Friday, 28 June 2013

Ramadhan : Mana keyakinan kita?




Setiap orang yang pernah wujud dalam dunia ini akan ada keyakinan masing2. Sama ada orang yang tinggal di hujung dunia, dalam gua mahupun dalam tanah (ada ke?), masing2 akan ada keyakinan masing2. Tetapi keyakinan macam mana?

Keyakinan yang wujud ada dua kategori ;

1) keyakinan kepada benda yang nampak secara zahir di mata kasar,
2) Keyakinan kepada benda yang tak nampak secara mata kasar, atau dengan erti kata lain perkara ghaib.

Pada saya, orang yang hanya ada keyakinan pada benda yang nampak secara zahir saja (biasanya Atheis), golongan ini akan berjaya.

TETAPI..

orang yang mempunyai keyakinan pada benda yang tak nampak / ghaib adalah golongan YANG LEBIH BERJAYA.

Buktinya?

Kita ambil contoh dari Barat, Thomas Edision. Beliau orang pertama berjaya membuat mentol, setelah cubaan yang ke 1000 atau ke 10 000 (macam2 khilaf). Macam mana dia boleh buat sampai beribu kali sedangkan hampir 99% eksperimennya gagal dan disaksikan mata kasarnya sendiri?

Sebab, dia lebih yakin tentang perkara yang dia tak nampak, iaitu dia yakin dia mampu cipta mentol.

Kalau dalam bidang kimia, elektron, neutron dan proton adalah benda yang tak nampak dengan mata kasar, tetapi para saintis meyakini benda ini wujud. Dan hasil dengan keyakinan ini, macam-macam perkara berjaya direka, seperti bom atom.

Dalam Islam, hampir semua perkara yang kita belajar adalah berkaitan perkara yang ghaib.

Dosa, Pahala, Syurga, Neraka, Malaikat, Syaitan, Mukjizat, alam kubur, malah ijtihad ulama sendiri pun kita tak dapat nak tengok dengan mata kasar sama ada ia ijtihad yang betul atau tidak.

Tetapi kita di ajar untuk meyakini semua itu, dengan erti kata lain keyakinan itu dipanggil IMAN.

Ramadhan yang kita selalu sebut sebagai bulan yang suci, penuh barakah, banyak ganjaran pahala, dan sebagainya sudah hampir.

Bagi orang yang yakin pada perkara yang dia nampak saja, dia akan melihat bulan Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain. Takde beza pun. Sama saja, ada 30 hari, ada matahari lalu, ada bulan timbul, ada bintang menghiasi malam.

Tetapi bagi ummat Islam, kita yakin Ramadhan adalah bulan yang sangat-sangat istimewa.

PERSOALAN SAYA pada diri saya dan sesiapa yang sudi baca.

Sejauh mana kita benar-benar yakin atau beriman tentang keistimewaan bulan Ramadhan yang kita tak nampak keistimewaannya secara mata kasar seperti yang disebutkan dalam banyak hadis sohih.

Sejauh mana? Jawapan ada pada diri kita.

Setakat cakap atau tulis status-status pasal kelebihan Ramadhan tidak cukup untuk gambarkan kita benar-benar yakin tentang keistimewaan bulan Ramadhan.

Sebahagian kita yakin sebenar-benar yakin bulan Ramadhan ni bulan istimewa apabila kita nampak POKOK SUJUD, AWAN MEMBENTUK NAMA ALLAH, dan sebagainya yang agak pelik, atau yang paling teruk kita yakin bulan Ramadhan ni istimewa sebab ada Bazar Ramadhan.

*facepalm*.

Macam mana nak tahu sejauh mana keyakinan kita kepada keistimewaan bulan Ramadhan?

Saya bagi contoh.

Apabila tiba hari Raya Aidilfitri, apa yang kita lakukan? Apa perasaan kita?
Sedih?
Teramat gembira?
SEJUJURNYA!

dan bandingkan dengan apabila tibanya bulan Ramadhan. Apa yang kita lakukan? Dan apa perasaan kita?

Jawapan ada pada diri kita.

Saya bagi satu contoh saja, rasanya yang lain boleh kita bandingkan dengan perkara yang paling kita gembira. Juga kita boleh bandingkan diri kita dengan para sahabat radiyallahu anhum apabila tibanya bulan Ramadhan, apa tindakan mereka, apa perasaan sebenar mereka.

Moga kita dapat muhasabah seketika. Di mana keyakinan kita.

Saya adalah antara manusia yang sebahagian itu. Moga Allah ampunkan saya.

Dan moga amal diterima Allah.

Monday, 17 June 2013

Lelong : Menjual al Quran, buku hadis dan buku Islamik!!



 Lelong-lelong!!

Sempena meraikan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, saya ingin menawarkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian beberapa produk iaitu al Quran (pelbagai reka bentuk dan saiz) dan buku-buku Islamik!!


1.         Al-Quran Tajwid & Terjemahan edisi Diari Zip

Spesifikasi :
Beserta Asbabun Nuzul (sebab turun ayat)
Hadis Sahih
Indeks Tematik

Terdapat 4 pilihan warna :
Biru, Hijau, Jingga, Coklat

Saiz: A5 - 148 mm x 210 mm

Harga : RM88

Kos penghantaran:
RM8
RM14 (S&S)
 2.         Al-Quran Tajwid & Terjemahan  edisi Diari Kecil

Spesifikasi :
Beserta Asbabun Nuzul (sebab turun ayat)
Hadis Sahih
Indeks Tematik

Terdapat 5 pilihan warna
Hitam, Ungu, Coklat, Biru & Merah

Saiz: A5 (148 mm x 210 mm )

Harga: RM55

Kos penghantaran:
RM8
RM13 (S&S)
3.         Al-Quran Tajwid & Terjemahan edisi Hardcover

Spesifikasi :
Beserta Asbabun Nuzul (sebab turun ayat)
Hadis Sahih
Indeks Tematik

Terdapat 4 pilihan saiz dan setiap saiz juga mempunyai 4 pilihan warna.

