Don't judge a blog by its followers

Monday, 15 July 2013

Kenapa kita nak kaya dan kita nak kaya untuk apa?




Antara hobi saya yang saya rasa macam pelik sikit adalah suka berangan.

Eh?

Bukan berangan jadi suparman, betman atau apa-apa tu, tapi saya berangan jadi orang kaya. Haha. Saya rasa hampir semua orang berangan atau paling tidak impikan jadi orang kaya kan?

Kenapa nak jadi orang kaya? Kenapa teringin, malah sebahagian orang bersungguh-sungguh nak jadi kaya?

Kaya untuk Ummah!

Masa saya kecil dulu (err.. takde la kecil sangat, sekitar sekolah rendah dan menengah), bila saya tengok makcik-makcik, atau pakcik pakcik, atau hadek-hadek yang miskin, duduk mengemis tepi jalan, saya rasa sayu sangat. Kadangkala saya menangis sendirian.

Ditambah pula apabila berjumpa dengan anak-anak yatim. Bertambah sayu. Dan peristiwa ini bukan berlaku dulu je, sampai sekarang.

Sebab tu bila saya ada buat program melibatkan anak-anak yatim, atau orang-orang miskin, saya nak jadi orang pertama yang usap kepala anak-anak kecil tu terutama anak yatim.

Err.. bukan encik yatim ye.

Saya cuba memahami perasaan mereka, saya berbual dengan mereka. Kadang-kadang, bila saya jumpa makcik yang kutip sampah tepi jalan atau kutip besi buruk tepi jalan, saya dekati dia, dan cuba ajak berbual. Kadang-kadang ada juga yang nak lari dari saya sebab ingat saya ni macam pegawai perbandaran.  Saya pun pelik, mungkin sebab smart sangat kot.

Eh?

Ada pernah sekali saya tegur makcik yang sedang kutip plastik dan besi buruk tepi jalan, saya nak berbual sekejap, mungkin makcik tu rasa tak selesa. Saya tanya mana anak-anak dia, dia kata anak dia di kampung. Bila saya tanya kampung di mana, dia seperti nak melarikan diri dari saya. Kemudian baru saya tahu makcik ini bukan orang Malaysia.

Kemudian cepat-cepat saya tahan makcik tu (bukan tangkap ye) dan saya hulurkan sedikit duit untuk dia makan (moga tak hilang pahala aku). Kemudian makcik tu cakap terima kasih dan menasihati saya agar jangan tinggal solat.

Saya angguk dan beredar. Sepanjang perjalanan saya ke rumah, saya menangis seorang diri.

Saya tak mampu bantu orang miskin dengan sepenuhnya. Saya tak mampu jaga anak-anak yatim yang terbiar, malah sebahagiannya digunakan oleh sindiket yang takde perut dan usus, sanggup menggunakan mereka demi dapatkan duit untuk mereka.

Kurang jantung (baca : heartless) sungguh!

Sebab tu sejak dari dulu lagi, saya berangan nak jadi orang kaya. Bukan kaya untuk diri sendiri, tapi kaya untuk ummah. Saya nak bantu setiap inci orang fakir dan miskin, anak yatim yang ada kat bumi Malaysia ini, terutama yang Muslim, kemudian bantu mereka untuk membina kehidupan mereka yang lebih selesa.

Lepas itu, saya selalu berangan duit saya tu saya nak bantu kaum Muslimin seluruh dunia. Kalau masa saya kecil dulu, isu Palestin tak berapa hangat sangat. Tapi bila saya tahu pasal Palestin, saya menangis sebab tak mampu bagi bantuan kewangan yang besar untuk mereka survive.

Lepas tu sekarang ni isu di banyak negara Islam seperti Iraq, Syria, Rohingya dan kini Mesir!

Isk isk.. (kesat hingus dulu).

Berniagalah, jadi seperti para Sahabat radiyallahu anhum!!


