Don't judge a blog by its followers

Thursday, 2 January 2014

Ikhwah Selembik Jeli !

Akhi, maaf minggu ni ana tak dapat datang mabit… ada assignment kena hantar esok…”

“Allah… akhi, maaf ana terlupa datang riadah pagi tadi. Lepas subuh ana tertidur… “ (padahal tiap-tiap minggu tak datang).

“Ustaz, ana tak dapat datang usrah malam ni… Sakit perut…”

Maaf syeikh, bagitahu naqib ana tak dapat datang usrah. Ana terasa hati dengan naqib…

“Ustaz, ana tak dapat pergi mukhayyam sebab ana cepat penat. Jalan sikit dah mengah…”

Akhi, Ustaz, ana yada yada yada….

Biasa dengar alasan-alasan ni?

Err.. atau pernah terguna alasan berbau begini?


Nangis.


Wahai ikhwah….


Teringat dulu masa pertama kali saya ikut usrah, antara murabbi saya tekankan adalah tarbiyyah itu adalah proses pembentukan jati diri muslim tahap supernatural sebelum ia bergerak ke maratib amal yang seterusnya.

Tarbiyah kita adalah tarbiyah yang bertujuan membentuk manusia yang meninggalkan perhambaan sesama manusia (atau hawa nafsu) kepada perhambaan secara total kepada Allah (salimul ‘aqidah).

Hidupnya diinfaqkan sepenuhnya untuk beribadah pada Allah dengan ibadah yang sahih (sohihul ‘ibadah).

Dengan tarbiyah, ia membentuk Muslim dengan karakter yang berciri akhlak Nabawi (matinul khuluq), memilik keilmuan, intelektual dan berwawasan jauh (mutsaqqafal fikri) bahkan menyuntik semangat untuk membina sebuah kekuatan jasmani yang jitu (qawwiyal Jismi).

Tarbiyah juga mengajar seorang Muslim itu agar mampu  melawan hawa nafsu yang menggila (mujahidan li nafsi), lantas mampu berdikari sendiri tanpa mengharapkan makhluk (qadiran ‘ala kasbi). Dari situ, ia akan mengajar seorang Muslim itu agar memberi perhatian kepada waktunya (harithan ’ala waqtihi), lantas membantu agar Muslim itu setiap kerjanya tersusun rapi (munazzamanfi syu’unihi).

Dan pada akhirnya, Muslim itu akan bermanfaat kepada orang sekelilingnya, masyarakatnya bahkan kepada Islam! (nafi’un li ghairihi).

Tetapi ikhwah…

Sejauh mana tarbiyah ini melekat dan mencengkam dalam jiwa sanubari tulang rusuk jantung hempedu paru-paru kita…?

Dan sejauh mana kita mempraktiskan tarbiyah ini dalam gelanggang amal samada dari tikar sejadah sehingga ke pentas masyarakat?

Bukan sekadar gelanggang badminton dan futsal.

Atau semua itu hanya retorika saja?

Apabila tiba di gelanggang amal, kita mula undur langkah ke belakang dan menyorok belakang pokok?

Apabila tiba di pentas masyarakat, kita mula buat-buat sakit perut?

Apabila tiba di tikar sejadah, kita tidur dengan lena sambil mengences? (baca : keluar air liur).


Potong bawang laju-laju.


Jadi Ikhwah Jantan!


Saya tak ingat mana saya dengar dan dapat istilah ini pada mula-mula dulu, tetapi setiap kali dengar kata-kata ;

“Antum kena jadi ikhwah yang jantan! Bukan lembik! “,

Saya jadi tersentap mak jemah ooi !! Terasa diri ini kadang-kadang lembik macam jeli. Bahkan lebih lembik dari jeli (apa dia?).

Perkataan “jantan” itu sendiri memberi sergahan agar saya dan ikhwah tersedar dari lamunan mimpi dan bangun menjadi jantan yang sejati, bukan lembik macam jeli !

Wahai ikhwah,

Sedar dan bangun dengan segera !

Kemudian serulah manusia kepada Allah dan berikan peringatan dan amaran kepada mereka !

Dan agungkanlah Tuhanmu wahai ikhwah!


"Wahai orang yang berselimut!"

"Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran" (kepada umat manusia).

"Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!"

[Surah Al-Muddathhir : 1-3]


Moga Allah Redha.


- Shukery -

No comments:

Post a Comment