Warna: Kuning, Ungu, Maroon & Hitam

Saiz dan harga:
Size 11.5 cm x 14.5 cm (A6) : RM 50
Size B5 : RM 100
Size A5 : RM 60
Size A4 : RM 130

Kos penghantaran:
RM8
RM14 (S&S)
4.         Tafsir Al-Quran Perkata

Spesifikasi:
Resam Uthmani
Asbabun Nuzul
Terjemah Bahasa Melayu
Kelulusan KDN

Harga:
RM113

Kos penghantaran:
RM10
RM16 (S&S)
5.         Komik Hadis Bukhari Muslim : 33 Pesan Nabi Vol 1 (Edisi B.Melayu)

Harga : RM 18.00
Kos penghantaran:
RM7
RM10 (S&S)

6.         Komik Hadis Bukhari Muslim : 33 Pesan Nabi Vol 2 (Edisi B.Melayu)

Harga : RM 18.00
Kos penghantaran:
RM7
RM10 (S&S)
7.         Buku Sirah Teragung Sallahu Alayhi Wassallam

Spesifikasi :
Cover: Hardcover, Metallic
Halaman: 600 m/s berwarna

Harga : RM283
Kos penghantaran:
RM15
RM25 (S&S)
8.         Komik Islam Sehari-hari

Spesifikasi :
Komik yang menonjolkan kesilapan yang telah menjadi budaya dalam masyarakat Islam di Malaysia dan ditegur secara halus dan diperkuatkan dengan dalil-dalil dari hadis-hadis sahih. Ini menyampaikan mesej yang jelas disamping menghiburkan para pembaca komik.

Komik ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Satu lagi pendekatan hiburan yang mendidik jiwa.

Harga: RM18
Kos penghantaran:
RM7
RM10 (S&S)
9.         1 Minit 1 Keajaiban Allah

Spesifikasi :
Buku 1 Minit 1 Keajaiban Allah mengandungi 100 keajaiban di dalam penciptaan Allah SWT, yang ditulis setiap satu keajaiban itu untuk dihadam selama 1 minit. Disertakan dengan ilustrasi bergambar, buku ini amat sesuai untuk diberi kepada anak anak yang sedang membesar bagi menambah keimanan mereka kepada Allah swt disamping mempelajari sains dan kejadian alam. Buku ini juga dilengkapi dengan ayat Al-Quran berkaitan dalam penerangan setiap keajaiban.

Bagi golongan remaja dan dewasa, buku ini akan membuatkan anda berfikir dan merasa takjub atas keajaiban setiap kejadian yang diciptakan Allah SWT. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang sentiasa memikir dan menghayati ciptaan Yang Maha Agung. Istimewanya buku ini, cukup hanya satu minit untuk mengetahui satu keajaiban kerana ditulis dengan gaya bahasa yang ringkas supaya setiap satu keajaiban dapat dihadamkan dalam satu minit.

Bersedialah untuk memenui keajaiban-kejaiban penciptaan Allah SWT yang tidak terduga. InsyaAllah, buku ini yang dimuatkan dengan pengetahuan sains dan kejadian alam akan bakal mengundang rasa kesyukuran anda terhadap Allah SWT.

Harga: RM 33.00
Kos penghantaran:
RM7
RM10 (S&S)
10.      Anak kecil yang mengislamkan ribuan orang

Satu keajaiban terjadi di Afrika . Benua Hitam itu gegar kerana oleh kanak-kanak ini. Sungguh menakjubkan, kanak-kanak yang lahir dari keluarga bukan Islam ini hafal Al-Quran dan solat lima waktu di umur 1 tahun setengah. Dia juga dapat berbicara dengan lima bahasa asing; Arab, Inggeris, Perancis, Kiswahili dan Itali pada umur lima tahun. Dia telah mengislamkan ribuan orang di beberapa negara di Afrika.


Harga : RM18.00
Kos penghantaran:
RM7
RM10 (S&S)


Berminat?

Bagaimana nak beli?

Anda boleh beli dengan dua kaedah :

(1)       Anda boleh membuat tempahan secara online dengan kepada saya.

Begini langkah-langkahnya :

1. Maklumkan  kepada saya produk mana yang anda berminat

2. Kemudian bank-in bayaran anda ke dalam akaun seperti berikut :
3. Selepas membuat bayaran, MAKLUMKAN kepada saya (melalui SMS, email ataupun ruangan komen) dan isi maklumat anda di borang seperti dibawah :


4. InsyaAllah, selepas diteliti maklumat pembayaran, kami akan segera pos ke rumah anda dalam tempoh waktu bekerja (bergantung kepada tempat tinggal anda).


(2)         Anda boleh beli dengan saya secara berhadapan. Jika anda berminat untuk membeli secara bersemuka dengan saya, hubungi nombor saya seperti yang berikut : 013-7297785 – Ahmad Shukery. InsyaAllah kita boleh berjumpa dan membuat urusniaga ketika itu juga.


Sebarang pertanyaan boleh terus bertanya kepada saya ^__^


Moga amal diterima Allah.