Saya pernah mendengar beberapa kisah tentang para Sahabat radiyallahu anhum dan kekayaan mereka. Antaranya kisah yang terletak dalam carta paling popular adalah kisah di mana Saidina Umar al Khattab radiyallahu anhu cuba berlumba-lumba bersedekah siapa paling banyak dengan Saidina Abu Bakar radiyallahu anhu.

Pernah satu hari, sebelum sebuah peperangan berlaku (saya tak ingat peperangan apa), Rasulullah sallahu alayhi wasallam bertanyakan kepada Umar radiyallahu anhu mengenai apa yang dia sumbangkan.

Saidina Umar radiyallahu anhu menyatakan bahawa dia telah sedekah separuh dari hartanya di jalan Allah. Kemudian apabila Rasulullah sallahu alayhi wasallam bertanyakan kepada Saidina Abu Bakar radiyallahu anhu pula, beliau berkata beliau sedekahkan semua hartanya ke jalan Allah. Dia hanya meninggalkan Allah dan Rasul-Nya untuk keluarganya.

Allahu Rabbi. (tunduk malu sambil lap hingus)

Apabila saya dengar kisah ini kali pertama, saya berkobar-kobar nak sedekahkan duit yang saya ada dalam bank kepada Palestin.  Saya siap pergi ke ATM, dan bersedia nak keluarkan beberapa ribu untuk masuk ke dalam akaun Aman Palestin.

Tetapi…

Tetapi saya takde kekuatan nak buat macam tu. *facepalm*.

Kita juga pernah dengar kisah di mana Saidina Abu Bakar radiyallahu anhu membebaskan Bilal bin Rabah radiyallahu anhu daripada majikannya.

Kita juga selalu mendengar terutama kisah Khadijah radiyallahu anha, isteri baginda sallahu alayhi wasallam yang menyedekahkan seluruh hartanya untuk dakwah baginda sallahu alayhi wasallah.

Saya teringat kisah dimana pernah seketika Aisyah radiyallahu anha sedikit cemburu apabila Rasulullah sallahu alayhi wasallam ashik menyebut tentang Khadijah radiyallahu anha. Apabila mengetahui perkara ini, baginda sallahu alayhi wasallam terus memberitahu kepada Aisyah radiyallahu anha ;

"Demi Allah, Tuhan tidak memberikan kepadaku pengganti yang lebih baik daripada Siti Khadijah."

Baginda sallahu alayhi wasallam juga menegaskan : "Dia telah beriman pada saat orang lain mengingkari diriku. Dialah yang membantuku ketika orang-orang lain tidak mahu menghulurkan tangan kepadaku. Melalui dia, Allah s.w.t menganugerahkan keturunan kepadaku, suatu hal yang tidak ku peroleh dari wanita-wanita lain."

Ya, saya tahu harta bukan segala-galanya dalam dunia dakwah dan tarbiyyah. Ada saja manusia yang dengan harta, mereka jadi sesat seperti Qarun.

Tetapi jangan kita lupa, dengan harta juga kita dapat membebaskan manusia daripadda dihina dan dicerca, dengan harta juga kita mampu menjadi asbab hidayah kepada manusia, dengan harta juga kita boleh berzakat untuk membantu kaum Muslimin, dengan harta juga boleh menjadi salah satu sebab untuk membina kembali empayar Islam yang telah runtuh!

Persoalannya, macam mana nak menjadi kaya?

Ya, macam mana nak jadi kaya ek?

Hmm.. Ah ha!

Salah satu jalan yang saya jumpa adalah BERNIAGA.

Ya, berniaga. Dan jalan ini juga saya sedang tempuhi demi membantu kaum Muslimin.

Kita sebagai kaum Muslimin, kena ada cita-cita untuk kaya demi ummah dan kebangkitan Islam ini! Bukan kaya untuk perut sendiri!

Mungkin ada yang masih tercari-cari bagaimana nak memulakan perniagaan, saya bukanlah orang yang hebat untuk mengajar, tapi sekurang-kurangnya saya cuba sedaya upaya untuk membantu.

