Don't judge a blog by its followers

Friday, 6 September 2013

Aku dan Anime



Sepanjang saya follow anime Naruto dari episode 1 (masa sekolah menengah) sampai ke episode 645 (paling latest), saya menjumpai Islam (nilai-nilai Islam) dalam anime tersebut lebih banyak dari saya menjumpai Islam dalam filem-filem Melayu.

Tolak ke tepi dulu kepercayaan karut marut dalam cerita tu, tapi kita lihat sistem nilai yang ditonjolkan dalam anime tu.

Nilai ukhuwwah yang tiada bertepi,
nilai pengorbanan tiada yang tiada berganti,
nilai kasih syg yang tidak mati,
nilai seorang pemimpin yang berkarisma tinggi,

dan macam-macam lagi nilai yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallahu alayhi wasallam, tetapi DIADAPTASI dalam anime tersebut.

Saya pernah berkawan dengan seorang pelajar Jepun, yang mana di Jepun kebanyakkan orang mencari Tuhan dan cuba memahami nilai spiritual dan perkara ghaib, cumanya mereka tiada panduan untuk itu.

Sebab tu mereka membayangkan kewujudan Shinigami (malaikat maut), kepelbagaian tuhan, unsur magis, neraka dan syurga dan sebagainya dengan menterjemahkan bayangan mereka dalam bentuk anime dan filem.

Sama halnya seperti di Eropah, mereka mula ingin mendalami dunia ghaib dan spiritual, setelah mana sebelum ini mereka menafikannya. Contohnya filem Harry Potter, Lord of the ring, Constantin, Van Helsing dan lain-lain. Tetapi disebabkan mereka tiada panduan khas, jadilah bayangan dan imiginasi mereka melalut dan ke laut.

Di Malaysia, kita ada panduan, al Quran dan as Sunnah. Allah dah cerita tentang sebahagian perkara ghaib untuk panduan kita akan kewujudan dunia ghaib. Tetapi filem kita masih lagi jauh dari unsur-unsur spiritual yang mendidik.

Yang banyak unsur-unsur material. Kalau ada pun, cerita-cerita yang khurafat, karut marut seolah-olah kita tiada panduan agama!

Oh Malaysiaku.
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. xpnah pon tfikir tym tgok cta kartun dluw2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dulu jarang terfikir, dah besar baru la nak berfikir. >.<

      Delete