Baiklah, di sini saya ada sesuatu nak tolong diri saya dan anda.

Saya nak ajak anda dan anda semua untuk pergi ke Konvensyen Usahawan Muslim (klik di sini untuk website) di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam JAWI.


Bila? Pada 7 September nanti.

Eh? Masa tu besday saya tuh! Heh. (garu kepala)



Majulah bisnes untuk ummah dan Islam!

Akhir sekali, nak membantu kebangkitan ummah ini bukan hanya jadi kaya sahaja, bahkan banyak lagi jalan. Tetapi ini salah satu jalan yang saya cadangkan.

Tapi kena ingat satu perkara ini baik-baik!

Jadilah kaya untuk membantu dakwah dan tarbiyyah Islamiyyah ini berkembang, bukan menjadi kaya untuk perut kita dan keluarga kita sahaja berkembang…

Oh!


Moga amal diterima Allah.

Thursday, 4 July 2013

Walaupun Presiden Mursi tidak tahu bahawa…..



Semasa tekanan pemberontak memuncak, Uthman bin 'Affan radiyallahu 'anhu telah meminta pendapat Ibn 'Umar radhiyallahu anhuma:

Uthman: Orang ramai mendesakku dengan berkata "letak jawatan atau kami akan membunuhmu!"

Ibn Umar: Adakah engkau akan hidup selama-lamanya di atas muka bumi (tidak akan mati)?

Uthman: Tidak.

Ibn Umar: Adakah mereka mendapat apa-apa manfaat dengan membunuhmu?

Uthman: Tidak.

Ibn Umar: Adakah mereka yang menentukan Syurga dan Neraka untukmu?

Uthman: Tidak

Ibn Umar: Maka janganlah sekali-kali engkau menanggalkan pakaian yang telah Allah pakaikan buatmu. Atau nanti akan menjadi 'sunnah' (kebiasaan) kaum selepasmu setiap kali satu-satu kaum itu tidak menyukai khalifahnya, mereka memecatnya atau membunuhnya!

[Al-Bidayah wa al-Nihayah 4/198]

Bertahanlah wahai Presiden Morsi. Engkau menerima amanah kepimpinan itu secara sah. Maka janganlah engkau tunduk kepada tekanan perusuh munafiq itu!

(Dipetik dari wall Ustaz Hasrizal Abd Jamil)


Petang tadi, saya dapat berita dari ikhwah di Mesir..

"Pemuda Ikhwan berada di medan Rab'ah dah ready syu'ur untuk mati. Siap sedia kain kafan dan tulis wasiat. Anak isteri keluar dengan makluman bahawa si suami mungkin tak boleh balik dah, sebab solidariti di Rab'ah.."

Apabila saya dapat tahu berita ni petang tadi di tempat kerja, saya tergamam dan tak tahu nak kata apa, lalu saya menangis sendirian semasa tengah kerja. Saya terfikir, mereka sudah bersedia mencagarkan sebuah kemenangan Islam dengan darah dan nyawa mereka. 

Dan apa pula yang saya lakukan demi sebuah kemengan Islam?

Allahu Rabbi.



(gambar di atas kredit untuk Page Facebook Pilihanraya Mesir.

Rabaah Al-Adawiyah - Kelihatan seorang wanita telah bersedia dengan kain kafannya, apatah lagi kaum lelaki.

sumber :الاخوان المسلمون " تربية جهاد و دعوه"

~Semoga kemenangan berpihak kepada Islam~

SK )


Walaupun Presiden Mursi  dan para Islamiyyun di Mesir tidak membaca entri ni, tapi mereka insyaAllah tahu peristiwa ini.


Walaupun Presiden Mursi  dan para Islamiyyun di Mesir tidak mengenali kami di Malaysia, tetapi ketahuilah bahawa doa kami di Malaysia untuk kamu dan para Islamiyyun penegak Islam di bumi Mesir.


SOLIDARITI BERSAMA PRESIDEN MURSI!



Moga amal diterima Allah